Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Past ( Song Jihyo x Namjoon )


Kaffe Cafe

Jam cafe sudah menginjak pukul 8.30 malam. Namjoon segera bersiap menukar pakaian kerja ke pakaian hariannya. Dia keluar dari bilik persalinan namun langkah terhenti apabila lengannya dipegang seseorang.

" Oii, kau nak pergi mana?. " tegur Jimin, rakan sekerjanya merangkap kawan baiknya.

" Aku dah lambat dah ni. Kesian dia nanti tertunggu "

Jimin mengangkat kening. " Siapa ? ".

Namjoon  menepuk perlahan bahu kawan baiknya. " Kau nilah. Jihyo lah. Siapa lagi. Dahla aku chow dulu. Ermm, tolong punch card untuk aku nanti aku belanja ubat tinggi. Okay ?. Bye "

Namjoon berlari anak meninggalkan Jimin keseorangan di hadapan pintu bilik persalinan.

" Namjoon " sebut Jimin perlahan sambil mengeluh kecil. Mukanya menunjukkan riak kecewa.

 Kedai 8Eleven

Namjoon berjalan menuju ke sesuatu tempat. Akhirnya setelah beberapa minit dia sampai di hadapan kedai serbaneka. Dia membuka pintu kedai sambil matanya meliar mencari seseorang.

Sengihan melebar saat melihat seseorang yang dikenalinya. " Yah, Hani. Nampak tak Cutiepie aku ? "

Hani yang sibuk menyusun roti-roti di rak dalam keadaan mencangkung segera bangun menghadap Jihyo.

" Cutiepie ? . Siapa ? " ujar Hani pelik. Namjoon menepuk dahinya.

" Ni mesti Jihyo tak cerita dekat kau kan pasal nama gelaran tu. Cutie pie tu  nama gelaran aku bagi dekat Jihyo. Oh jap,mana dia ? "

Hani termengu. " Jihyo dah lama dah pergi..."

Belum sempat ayat Hani dihabiskan, Namjoon memotong. " La, yeke. Kalau camtu aku [ergi dululah. Apa-apa hal roger okay. Bye "

Kelibat Namjoon mula menghilang dari pandangan Hani. Hani berulang kali memanggil Namjoon kembali ke sini namun tiada balasan.

" Weh, Hani. Panggilan untuk kau " jeritan Bossnya mengejutkan Hani. Pantas Hani menjawab panggilan tersebut.

" Hello "

"........"

" A.ah."

Hani berbual lama dengan orang yang menelefonnya. Mukanya leka memandang sesuatu bungkusan yang baru dihantar pagi tadi.

<>>>><><>><><><>><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><>

Berulang kali punat hijau ditekan oleh Namjoon untuk menelefon Jihyo. Namun tidak juga diangkat.

" Aku yang nak buat suprise kat dia, dia pulak yang nak suprisekan aku. Aduh, nanti lambat aku nak wish birthday dia. "

Sambil berlari dia berterusan menekan punat hijau telefon bimbit.

<>>>><><>><><><>><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><>

Namjoon mengetuk bertalu-talu pintu rumah Jihyo. Dia mula risau.

" Jihyo ! Jihyo ! "

Namun tiada jawapan. Kedengaran pintu sebelah apartment dibuka, seorang kanak- kanak lelaki memandang Namjoon.

" Woojin, mana Jihyo Noona. "

Kanak-kanak lelaki itu memandang pelik ke arah Namjoon. " Noona dah  pergi "

Namjoon terkelu. Dia ingin berterusan menanyakan soalan namun pintu  rumah Woojin sudah tertutup rapat.

Kedengaran nada dering milik Namjoon berbunyi. Tentera nama Jimin, kawan baiknya yang menelefonnya.

"Jimin, tolonng aku. T..Tadi aku cari Jihyo, dia takda. Merata  tempat akucari takda weh . Risaulah aku "

" Aku tahu mana Jihyo pergi. Jumpa aku kat alamat ni"

Tut....Tut...Tut...

Jimin sudah memutuskan taliannya. Namjoon segera menuju ke alamat tersebut.

<>>>><><>><><><>><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><>

Kelihatan Jimin sedang berada di hadapan sebuah tempat. Menunggu Namjoon dengan muka serius.

" Yah, mana Jihyo." soal Namjoon sebaik sahaja sampai di hadapan Jimin. Jimin hanya senyap sahaja. Dia terus melangkah masuk ke sesuatu tempat. Kelihatan banyak rak yang menempatkan sesuatu.

" Hei, mana Jihyo " jerit sedikit kuat Namjoon kepada Jimin. Namun, Jimin tidak mengendahkan.

Mereka tiba di sesuatu tempat. Kelihatan Hani bersama satu bungkusan berupa kotak kecil.

"H..hei. Siapa yang mati ni? Mana Jihyo hah ! "

" Tu . " muncung Jimin menunjukkan sesuatu.

Kelihatan Jihyo tersenyum manis  di dalam gambar.

" Kau ni pandai lah buat lawak bodoh " Namjoon tergelak kecil sambil tangannya mengambil bingkai gambar tersebut.

" Comel kan Jihyo  dalam gambar ni. Aku yang tangkap ni " puji Namjoon sambil tersengih.

" Yah !!. Kau sedar tak yang Jihyo dah lama pergi. Sedarlah sikit. " ujar Jimin marah sambil menggempal tangannya kuat. Mahu sahaja dia menumbuk rakan baiknya.

" Aa..apaa maksud kau. Jihyo hidup lagilah. Kau ni saja je kan. " marah Namjoon. Dia memandang tajam ke arah Jimin.

Hani sudah mula menangis. Namjoon memandang mereka berdua bersilih ganti.

" Jihyo sudah pergi Namjoon. Sedarlah. Dia dah lama pergi tinggalkan kita semua. Dia dah takda kat dunia ni. Faham tak ?! " ujar Jimin.  Air mata yang ditahan akhirnya terlepas. Dia sedih dengan nasib rakan baikknya.

Namjoon terdiam. Dia kemudian terduduk. Tersandar pada rak dan di pangkunya terdapat bingkai gambar Jihyo.

Mindanya teringat akan kejadian seminggu yang lepas.

Dia melihat Jihyo di seberang jalan, mahu melintas menuju ke arahnya namun nasib tidak menyebelahinya. Sebuah kereta tidak sempat berhenti pada lampu merah dan berterusan meluncur laju melanggar Jihyo. Bunga yang dipegang oleh Namjoon terlepas dan jatuh ke tanah. Dia berdiri kaku.

" Saranghye Namjoon "

Kata-kata terakhir yang didengari Namjoon.

Mereka bertiga memecah kebuntuan mereka dengan menangis, meratapi ihsan tersayang. Jam sudah menginjak 11.59 malam. Jimin menghantar Hani pulang meninggalkan Namjoon keseorangan.

Kotak kecil yang dibawa oleh Hani diambil dan dibuka. Kelihatan barang-barang kepunyaan mereka berdua. Teddy bear kecil, keychain yang nak diletakkan di jambatan. Tak lupa jugak cincin couple.

Dia mengeluarkan satu persatu. Tangannya terhenti melihat satu kad. Jam sudah tepat pukul 12.00 tengah malam.

" Happy birthday to us, happy birthday to us, happy birthday to us, happy birthday to us" kad itu berbunyi menyanyikan lagu selamat hari jadi. Air mata Namjoon mula mengalir lebih deras. Hari ini merupakan hari jadi mereka berdua.

' We will be together forever'

-Lots of love, SJH-

" Happy birthday, Jihyo "

" Happy birthday Namjoon "





Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro