Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

∅1

_bloombloom_
PRESENT
IG: hxrxsixm

.

.

.

.

.

[CAST]

Oh Yunha as Readers•

•Hyunjae THE BOYZ as Hyunjae

•Younghoon THE BOYZ as Kim Younghoon•

.

.

.

.

.

🌙🌙🌙

Akhirnya!

Akhirnya siap juga gelang yang aku buat selama 3 jam.

Kebas punggung aku duduk lama-lama.

Ini pertama kali aku buat gelang sendiri.

Aku buat 2 gelang yang sama. 1 gelang untuk aku dan 1 lagi tu untuk si dia.

Hampir 1 tahun kami bersama sebagai pasangan kekasih.

Jadi aku buat gelang ni untuk meraikan hubungan kami.

Aku harap dia sukakannya.

Aku mengangkat punggungku lalu pergi ke dapur untuk cuci pinggang mangkuk yang aku guna tadi.

Hari ni Omma dan Appaku tak ada. Mereka pergi rombongan kerja di Busan.

Jadi aku perlu berdikari hari ni.

Niatku untuk pergi ke dapur terbantut apabila terdengar telefonku berbunyi di bilik aku.

Aku kembali masuk ke dalam bilikku lalu jawab panggilan dari nombor tidak diketahui.

"Yobosaeyo?"

"Yobosaeyo. Adakah awak ahli keluarga Encik Oh Yuseok dan Cik Kim Yura?"

Itu Omma dan Appaku aku.

"Nae, Saya ahli keluarga mereka...Tapi awak siapa?"

"Saya dari bahagian kecemasan Hospital Hani. Saya ingin beritahu bahawa Bas kerja yang dinaiki Encik Oh Yuseok dan Cik Kim Yura telah mengalami kemalangan."

Aku tergamam.

Seluruh tubuhku mengigil ketakutan.

Aku takut kalau ada perkara buruk berlaku pada Omma dan Appaku.

Aku selalu dengar tentang kemalangan keluarga pelajar-pelajar di sekolah aku, dan akhirnya benda itu terjadi pada keluarga aku sendiri.

Aku takut aku kehilangan Omma dan Appaku.

"M-Macam mana dengan keadaan mereka berdua?"

"Kemalangan yang berlaku sangat teruk. Jadi kami tidak dapat memastikannya. Keadaan semua penumpang bas itu dalam keadaan kritikal. Pegawai perubatan kami akan cuba sedaya upaya untuk merawat mereka."

"B-Baiklah. Saya akan ke sana nanti"

Aku menamatkan panggilan itu.

Jantungku berdegup dengan kencang.

Aku berharap sangat Omma dan Appaku tidak mengalami cedera yang teruk.

Sekarang aku perlu siap-siap untuk ke hospital.

Tapi...

Aku perlu seseorang untuk menemani aku.

Seseorang yang dapat menenangkan kerisauan aku ini.

Otak aku terus memikirkannya.

Dialah yang aku perlukan waktu begini.

Tanpa membuang masa, aku terus menelefonnya.

Tak dapat.

Aku cuba telefonnya sekali lagi.

Tak dapat juga.

Aku tak boleh buang masa.

Aku akan terus ke rumah dia.

•••

🌙🏠

Ding Dong~

Aku menekan lonceng rumah si dia.

Pintu rumahnya terbuka dan terpapar seorang wanita berusia dalam lingkungan awal 50-an.

"Annyeonghasaeyo" sapaku.

"Ouh, kamu yang datang rupanya. Kamu nak jumpa dengan Hyunjae ke?"

"Nae. Yunha telefon dia tadi tapi dia tak jawab"

"Dia baru keluar tadi. Dia tertinggal telefon dia lah tu"

"Keluar? Ahjumma tahu tak dia pergi mana?"

"Tak. Dia cuma cakap nak keluar je tadi"

"Oh...takpelah. Saya pergi dulu. Jumpa lagi nanti"

"Nae~ hati-hati"

Aku menundukkan kepalaku lalu pergi dari situ.

Hyunjae keluar?

Biasanya kalau dia keluar malam-malam ni, dia pergi ke gelanggang bola keranjang yang berdekatan dengan taman perumahan dia.

Dia pasti ada di sana.

•••

🏀🏀🏀

Tiba sahaja di gelanggang bola keranjang, aku nampak Hyunjae sedang bermain bola keranjang dengan seseorang.

Aku dah agak dia akan ada di sini.

"Hyun--"

Terbantut aku nak panggilnya apabila aku nampak orang yang bermain dengannya adalah seorang perempuan.

Gelak tawa mereka memecahkan suasana sunyi itu.

Mereka kelihatan sangat seronok bermain bersama.

Tidak lama itu, Hyunjae dan yeoja itu terjatuh bersama-sama semasa mereka cuba saling merampas bola.

Apa yang membuatkan aku tidak sedap pandang apabila yeoja tu jatuh di atas Hyunjae.

Jujur aku cakap yang aku cemburu.

Aku mendekati mereka dengan keadaan marah.

Selepas aku berada lebih dekat dengan mereka, barulah aku tahu siapa perempuan tu.

Perempuan tu ialah rakan sekelas kami berdua, Kim Hyera.

Ramai yang tahu Hyera tu suka pada Hyunjae. Aku tahu benda tu sejak sebelum kami bersama lagi.

Hyunjae juga tahu Hyera tu suka padanya.

Disebabkan itu aku geram.

Kenapa Hyunjae masih nak melayan perempuan tu kalau dah tahu perempuan tu suka dia.

Bukan ke dia dah ada aku?

Atau dia juga suka pada Hyera.

"Yunha?!"

Akhirnya Hyunjae perasan kewujudan aku disitu.

"Oh! Yunha. Kau pun ada dekat sini? Kau baru balik dari kedai ke?" Tegur Hyera.

Aku memandang mereka berdua tajam.

Hyunjae yang kelihatan gelisah terus datang dekat dengan aku.

"Y-Yunha, awak jangan salah fa--"

"Jangan hubungi saya lagi. Bukan tu je, hubungan kita berhenti dekat sini je" kataku lalu pergi dari situ.

•••

[Hospital Hani]

Aku melangkah masuk ke bahagian kecemasan dengan hati yang berat.

Masuk sahaja di bahagian itu, ramai orang yang menitiskan air mata.

Suasana itu membuatkan aku rasa tidak sedap hati.

Aku pasti mereka juga ahli keluarga kepada mangsa kemalangan bas bersama Omma dan Appaku.

Aku berjalan mendekati doktor yang sedang menenagkan seorang nenek yang kesedihan

"Annyeonghasaeyo" sapaku.

"Annyeonghasaeyo" balas Doktor tu.

"Macam mana dengan keadaan Omma dan Appaku saya?"

"Siapa Omma dan Appa kamu?"

"Oh Yuseok dan Kim Yura"

Wajah Doktor itu terus berbuah.

Dalam hati aku terus berharap Omma dan Appaku tidak mengalami kecederaan yang teruk.

"Maafkan saya" kata Doktor itu sambil menundukkan kepala.

A-Apa maksud maafnya?

Tolonglah jangan ada benda-benda buruk berlaku pada Omma dan Appaku.

Jebal.

"Omma dan Appa awak tidak dapat saya selamatkan" beritahunya.

Air mataku yang dari tadi bergenang terus jatuh di pipi.

"Omma dan Appa awak telah meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital"

Aku terduduk.

Air mataku terus mengalir deras.

Aku macam tak percaya yang mereka akan tinggalkan aku.

Aku hanya ada mereka berdua di sisi aku.

Aku harap sangat apa yang berlaku ni hanyalah mimpi aku.

Omma...

Appa...

"Yunha!"

Aku pandang Hyunjae yang berlari ke arah aku.

"Yunha, omma saya baru dapat tahu tadi. Jadi omma saya bagitahu sa--"

"Pergilah! Saya tak nak tengok muka awak lagi! Pergiii" aku menolak tubuh Hyunjae ke belakang.

"Yunha, maafkan saya sebab ta--"

"Saya tak nak dengar! Pergi! Saya benci tengok muka awak! Pergiiiiiiii"




TBC

Next Chap:

"Baik semua. Hari ni kelas kamu ada pelajar baru lagi. Sila masuk"

"Annyeonghasaeyo, Hyunjae imnida"









HAPPY BIRTHDAY TO OUR PRESENT🎁 BOY❤️
13-09-1997

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro