Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

15

"Boleh kita cakap tentang hubungan kita?"

Aku memandangnya sedikit bingung.

"Hubungan kita?" Soalku untuk kepastian.

"Nae"

Aku mengeluh kecil lalu pandang tepat ke arah anak matanya.

"Bukan ke hubungan kita dah berakhir?" Kataku sedikit dingin.

Hyunjae sedikit terkelu.

"Yunha, bukan macam tu. Ada benda yang saya nak cakap dengan awak. Jadi saya harap sangat awak dapat luangkan masa sedikit dengan saya. Kalau awak tak nak hari ni, hari lain pun boleh. Janji saya dapat cakap dengan awak" ujarnya.

Aku berdiam seketika memikirkan ajakan Hyunjae itu.

💧

Aku memandang ke langit apabila ada titisan hujan jatuh ke pipi aku.

Semakin lama semakin lebat hujan turun.

Kenapa hujan turun secara tiba-tiba.

Tiada angin, tiada ribut...

Bintang juga penuh di langit.

"Yunha, kita berteduh dekat pondok sana tu" kata Hyunjae sambil menutup kepalaku dengan tangannya.

Dalam keadaan kelam kabut itu, aku ikut sahaja Hyunjae.

•••



Kami tiba di pondok dalam keadaan separuh basah.

"Gwenchana?" Soal Hyunjae dengan wajah yang risau.

Melihat wajahnya itu mengingatkan aku ketika Hyunjae risau akan keadaan aku ketika aku jatuh sakit.

"Nae" jawabku lalu duduk di bangku yang terdapat di pondok itu.

"Jakkaman" halang Hyunjae.

Aku tidak jadi duduk di kerusi itu.

Hyunjae menanggalkan jacket yang dipakainya lalu letak di bangku itu.

Bangku tu sebenarnya sedikit basah.

Aku tak kisah duduk dekat situ sebab dh basah pun.

"Duduklah" ujarnya.

Aku pun duduk je lah.

Kelakuannya seperti dulu.

Tidak berubah.

Dia sentiasa menjaga aku sehingga tidak menjaga diri sendiri.

Hyunjae duduk di sebelah aku.

Dia duduk sahaja di tempat basah itu.

Aku rasa kesian padanya.

"Kenapa awak keluar malam-malam ni?" Soalku padanya.

"Ambil angin malam" jawabnya.

Dia pandang aku.

"Awak?"

"Sama" jawabku.

Dia mengangguk kecil kepalanya.

"Tubuh awak nampak tegap. Awak bersenam?" Soalku.

"Nae."

"Sejak bila"

"Sejak...berjauhan dengan awak" jawabnya teragak-agak.

Aku tergamam seketika.

"Jadi, awak nak cakap apa dengan saya?" Soalku.

Dia pandang aku dengan wajah yang sedih.

"Awak... betul-betul nak berpisah dengan saya?" Soalnya dengan nada yang sedih.

Mendengar itu membuatkan aku rasa sedikit sedih.

Ingat aku nak sangat ke berpisah.

Aku terlalu sayangkan dia.

Kalau bukan disebabkan kejadian itu...benda ni takkan terjadi.

Hyunjae kenapa!

Kenapa mesti hari itu.



"Nae" jawabku pasrah.

Hyunjae memandang tanah sambil mengeluh berat.

Hyunjae menutup wajahnya dengan tangannya.

Dia kelihatan sangat sedih.

Melihat kelakuannya itu membuatkan aku ingin menangis.

Aku mengalihkan pandanganku ke arah lain cuba menahan tangisanku.

"Mianhae..." Ucap Hyunjae dengan nada bergetar.

Aku pandang Hyunjae yang masih menutup wajahnya.

Dia menangis ke?

Aku menundukkan kepalaku.

Aku tak boleh tengok Hyunjae begitu.

Ianya sangat menyedihkan aku.

"Kalau itu yang awak nak...--" Hyunjae mengangkat wajahnya.

Dia menatap wajahku.

"--kita akan betul-betul mengakhirkan hubungan kita" ujarnya dengan mata yang merah.

Aku betul-betul tidak dapat melihat Hyunjae begitu.

"Yunha" tegur seseorang.

Aku memandang ke arah luar pondok.

Younghoon.

Younghoon ada di sini bersama payung.

Younghoon memandang aku lalu memandang Hyunjae di sebelahku.

Aku bangun lalu terus ke arah Younghoon tanpa berkata apa-apa pada Hyunjae.

Aku berdiri di bawah payung Younghoon.

"Kajja" kataku pada Younghoon.

Younghoon menanggalkan cardigennya lalu letak di bahuku.

Selepas itu baru kami bergerak ke bangunan bilik kami.

•••



"Gomawo" ucapku pada Younghoon yang telah hantar aku ke bilik.

"Cepat tukar baju dan keringkan rambut tu. Nanti awak demam pulak" nasihat Younghoon.

"Baiklah. Saya masuk dulu" kataku.

Younghoon mengangguk kecil kepalanya.

"Selamat malam"

"Selamat malam"

Selepas aku beri semula cardigennya , aku pun masuk ke dalam bilik.

Sebaik sahaja aku tutup pintu bilik, aku bersandar di pintu itu.

Aku mencangkung menundukkan kepalaku.

Aku asyik teringatkan Hyunjae yang kesejukkan di luar sana.

Hujan masih lebat diluar sana.

Aku rasa bersalah kerana tinggalkan dia begitu sahaja.

Aku mengangkat wajahku lalu pandang payung yang berada di tepi pintu.

Aku merenung payung itu.

Sekali lagi aku tertunduk.

Apa patut aku buat.

Otak aku serabut sekarang ni.

Selepas lama aku memikirkannya, akhirnya aku ambil payung itu lalu keluar dari bilik itu.

•••



Aku kembali ke pondok itu.

Aku ternampak Hyunjae menundukkan kepalanya.

Aku berjalan mendekatinya.

Dia menangis teresak-esak di situ.

Ini kali pertama kali aku melihat dia menangis begitu.

Melihatnya menangis membuatkan aku rasa sedih.

Akhirnya selepas lama aku tahan, air mataku mengalir di pipi.

"Berhenti menangis, jebbal" kataku padanya.

Dia mengangkat wajahnya lalu pandang aku terkejut.

Terkejut dengan kewujudan aku.

"Kalau awak nak perbaiki kesalahan awak, jangan menangis begitu. Bukan itu caranya" kataku.

Dia bangun lalu berdiri di depan aku.

Dia mengangkat tangan lalu menunju ke wajahku untuk mengelap air mataku yang mengalir.

Aku menghalang tangannya dari menyentuh wajahku.

Aku mengelap air mataku sendiri.

"Bawa saya ke bilik saya" kataku sambil memberi payungku.

Dia memandang aku bingung.

"Cepat. Tangan saya dah lenguh ni" kataku dan terus hulurkan payungku padanya.

Dia mengelap matanya yang mengalir lalu mengambil payung itu.

Selepas dia pegang payung itu, aku terus berdiri di sebelahnya.

Sebaik sahaja aku berada di bawah payung itu bersama dia, dia menatap lama wajahku.

Aku cuba elak dari bertentangan mata dengannya.

"Kajja" kataku lalu berjalan ke hadapan.

Dia dengan terkejut mengejar aku mengelakkan aku terkena hujan.

•••



Dia menghantar aku sehingga ke depan bilikku.

"Hyunjae"

Dia memandang aku dengan penuh perhatian.

"Saya akan cuba layan awak seperti orang lain. Saya akan berkawan dengan awak seperti rakan sekelas. Tapi, tidak lebih dari itu. Saya buat semua tu sebab saya tak nak awak tersisih. Saya akan layan awak dengan adil memandangkan awak rakan sekelas saya." Kataku tekat.

Dia tersenyum kecil.

"Gomawo" ucapnya.

"Dan satu hal lagi, saya...sebenarnya tak nak hubungan kita berakhir macam ni. Bukan saya nak mengakhirkan hubungan kita, tapi kalau hubungan kita tak panjang, saya nak ending yang baik. Bukan macam ni. Bukan berpisah disebabkan ada orang ketiga atau lain-lain" luahku.

"Mi--"

"Berhenti minta maaf. Saya tak nak awak rasa bersalah disebabkan perpisahan ni. Saya akan ambil memori kita yang indah dan buang memori yang menyakitkan."

Hyunjae memandang aku serba salah.

"Saya masuk dulu." Kataku.

Aku pandangnya untuk kali terakhir, lalu masuk ke dalam bilik.

Sebaik sahaja aku menutup pintu, aku melepaskan keluhan berat.

Buat masa ni, aku telah lakukan yang terbaik.

Aku berjalan masuk menunju ke katil.

Keadaan di situ gelap sebab Hyera dah tidur.

Semasa aku ingin ke katil aku, aku terlanggar sesuatu di lantai.

Aku membuka touchlight di telefon aku lalu suluh ke lantai.

Aku terlanggar beg tangan Hyera yang terletak di atas lantai.

Sebahagian barangnya terkeluar dari beg itu

Aku mencangkung untuk masukkan semula barang-barangnya.

Semasa aku masukkan satu demi satu, aku terjumpa beberapa gambar Hyunjae.

Semua gambar itu seperti diambil senyap-senyap.

Kebanyakkan gambar itu berada di dalam sekolah.

Gambar Hyunjae ketika tertidur dalam kelas, Hyunjae beratur ambil makanan di kantin, Hyunjae sedang makan, Hyunjae berada di depan tandas lelaki...

Jakkaman...

Ada banyak lagi gambar Hyunjae di dalam beg tangannya.

Apakah...













TBC


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro