Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Other family ? ( Song Jihyo x Running Man )


" Korang, tak rasa pelik ke ? "

Soal Kwang-soo tiba-tiba. Mereka baru sahaja habis shooting Running Man dan sekarang ini menghabiskan masa bersama-sama di rumah Kwang Soo.

" Apa yang peliknya ? "

Balas Suk Jin. Mulutnya tidak henti mengunyah tangsuyuk, salah satu makanan cina yang baru dipesan tadi. Mulutnya tidak habis-habis menguyah.

" Jihyo Noona. Hyung semua tak rasa pelik ke? Tiba-tiba dia terlebih baik dengan semua orang, moodnya ceria semacam ? "

Balas Kwang-soo, sambil mengerutkan keningnya, sehingga bercantum. Dia memandang satu-persatu ahli running man. Jihyo sorang sahaja  tiada bersama mereka memandangkan dia ada tugasan lain.

Somin berfikir sejenak, memikirkan kata-kata Kwang Soo. Dia kemudian mengangguk kecil.

" Betul  apa yang Oppa cakap. Hari tu, tiba-tiba dia offer nak perkenalkan kawan dia dengan saya. Pelik juga, sebab Unnie jarang macamtu. "

Sechan yang berada di sebelah Somin, mengetuk kepala Somin. Menyebabkan Somin mengaduh kesakitan.

" Yahz !. Kenapa pukul aku? ".

" Somin, Sechan cemburu. Diakan suka kau. "

Balas Jungkook sambil ketawa kecil melihat telatah Sechan dan Somin.

" A.ah, memang saja je nak buat Sechan cemburu. Sayang jugak eh kau kat aku ? "

Usik Somin sambil menggosok rambut Park Seoyi  Sechan.

" Tapi betul jugak, apa yang kau cakap. Tiba-tiba, Jihyo ajak aku pergi gym. Selama ni aku ajak,dia ngelak. Tapi, dua hari lepas dia ajak aku pergi gym. "

Ujar Jongkook, selepas itu meneguk air yang di dalam gelasnya sehingga separuh.

" Aku rasa la kan, Jihyo dah nak kahwin la dengan boyfriend dia. Tu yang happy semacam. Kau rasa camna Jae Suk Hyun?. "

Ujar Haha, matanya memandang Jae Suk yang sedari tadi membaca akhbar sahaja.

" Anniya, bukan sebab tu. "

Balas Jae Suk. Matanya masih ralit membaca akhbar.

" Habis tu ? "

" Jihyo putus dengan boyfriend dia. Sebab tu dia jadi camtu "

Balas Suk Jin pula.

" Apa ?!"

" Aikk, aku ingatkan korang tahu ? "
Ujar Jae Suk.

Yang lain menggeleng kepala.

Sementara itu, Jihyo di tempat rakaman dramanya terbersin kuat.

' siapa pulak sebut nama aku ni '

" Bila, apa bila diorang putus Hyung? Kenapa kami tak tahu ? Bila keluar berita Hyung ? "

Bertalu-talu soalan yang diberi kepada Jae Suk dan Suk Jin.

" 5 hari lepas, tapi media tak tahu lagi. Tak lama lagi, media tahu lah ni. Agensi Jihyo decide nak bagi Jihyo relaks dulu. So diorang hold dulu berita." Ujar Jae Suk.

" Ah, dah boyfriend dia CEO agensi dia, mestilah dia hold dulu. Kalau bagitahu awal-awal, habislah reputasi diorang. "

Sambung Suk Jin pula. Sempat dia menghirup kopi panas. Umur umur begini, nak minum Soju selalu pun tak boleh.

" Apa yang aku tahu, CEO tu yang mintak putus. Atas alasan, takda komitmen nak bercinta. Habih dah tu, kenapa bercinta kalau tahu takda komitmen. Menyusahkan betullah. " Bising Jae Suk. Dia menggeleng kecil kepalanya.

Yang lain, mengangguk kecil. Mengiyakan apa yang dikata Jae Suk dan Suk Jin. Terdetik sebentar hati masing-masing.

💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖

Jihyo memandang barang-barang yang penuh di belakang keretanya. Tangannya menggaru kepala yang tak gatal.

' Bila masa aku beli barang ni semua ? '

Terus iPhone ya dikeluarkan, punat ditekan. Dia menelefon pengurusnya.

" Yaaa. Kau ada letak barang kat kereta aku ke? "

" Barang apa? Takdalah. Aku tak sentuh pun kereta kau hari ni. Kenapa? "

" Ohh. Takplah. "

Butang merah ditekan. Dia bangun dari tempat memandu dan membuka bonet keretanya.

Tangan Jihyo sibuk memunggah barangan di belakang. Sedang sibuk dia memunggah, terjumpa nota kecil yang ditampal di kotak besar.

' Harap kotak ni cukup nak buang barang CEO tu. Kalau nak buang mamat tak guna tu pun ,boleh jugak. Roger je kat Jong Kook Hyung. '

Tulisan tu, Jihyo kenal tulisan itu. Tulisan Jong Kook Hyung. Dia tersenyum kecil. Nampaknya sudah kantoi kisah percintaan dengan CEO yang terkandas ditengah jalan.

Jihyo kemudian melihat plastik besar yang memuatkan keropok dan juga air gas. Kemudian, matanya beralih melihat paper bag kecil berwarna biru gelap. Dia mengambil beg tersebut, dibuka untuk melihat isi didalamnya. Terdapat tiket taman tema. Jihyo tersenyum kecil.

" Unnie ! "

Jerit suara yang sangat tidak asing di telinga Jihyo. Jihyo memandang empunya suara tersebut.

" Jom kita minum . Jae Suk Oppa belanja."

Thud !

Kedengaran ketukan kepala Somin. Rupanya tangan Jae Suka yang mengetuk kepala Somin.

" Aih, cepatlah Noona. Aku dah lapar ni. " Rungut Kwang-Soo. Disambut dengan anggukan dari Sechan dan Haha.

Jong Kook dan SukJin menarik tangan Jihyo, agar segera mengikuti mereka. Buat pertama kali dalam beberapa minggu, Jihyo akhirnya betul-betul melakarkan senyuman lebar.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro