The Cursed ( Song Jihyo x Park Jimin )
Dia terus berlari dan berlari. Cuba untuk mengelakkan diri daripada orang-orang kampung yang berterusan mengejarnya. Tujuan mereka adalah satu, untuk membunuh dia. Disebabkan dia berbeza, lain daripada manusia biasa. Ketakutan yang menguasai diri setiap orang-orang kampung itu memaksa mereka untuk bertindak di luar jangkaan iaitu membunuh. Dia pelik, bukan sepatutnya sikap manusia untuk saling menyanyangi antara satu sama, bukan untuk membenci.
Dia melalui sebuah lorong gelap. Dengan cepat dia segera menyorok di sebalik tembok lorong itu. Derapan kaki yang berlari semakin lama semakin hilang. Dia menarik nafas lega. Dia segera menyandarkan kepalanya di dinding tembok. Memejamkan matanya. Tanpa sedar, dia tertidur.
" Mama, tengok ni. Jimin boleh buat corak api guna tangan ni ? "
Wanita dalam lingkungan usia 3o-an sekadar tersenyum kecil. Ya, dia tahu anaknya ini seorang yang istimewa. Lain daripada manusia biasa. Wanita ini mengusap kepala anaknya yang berumur 12 tahun ketika itu. Api yang terbentuk dari tangan anaknya sungguh mengagumkan dirinya. Namun, kebahagiaan tidak kekal lama, apabila kedengaran kereta suaminya sudah memasuki halaman rumah. Wanita itu segera menyuruh anaknya untuk menyembunyikan kuasanya dan mengarahkan memasuki bilik dengan segera.
" A-abang sudah balik ? Bagaimana kerja hari ni ? "
Sapa wanita itu, terketar-ketar namun cuba ditahan. Wanita itu mengambil beg kerja yang dihulurkan oleh suaminya beserta kot baju. Hatinya masih berdengup kencang, disebabkan tiada respon dari suaminya itu.
" S-saya buatkan air untuk abang ya. "
Wanita itu berura mahu melangkah ke dapur, menyediakan air buat suaminya. Namun persoalan yang diutarakan oleh suaminya membuatkan dia terhenti.
" Aku dapat tahu Jimin keluar rumah hari ni."
Wanita itu menoleh ke belakang memandang suaminya. Dia cuba mengawal riak wajahnya.
" D-Dia takda keluar rumah hari ni. Ada je dia dengan saya. "
Dapat dilihat suaminya tersenyum sinis. Suaminya itu segera bangun, perlahan-lahan menuju ke arah isterinya. Kedua-dua tangannya mencekik leher isterinya dengan kuat.
" Kau jangan nak menipu aku. Kau ingat aku bodoh ke hah perempuan. Banyak mata-mata aku kat sini. Kenapa hah, kau nak beria mempertahankan budak bodoh tu hah ?. "
Wanita itu cuba meleraikan kedua dua tangan suaminya yang mencekik leher namun tidak berjalan. Suaminya sekadar ketawa, mengilai. Entah apa yang merasuk suaminya, dia melepaskan cekikan pada leher isterinya menyebabkan isterinya terjelepok ke lantai. Isterinya terbatuk-batuk dan cuba untuk bernafas beberapa kali. Kemudian, suaminya menarik kaki isterinya, diseret sehingga menaiki tangga. Tidak menghiraukan teriakan wanita itu untuk menyuruhnya berhenti disebabkan kesakitan teramat. Suaminya berhenti dihadapan bilik anaknya, Jimin.
Pintu itu diketuknya berkali-kali. Dengan kuat. Dengan kudrat yang ada, wanita itu mengigit tangan suaminya yang memegang kakinya. Dia mengerang kesakitan, lantas dia menampar wanita itu.
" Jimin, jan-jangan keluar nak. K--Kalau Jimin sayang mama, jangan keluar !. "
Jerit wanita tu kuat, sangat kuat. Wanita itu masih bergelut dengan suaminya. Dia sanggup mempertahankan dirinya demi anaknya tersayang. Walaupun, nyawanya sebagai galang gantinya, dia sanggup lakukan apa sahaja. Dia harus memastikan bahawa anaknya hidup.
Jimin yang pada ketika itu dalam bilik, menyorok di bawah katil.Merasa takut dengan bunyi di luar bilik. Dia ikut arah ibunya, supaya jangan keluar dari bilik itu. Dia menutup kedua-dua telinganya, tidak mahu mendengar sebarang bunyi. Tiba-tiba keadaan menjadi senyap. Jimin perlahan-lahan menurunkan kedua-dua tangannya yang menutup telinganya. Dia perlahan-lahan merangkak keluar dari bawah katil. Dia berjalan menghampiri pintu. Rasa was-was untuk membuka pintu biliknya. Dia lantas nekadkan hatinya, tangannya memulas perlahan tombol pintu itu.
Dia terkejut, dia melihat ibunya terkulai dalam keadaan berlumuran darah. Dia terduduk, matanya sudah mengalirkan air mata. Tangan menggocang ibunya, menyuruhnya bangun. Dapat dilihat kelompak ibunya,mula perlahan-lahan terbuka. Tangannya terketar-ketar mengusap pipi anak tunggalnya itu. Mulutnya cuba mengutarakan sesuatu.
" J-Jimin, m--maafkan mama. Ma--mama gagal lindungi kamu. Janji dengan mama, jaga diri. Pa-pastikan rantai di leher kamu, sentiasa dengan kamu. Mama,mama s--sayangkan kamu. "
Teriakan mula memenuhi rumah itu, sebaik sahaja mata wanita itu tertutup. Dia memeluk badan kaku mamanya. Kehangatan tidak dapat lagi dirasai. Yang tinggal, hanyalah rasa dingin semata-mata.
Jimin terbangun daripada tidurnya yang lena. Air matanya pantas diseka. Hari semakin gelap. Dia segera bangun daripada tempat duduknya, dan segera berjalan keluar dari lorong gelap. Langkahnya diperhati seseorang yang sedari tadi memerhati dia. Jimin berjalan melalui jalan utama tanpa sedar bahawa orang-orang kampung masih memburunya tanpa henti. Tiba-tiba Jimin terduduk ke tanah. Dia memegang belakangnya yang kesakitan.
" Kau ingat kau boleh lari ke hah ? "
Ujar seorang pemuda kampung, berjalan menghampiri Jimin yang masih mengaduh kesakitan. Dia menolak kepala Jimin dengan kuat. Kakinya mula menyepak bertalu-talu ke arah badan Jimin yang sudah terbaring. Rakan pemuda itu turut menyepak di bahagian badannya yang lain.
" Kau tak habis-habis menyusahkan orang kan. Kan aku dah cakap jangan hebahkan pasal aku ngan kawan aku mencuri. Nah, kau rasakan balasan sekarang ni. Kau yang kena tuduh, bukan aku yang kena tuduh. Jangan cari pasal dengan aku. "
Jimin cuba untuk menahan amarahnya. Dia menggempalkan tangannya,cuba untuk mengawal dirinya daripada menunjukkan dirinya yang sebenar.
" Nih, aphal kau pakai glove ini. Ingat lawa sangat ke ?. Baik kau bagi aku glove tu,ngan rantai tu sekali. Boleh aku jual ke, buat perhiasan diri ke ? "
Pemuda itu cuba untuk mengambil rantai di leher namun tidak berjaya. Dia mengarahkan rakannya untuk memegang Jimin dengan kuat supaya dia boleh mengambil rantainya itu. Namun Jimin masih lagi mempertahankan rantainya. Dia lantas menyepak kaki pemuda itu, menyebabkan dia mengaduh kesakitan. Ini menyebabkan pemuda itu terus menumbuk bertubi tubi ke arah Jimin.
Sementara itu,
Wanita itu sekadar memerhati sahaja pergaduhan itu, tidak berura mahu memanggil polis mahupun menolong lelaki malang itu.
" Kita tengok je ke ? "
Soal lelaki tinggi yang berada di sebelahnya. Sempat dia membuka bungkusan Chupa Chop dan dimasukkan ke dalam mulutnya.
" Namjoon Hyung, aku rasa kita kena tolong dia. Risaulah. " ujar lelaki pendek sedikit daripada lelaki tinggi itu. Dia mula rasa tidak sedap hati. Serba salah dan sebagainya. Lelaki tinggi atau Namjoon sekadar mengangkat bahunya, tanda tidak tahu. Kemudian, mulutnya mengukir senyuman sinis. Dia menepuk bahu V dengan lembut. Matanya menjeling ke arah wanita di sebelahnya yang masih leka memerhati.
" Jangan risau, bila masa tiba kita akan tolong dia, okay ? "
Ujar Namjoon sambil menepuk bahu V berulang kali. V masih lagi tidak dapat meredakan perasaan gusarnya, dalam dia menjeling wanita yang masih memerhati sahaja. Walaupun sudah 3 tahun bersama dia, namun dia masih lagi gagal memahami wanita itu.
Pemuda itu akhirnya berjaya mengambil rantai itu, namun tanpa disangka hal ini menimbulkan kemarahan Jimin.Tanpa sedar, Jimin segera membuka glove itu, dan menghampiri pemuda yang masih sibuk membelek rantai itu bersama rakan pemuda itu. Tangannya sudah mula mengeluarkan api.
Dia menghalakan kearah pemuda-pemuda itu. Dia menghunuskan tangan itu, menyebabkan salah seorang terpelanting jauh. Rakannya yang lain terkejut melihat kejadian itu. Mereka terduduk sewaktu Jimin mula menghampiri mereka.
" Pulangkan balik rantai aku ! "
Pinta Jimin tegas. Sebolehnya dia tidak mahu pun menyakiti orang lain, namun dia terpaksa. Dia sudah berjanji untuk mempertahankan rantai itu. Terketar-ketar yang lain menghulurkan rantai itu. Setelah selesai menyerahkan rantai itu, dengan segera mereka lari meninggalkan rakannya yang sudah terbakar itu.
Jimin segera memakai rantai itu. Dia hanya memandang sekilas ke arah orang yang masih lagi kesakitan. Dia bukannya akan mati, sekadar terbakar sedikit sahaja. Jimin sengaja menggunakan api yang besar, untuk menakutkan yang lain.
Baru sahaja ingin melangkah pergi, kedengaran derapan kaki menghampirinya. Kelihatan seorang wanita bersama dua orang lelaki mula berjalan mendekatinya. Jimin cuba untuk melarikan diri namun dia dapat merasakan dirinya terapung. Kelihatan lelaki tinggi itu tersenyum sinis.
" Lepaskan aku ! "
Jerit Jimin, namun tidak diedahkan sesiapa pun. Dia cuba untuk melepaskan diri namun tidak terdaya, disebabkan kecederaan yang dialaminya. Dia mula berasa penat setelah bergelut entah ke berapa kali.
" Kau cedera. Camna kau larikan diri sekali lagi kalau diorang kejar lagi kau. "
Akhirnya wanita itu bersuara. Perlahan lahan dia mendekati Jimin. Dia memandang Namjoon kemudian mengangguk kepalanya. Namjoon memahami anggukan tersebut, segera melepaskan Jimin. Jimin sudah boleh mula bergerak.
" Dia, Kim Namjoon. Macam kau jugak tapi dia telekinesis, atau erti kata lain dia mampu menggerakkan segala benda, dengan hanya menggunakan kuasa minda. "
Terang wanita itu, sambil tangannya mencapai lengan Jimin perlahan-lahan. Jimin memandang Namjoon, sebelum memberikan tundukan hormat. Namjoon memaparkan senyuman manis.
Lelaki sebelah Namjoon, sempat memberikan lambaian kecil kepada Jimin apabila dia bertentang mata dengannya.
" Kalau kau ada Fire, V pula ada Ice. Kau keluarkan api, dia keluarkan air. Kau seorang yang agak pemarah, tapi dia seorang yang tenang. Kau dengan dia, sangat berbeza. Macam langit dengan bumi. " Terang Wanita itu lagi. Tangannya sibuk merawat luka-luka Jimin.
" Sudah siap. "
Ujar wanita itu. Jimin membelek segala badannya, tiada lagi luka mahupun darah yang membahasahi dirinya. Dia memandang wanita itu dengan pandangan pelik. Wanita itu kemudian menolong pemuda yang terbakar tadi.
" B-bagaimana ? "
" Aku, Song Jihyo. Aku ada kuasa Read memories, tengok masa silam orang lain dan Mind control, kawal minda orang lain termasuk kau. Aku tahu kisah silam kau, kisah silam V dan kisah silam Namjoon. Luka badan kau tu, aku guna ubat hasil ciptaan The Cursed. Rantai kau, aku kenal. Hanya orang yang ada kuasa supernatural macam kami ada rantai seperti itu. "
Terang wanita cantikitu. Dia sempat menunjukkan rantai yang bentuk dengan Jimin. Jimin mengerutkan dahinya, The Cursed merupakan nama asing baginya.
" The Cursed, nama ni memang asing. Manusia biasa tak tahu mengenai organisasi ni. Hanya manusia macam kami sahaja yang tahu. Kalau kau ingat kau sorang je yang berbeza dengan manusia biasa, kau salah.Masih ramai lagi manusia macam kita dekat dunia ni. Sebab itulah, The Cursed ditubuhkan. Untuk menyediakan manusia supernatural untuk hidup lebih selesa. Kami berbeza, tapi kami normal. Itu moto The Cursed. Kau berminat hendak menyertai kami ? "
Jihyo menghulurkan tangannya ke arah Jimin. Tanpa teragak-agak, dia segera menyambut huluran itu. Jihyo menoleh ke belakang, lama. Kemudian dia melemparkan senyuman manis. Mulut Jihyo terkumat kamit. Jimin memandang pelik perlakuan Jihyo. V dan Namjoon hanya sekadar memandang perbuatan Jihyo dan Jimin
" V rasa Noona macam lupa bagitahu yang dia ada kuasa lain jugak. "
Namjoon sekadar mengangkat bahu.
" Noona kan ada kuasa See spirits, lihat orang yang sudah mati. "
Ujar V lagi. Sebab itu Noona toleh lama lat belakang dia.
Sebab dia berinteraksi dengan mama Jimin.
" Terima kasih Jihyo ya. Sebab jaga Jimin ."
" Sama-sama aunty. "
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro