Side ( Song Jihyo X Kim Taehyung (V) )
" Mizuki Hime, nak saya temankan ke pergi kedai ? " Soal salah seorang Shatei yang sedang mengawal pintu utama bersama seorang lagi Shatei.
Perempuan yang digelar Mizuki Hime hanya menggeleng kepala sahaja. Dia mahu pergi ke kedai serbaneka yang terletak kira-kira 400 meter sahaja dari rumahnya. Entah mengapa malam tu perutnya mahu menikmati aiskrim.
" Panggil sahaja aku Jihyo. Tak perlu panggil nama Mizuki Hime. " Tegur Jihyo sambil berlalu pergi. Dia sememangnya lebih gemar menggunakan nama panggilan Jihyo memandangkan itu panggilan yang selalu digunakan oleh mendiang ibunya semasa hidup. Sebolehnya, dia mahu nama 'Jihyo' tu hidup walaupun orang yang memanggilnya itu sudah tiada.
Sepanjang dia berjalan, ada yang menegur memandang mereka berkait dengan kumpulan itu. Identiti Jihyo tidak didedahkan dan Jihyo cuba untuk low profile untuk menunjukkan dia merupakan cucu perempuan tunggal dalam Tojo Clan.
Tojo Clan merupakan sebuah organisasi samseng atau Yakuza yang agak terkenal di Jepun. Datuknya, dikenali sebagai Tojo Oyabun, ketua bagi Tojo Clan ini. Ayahnya pula, menjadi penolong kepada datuknya dan tidak lama lagi bakal mewarisi kumpulan Yakuza ini. Disebabkan sering berdepan bahaya, Jihyo sering dimasukkan kelas seni mempertahankan diri, kelas menembak, kelas memanah dan segala jenis kelas yang boleh melindungi dirinya segala bahaya.
" Hyung, ni ais krim chocolate 20 biji. " Ujar Jihyo meletakkan kesemua aiskrim itu ke atas meja kaunter. Lelaki dipanggil Hyung itu mengangguk kecil. " Ni untuk anak buah sekali ke?". Jihyo mengangguk kecil, paham pasal term anak buah tu.
Ting !
Loceng pintu utama kedai serbaneka kedengaran. Jihyo melihat gerangan yang masuk ke kedai. Seorang lelaki, seperti sebaya dia. Jihyo kemudian meliau melihat rakan-rakan lelaki yang duduk di luar.
" Nah, semua sekali 15,000 won. "
Selesai urusan pembayaran, Jihyo keluar dari kedai serbaneka itu. Sambil berjalan melihat resit, dia sempat mendengar perbualan rakan-rakan lelaki yang masuk ke kedai serbaneka itu.
" Taehyung, esok kau teman aku ambik kan stock dadah eh. Kali ni kita
ambik sikit je. "
Lelaki yang dipanggil Taehyung itu sekadar senyap sambil menghisap rokok.
Keluar lelaki yang masuk kedai serbaneka tadi.
" Namjoon Hyung, ni Taehyung Ngan aku 'ambik stock' esok. " Ujar lelaki itu dengan senyuman penuh makna.
Jihyo yang mendengar perbualan itu sekadar menggeleng sahaja. Dia terus berjalan meninggalkan ruangan kedai itu, berharap aiskrim yang dibeli tak cair.
' Taehyung, budak kelas aku yang selalu kena gantung sebab perangai dia.'
Keesokan malamnya
Bunyi kuat memenuhi ruang tamu sehingga menganggu Jihyo yang ketika itu sedang mengulangkaji pelajaran. Jarang rumah bising melainkan datuknya membawa tetamu.
Dia segera turun bawah dan menuju ke rumah tamu untuk mengetahui punca bising.
" Atuk, apa yang bising ni? Kita ada tetamu ke?" Ujar Jihyo sambil kakinya melangkah masuk ke ruang tamu dan dia terhenti seketika.
" Jihyo, maaflah ya. Malam-malam ni ada tetamu. Atuk jumpa tetamu ni masa atuk kat belakang rumah. Atuk jumpa dua tapi dapat tangkap satu je. Seorang lagi kawan dia dah tinggalkan dia. Kyodai yang jaga base belakang terus belasah dia. " Jelas Datuknya sambil tersengih-sengih.
Jihyo terkaku kerana orang di hadapannya ialah orang yang dia jumpa semalam, Taehyung.
" Dia buat apa kat base belakang atuk ?" Soal Jihyo pelik.
" Dia nak curi dadah. Budak bertuah betul, berani betul ceroboh masuk rumah orang tak bagi salam ya? "Balas Datuknya sambil menggosok rambut Taehyung.
" Kim Taehyung. Dia satu kelas dengan Jihyo tapi disebabkan selalu kena gantung, jadi Jihyo pun tak kenal sangat dia. Mak dia dah meninggal while bapa dia hmm, kaki botol. Tinggal di apartment hujung sana. Pendiam. " Ujar Saiko-komon, En Yoo Jaesuk.
Jihyo melihat muka Taehyung yang tidak ada perasaan. Dia tak dapat nak agak apa perasaan Taehyung.
" Budak, kau berminat tak nak jadi anak angkat aku? " Soal datuk tiba -tiba.
" Atuk, mana boleh suka hati ambik dia jadi anak angkat. Lainlah kalau dia takda siapa siapa" ujar Jihyo sambil menggelengkan kepala.
Atuk nya sekadar ketawa kecil. " Jihyo, atuk tiba-tiba nak ada anak lelaki baya kamu. Mesti best kan? Budak ni pun boleh tahan badan dia. Dia tumbuk aku tadi kau tahu. Sakit doh. Jadi apa kata kau budak? Berminat ?" Soal datuk kepada Taehyung.
Jihyo dan datuknya merenung Taehyung, menunggu jawapan dari mulutnya.
" Tak kisahlah " balas Taehyung pendek.
Jihyo terkejut mendengar jawapan manakala Datuknya ketawa terbahak-bahak, entah apa yang lucu pun Jihyo tak tahu.
" Kalau macam tu, selamat datang ke Tojo Clan, Taehyung. Buat macam rumah sendiri " ujar datuknya sambil tersenyum lebar.
Jihyo sekadar menepuk dahinya sahaja mengenangkan perangai atuknya yang tersangat carefree.
Encik Yoo pula hanya mampu menggelengkan kepalanya sahaja.
Kim Taehyung betul- betul buatkan rumah Tojo Clan macam rumah sendiri. Suka hati pergi dan balik. Ini membuatkan Jihyo berasa sedikit geram. Apabila diadukan kepada datuknya, datuk sekadar ketawa besar dan membiarkan sahaja.
Jihyo yang masih lagi marah terus pergi ke dapur dan memasak untuk makan malam. Sedang Jihyo sibuk memasak, kedengaran tapak kaki yang melangkah masuk ke dapur.
" En Yoo, encik setuju ke dengan atuk suruh ambik Taehyung jadi anak angkat?" Soal Jihyo saat En Yoo duduk di meja menikmati air kopinya.
" Urm, aku percaya yang datuk kau pandai buat keputusan. Setiap keputusan datuk kau ada sebabnya. Lagipun, sebenarnya nak bebaskan budak tu dari bapak dia. " Terang En Yoo panjang lebar.
Jihyo mengerutkan keningnya. Tanda dia tidak faham. Melihat muka Jihyo yang berkerut, En Yoo terus menyambung lagi peneranganya.
" Bapak dia kaki botol. Dan punca mak dia meninggal sebab bapak dia jugak. Bapak dia balik rumah dalam keadaan mabuk, pecahkan botol dan cuba tikam Taehyung tapi mak dia halang. Dan mak dia meninggal. Dia trauma tapi managed nak sembuhkan diri dia. Datuk kau tak nak budak tu tersasar lagi jauh, jadi dia decide nak ambik budak tu jadi anak angkat. Supaya dia dapat rasa kasih sayang ayah yang sebenarnya. " Terang En Yoo lagi. Sempat dia menyalakan lighter dan dituju ke rokoknya. Kelihatan asap kepul dari rokoknya yang bebas bertebangan.
Jihyo sekadar diam sahaja mendengar penerangan En Yoo. Terkaku seketika mendengar kisah lampau Taehyung.
Selesai makan malam, Jihyo mula mengemas. Dia teringat semula perbualannya dengan En Yoo. Dia kemudian terus mengambil Tupperware dan diletakkan makan malam. Diletakkan dalam paper bag coklat sebelum dia senyap senyap keluar dari rumah.
Dia melihat Taehyung sedang berjalan menuju ke rumahnya. Saat berjalan pulang, Taehyung terserempak dengan ayahnya, En Kim.
" Oh, anak tak sedar diri tahu rupanya jalan balik rumah. Aku dengar cerita yang kau jadi anak angkat Tojo Clan. Mesti seronok kan jadi anak orang kaya. Kau kena sedar tau, yang kau punca mak kau kena bunuh. " Ujar En Kim sinis tanpa rasa serba salah.
" Taehyung tak bunuh mak la. Ayah yang bunuh dia. " Ujar Taehyung keras. Sungguh, dia benci hendak menghadap muka ayahnya.
" Oh berani ya kau tentang aku. Ni mesti sebab kau dah jadi anak angkat orang kaya tu, kau dah berani lawan aku. Kau sama macam mak kau. Mak kau bila ada duit, mesti dia sorokkan tak nak bagi aku nampak. Eh, berapa banyak Tojo bagi kau duit hah?Mesti banyak. Bagi aku sikit. Aku nak beli something. " Ujar En Kim lagi sambil ketawa terbahak-bahak.
Taehyung mula jadi geram. Dia mengeluarkan pisaunya. Dia berura hendak membunuh ayahnya. Kesabaran dia sudah menipis.
" Wah, berani kau keluarkan pisau. Lepas kau dah bunuh mak aku, kau nak bunuh aku ke? Budak tak sedar diri. Nak aku cakap sekali lagi ke kau yang bunuh mak kau hah!. Kau nak bunuh, cubalah. Biar kau masuk penjara. Senang hati aku. " Ujar En Kim dengan nada kuat.
Sebelum Taehyung cuba untuk menikam pisau itu ke arah bapaknya, satu tangan mula menghalang. Tangan itu segera mengambil pisau dan digunakan untuk dihunuskan kepada En Kim.
" Kau siapa?! " Jerit En Kim. Taehyung terkaku sebentar.
Jihyo yang menghunus pisau itu tersenyum sinis.
" Aku lah yang bakal tarik nyawa kau, sebagaimana kau tarik nyawa isteri kau. Ops, salah penggunaan ayat. Bukan isteri kau sebab kau tak layak ada isteri. Dia adalah mak kepada Taehyung sahaja. Kau kata kau berani. Meh, aku try tikam kau macam kau tikam mak Taehyung. Bertalu-talu. Takda belas kasihan. Kau nak ke?" Jerit Jihyo garang.
Sedari tadi Jihyo memerhati perbualan antara mereka berdua sebelum mengambil keputusan untuk masuk campur.
" Aku akan bagitahu polis pasal kau. bunuh aku. Kau jangan cabar aku. " Ujar En Kim. Dia mula ketakutan kerana wanita itu tidak berganjak malah lebih dekat mendekatinya.
" Kalau itupun kau hidup lagi. Dah mati nanti, macam mana kau nak bagitahu polis. Orang tua, kau dengar sini. Mulai saat ini, Taehyung adalah anak angkat Tojo. Dia bukan lagi anak kau. Sekali lagi kau berani cari pasal dengan dia, kau akan dapat akibat dari Tojo Clan. Kau tahukan Tojo Clan boleh buat apa je yang diorang nak. " Ugut Jihyo, matanya merenung tajam kepada En Kim.
En Kim yang ketakutan mula berjalan mengundur sebelum melarikan diri.
Jihyo mengeluh kecil. Dia kemudian memulangkan pisau itu kepada Taehyung.
" Kau lapar kan? Jom kita balik rumah. Makan malam. Aku ada makanan untuk kau. " Ujar Jihyo sambil berjalan. Dia melihat Taehyung patuh mengikutinya dari belakang.
" Kau kena ingat Taehyung. Kau dah jadi sebahagian dari kami. " Ujar Jihyo lagi. Sempat Jihyo menguap kecil. Taehyung sekadar diam sahaja ,tanda patuh.
" V " ujar Taehyung ringkas membuatkan Jihyo mengangkat kening.
" Panggil aku V, Mizuki Hime " ujar Taehyung lagi. Beserta panggilan formal keluarga Yakuza. Menunjukkan dirinya bersedia untuk berkhidmat dan menjadi ahli anggota Tojo Clan.
Sejak kejadian itu, Taehyung dan Jihyo menjadi lebih rapat. Taehyung tidak boleh berpisah dengan Jihyo. Dia seolah-olah menjadi bodyguard kepada Jihyo walaupun takda keperluan.
2 Tahun kemudian
Ketika mereka berdua menikmati aiskrim di hadapan kedai serbaneka, Jihyo memandang Taehyung lama. Sambil tangannya mula mengemaskan rambut Taehyung kesana dan kesini.
" Taehyung, kau hensem tapi takda makwe ke?" Soal Jihyo pelik. Punyalah hensem mamat ni, semua budak perempuan kelas dia minat kat Taehyung.
Taehyung memandang Jihyo, lama. " Aku ada orang yang aku suka. " Balas Taehyung. Jihyo membulatkan matanya. Jarang-jarang Taehyung cakap pasal benda camni.
" Eh siapa dia? " Soal Jihyo teruja. Di mindanya sudah terfikir senario untuk membantu Taehyung.
Taehyung merenung mata Jihyo dengan pandangan yang tak dapat Jihyo tafsirkan. " Kau. " Balas Taehyung, matanya tajam memandang Jihyo. Jihyo tercengang. Kerana dia dapat melihat sisi bibir Taehyung ternaik ke atas, seolah tersenyum.
Kemudian dia berjeda sebentar. " Nanti tahu jugak. " Sambung Taehyung sambil tersenyum kecil. Ayat itu membuat Jihyo kebingungan sambil dia cuba menghabiskan aiskrim nya.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro