Special chapter for crush - Song Jihyo x Sug
Song Jihyo memang terkenal dengan sikap pelupanya dan blur. Hairan bin ajaib entah bagaimana dia boleh menjadi antara top 10 pelajar kolej terbaik.
Saat mereka berlapang menikmati hidangan ramyeon hasil masakan Seokjin, Jihyo pula bangun dan ingin mengambil telefon bimbitnya. Suga yang ketika itu, perasan akan tingkah laku Jihyo mula tidak senang duduk.
Saat Jihyo membuka telefon bimbitnya, keningnya mula berkerut. Dipandangnya Suga yang sedari tadi resah gelisah.
" Suga, kenapa kau call aku tadi? Ada hal penting ke ? "
Yang lain, mula memandang Suga dengan rasa tak percaya. Otak mula memproses segala maklumat dan masing-masing mula telepati antara satu sama lain.
Suga pula, sebaik sahaja mendengar kata-kata Jihyo dia terus mengeluh kecil.
" Tabahlah bro, Jihyo ni spesis lain dari yang lain "
Bisik JHope, yang duduk di sebelahnya. Dia menepuk bahu Suga, memberi sokongan tak berbelah bahagi.
Seokjin pula, menyedokkan Ramen lebih ke dalam pinggan Suga. Sempat dia kenyitkan mata kepada Suga.
Manakala yang lain, masing-masing membisikkan fighting kepada Suga.
" Dah korang ni kenapa, cepatlah habiskan makanan. Nanti nak tengok movie kan. "
Ujar Jihyo dengan mulutnya yang penuh dengan makanan sehingga melekat makanan di tepi mulutnya.
" Takda benda. Makan elok elok "
Balas Suga sambil tangannya mencalit makanan di tepi mulut Jihyo dan disuakan ke dalam mulutnya. Sempat dia mengusap kepala Jihyo sambil Suga menunjukkan senyuman kecilnya.
Jihyo pula sekadar mengangguk kecil sambil tersenyum persis seperti kanak-kanak kecil.
' Masa kau akan tiba Suga, kau rilek je dulu'
Bisik hati Suga,matanya lekat memandang Jihyo si pencuri hati Suga.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro