You are my home ( Song Jihyo x Zico )
Zico's POV
Umur aku 27 tahun. Ini bermakna sudah 4 tahun, aku menyimpan rahsia ini.
Rahsia yang aku sebenarnya, jatuh hati dekat seseorang.
Dan seseorang itu, ialah Song Jihyo.
How do I meet her ?
To be honest, Aku bukan seorang lelaki yang baik. Sejak kecil menginap dekat rumah anak yatim, diambil oleh beberapa keluarga angkat dan dihantar semula ke rumah anak yatim kerana tak tahan dengan perangai aku yang nakal, jahat dan bawa malang.
Sehinggalah suatu hari, aku nekad lari rumah. Ketika itu umur aku 18 tahun, baru tamat sekolah menengah. Aku masuk kumpulan budak-budak jahat. Merokok, mencuri dan sebagainya. Berulang kali bertukar kerja, sebab majikan tak tahan dengan perangai aku yang entah apa-apa.
Selama lebih kurang 4 tahun aku terlibat dengan gejala tersebut. Acap kali dipenjara akibat perangai aku. Habis hukuman, masuk balik penjara, tidak pernah insaf.
Sehinggalah suatu hari, berlaku satu kejadian. Yang temukan aku dengan dia.
Seperti biasa, aku pergi mencuri dengan kawan-kawan aku, namun hari itu nasib aku malang. Aku berjaya ditangkap dan dipukul oleh tuan rumah. Habis berbirat badan aku.
Aku dikhianati oleh kawan-kawan aku. Selesai dibelasah, aku ditinggalkan di tempat yang aku tak tahu kat mana.
Aku terus merangkap, dengan kudrat yang ada sehinggalah aku terlentang baring.
Sayup-sayup kedengaran bunyi tapak kaki. Kemudian tapak kaki itu berhenti, sebelum ia bergerak pantas, mendekati aku yang sudah mula menutup mata.
" Yah!, Kau okay ?! "
Aku terlelap, mengharapkan mimpi indah.
Aku mengerutkan muka aku, dapat rasakan tangan yang mula menyentuh muka aku. Perlahan-lahan aku membuka mata aku. Badan aku terletak elok di katil single.
" Omma, ahjussi ni dah bangun. "
Suara budak lelaki menjerit memanggil ibunya.
Aku terkelip-kelip memandang budak lelaki dalam lingkungan umur 3 tahun, yang ralit memandang aku sambil melambaikan tangan kecilnya.
Aku cuba bangun namun ada tangan lain yang menghalang aku.
" Awak cedera lagi ni, tadi doktor datang rawat awak. Nasib baiklah takda luka dalaman yang teruk. Ah, Jungho kenalkan diri kamu. "
Ujar Jihyo sambil membantu Zico bersandar pada kaki katil. Diletakkan bantal sebagai lapik di belakang Zico.
Bahu budak lelaki itu dipukul lembut, mengarahkan budak lelaki yang dikenali Jungho itu untuk memperkenalkan dirinya.
" Anyeonghaseyo, nama saya Song Junghyo. Umur saya 3 tahun. Nama ahjussi apa? ".
Soal Junghyo. Mata bundarnya memandang Zico menanti jawapan darinya.
" Zi.. Zico. 23 tahun. "
Ujar Zico, tergagap-gagap.
" Oh, mudanya kamu. Nama Noona Song Jihyo. Umur 34 tahun, omma kepada Song Junghyo. Anyeonghaseyo. "
Dengan ramah Jihyo memperkenalkan dirinya, sambil tersenyum ceria.
" Ahjussi nak makan tak ?"
Zico terkelu dengan pertanyaan Junghyo, berasa malu lantas menggelengkan kepalanya. Namun kedengaran bunyi dari perut Zico.
" Omma, bunyi dinosaur omma. "
Ujar Junghyo teruja. Jihyo hanya tergelak kecil.
" Nampaknya 'dinosaur' kelaparan. Apa kata kita bagi dinosaur makan, Junghyo? "
Junghyo mengangguk kecil, tangan kecilnya menunjukkan thumb ups.
Tanpa sedar, Zico mula rasakan sesuatu dalam hatinya. Perasaan yang tak dapat digambarkan.
Pagi itu, Jihyo membawa makanan ke bilik Zico dan menikmati makan pagi bersama-sama. Seolah olah seperti sebuah keluarga.
Kini dah 4 tahun sudah berlalu. Sudah 4 tahun Zico menetap di rumah Jihyo. Jihyo sudah banyak membantu Zico, dalam pelbagai cara. Dan Zico juga banyak membantu Jihyo.
" Zico, maafkan Noona sebab tanya soalan ni. Tapi Noona kena tanya juga, sebab Noona takut Noona terambil hak orang. "
Ujar Jihyo ketika mereka berdua sedang santai di rooftop rumah Jihyo.
" Kenapa Noona? ".
Soal Zico pelik.
" Selama ni, Noona tak pernah tahu pasal keluarga Zico. Maksud Noona, diorang... Diorang tak cari Zico ke? Atau diorang buan...
" Noona, aku anak yatim. Sejak kecil lagi Noona, aku ni anak yatim. Aku tak tahu siapa mak aku, siapa ayah aku. Aku selalu bertukar keluarga angkat. Aku berubah jadi budak jahat , buat benda jahat. Masuk keluar lokap. Aku tak pernah rasa ada keluarga. "
Cerita Zico panjang lebar. Sambil melemparkan senyuman pahitnya.
" Sehinggalah suatu hari, aku jumpa Noona. Dan baru aku dapat rasa bagaimananya kalau ada keluarga. Inilah perasaan dia Noona. Sebab Noonalah, sebab Junghyolah, Zico dapat merasakan perasaan adanya keluarga. To feel at home. Because you're my home and Aku appreciate sangat. Sebab tu aku janji, aku akan stay di sini dengan Noona dengan Junghyo. "
Tangan Zico memegang lembut tangan Jihyo. Dahi Zico mula dirapatkan kepada dahi Jihyo. Kedengaran esakan dari Jihyo. Dia lantas memeluk erat Zico, dengan harapan memberikan kekuatan kepada Zico.
" Noona akan selalu ada di samping Zico. Jangan tanggung susah sorang, Noona ada. Junghyo ada. "
Pujuk Jihyo sambil berbisik di telinga Zico.
' Biarlah Zico simpan rahsia ni seorang. Zico tak nak hilang perasaan mempunyai keluarga'
Bisik hati kecil Zico.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro