11
🏠🌙
Sebaik sahaja aku membuka pintu, muncul susuk tubuh Younghoon yang berdiri membelakangi aku.
"Younghoon" panggilku.
Younghoon memusingkan badannya lalu melemparkan senyuman kepadaku.
"Kenapa awak datang sini?" Soalku.
"Wae? Saya tak boleh datang sini ke?"
"T-Tak. Bukan macam tu. Saya cuma terkejut awak datang ke rumah saya malam-malam ni"
Younghoon tergelak kecil.
"Haha. Saya bergurau je lah. Saya datang sini sebab nak bagi ni pada awak" Younghoon menghulurkan beg hitam padaku.
Aku ambil beg itu dengan teragak-agak.
"Apa ni?"
"Emm...baju"
"Baju?"
"Tadikan awak tak dapat nak beli baju dekat kedai yang kita pergi tadi tu, jadi saya belikan untuk awak"
"Apa awak ni. Awak tak perlu beli pun. Susahkan awak je"
"Tak susah pun. Jangan lupa pakai baju tu waktu hari rombongan tu."
"Nae~"
"Saya balik dulu"
"Saya temankan awak sampai ke perhentian bas"
"Tak payah. Bahaya yeoja keluar malam-malam ni. Saya boleh balik sendiri."
"Kalau macam tu, hati-hati jalan tu. Kalau dah sampai rumah, chat saya okey"
Younghoon menganggukan kepalanya tanda faham.
•••
[Bedroom]
Aku letak beg itu di atas katil ku.
Aku mengeluarkan kotak dari beg itu.
Aku buka kotak itu.
Dalamnya seperti yang aku sangka ada baju pink yang aku pilih tadi.
Sekejap.
Bukan baju tu je yang ada di dalam kotak tu, tapi ada kad kecil di dalamnya.
Aku meletak baju itu di tepi lalu baca pesanan yang tertulis di atas kad.
Saya akan buatkan awak ceria
P/s : pandang saya sahaja^^
Aku tersenyum kecil apabila membaca pesanan itu.
Bolehkah aku dapat lupakan Hyunjae dengan bantuan Younghoon ni?
•••
☀️🏫
Aku berjalan masuk ke dalam kawasan sekolah dengan perasaan teruja.
Jarang sekali aku nak rasa teruja apabila datang ke sekolah ni.
"Nuna, ni baju baru ke?" Soal Juyeon sambil menyentuh baju aku.
"Haah. Younghoon yang bagi Nuna"
"Ouh...Nuna dengan Younghoon ada apa-apa hubungan istimewa ke?"
"Hubungan istimewa? Mana ada. Kitaorang cuma kawan je"
"Yeke? Tapi sikap Younghoon tu macam Namchin Nuna pulak. Belikan baju, datang malam-malam..."
"Yah, kalau macam tu Jacob dengan Juyeon ada hubungan istimewa lah sebab dia datang malam-malam"
"I-itu lain. Kes Nuna ni lain."
"Mana ada lain. Sama je. Tsk."
•••
Aku duduk seorang diri menanti rakan-rakan sekelas aku.
Inilah masalahnya kalau dah terlebih teruja.
Datang sekolah terlebih awal.
Aku mengeluarkan telefon aku lalu buka apps camera.
Dah pakai cantik-cantik, takkan tak ambil gambar en.
Aku membetulkan kedudukan rambut aku lalu buat posing di depan camera.
3...
2...
1...
📸
Aku melihat semula hasil gambar tu.
Sekejap...
Eh?
Ada Younghoon?
Aku terus menoleh ke arah belakang.
"Younghoon!"
Betapa gembiranya aku apabila ada salah seorang dari rakan sekelas aku dah datang.
Tambahan lagi orang tu ialah kawan rapat aku.
"Seorang ke?" Soalnya.
"Nae."
"Adik sedara awak mana? Kelas dia join juga kan?"
"Juyeon? Ada. Dia pergi mana tah"
Younghoon mengangguk kepalanya lalu duduk di sebelah aku.
"Uwu~pink" aku menyentuh tshirt pink yang dia pakai.
"Disebabkan awaklah saya pakai warna pink ni. Saya nak pakai warna sama dengan awak."
"Ah...."
"Saya nampak okey tak? Saya asalnya ragu-ragu nak pakai warna ni. Tapi disebabkan awak, saya cuba beranikan diri pakai warna ni"
"Erm, cantik. Sesuai dengan awak. Nampak macam boyfriend material"
"Boyfriend material? Okey..." Younghoon mengangguk kecil kepalanya sambil tersenyum.
Selang beberapa minit, seorang demi seorang tiba.
Suasana menjadi semakin meriah.
Sedang sibuk aku berbual dengan Younghoon, pandanganku teralih ke arah Hyunjae yang baru tiba bersama Jacob.
Aku terus pandang ke arah wajahnya.
Aku tidak dapat mengalihkan pandanganku darinya.
"Yunha" panggil Younghoon.
"Nae?"
"Pandang saya saja" ujarnya sambil merenung ke arah anak mataku.
Tatapannya itu membuatkan aku terus memandang ke arah wajahnya.
Pada masa yang sama, jantungku berdegup dengan laju.
"Semua pelajar sila beratur mengikut kelas"
Aku terus alihkan pandanganku ke arah lain.
Adakah aku baru sahaja membuka hati aku pada Younghoon?
Kalau tidak, kenapa jantung aku berdegup dengan laju.
•••
1 bas dinaiki 1 kelas.
Jadi pihak sekolah menyediakan 2 bas untuk kami.
Aku beratur di belakang Younghoon menunggu giliran untuk naik bas.
Aku tak tahu kenapa, tapi aku teruja nak naik bas walaupun dah selalu naik bas.
Mungkin sebab aku naik dengan rakan sekelas aku, aku jadi teruja.
Hehe.
Aku mendaki naik anak tangga bas selepas giliran Younghoon.
Mungkin disebabkan aku terlalu teruja dan tidak sabar nak naik bas, aku jadi hilang imbangan semasa memijak anak tangga.
Disebabkan itu, aku terlentang ke belakang.
TAPI!
Nasib menyebelahi aku kerana Younghoon yang berada di hadapan aku sempat memegang tangan aku.
Bukan itu sahaja, ada tangan lain yang melilit di pinggang aku menahan aku dari jatuh ke tanah.
Bukan Younghoon, tapi Hyunjae yang berada di belakang aku.
Dalam keadaan itu membuatkan aku rasa sedikit tidak selesa.
Ada 2 orang yang cuba menyelamatkan aku.
Banyak mata memandang ke arah kami bertiga.
Disebabkan aku tak nak menarik tumpuan lebih ramai lagi, aku cepat-cepat bangun dan membetulkan kedudukan aku.
Aku menundukkan kepala pada Hyunjae tanda terima kasih aku padanya.
Apa pulak kata orang kalau nampak aku tak ucap apa-apa pada Hyunjae selepas selamatkan aku.
Baru je aku nak angkat kepala aku, rambut aku pulak buat hal!
Boleh pulak rambut aku berbelit di butang baju Hyunjae.
Sakit tu boleh dibincangkan, tapi malu tu tak boleh nak dibawa bincang.
Kalau ni bukan sahaja aku menarik perhatian budak-budak kat situ, tapi Cikgu-cikgu, pakcik-pakcik bas dan makcik-makcik sapu lantai.
Hyunjae memeluk aku bagi merapatkan aku dengannya untuk memudahkan dia meleraikan rambut aku yang berbelit di butang bajunya.
Kepalaku melekat di dadanya.
Aku dapat dengar degupan jantungnya.
Degupan jantungnya sangat laju.
"Saya dah leraikannya" kata Hyunjae perlahan.
Aku mengangkat kepalaku perlahan-lahan lalu memandang ke arah wajah Hyunjae.
Dia juga menatap wajahku.
Dengar degupan jantungnya tadi membuatkan jantung aku juga berdegup dengan laju.
Sudah lama aku tidak merasai perasaan ini...
Iaitu ketika kami saling meluahkan perasaan kami antara satu sama lain.
FLASH BACK..
Aku dan Hyunjae duduk menghadap ke arah pantai sambil ditemani dengan bintang-bintang di langit pada malam itu...
Ketika itu...
Kami berdua telah tahu perasaan antara satu sama lain, tapi kami masih belum luahkannya secara berdepan.
"Saya ada sesuatu yang saya nak bagitahu awak" kataku cuba memberanikan diri.
"Nanti dulu. Saya nak jumpa dengan awak sebab saya nak bagitahu sesuatu dengan awak. Jadi biar saya cakap dulu" ujar Hyunjae cuba menghalang aku.
"Tak boleh. Biar saya yang cakap dulu" balasku.
"Andwae. Bagi saya cakap dulu"
"Tak. Bagi saya cakap dulu"
"Okey, macam ni lah
Kita cakap pada masa yang sama" cadang Hyunjae.
"Pada masa yang sama? Okey, saya setuju"
"3...2...1!"
"Saya cintakan awak" kata kami serentak.
Kami berdua terdiam seketika.
Tidak lama itu, kami tergelak.
"Betul awak cintakan saya?" Soalku.
"Nae."
"Buktikan"
"Bukti? Betul ni awak nak bukti?" Soal Hyunjae dengan senyuman sinis.
"Nae"
Hyunjae tiba-tiba mendekatkan wajahnya dengan wajahku.
Tindakan secara tiba-tiba itu membuatkan jantung aku terhenti seketika.
Semakin lama semakin dekat kedudukan wajah kami.
Hyunjae menutup matanya dan terus mendekatkan wajahnya dengan wajahku.
10cm...
5cm...
3cm--
2--
Aku terus menutup mulut Hyunjae.
Hyunjae membuka matanya.
"Saya tak perlukan bukti" kataku serik.
"Betul ni tak perlukan bukti? Tapi saya nak tunjukkan buktinya" ujarnya dengan senyuman sinis.
"T-Tak perlu. Na-Nanti je" kataku resah.
Hyunjae tergelak kecil lalu memeluk ku.
"Kalau awak rasa saya tak cintakan awak, saya beri kebenaran untuk awak buat apa-apa sahaja pada saya. Kalau awak nak tumbuk saya, tumbuhlah. Kalau awak nak kurung saya, kuranglah. Kalau awak nak tolak saya dari tempat tinggi, tolaklah" ujar Hyunjae.
"Saya takkan buat semua tu. Saya tahu, awalan cintakan saya selamanya. Begitu juga dengan saya" balasku.
END FLASH BACK...
Mengingatkan moment itu membuatkan aku ingin melihat senyuman itu semula pada wajah Hyunjae.
"Yunha, gwenchana?" Soal Younghoon.
"Ah? N-Nae. Saya tak apa-apa" kataku.
"Baguslah. Mari naik bas" ajak Younghoon.
Aku mengangguk kecil kepalaku.
Younghoon memegang tangan aku lalu mengiring aku naik ke bas.
Aku sempat memandang ke arah Hyunjae.
Dia merenung ke arah tanganku yang dipegang oleh Younghoon.
Dia terus pandang ke arah tangan kami sehingga kami tiada di depan matanya.
TBC
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro