Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Song Jihyo x Do Kyungsoo x Minhyun


Do Kyungsoo POV

" Aku pelik lah dengan Noona aku " ujar aku sambil menghirup Americano yang dibeli oleh Kai. Kai memandang aku sambil mengangkat kening. Dia mengiringkan badannya untuk menghadap aku yang berada disebelahnya.

" Apa yang peliknya. Aku tengok okay je ? " balas Kai. Mulutnya diherotkan sedikit kerana terdapat sisa makanan melekat di celah gigi.

Aku mengeluh kecil. " Takdalah. Aku tengok lepas Minhyun Hyung mati, dia rilex je pergi kerja. Takda rasa sedih pun. " Luah aku sambil kaki aku menguis tanah.

Mereka senyap seketika. " Ke kau yang pelik ? ". Jawapan Kai membuatkan dahi aku berkerut seribu.

" Apa maksud kau pasa-" pertanyaan aku diganggu oleh bunyi deringan telefon bimbit milik Kai. Kai segera menekan punat hijau dan bangun menjauhkan diri dari aku.

Seketika kemudian, Kai bergegas berlari ke arah aku. Mukanya yang sedikit pucat menandakan sesuatu yang buruk berlaku.

" Sorry D.o, aku nak kena balik rumah. Areum call aku, Kai Jr menangis tak henti-henti." jelas Kai sambil kelam kabut mengambil barangan di atas meja dan berlalu meninggalkan Kyungsoo sendirian.

Aku menangguk kecil. Jam tangan aku berbunyi menandakan sudah pukul 9.00 malam. Waktu kerja sudah habis. Aku bangun lalu segera mengemaskan barangan aku lalu meninggalkan tempat tersebut. Air Americano yang tinggal 1/4 aku buang ke dalam tong sampah. Kunci kereta Mini Cooper aku keluarkan dan punat ditekan.

' Balik rumah, aku nak tidur. Penat gila '


Aku renggangkan badan aku selepas sekian lama aku beradu. Aku bangun dan belek telefon bimbit aku. Mana la tahu ada mesej ke atau miscall. Setelah aku dah puas tengok telefon bimbit aku,  aku menuju ke dapur. Tekak aku tak sah kalau tak merasa kopi. Aku menggosok mata apabila melihat cahaya dapur masuk melalui mata aku.

' Siapa yang ada kat dapur ni ? '

Aku menghampiri dapur dan melihat seseorang yang amat aku kenali.

" Noona, bila noona balik. Tak perasan tadi " aku bertanya sambil tangan aku pantas membuat kopi panas.  Aku melihat Jihyo Noona masih lagi dengan pakaian kerjanya. Dia kelihatan leka dengan airnya.

" Noona ? " jerit aku sedikit kuat. Jeritan itu mengejutkan Noona aku. Dia memandang aku dengan muka blurnya.

" Ah Kyungsoo, apa soalan Kyungsoo tanya tadi ? " ujarnya sambil tersenyum manis. Aku memandang Noona aku lama.

" Takda apalah. Kyungsoo tidur dulu. Selamat malam " ujar aku. Aku malas mengulang pertanyaan aku memandangkan aku sudah mula mengantuk.

" Good night " balas noona aku. Aku meninggalkan Noona aku sendirian di dapur.

Aku merebahkan diri aku di katil empuk. Minda aku merewang entah ke mana. Tiba-tiba, minda aku terimbas kembali sewaktu majlis pengebumian Minhyun Hyung.

Imbas kembali

Aku mengelap air mata aku dengan menggunakan tisu yang entah kali ke berapa. Aku melihat Noona aku yang berpakaian kimono hitam menunduk memberi hormat kepada tetamu yang datang. Aku melihat matanya tidak sembap atau kelihatan menangis. Aku lihat sempat dia berikan senyuman kepada tetamu yang datang.

' Noona, tak sedih ke dengan pemergian Minhyung Hyung ? '

Namun persoalan tu aku tak tanya dekat Noona atau sesiapa. Aku simpan sendiri.

Majlis pengebumian itu diteruskan sehingga lewat malam. Aku tertidur tanpa aku sedar. Aku menggosok mata aku. Dalam keadaan mamai, aku memanggil Noona aku. Aku melihat Noona aku berteleku dihadapan gambar Minhyun Hyung.

" Noona, "

Aku lihat dia segera bangun dan menuju ke arah aku. Dia tersenyum memandang aku yang masih mamai.

" Kyungsoo ya, pergilah tidur dulu. " ujar Song Jihyo Noona sambil menepuk bahu aku dengan lembut.


Jam loceng berbunyi dengan kuat. Aku segera bangun dan bersiap. Baju kemeja putih dipakai di dalam manakal sut kelabu diluar. Rambut aku digayakan sedikit.


Kereta Mini Cooper aku bergerak melalui jalan raya.  Tiba-tiba aku teringat sesuatu. Aku lupa, aku tertinggal dompet kat almari depan pintu. Waduh, masalah betulah.

Aku segera patah balik ke rumah aku. Aku bergegas keluar dari kereta dan melangkah masuk ke dalam rumah aku. Tiba-tiba, aku bau sesuatu yang enak. Aku menjeguk melihat Noona aku sedang memasak sarapan. Dia melihat aku lalu tersenyum.

" Jom Kyungsoo, sarapan sama-sama. Banyak Noona masak. "

Aku pada mulanya ingin menolak namun tidak sampai hati. Kerusi meja aku tarik dan aku ambuhkan punggung aku. Aku menunggu Noona aku siap memasak terlebih dahulu. Setelah siap, kami berdua menikmati makanan bersama-sama.

MIL Company

Aku termenung melihat laptop di depan aku. Aku sibuk memikirkan seuatu  perkara penting. Tiba-tiba aku ditegur oleh seseorang.

" Oii, tak nak balik ke ?". Kai menegur aku dengan soalannya. Aku lihat Kai sudah berkemas dengan barangannya. Aku belek jam tangan aku. Ah, sudah pukul 10 malam.

Aku leka dengan tugasan aku + termenung aku. Aku segera mengemas dan mengikut Kai ke ruang parkir.

Aku menekan kod pintu rumah dan segera masuk. Kasut diletakkan di almari dengan kemas. Aku melihat kasut milik Noona aku sudah diletakkan di almari. Nampaknya, dia dah balik. Aku memakai kasut rumah dah menuju ke bilik aku. Namun, pergerakan aku terhenti. Aku mendengar esakan. Noona aku.

Dia menangis. Di tangannya aku lihat dia pegang sesuatu. Baju Minhyun Hyung. Aku perlahan-lahan menghampiri Noona. Aku menunduk badan aku memandang Noona aku yang menangis dengan esakan kuat. Aku pegang tanganya yang menggelear.

" Noona, jangan nangis. Kyungsoo ada. Noona tak keseorangan"

Pada ketika itu, aku baru sedar sesuatu. Perkara yang umumnya nampak kecil tetapi sebenarnya ia adalah perkara yang besar.

Aku lupa, yang Noona selalu habiskan masa dengan Minhyun Hyung di dapur. Menikmati air kopi bersama sama di meja makan. Selalu bergurau senda. Bila Minhyung Hyung tiada, Noona akan duduk keseorangan di dapur sambil termenung. Mengenangkan memorinya bersama dengan Minhyun

Aku lupa, yang Noona akan selalu memasak sarapan bersama Minhyung Hyung dan makan bersama-sama. Dan aku lupa, masa aku makan dengan Noona hari tu, kebanyakkan makanan semuanya adalah kegemaran Minhyung Hyung.

Aku lupa, yang Noona sebenarnya sedih dengan pemergian Minhyung Hyung. Aku lupa yang dia menangis meratapi pemergian suaminya seorang diri.

Aku lupa, yang sebenarnya Noona aku 'fragile' kat dalam,  walaupun kuat pada luaran.

" Noona rindu Minhyung sangat. Kenapa, dia pergi dulu " ujar Noona dalam esakannya.

Aku menenangkan Noona aku. Aku memeluknya dengan erat. Tiada siapa yang boleh menjawab persoalan Noona. Hanya Tuhan saja yang tahu.

Dalam hati, aku berdoa. ' Ya Tuhan, bagilah Noona aku kekuatan'

Malam itu, hanya esakan Song Jihyo kedengaran. Dan punjukan aku .


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro