14
Selang beberapa minit, markah terkini ialah 8 berbalas 9.
Buat masa ini, pasukan Changmin dan Sunwoo mendahului.
Walaupun aku tak berapa pandai bermain, tapi aku dapat mengejar mereka.
Perlawanan diteruskan dengan pihak Sunwoo menampar bola kepada kami.
Sunwoo membaling bola ke atas lalu tampar bola itu.
Bola itu laju menunju ke arah bahagian tengah di kawasan kami.
Aku cuba mengejar bola itu untuk membalas tamparan.
Tanpa aku ketahui, Younghoon yang berada di sebelah kiri aku turut ingin mengejar bola itu.
Kami berdua berlari ke arah satu sama lain.
Disebabkan kami tak tahu yang kami saling mengejar bola itu pada masa yang sama, aku dan Younghoon berlanggar.
Tanpa aku sengaja, aku terpeluk Younghoon dan membuatkan Younghoon jatuh masuk ke dalam air bersama aku.
Di dalam air itu, Younghoon memeluk aku dengan erat lalu bawa aku naik ke permukaan air.
Pernafasanku sedikit sesak kerana tergelam dalam air.
"Gwenchana?" Soal Younghoon risau.
"Nae" jawabku tercungap-cungap.
Younghoon mengeluh kecil lalu membetulkan kedudukan rambut ku.
Sentuhan itu membuatkan aku rasa berdebar-debar.
"Yeay!! Kitaorang menang!!!!" Sorak Sunwoo dan Changmin.
Kami memandang mereka dengan penuh rasa cemburu.
"Jadi, lakukan hukuman korang" ujar Sunwoo dengan belagaknya.
Aku dan Younghoon saling berpandangan.
Kami lupa tentang hukuman itu.
•••
"Maafkan saya sebab buatkan awak buat benda ni juga" kata Younghoon serba salah.
"Takpe. Lagipun kita main sama-sama."
"Kalau macam tu...boleh tak saya angkat awak? Kalau awak tak nak, saya minta diorang buat hukuman lain" ujar Younghoon.
Aku pandang Hyunjae yang berada tidak jauh dariku.
Dia pandang aku seketika lalu pergi ke tempat lain.
"Boleh" kataku pada Younghoon.
Younghoon teragak-agak untuk sentuh aku.
Melihatnya begitu membuatkan aku turut rasa kekok.
Lebih baik buat hukuman tu cepat sebelum lebih ramai pelajar sekolah lain datang.
Disebabkan Younghoon masih teragak-agak untuk sentuh aku, aku berdiri rapat dengannya lalu merangkul tanganku di lehernya.
Younghoon agak terkejut dengan tindakan aku.
Aku pun bukan nak sangat buat benda ni.
"Mari kita habiskan hukuman ni cepat" kataku pada Younghoon.
Younghoon menganggukan kepalanya lalu mengangkat aku seperti bridal style.
Aku rasa sedikit berdebar-debar apabila kedudukan wajahku sangat dekat dengan wajah Younghoon selepas dia angkat aku.
Aku menundukkan kepalaku kerana malu apabila ada beberapa orang yang berada berdekatan kami menyaksikan hukuman kami.
"Dalam kiraan 3! 2! 1!"
Habis sahaja kiraan Sunwoo, Younghoon terjun ke dalam kolam.
Sebelum tu, dia pegang aku kuat-kuat agar aku tak berpisah dengannya apabila berada di dalam air nanti.
Younghoon cepat-cepat naikkan aku ke permukaan air.
Dia selakkan rambut ku yang tertutup wajahku.
"Gwenchana?" Soal Younghoon.
"Nae."
Sebaik sahaja muncul di permukaan air, benda pertama yang aku ingat ialah Hyunjae.
Aku ingin melihat riaksi dia.
Aku buat semua ni sebab nak buatkan dia rasa cemburu seperti aku rasa.
Aku nak dia rasa apa yang aku rasa.
Aku ingin balas balik.
Tapi...
Niatku itu tidak kesampaian apabila melihat Hyunjae bersama dengan Hyera.
Rasa ingin balas dendam itu bertukar menjadi sedih.
•••
🌙
Aku baring di atas katil aku sambil menyaksikan rancangan exchange di telefon aku.
Aku memakai earphone agar tidak menganggu Hyera di katil sebelah.
Semasa aku sedang seronok menonton rancangan itu, tiba-tiba Hyera memanggil aku.
Memandangkan aku pakai earphone, aku buat-buat tak dengar je.
Aku kalau boleh tak nak bercakap dengan dia langsung.
Buat tambah rasa sakit hati aku je.
"Yunha" panggilnya lagi.
Aku masih buat tidak dengar.
"Yunha" panggilnya sambil mencabut sebelah earphone aku.
Kalau Juyeon yang buat, dah lama aku maki dia.
Paling aku tidak suka kalau ada orang suka-suka hati cabut earphone aku dari telinga aku.
Dah lah earphone ni sensitif. Kalau tertarik sikit wayarnya, terus tak dengar sebelah.
Nak pakai earphone yang bluetooth tu asyik hilang sebelah je.
"Yunha, aku nak cakap sesuatu dengan kau" ujarnya.
Aku cuba menahan marahku.
Aku berhentikan video itu lalu pandangnya.
"Kau nak tahu tak tadi aku jumpa Hyunjae. Rupanya sekolah dia juga join program ni" beritahunya teruja.
"Ah, jinjja" aku balas dengan nada tidak berminat.
"Kau tahu Hyunjae pindah sekolah dekat mana?" Soalnya.
"Tak" balasku pendek.
Memang taklah aku nak bagitahu Hyunjae sekolah dekat mana.
Silap-silap dia pindah ke sekolah aku pulak.
"Kau ada nombor telefon baru Hyunjae?"
"Tak"
Banyak pulak dia tanya pasal Hyunjae.
Baik aku keluar dari bilik ni.
Buat mood aku hilang je.
Aku baru je nak layan rancangan exchange tu.
"Aku nak keluar ambil angin sekejap." Kataku sambil memakai hoodie aku.
Sebelum dia tanya banyak lagi, baik aku keluar dari sini dulu.
Aku keluar terus tanpa memandangnya.
Tapikan...
Bukan ke dia dengan Hyunjae berpasangan?
Kenapa dia tak tahu dekat mana Hyunjae sekolah?
Nombor telefon pon.
Peliknya...
•••
🌙🌳
Aku berjalan-jalan di taman yang berhadapan dengan hotel.
Taman tu masih sebahagian dalam kawasan hotel tu.
Jadi selamat sikit aku keluar malam-malam ni.
Lagipun taman tu diterangi dengan banyak lampu.
Aku berhenti di tengah-tengah taman lalu mendongak memandang ke langit.
Aku merenung bintang dan bulan yang menghiasi langit pada malam ini.
Bintang...
Bulan...
Huh.
Kenapa banyak sangat benda yang membuatkan aku teringatkan si dia.
Banyak sangatkah memori yang kami tinggalkan bersama sehingga aku tidak dapat lupakan dia?
"Yunha, awak ke tu?" Tegur seseorang.
Aku menoleh ke arah suara itu.
Hyunjae.
Selepas aku buat tatapan mata dengannya untuk beberapa saat, aku terus cuba ingin larikan diri.
Tapi--
"Yunha, jakkaman" halang Hyunjae.
Tubuhku membeku.
"Boleh kita cakap tentang hubungan kita?"
TBC
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro