Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Stay (Song Jihyo x Kang Daniel )

Author POV

Daniel meletakkan alatan make up di depan meja. Tangannya pantas mengambil satu persatu alatan make up dan calitkan di muka dia. Tangan kanan Daniel memegang lembut dagu dia dan selepas itu dicalitkan gincu dark red di bibir dengan berhati-hati.

Selepas itu, sikat diambil dari bekas dan rambut disikat dengan kemas. Berulang kali rambut hitam dan panjang itu disikat. Selepas itu, dia kemudian alat untuk kerintingkan rambut panjangnya. Persiapan mengambil masa lebih 1 jam.

Daniel berehat seketika. Kopi yang baru dibelinya dihirup seketika, Dia memandang sebuah lagi bekas kopi yang tidak tersentuh di hadapan dia. Dia masih lagi membatu. Tidak berganjak dari tempat duduk.

Kamera dslr disediakan. Tiang penata cahaya disediakan sendirian. Sebuah kerusi diletakkan di tengah berhadapan kamera. Latar belakang berwarna kelabu sudah ditetapkan oleh Daniel awal-awal.

Kerusi yang kosong sudah berpenghuni. Muka dibetulkan sedikit dan dihadapkan ke kamera. Daniel membetulkan kedudukan dia dengan berhati-hati. Selepas seketika, gambar mula diambil.

Daniel sedang ralit menangkap gambar manakala dia masih membatu. Tidak terkesan dengan suasana pengambaraan. Dibiarkan sahaja Daniel melakukan semua kerja.


Sementara itu di kawasan yang berdekatan

" Gadis yang berumur 20 tahun, Song Jihyo masih lagi tidak dijumpai. Pihak berkuasa masih lagi mencari dan mengharapkan jika sesiapa menjumpainya sila telefon nom..."

Seorang wanita berumur 40-an mengeluh kecil mendengar berita yang disampaikan di television oleh berita tempatan.

" Aigoo, kesian gadis ni. Haraplah keluarga bertabah"

Anak lelakinya memandang lama gambar yang terpapar di television itu. Dia kemudian menarik-narik kaain ibunya.

" Adik pernah nampak akak tu. Kat rumah Abang Daniel."

Wanita itu hanya ketawa kecil Meanggap kata-kata anaknya sekadar gurauan.

Rumah Daniel

Daniel memandang lama gambar tersebut. Mukanya terpancar rasa puas hati walapun mulutnya tidak mengukir senyuman. Dia kemudian memandang muka dia. Muka dia yang masih tidak berubah. Tidak bergerak dan tetap sama muka di hadapannya dan di dalam gambar. Tetap sama sepertimana Daniel pertama kali jumpa dia.

" Kita akan bersama.Selamanya, Song Jihyo " Manusia berupa patung dipeluk erat.





Author's Note: Sorry pendek guyss. Author busy dengan works and macam-macam benda. I will try update if i have time ;(

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro