Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Umbrella ( Song Jihyo x Kim Namjoon )


Happy Cafe

" Kwang-Soo, hari ni nampaknya kita sekejap je pakai maskot ni. Sebab cuaca nampak agak mendung sikit la. "

Ujar Jihyo sambil tangannya sibuk memakai maskot kepala rabbit itu. Kwang Soo hanya mengangguk kecil sambil menolong Noonanya memakai maskot yang kelihatan besar dari kepala Jihyo.


Lantas mereka berdua keluar dari bilik salinan. Tema cafe mereka hari ni ialah haiwan. Jihyo hari ni menjadi arnab manakala Kwang Soo ialah zirafah. Mereka ingin mengedarkan brosur mengenai promosi yang terdapat di cafe mereka kepada orang yang lalu lalang di hadapan cafe mereka.

" Goodluck Jihyo, Kwang-Soo. Kalau hujan cepat-cepat masuk. "

Tegur Jae Suk yang sibuk membersihkan tingkap. Mereka berdua membalas dengan senyuman kecil. Sempat mata Jihyo meliar melihat persekitaran cafe itu. Kelihatan beberapa pelanggan tetap dan juga pelanggan baharu singgah di cafe mereka untuk menikmati makan petang. Matanya menangkap sepasang kekasih duduk di penjuru cafe yang agak tersorok. Muka lelaki dan perempuan itu agak masam, tidak ceria seperti pasangan kekasih yang lain.

" Noona, termenung apa lagi. Jom jom "

Tegur Kwang-Soo, menyentuh lengan Jihyo dengan lembut menyebabkan Jihyo tersentak. Jihyo sekadar tersenyum dan mula berjalan keluar dari cafe.

Jam menunjukkan pukul 5.30 petang. Hujan sudah menunjukkan dirinya.


Sedar akan hal itu, segera mereka berdua masuk ke dalam cafe. Brosur yang berlebihan diletakkan ke dalam laci di meja kaunter.  Maskot kepala dibuka dan diletakkan ke dalam bilik salinan.

Sebilangan pelanggan masih menikmati makan petang di cafe. Menikmati minuman panas bersama roti pelbagai jenis. Ada yang lebih selesa berseorangan. Ada juga lebih gemar menikmati waktu petang beramai-ramai.

Jihyo terus mengelap meja kotor, setelah mengenakan apron yang menjadi identiti cafe ini. Menggunakan kain khas, dia mengelap meja manakala Kwang-soo mengutip pinggan mangkuk yang kotor.

Flash

Kedengaran bunyi simbahan air berdekatan dengan Jihyo, menyebabkan dia menoleh. Terkejut melihat seseorang telah disimbah dengan air. Mujur sahaja air kosong yang sejuk. Kalau panas, sudah tentu panjang ceritanya.

Perempuan yang menyimbah air itu segera bangkit dari kerusinya, tidak menghiraukan mata-mata yang memandang. Dia segera beredar meninggalkan lelaki yang terkedu akibat jadi mangsa simbahan air itu.

Jihyo, menjadi manusia yang berperikemanusiaan segera menghulurkan sapu tangan kepada pemuda itu. Dapat dilihat muka pemuda itu agak malu dengan situasi tadi. Sungguh, Jihyo pun agak kekok dengan kejadian tadi.

" Terima kasih. "

Suara pemuda itu, mengejutkan Jihyo dari lamunan kecil. Jihyo sekadar tersenyum kecil. Jihyo beredar, memberi ruang kepada pemuda itu untuk bersendirian. Nasib baik, air yang merecik ke lantai tidak banyak. Satu hal pula nak kena lap, dengan keadaan pemuda sebegitu rupa.

" Kesiannya dia. Mesti malukan. "
Komen Haha disebalik tingkap yang memisahkan ruang bar dengan dapur.

" Patut bagi dia minuman seperti green tea ke apa, nak legakan hati dia. " Komen HaHa lagi.

Jihyo segera mengeluarkan cup kecil, memasukkan uncang teh hijau. Kemudian memasukkan air panas sehingga memadai. Segera dia keluar dari bar dan menghantar kepada lelaki itu.

" Minumlah. Ini dari kami. Green tea bagus untuk legakan perasaan. "

Ujar Jihyo , lantas tunduk kecil sebelum beredar. Tidak sempat mendengar kata-kata dari pemuda itu.

Beberapa jam berlalu, namun
hujan masih lagi turun dengan lebatnya, seolah tiada tanda hendak berhenti. Jihyo pula sibuk mengemas bilik stor. Kedengaran bunyi derapan kaki menghampirinya.

" Unnie ! Buat apa tu ? "

Tegur suara ceria, tak lain tak bukan Jeon Simon, adik kesayangan Jae Suk. Turut menemani Somin, kawan baiknya Yang Sechan. Sechan menundukkan kepalanya, tanda hormat saat bertentang mata dengan Jihyo.

" Aiggo, Nasib baik korang bawak payung. Kalau tidak basah lantai ni sebab korang. Nanti unnie jugak kena lapkan ".

Gurau Jihyo sambil menggosok kepala Somin dan Sechan.

" Oh ya, tadi jumpa laki kat depan cafe. Dari tadi asyik berdiri tengah jalan. Kesian dia basah kuyup. "

Jihyo mengerutkan dahinya. Lelaki, basah kuyup. Dia segera bergerak ke ruang hadapan. Takda. Lelaki di meja itu sudah tiada. Jihyo mencapai baju hujan dan mengambil payung hijau miliknya, dia bergerak pantas keluar dari cafe tidak menghiraukan panggilan Somin dan yang lain.

Dia terus berlari dan berlari, sehinggalah dia berhenti. Dia membuka payung dan segera mendekati lelaki itu. Dipayungkan lelaki itu dengan payung miliknya. Lelaki itu terkedu. Tangan Jihyo mencapai tangan lelaki itu, memastikan dia memegang kaki payung itu dan berlalu pergi.


Lelaki itu tak sempat berbuat apa-apa kerana Jihyo pantas meninggalkannya.

Keesokan harinya.

Jihyo datang awal ke cafenya, memandangkan dia bertugas untuk opening cafe ini. Entah ke berapa kali dia menguap sepanjang perjalanan ke cafenya.

Langkahnya terhenti. Mata Jihyo menangkap kelibat seseorang dihadapan pintu cafe, bersama payung hijau yang dikenalinya

Jihyo tanpa teragak agak mendekati lelaki berpayung itu. Lelaki itu, segera menoleh saat mendengar derapan kaki Jihyo.Dia mengukir senyumannya.

" Aa, cafe tak bukak lagi. Dalam pukul 11.30 pagi baru kami bukak."

Ujar Jihyo, sangkanya lelaki itu mahu berkunjung ke cafenya.

Lelaki itu menggeleng kecil. Lantas mulutnya mengatakan sesuatu, sesuatu yang membuatkan Jihyo terkedu iaitu

" Saya suka awak "

Kedengaran bunyi barang jatuh dari belakang. Dapat dilihat muka Jae Suk yang terkejut, sampaikan barangnya habis jatuh je tanah.

" Yah ! "

Jihyo, masih kaku di situ. Lelaki itu, tersenyum sehingga menampakkan lesung pipitnya. Matanya masih lekat memandang Jihyo. Memandang tanpa rasa salah.



Author's note :

Gonna end this short story just like this. It's up to you guys nak imagine apa akan jadi. Btw, stay safe.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro