Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Secretery Song ( Song Jihyo x Kim Namjoon )

Author note; Inspirasi daripada cerita Kdrama, Secretary Kim. Mungkin ada banyak sikit persamaannya. Enjoy.

Tiba-tiba, ribut taufan melanda di Syarikat Kim. Bukan sebarangan ribut taufan, ribut taufan ni mampu menggugat kehidupan seharian sebagai seorang pekerja di Syarikat Kim. Tiba-tiba, meeting yang sepatutnya dilakukan hari ini dibatalkan serta merta. Perjumpaan dengan pelabur luar terpaksa ditangguhkan pada hari lain. Gara-gara, mood Naib President Kim Namjoon dilanda bandai. Habis segala proposal yang disediakan oleh pekerjanya ditolak.

" Apa ni? Proposal ke sembang bawang hah?!. Buat balik. ! "

" Tak habis-habis membawang. Kalau bawang tu siap kerja takpa la jugak. "

" Hah, Sunghyun. Bila nak bayar hutang masa tadika. Yang 10 sen masa beli ais krim Jebon. "

Habis segala kisah silam diungkitnya. Memang mood swings habislah Naib Presiden Syarikat Kim ni.

" Eh, move on la. Tak habis-habis lagu Boombayah. Sekarang ni lagu Ddu Du Ddu Du la. Sebab tu la kertas kerja tak menarik. "

Sempat lagi tu, sambil marah sambil promote. Benda yang tiada kena mengena pun dia babitkan.

Bilik Naib President.

Namjoon sedang sibuk berkerut di kerusinya, memikirkan sesuatu yang mustahak. Ketukan di pintu mengejutkannya, dia kemudian melaungkan perkataan ' masuk '.

Terjengul muka seseorang yang dikenalinya, seorang lelaki yang berpakain sut dan berambut hitam.

" Aphal kecoh-kecoh dekat luar tu ? "

Soal Min Yoongi sebaik sahaja melabuhkan punggungnya di kerusi hitam berhadapan meja Naib Presiden Kim Namjoon.

Kim Namjoon sekadar menjeling sahaja, tidak menghiraukan pertanyaan sahabat sejak dari kecil itu. Mata Yoongi meliar mencari seseorang.

" Mana Jihyo. Cuti ke ? " soal Yoongi apabila melihat meja milik Jihyo kelihatan kosong dan kemas. Selalunya kalau dia ada, pasti dihidangkan kopi atau pencuci mulut buatan Jihyo sendiri. Ini batang hidung,bahkan bayangnya tidak kelihatan.

Namjoon sekadar mengangkat bahunya. Tanda tidak tahu. Yoongi memandang perlakuan kawan baiknya dengan pandangan pelik. Tiba-tiba dia teringat sesuatu. Sambil tersenyum sinis dia mengambil Iphonenya dan diunlock. Ikon Whatapss dibuka. Dia menekan satu chat dan tangannya dislidekan ke atas. Gambar ditekan dan ditunjukkan kepada Namjoon.

" Kau mood swing sebabkan benda ni kan ? "

Namjoon hanya mengetap bibir. Gambar itu.

Gambar itu membuatkan dirinya tidak tentu arah. Gambar itu menunjukkan Setiausahanya, Song Jihyo sedang menikmati makan malam dengan lelaki mana tah.

" Kenapa kau nak cemburu?. Kau takda apa-apa hubungan pun dengan Jihyo kan. Biarlah dia blind date dengan siapa-siapa pun. "

Min Yoongi memandang tajam ke arah Namjoon yang masih lagi memandang gambar itu. Dia menggeleng kepalanya. Namjoon sebenarnya ego.

Ego untuk menyatakan dia sebenarnya cinta akan Jihyo.

" Aku tahu yang Jihyo dah jadi setiausaha kau around 10 years. Sejak kau jawat jawatan rendah sampailah sekarang, Naib Presiden. Dia je sorang yang mampu tahan perangai kau. Kau sekarang ni, kena berani dan cakap dengan dia yang kau cintakan dia. "

Namjoon mengeluh kecil. Dia mahu menyatakan yang dia cintakan Jihyo, tapi kisah silamnya masih lagi menghantuinya.

" Kalau kau asyik dengan kisah silam kau, aku rasa baik kau menyerah kalah jela. Yang lepas, biarlah lepas. Tiada guna nak ungkit balik benda yang dah berlaku. Lagipun, dia dah bahagia dah dengan orang lain. Sekarang, giliran kau pulak bahagia. " Ujar Yoongi lagi.

🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁

Jihyo merenung syiling rumahnya. Tanpa angin tanpa ribut, tiba-tiba dia demam. Hendak bangun pun dah tak terdaya. Dia bangun dengan perlahan-lahan, Iphone di meja sebelah katil cuba dicapai. Dia hendak menghantar mesej kepada bossnya, menyatakan ketidakhadirannya akibat demam.

Dan selepas itu, dia segera menyelimutkan dirinya. Dengan harapan demamnya akan beransur pulih.

🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁

Ting !

Iphone Namjoon berbunyi menandakan mesej baharu masuk. Namjoon segera membukanya.

Tanpa lengah masa, Namjoon segera mengemas mejanya. Dia mengambil kot nya di tempat gantung baju yang terletak di tepi pintu dan segera keluar.

🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤

Namjoon meletakkan keretanya di bahu jalan. Dia melalui jalan sehala sebelum belok ke kanan. Dia kemudian menaiki tangga sehingga ke tingkat atas bangunan. Di atas bangun, terdapat sebuah rumah kecil yang berwarna putih. Di hadapan rumah tersebut terdapat pelbagai jenis bunga yang ditanam. Namjoon sempat menjeling bunga Tulip merah pemberiannya sewaktu hari jadi Jihyo yang lepas.

Red tulips represent undying love, expressing the fact that your love has no limit

Kelihatan ampaian baju kosong, selalunya Jihyo akan menyidai bajunya setiap hari Isnin, Khamis dan Ahad. Ah, dia bukan stalker tapi Jihyo sentiasa bercerita kepadanya, selama 10 tahun menjadi setiausahanya.

' Macam manalah kalau kita kahwin nanti kan '

Pantas, Namjoon mengetuk kepalanya sendiri.  Berangan tidak sudah dia ni.

Sedang Namjoon sibuk mengelamun, kedengaran batuk daripada dalam rumah kecil itu. Segera, pintu rumah diketuk. Laungan masuk kedengaran.

Kasut kulit segera dibuka, digantikan dengan selipar rumah berwarna pink.

" S...Siapa tu ? "

Kedengaran suara serak-serak basah Jihyo dari tempat tidurnya. Dia sedaya upaya mahu bangun namun terhenti apabila terjengul muka Namjoon menaiki tangga kecil itu.

" Ah, boss. Sorry bos, saya tak datang hari ni. Demam. " ujar Jihyo sambil diselangi dengan batuk yang kuat.

" Kau dah makan belum ? " Soalan pertama Namjoon kepada Jihyo yang kelihatan lemah.

Jihyo sekadar menggeleng kepala. Dari pagi tadi dia sekadar baring sahaja.

"Kau baring dulu, biar aku siapkan makanan untuk kau. "

Jihyo mahu sahaja menghalang namun kudrat orang sakit ni apala sangat. Akhirnya dibiarkan sahaja bosnya menuruni tangga dan menuju ke dapur.

25 minit kemudian, setelah pelbagai bunyi ketang ketung di dapur kecil Jihyo. Namjoon muncul dengan dulang yang terisi sepinggan bubur dan air susu.Tidak lupa, pil demam turut disertakan.

Namjoon meletakkan terlebih dahulu dulang tersebut sebelum turun semula dan mengambil besen berisi air dan tuala kecil.

Lengan panjang kemejanya disinsing ke siku dan sudu mula diambil untuk disendukkan ke dalam bubur. Selepas itu, bubur pada sudu itu ditiup bagi menyejukkannya dan disuapkan ke mulut Jihyo dengan penuh tertib.

Beberapa kali suapan, Jihyo terus menggeleng kepala tanda tidak mahu makan lagi. Gelas susu diberikan kepada Jihyo dengan berhati-hati setelah pil ditelan. Selepas itu, Jihyo berbaring sambil dibantu oleh Namjoon. Tuala kecil direndam ke dalam besen berisi air dan selepas itu diletakkan di dahi Jihyo.

Tidak lama selepas itu, kedengaran dengkur halus oleh Jihyo. Namjoon membetulkan rambut Jihyo yang serabut. Tangannya selepas itu, mengusap lembut pipi Jihyo. Bayangan kisah silam mula menghantui fikirannya.

" Maaf, saya suka orang lain. "

Habis jatuh bunga yang dibeli itu tadi saat mendengar kata-kata dia.

" A...ahh. Ok. "

Dia takut ditolak. Sebab itu dia sukar hendak meluahkan perasaan cinta kepada Jihyo.

" Kalau kau asyik dengan kisah silam kau, aku rasa baik kau menyerah kalah jela. Yang lepas, biarlah lepas. Tiada guna nak ungkit balik benda yang dah berlaku. Lagipun, dia dah bahagia dah dengan orang lain. Sekarang, giliran kau pulak bahagia. "

Tanpa sedar, Namjoon tertidur di sebelah Jihyo.

Jihyo membuka matanya perlahan-lahan. Peningnya sudah mula reda. Dahi ditekupkan dengan tangan kanannya. Nampaknya demamnya sudah kebah.

Dia menoleh ke kiri dan terkejut melihat bosnya, Kim Namjoon nyenyak tidur.

Dia sedaya upaya mengalihkan selimut dan bangun dari tempat tidurnya. Dia kemudian menyelimutkan Namjoon yang hanya sekadar membaringkan kepalanya di tepi katil.

Perlahan-lahan dia menuruni tangga namun derap langkah menyebabkan Namjoon terjaga.

" Yah, kau dah ok ke ? "

Jihyo menoleh memandang Namjoon dengan senyuman. Senyuman  yang sentiasa berkhidmat sepanjang 10 tahu menjadi Setiausaha Namjoon. Senyuman itu juga, memikat Namjoon.

🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤

Meja kecil diletakkan di tengah sofa. Mug berisi coklat panas diletakkan di atas meja berhadapan Namjoon.

" Jemput minum bos. Air  coklat je ada . "

" Kau lupa ke, yang air coklat ni kegemaran aku. 10 tahun dah aku hadap air coklat kau. "

Jihyo hanya tersengih sambil menggaru kepalanya tidak gatal.

" Terima kasihlah boss, sudi jaga saya ni. Maaflah kalau susahkan bos. "

Namjoon mengukirkan senyuman manisnya sambil memandang Jihyo yang masih memandangnya. Selepas itu, suasana bertukar sunyi. Jihyo mengambil mug dan menghirup air coklat panasnya.

" Kalau kau nak aku jaga kau selama-lamanya, kalau kau nak aku selalu di samping kau selama lamanya, sudi tak kau jadi girlfriend aku ? "

Jihyo terkelu. Masa seolah olah terhenti.

Seketika kemudian, Jihyo meletakkan mugnya di atas meja. Sambil tersenyum manis dia memandang Namjoon yang masih menanti jawapannya. Jihyo memang menanti saat ini. Saat yang ditunggu bertahun-tahun. Dia juga turut mencintai Namjoon namun mengambil pendekatan tunggu dan lihat.Nah, sekarang peluang itu sudah datang.

" Ya, saya sudi. "

Dan bunga tulip merah pun tumbuh dengan mekar.


P/s : selamat Hari Raya , Maaf zahir batin

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro