Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

13

"Oh? Yunha!"

Aku memandang ke arah pemilik suara itu.

Mataku terbutang luas.

Aku tidak percaya apa yang aku lihat sekarang ni!

Apa...

Dia buat dekat sini?!

"Yunha, ini akulah. Hyera" ujarnya.

Yup. Itulah dia.

Hyera.

Yeoja tu.

Aku tidak dapat mengawal riak wajahku dari terus memandang tajam ke arahnya.

"Hyera kau duduk bilik 22 ni? Aku pun duduk dalam bilik ni" ujarnya sambil menunjuk kunci pintu beserta nombor bilik,22.

Dahiku berkerut.

Aku tidak percaya dengan apa yang terjadi.

Kenapa dia mesti muncul depan aku lagi??

"Aku masuk dulu eh" kata Hyera lalu menarik beg pakaiannya masuk ke dalam bilik itu.

Aku tidak dapat nak berkata-kata.

Ianya berlaku secara tiba-tiba.

"Yunha, yeoja tu ke?" Soal Younghoon.

Aku memandangnya lalu mengangguk kepalaku perlahan.

"Awak okey ke?"

"Walaupun saya tak okey, saya tetap kena hadapnya." Kataku lalu mengeluh berat.

"Kalau macam tu, apa kata kita cakap dengan Saem Song minta tukar bilik"

"Tak payahlah. Saya tak nak susahkan Saem. Tak pe. Saya okey je. Lagipun cuma 2 hari 1 malam. Saya masuk bilik dulu. Kita jumpa lagi nanti" ujarku.

"Baiklah. Kalau ada apa-apa, telefon je saya"

"Baiklah"

•••



Sambil aku bermain dengan telefon aku di atas katil, sekali sekala aku menjeling memandang ke arah Hyera yang masih mengemas barangnya di katil sebelah.

"Yunha" panggil Hyera.

Aku sedikit gelabah apabila dia panggil. Jangan kantoi aku curi-curi pandang dia sudah.

Aku cuba mengawal riak wajahku lalu pandang ke arahnya.

"Kau ada jumpa dengan Hyunjae ke baru-baru ni?" Soalnya.

"T-Tak ada" Bohongku.

"Ah, jinjja"

Disebabkan dia mulakan perbualan ini, baik aku tanya sesuatu pada dia.

"Hyera" panggilku pula.

Dia berhenti mengeluarkan barangnya dari beg pakaiannya lalu memandang ke arahku.

"Kau...bercinta dengan Hyunjae?" Soalku.

Aku tidak dapat nak tanya benda ni pada Hyunjae sendiri. Jadi,

Aku nak tanya pada Hyera.

"Nae. Selepas kau tinggalkan Hyunjae, Aku dan Hyunjae bersama." Ujarnya dengan senyuman puas.

Aku rasa sedikit sebak mendengarnya.

"Kalau macam tu...macam mana dengan hubungan korang berdua sekarang? Semuanya dalam keadaan baik?" Soalku lagi.

"Hubungan aku dengan Hyunjae? Kami baik-baik sahaja. Dia sangat menyayangi aku." ujarnya.

Mendengarnya lagi membuatkan aku rasa lebih sedih.

Aku perlu berhenti tanya di--

"Yunha, kau nak tengok gambar kitaorang?" Soal Hyera tiba-tiba.

Aku pandangnya sedikit bingung.

Hyera mengeluar sesuatu dari beg duitnya lalu hulurkan padaku.

Ianya adalah gambar.

Gambar Hyera dan Hyunjae.

Melihat gambar itu membuatkan aku rasa ingin menangis.

Air mataku sedikit demi sedikit bergenang(?) di mata.

Aku pulangkan semula gambar itu pada Hyera lalu keluar dari bilik.

Aku pergi ke tangga kecemasan yang berdekatan dengan bilik itu.

Aku mencangkung lalu melepaskan tangisan aku disitu.

Dalam keadaan ini, aku perlukan seseorang untuk bersama aku.

Younghoon satu-satunya yang muncul dalam fikiran aku.

Aku menelefon Younghoon dan mintanya datang berjumpa aku disini.

Selang beberapa minit, Younghoon datang.

Dia melutut satu kaki di depan aku lalu menyentuh kepalaku.

"Gwenchana?" Soal Younghoon lembut.

Aku mengangkat kepalaku.

"Younghoon..." Sebutku dengan teresak-esak.

Younghoon duduk di sebelah aku lalu menarik kepalaku masuk ke dalam dakapannya.

Dia mengusap kepalaku dengan lembut.

Untuk kali pertamanya, aku menunjukkan sisi lemahku pada Younghoon.

•••



Selepas beberapa minit aku berada di dalam dakapan Younghoon, akhirnya aku dapat mengangkat wajahku kembali selepas rasa lebih baik.

"Awak dah rasa lebih baik?" Soal Younghoon.

Aku mengangguk kecil kepalaku sambil mengelap air mataku yang masih tersisa.

Younghoon menolong aku mengelap air mata di wajahku.

Aku memandang Younghoon yang tolong lapkan air mataku.

Walaupun aku masih baru mengenalinya, tapi Younghoon telah banyak menolong aku dan jaga aku dengan baik.

Hubungan kami ini seperti telah lama kenal.

"Kalau awak dah okey, awak nak pergi ke kolam? Budak-budak sekolah kita dah ramai berkumpul dekat situ" ajak Younghoon.

Aku mengangguk kepalaku tanda 'ya'

Younghoon tersenyum kecil lalu menghulurkan tangannya.

"Kajja"

Aku pandang huluannya seketika lalu sambut huluan itu.

•••



Tiba sahaja di kolam, seperti yang dikatakan oleh Younghoon, ada ramai budak sekolah kami berkumpul di situ.

Keadaan di tempat kolam itu sangat riuh.

Aku tak nampak muka budak sekolah lain di kolam itu.

Seperti budak sekolah kami mengambil alih kolam itu.

Semasa aku teruja melihat mereka bermain di dalam kolam, pandanganku teralih ke arah Hyunjae yang memandang ke arah tangan aku yang dipegang oleh Younghoon.

Mengingatkan pada gambar itu tadi, aku pegang tangan Younghoon lebih erat.

Mungkin Younghoon perasan, Younghoon pandang aku pelik.

"Bola!" Jerit seseorang.

Mendengar jeritan itu, aku dan Younghoon sama-sama memandang ke arah suara itu.

Ada 1 bola terbang ke arahku dengan laju.

Younghoon dengan pantas sempat menepis bola itu.

Jantungku berdegup dengan laju kerana keadaan yang mengejut itu.

Tambahan lagi dengan kekarisma Younghoon yang menepis bola itu.

Younghoon membuatkan aku rasa sedikit berdebar-debar.

"Yah! Hati-hati lah baling bola tu!" Marah Younghoon sambil baling bola itu semula kepada pelajar kelas tahun junior iaitu Q.

"Mian"

"Hyung! Jomlah lawan bola tampar" ajak Sunwoo yang asalnya bermain bersama Q.

"Ajak Yunha Nuna sekali!" Sambung Sunwoo.

Aku sedikit terkejut apabila namaku dipetik.

"Awak nak main?" Soal Younghoon.

"Boleh je. Tapi saya tak pandai main" kataku segan.

"Takpe. Saya boleh ajar"

"Okey"

•••



Kami berlawan bola tampar di dalam air.

2 lawan 2.

Aku dengan Younghoon, manakala Sunwoo dengan Changmin.

Walaupun aku tak pernah main, tapi aku semangat untuk lawan dengan mereka.

"Hyung, sebelum tu apa kata kita buat hukuman pada team yang kalah."

"Okey! Setuju! Kalau kau kalah, Hyung nak kau chat 'Saranghae' pada semua ex-girlfriend kau" kata Younghoon pada Sunwoo dengan semangat.

"Mana adil! Hukuman tu untuk aku je. Macam mana dengan Changmin pulak? Changmin mana ada Yeochin" Ujar Sunwoo tidak puas hati.

"Changmin aku nak dia menari depan orang ramai je"

"Mana adilll. Changmin memang dah selalu menari depan orang ramai"

"Suka hati hyunglah"

"Okeyyy. Macam tu eh permainan Hyung. Kalau team Hyung kalah, Hyung kena angkat Yunha Nuna macam bridal style. Lepastu terjun ke dalam air"

Aku dan Younghoon terdiam.

Younghoon pandang aku serba salah.

Hukuman apakah itu.

Angkat aku macam bridal style??

"Wae? Hyung tak setuju?" Sindir Sunwoo.

"Awak okey ke?" Soal Younghoon serba salah.

Walaupun aku rasa tidak berapa okey, tapi ini cuma permainan.

Jadi aku okey je.

"Saya okey" kataku.

Younghoon mengangguk kecil kepalanya lalu kembali memandang Sunwoo.

"Okey! Hyung setuju!"

"Nicee"











TBC

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro