1∅
[Shoping Mall]
"Younghoon, okey tak baju ni?" Soalku sambil menunjuk baju warna hitam padanya.
"Cantik. Tapi kalau warna pink lagi sesuai dengan awak"
"Ah, jinjja?"
Aku sangkut semula baju hitam lalu mengambil baju yang berwarna pink yg menarik perhatian aku.
"Yang ni okey?"
"Okey. Awak pasti nampak comel pakai baju tu"
Aku tersenyum malu lalu pergi melihat baju di bahagian lain pula.
Barang aksesori menarik perhatian aku.
Aku mendekati di bahagian aksesori.
Younghoon turut mengikuti aku.
"Yunha, macam mana dengan rantai ni? Rantai ni mesti sesuai dengan baju tu" ujarnya sambil menghulurkan rantai yang dimaksudnya.
Aku sedikit tergamam apabila rantai itu sebiji dengan rantai yang pernah Hyunjae beri pada aku.
Ada corak arnab di rantai itu.
Rantai itu masih ada padaku dan aku menyimpannya di rumah.
"Erm..saya tak selesa lah pakai rantai. Rasa macam leher saya tercekek." Kataku dengan gelakan palsu.
Younghoon juga turut ketawa.
"Kalau macam tu a-"
"Eh?! Yunha"
Kami berdua menoleh ke arah orang yang menegur aku itu.
Eh?
Dia ni...
Rakan sekolah lama aku...
"Eh? Aku ingatkan kau dengan Hyunjae. Rupanya dengan lelaki lain. Betullah apa yang Hyera katakan tu" ujarnya.
Aku menjadi bingung, tambah dengan cuak apabila dia sebut nama Hyunjae.
Wajah Younghoon menunjukkan dia keliru dengan situasi itu.
"Apa maksud kau dengan lelaki lain?" Soalku.
"Hyera cakap kau dah tak bersama dengan Hyunjae lagi sebab kau dah ada lelaki lain. Kau curang dengan Hyunjae" ujarnya.
Dahiku berkerut.
"Hyera cakap macam tu?"
"Nae. Erm..jadi...lelaki ni...Namchin baru kau?" Soalnya sambil tersenyum gedik pada Younghoon.
Aku pandang Younghoon yang dalam keadaan keliru.
"Tak. Dia cuma kawan aku."
"Ouhhh...jadi kau masih dengan Hyunjae?"
Aku terdiam seketika.
Aku masih dengan Hyunjae?
"T-Tak..."
"Jadi betullah kau dengan Hyunjae dah tak ada apa-apa?"
Aku mengangguk kecil kepalaku.
"Ouhh patutlah Hyera berkepit dengan Hyunjae je. Tapi lepas Hyunjae pindah, dia jadi tak betul pulak dekat sekolah tu. Lepastu asyik post gambar dia berduaan dengan Hyunjae dekat Instagram dia. Mungkin rindu agaknya. Kau tahu Hyunjae pindah sekolah mana?"
Aku menggelengkan kepalaku.
"Ah, lupa pulak. Takkan kau nak berhubung dengan ex-boyfriend kau semula. Ta--"
"Woohye, aku kena pergi sekarang. Kita jumpa lagi nanti ye" kataku lalu menarik Younghoon keluar dari kedai itu.
Aku pergi jauh dari kedai itu.
"Yunha, jakkaman" Younghoon menghentikan aku terus menariknya.
"Ada benda yang tidak boleh saya tahu ke?" Soalnya.
Aku pandangnya serba salah.
•••
[Baskin Robbins]
Aku cerita semuanya pada Younghoon kerana aku percaya Younghoon akan rahsia kannya.
"Macam tu rupanya...patutlah awak rasa tak selesa dengan dia" ujar Younghoon yang akhirnya faham masalah aku.
"Boleh awak rahsiakannya? Saya tak nak orang lain tahu pasal benda ni"
"Baiklah. Saya akan rahsiakannya. Jadi...awak masih suka pada Hyunjae?"
Aku terdiam seketika.
"Saya tak boleh nak katakan tidak" kataku.
Younghoon menganggukan kepala tanda faham.
"Macam mana dengan Hyunjae? Dia masih cintakan awak?"
Aku mengelengkan kepalaku.
"Saya tak tahu. Kebelakangan ni dia selalu menjauhkan diri dari saya."
"Sebenarnya apa rancangan awak?"
"Saya...nak lupakan dia. Saya tak nak dia muncul dalam diri saya. Saya benci sangat pada dia setiap kali saya teringat kejadian tu. Ianya berlaku pada masa yang sama ketika keluarga saya meninggalkan saya. Ianya sangat menyakitkan saya. Saya nak lupakan dia, tapi saya tak boleh."
"Kalau macam tu...boleh ke saya tolong awak?"
"Tolong? Awak nak tolong saya macam mana?"
"Erm...saya tak tahu kalau ianya dapat membantu, tapi saya cuba buatkan awak jauhi atau lupakan dia"
"Awak boleh buat saya lupakan dia? Tapi, macam mana?"
"Saya ada cara saya sendiri. Tapi kalau awak naklah. Kalau awak tak nak, sa--"
"Lakukannya" potongku.
Younghoon memandangku sedikit terkejut.
"Awak pasti?"
"Nae"
•••
🌙🏠
Aku termenung ke arah siling bilikku memikirkan apa yang Younghoon katakan tadi.
....
"Lakukannya"
"Awak pasti?"
"Nae"
"Kalau macam tu, saya nak awak pandang saya je"
"Nae?"
"Saya nak awak fikirkan pasal saya je. Cuma saya"
...
Apa yang Younghoon fikirkan?
Fikirkan pasal dia je?
Apa maksud dia?
Ahh...
Aku patut jumpa Juyeon untuk minta pendapat dia.
Aku keluar dari bilikku lalu pergi ke bilik Juyeon.
Dari luar bilik aku dapat dengar bunyi game.
Aku menolak pintunya yang terbuka sikit lalu terpapar susuk tubuh Jacob.
Eh?
Jacob?
"Jacob kau ada dekat sini? Mana Juyeon?" Soalku pada Jacob yang sedang main game di PC Juyeon.
"Juyeon pergi dapur sekejap" beritahunya.
Aku mengangguk kepala tanda faham.
Aku masuk ke bilik itu lalu duduk di atas katil Juyeon.
"Kau dah kemas barang untuk pergi ke rombongan tu?" Soalku.
"Belum. Kau?"
"Baru separuh."
Jacob mengangguk kecil kepalanya.
"Kau tahu sekolah mana yang terlibat dengan rombongan tu?" Soalku lagi.
"Tak tahu. Yang aku tahu banyak juga sekolah yang terlibat"
"Woah, mesti meriah nan--"
"Jacob datang dekat tempat aku sekejap"
Aku terdiam apabila terdengar suara yang cukup aku kenal dari game tu.
"Ramai sangatlah sana. Hyunjae kau lari ke tempat aku lah" balas Jacob.
Hyunjae?
Aku tiba-tiba jadi kaku seketika.
"Jacob" panggilku dengan suara yang perlahan.
"Bwo?" Balas Jacob yang turut memperlahankan suara dia.
"Kau main dengan Hyunjae ke?" Soalku.
"Nae"
"Kau buka mic ke dari tadi?"
"Nae"
Aku tercengang.
Jadi Hyunjae dengarlah perbualan aku dengan Jacob tadi?
"Nuna. Ada orang nak jumpa dengan Nuna" kata Juyeon yang baru kembali ke biliknya.
"Siapa?"
"Younghoon Hyung" beritahu Juyeon.
"Eoh? Younghoon datang sini?" Jacob pandang aku terkejut.
Bukan dia je, aku pun terkejut.
Kenapa dia tiba-tiba datang sini pulak?
TBC
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro