Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Take care ( Song Jihyo x Yang Sechan x Lee Kwang Soo x Jeon Somin )


Jihyo tak pernah suka orang menyebut mengenai rumahnya di kaca televisyen. Dia jugak tidak gemar orang luar mengetahui hal peribadinya terumanya melibatkan keluarganya. Akaun Instagram akan diupdate mengenai hal kerja sahaja dan tidak sesekali mengenai hal peribadinya. Pantang sekiranya seseorang menyentuh mengenai hal peribadinya.

Rakan-rakan lain maklum akan hal itu. Jihyo pernah berang apabila salah seorang rakannya memaksa Jihyo membawanya ke rumah Jihyo sedangkan berulang kali Jihyo menyatakan bahawa rumahnya adalah privasi dan tidak boleh didedahkan kecuali jika dia adalah keluarganya.

Ketika Jihyo sedang menikmati secawan kopi panas bersama salah seorang rakannya iaitu Jung Ah, datang Yang Sechan. Sechan menghampiri Jihyo, dalam keadaan agak longlai dan mula menghulurkan tangan kanannya kepada Jihyo.

Jihyo segera menyerahkan kunci rumahnya kepada Sechan, sempat menitipkan beberapa pesanan kepada Sechan yang hanya mengangguk kecil.

Jung Ah memandang pelik dan pelbagai andaian mula bermain di kepala Jung Ah namun dibiarkan sahaja.

Kemudian dua hari kemudian, datang pula KwangSoo yang sedikit mabuk sambil ditemani Yang Sechan , menghampiri Jihyo. Dengan cepat Jihyo menyerahkan kunci rumahnya kepada mereka berdua.

Tulat, datang pula Somin yang dalam keadaan tergopoh gapah menghampiri Jihyo. Mukanya sedikit cemas. Mulutnya membisikkan sesuatu kepada Jihyo. Jihyo kemudian segera menyerahkan kunci rumahnya kepada Somin.

Jung Ah tercengang seketika. Persoalan yang berkumpul di kepala Jung Ah akhirnya dilontarkan kepada Jihyo.

" Kenapa kau boleh bagi kunci rumah kau dekat diorang, bukan kau kata rumah kau privasi kau. Tiada siapa boleh masuk. "

Jihyo mengerutkan keningnya seketika sebelum melemparkan senyuman kecil.

" Urmm, sebab diorang tu keluarga aku. Hanya keluarga aku sahaja dibenarkan masuk rumah aku kan. "

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro