16
[Daegu University]
☀️
Tiba sahaja waktu rehat, kami dilepaskan ke cafe untuk menjamu selera.
Seperti yang digambarkan, cafe mereka sangat besar dan selesa.
Kami dilepaskan mengikut jantina.
Pelajar perempuan dilepaskan dahulu.
Lady First~
Memandangkan nak tunggu Younghoon lambat sangat, aku makan terlebih dahulu.
Mereka menyediakan banyak makanan yang sedap.
Mana mungkin aku ingin merenungnya dan menunggu makanan itu jadi sejuk.
Aku makan seorang diri di meja paling hujung.
Tidak lama itu muncul 2 orang yeoja yang cukup aku kenal.
"Bohyun! Minyoung!"
Aku gembira sangat dapat berjumpa dengan mereka semula.
Mereka adalah rakan paling aku rapat semasa di sekolah lama aku.
"Boleh kitaorang duduk sini?" Soal Bohyun.
"Mestilah. Duduklah"
Mereka meletak dulang makanan mereka lalu duduk berhadapan dengan aku.
"Seorang?" Soal Minyoung.
"Nae"
"Kau tak de kawan lagi ke dekat sekolah baru tu?"
"Ada. Cuma dia keluar lambat sikit"
"Keluar lambat sikit? Namja ke?"
"Nae."
"Uwuu~ Namchin ke?"
"Tak adalah. Kawan je"
"Eleh~ sekarang memang kawan." Usik Bohyun.
Aku hanya gelak kecil.
"Erm..tadi aku ternampak Hyunjae. Hyunjae sekolah sama dengan kau kan"
Aku mengangguk kecil kepalaku.
"Aku sebenarnya ingatkan Hyunjae pindah ke sekolah kau sebab nak berbaik dengan kau. Tapi macam tak de perubahan je. Kau dah tak ada apa-apa perasaan pada dia ke? Disebabkan Hyera tu?" Soal Minyoung simpati.
"Entahlah. Korang tahukan kitaorang dah lama bersama. Tipulah kalau aku kata aku dah tak suka dia langsung. Tapi mengingatkan kejadian tu membuatkan aku sebak."
"Korang berdua ada slow talk pasal benda tu?"
"Ada juga. Aku ingatkan nak lupakan je pasal kejadian tu. Tapi kejadian tu berlaku pada hari aku kehilangan keluarga aku. Jadi agak sukar untuk aku lupakan benda tu macam tu je."
Mereka berdua menganggukan kepala tanda faham.
"Yunha, kitaorang sebenarnya dah lama nak cakap benda ni. Tapi...kami tak ada waktu yang sesuai nak bagitahu kau" ujar Bohyun serba salah.
Aku pandang mereka dengan pandangan tertanya-tanya.
"Sebenarnya...Hyunjae langsung tak bersalah" ujar Bohyun.
Aku pandang mereka keliru.
"Apa maksud korang?"
"Kalau kau nak tahu, Hyera tu ada penyakit erotomania" beritahu Bohyun.
"E-Ero apa? Penyakit apa tu?"
"Erotomania, dia tak memiliki hubungan dengan orang yang dicintainya, tapi dia rasa orang yang cintai tu suka pada dia. Macam gangguan jiwa macam tu" terang Bohyun.
"Macam mana kau tahu dia ada penyakit E-Ero apa tah tu. Korang ada bukti ke? Tak baik tau tuduh orang macam tu"
"Mana ada tuduh. Kitaorang nampak depan kitaorang sendiri. Bukan nampak depan-depan, cuma macam perasan lah sikap dia tu. Dia tu terlalu obses dengan Hyunjae. Dia selalu anggap yang si Hyunjae tu Namchin dia walaupun dia tahu Hyunjae tu Namchin kau. Dia macam dalam dunia sendiri tau. Dunia yang cuma ada kau dengan Hyunjae. Aku nampak dia macam psyco pun ada. Kadang-kadang seram juga tengok dia." Ujar Minyong.
"Obses? Aku kan sebenarnya ada jumpa banyak gambar Hyunjae dalam beg tangan dia malam tadi" beritahuku apabila teringat kejadian malam tadi.
"Bwo?! Woah! Seram gila. Macam manalah kau boleh satu bilik dengan dia."
Betul ke apa yang diorang cakap?
Hyera obses dengan Hyunjae?
Kalau betulah apa yang diorang cakap, maknanya Hyunjae tak bersalah...
"Yunha, kitaorang ada satu lagi benda yang kitaorang nak bagitahu" kata Minyoung.
"Apa yang kau nak bagitahu aku?"
"Pada malam hari kemalangan keluarga kau tu, kitaorang dengan Hyera ulangkaji sama-sama dekat library. Waktu kitaorang jalan balik, kitaorang terserempak dengan Hyunjae dekat padang. Waktu tu dia main bola keranjang dengan Sungwoo. Asalnya kitaorang cuma nak lalu je, tapi Hyera ajak pergi ke tempat Hyunjae. Dia tarik kami berdua ke padang tu. Dia tiba-tiba sibuk nak main juga. Kau tahulah si Hyunjae tu budak baik, jadi dia bagi jelah. Kitaorang baru nak join main, tiba-tiba Hyera suruh kitaorang berdua pergi belikan air dekat kedai serbaneka. Hyunjae pelawakan diri nak pergi belikan tapi dia tetap nak kitaorang berdua pergi beli. Ha! Dia suruh Sungwoo pergi juga. Waktu tu kitaorang rasa menyampah juga sebab suka-suka hati je mengarah kami bertiga. Akhirnya kami bertiga pergi dan tinggal Hyunjae dengan Hyera dekat padang tu. Lepas kitaorang balik, kitaorang nampak Hyunjae lari pergi dari padang tu. Keesokannya baru aku tahu apa yang terjadi pada kau dengan Hyunjae. Jadi...kau tahu je lah apa yang aku maksudkan ni. Hyunjae tu...tak bersalah." Ujar Minyoung.
Selepas aku mendengarnya, aku tak tahu nak beri riaksi apa.
Macam-macam perasaan yang muncul dalam diri aku.
Sedih...
Hampa...
Rasa bersalah...
•••
[Bas]
Seperti Deja vu, kami duduk tempat yang sama di dalam bas.
Semasa Saem song sedang mengira bilangan pelajar di dalam bas, aku memandang ke arah Hyunjae yang berada di tempatnya.
Sejujurnya aku rasa sangat bersalah.
Aku rasa macam nak hilangkan diri je dari dunia ni. Aku malu sangat dengan diri aku.
Kalau aku perlu melutut di depan Hyunjae, aku akan lakukannya.
"Yunha, awak nak dengar lagu dengan saya?" Soal Younghoon sambil menunjuk earphonenya.
"Boleh juga" kataku.
Dia memberikan aku bahagia sebelah earphone kepadaku.
Aku menutup mata dan menghayati lagu yang dipasang oleh Younghoon.
Aku rasa sedikit sebak apabila lagu pertama dimainkan iaitu lagu me after you oleh Paul Kim.
(Kalau nak dengar lagu tu, Author ada letak lagu tu dekat atas sekali)
Itu adalah salah satu lagu kegemarannya.
Dia sering nyanyikan lagu itu.
Lebih lama aku dengar lagu itu, ianya membuatkan aku rasa lebih sedih mengingatkan tentang kenangan lama kami.
Secara automatik air mataku mengalir semasa aku memejamkan mataku.
"Yunha, kenapa ni?" Soal Younghoon yang mungkin terkejut melihatku tiba-tiba menangis.
Aku membuka mataku lalu mengelap air mataku yang mengalir.
"T-Tak ada apa." Kataku.
"Awak...tak suka lagu ni?" Soal Younghoon yang seperti tahu punca aku menangis.
"Suka. Suka sangat"
"Awak nak saya tukar lagu lain?"
"T-Tak. Saya nak terus dengarkannya" kataku lalu kembali memejamkan mata.
Tidak sampai sesaat, lagu itu ditukar.
Aku memandang Younghoon sedikit terkejut.
Bukan ke aku kata aku mahu terus dengar lagu tu?
"Saya tak nak awak terus rasa sedih macam ni, dan...saya tak nak awak ingat kembali pada dia" kata Younghoon sambil memandang tepat ke arah anak mataku.
Aku rasa bersalah dengannya.
Aku perlu batalkan niat dia untuk bantu aku lupakan aku pasal Hyunjae.
Sebab...
Aku ingin terus ingat tentangnya...
Dan
Kembali bersama dia jika boleh...
TBC
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro