Noona ( Song Jihyo X J-Hope )
Kring ! Kring ! Kring !
Bunyi jam loceng hello kitty di meja tepi katil berbunyi nyaring bagi mengejutkan manusia yang masih lena dibuai mimpi. Tangannya perlahan-lahan mula mencapai jam loceng tersebut dan matanya yang masih sepet dicuba untuk di buka seluas -luasnya.
' Argh, dah pukul 7.30 pagi. ' getus hatinya. Dia lambat-lambat bangun dan meletakkan semula jam loceng yang diambilnya tadi. Tuala di kaki katil diambil lalu menuju ke bilik air.
15 minit kemudian, dia sudah siap-siap memakai pakaian kasualnya. Dia mula menuju ke dapur dan memulakan tugasannya.
Pintu peti ais dibuka dan barang basah diambil. Sempat dia mengambil smartphonenya dan memasang lagu kegemarannya.
🎤 Black dress 🎤
Dia mengambil 2 biji telur lalu dipecahkan ke dalam kuali. Tangan kanannya sibuk mengscramble kan eggs itu. Diperhatikan lama telur hancur itu. ' Tak cukup nih. Tambah 1 lagi telur la ' . 1 biji telur diambil lagi dan diletakkan di kuali tersebut. Black pepper bersama sedikit garam ditabur mengikut citarasa.
Selepas selesai memasak scramble egg, dia mula menggoreng sosej dan kentang. Hari ni, Chef J-Hope memasak sarapan ala ala Barat. Tiba-tiba lagu Black Dress terhenti seketika. Smartphone bergetar menandakan panggilan masuk.
" Hello, J-Hope speaking, Who's there ? " ucap J-hope sambil tangannya sibuk menyusun pinggan mangkuk untuk sarapan di meja makan.
" J-hope, jadi tak petang ni. Kita merewang rumah Aunty Kim, dapat limau free. "
" Jadi, jadi. Nanti roger jumpa kat mana okay. "
Kedengaran derapan kaki menuruni tangga. Kepala J-hope menjenguk seketika sambil sibuk berbual dan menyusun.
" Tempat biasalah. Eh, apa kata kita...."
" Weh, aku ada hal lah. Bye. Nanti roger okeh. " Cepat-cepat J-hope mematikan telefonnya lalu dimasukkan ke dalam poket.
Kelihatan seorang wanita yang lengkap berpakaian kerja menuju ke meja makan. J-hope cepat-cepat menarikkan kerusi untuk wanita tersebut. Wanita itu memandang J-hope dengan muka serius dan tanpa perasaan.
" Noona, jemput makan. Hope yang masak semua ni. " ujar J-hope dengan senyuman manis.
Jihyo yang sedari tadi duduk segera bangun. Beg tangannya diambil. " Aku pergi dulu. Duit, aku dah letakkan kat atas meja. "
J-hope masih lagi tersenyum. " Noona tak nak bawak bekal ke pergi kerja ? . Hope boleh siapkan "
" Tak perlu. "
Selesai sahaja , Jihyo segera berlalu pergi tanpa menjamah sarapan yang disediakan oleh J-hope.
" Hati-hati Noona " ujar J-Hope walaupun Jihyo sudah lama berlalu pergi.
" Terpaksalah aku makan sorang-sorang kali ni. Alah, chill lah. Maksudnya , Tuhan nak nagi rezeki banyak untuk kau. " ujar J-hope dengan nada ceria.
👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓
Pejabat Tanah Gangnam
Jihyo membelek fail yang diberikan oleh pekerja pejabat tadi. Matanya membaca kesemua maklumat agar tidak terlepas satu pun daripada pengetahuannnya.
Tiba-tiba, kedengaran seseorang menjerit. Pintu dirempuh masuk oleh seorang lelaki dalam linkungan 50-an. Lelaki itu mahu mendekati dan menyerang Jihyo namun dihalang oleh pegawal keselamatan pejabat tanah.
" Ohh, kau la Song Jihyo yang merampas tanah aku. Aku tak sangka. Eh, bagi balik lah. Tu tanah aku la perempuan. Bagi balik ! " jerit lelaki itu dengan nada yang bengis.
Jihyo hanya memandang sahaja. Dia kemudian mengambil pen lalu menanda tanganinya. Selepas itu fail itu diserahkan kepada pekerja pejabat tanah.
" A-aku akan ambil balik tanah itu. Tak guna punya betina sundal. Kauu.. kau mesti jual badan kau kan kat diorang semua ni. Sebab nak tanah aku ni. Dasar takda maruah diri. Baik kau mampus " jerit lelaki tersebut sambil cuba melepaskan diri daripada genggaman pengawal keselamatan.
Jihyo masih lagi berurusan dengan pekerja pejabat tanah. Seketika, Jihyo bangun dan berjabat tangan dengan pekerja pejabat tanah tersebut.
" Terima kasih Namjoon. Aku sangat hargai "
Namjoon hanya tersenyum sambil mengangguk kecil. "No hal. "
Jihyo beura ura mahu pergi dari bilik itu. Namun, makian dan cacian menyebabkan dia terhenti.
" Huh, kenapa kau berhenti ? . Maksudnya betullah kan. Ahahahahha."
Jihyo memandang lama dan mula mendekatkan bibirnya di telinga lelaki itu. Tiba-tiba, mukanya menjadi pucat. Dahinya mula berpeluh.
' Okeh, satu hal dah selesai. Tinggal lagi 1 ' getus hatinya.
👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓
Gelanggang Park Melepak
J-hope memberhentikan basikalnya di tempat basikal lalu menguncinya. Hey, ingat basikal buruk ni takda orang nak curi ka.
Dapat dilihat rakan-rakannya sudah berkumpul di gelanggang bola keranjang.
" J-hope sudah sampai lah. "
" Awalnyaa "
J-hope hanya tersengih mendengar perlian rakan-rakannya.
" Sorry guys, aku ada hal tadi. " ujar J-hope sambil tangannya menghulurkan bungkusan air bersama ais krim kepada rakan-rakannya.
" Ceh, kau macam tahu-tahu je kitaorang dahaga. Terima kasih J-hopeee. " ujar Taehyung selepas menyambut bungkusan yang diberi lalu mula membahagikan ais krim kepada rakannya yang lain.
Suanasana mula senyap. Masing-masing mula menikmati ais krim yang dibeli olrh J-hope. Suga menyiku Taehyung yang sedang asyik menikmati ais krim free.
" Yah, kau tak nak tanya ke kat J-Hope ? " bisik Suga perlahan. Taehyung mengerutkan kening.
" Tanya apa ? "
Suga menepuk dahinya perlahan.
PAK !
Perlahan mak pak dia. Bunyi tu boleh dengar sampai ke gerai Mak Cik Kiah Limbo.
Rakannya yang lain memandang Suga pelik termasuk J-Hope. Suga mengetap giginya. " Okey ke tak Suga ? " soal Jin prihatin. Dia beura ura mahu mendekati Suga namun dihalang . " A-Aku okey. Nih hah, ada serangga duk kat dahi aku. Nak halau tapi aku pi tepuk " ujar Suga sambil tersengih sengih kerang busuk.
Jin hanya mengangkat bahu. " Okaylah kalau camtu. "
Suga menjeling Taehyung yang masih lagi dengan aiskrimnya. " Pasal J-Hope punya Noona lah bebal !" ujar Suga dengan suara yang bisikan kuat.
" Ohh yang itu. Aku cadangkan satu, apa kata kau yang tanya. Sebab kau paling tua kat sini so kau jelah yang tanya ek " ujar Taehyung memberikan cadangan yang bernas.
Suga melopong seketika. ' Tarak guna itu punya budak ' .
" Ehh aku pulak. Kau lah. "
Taehyung mencebik. ' Eii orang tua ni kang aku cepuk kang '
" Tak. Masalahnya siapa yang nak tahu ? Aku ke kau ? Kau kan yang nak sangat tahu so dipersilakanlah tanya "
Suga gelak dengan muka tak caya. " Yelah, ok fine. Biar aku tanya. Kau..kau jangan nak menyemak pi sana shuh shuh . " ujar Suga geram.
" Yah, apa benda korang dua nih. Aku nak makan pun tak tenang doh. " marah Jin yang sedari tadi memerhatikan kedua-dua rakannya bergaduh dan memekak.
" Ermm, camni. Suga tanya kakak J-Hope apa khabar ? " ujar Taehyung dengan senyuman sambil memandang J-Hope.
J-Hope memandang pelik. " D-dia okay je. Kenapa ? " Suaranya cuba dikawal dengan riak muka cuba diceriakan sehabis mungkin.
Suga dan Taehyung menjadi serba salah. " Urm, tadi, kitaorang ada terserempak dengan kakak kau kat Pejabat Tanah. Kitaorang bukan saja saja tersemrempak tapi masa tu kitaorang nak jumpa dengan Namjoon jap. " ujar Suga panjang lebar dan penuh berhati-hati. Takut J-Hope salah tafsir dengan penerangan yang dia bagi.
" Ohh. " pendek jawapan J-hope. Namun dalam fikirannya sudah penuh dengan persoalan mengenai keberadaan kakanya di Pejabat Tanah.
" J-Hope... kau tak marah kan ? "
J-Hope tersenyum kecil. Dia menggeleng kepalanya. "Tak. Aku tak marah. Terima kasih sebab prihatin dengan aku. "
" Camna kau dengan noona kau sekarang ? " soal Jimin yang sedari tadi senyap.
J-hope senyap seketika. Lama.
" Err, jomlah kita dah lambat nak pergu rumah Aunty Lim. Jom jom "
Jin menggesa rakan-rakannya yang lain agar bangun. Namun perbuatannya terhenti saat mendengar jawapan J-Hope.
" Sama je. Dekat tapi jauh. Rapat tapi renggang. Tak tahu siapa salah atau siapa betul. Macam...macam aku bukan adik dia dan macam dia.. dia bukan kakak aku. "
" Air yang dicincang takkan putus, Jhope. Ingat tu " ujar Jimin perlahan. Dia perlahan-lahan menepuk bahu J-Hope.
" Air yang dicincang takkan putus, J-Hope. Ingat selalu berada di samping kakaku kamu.Jaga dia. "
" Alaa, dia kan kuat. Dia pandai lah jaga diri. Tengoklah pipi Hope ditumbuknya sampai lebam. "
" Nampak je dia kuat tetapi dia lemah sebenarnya. " ujar ayahnya sambil mengosok kepala anak lelakinya.
👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓
Pintu apartment dibuka setelah menekan punat nombor. Jihyo melangkah masuk setelah meletakkan kasut di rak dan selesai memakai selipar rumah. Dia merenggangkan sedikit lehernya yang agak lenguh dek kerjanya harini.
Diperhatikan seseorang sedang menonton television namun tidak dihiraukan.
" Noona, kenapa lambat balik ? "
Jihyo hanya berlalu tanpa menghiraukan soalan J-Hope.
" Noona, kenapa noona pergi Pejabat Tanah .? "
Langkah Jihyo terhenti. Dia menoleh ke arah J-Hope yang sudah berdiri menghadap Jihyo.
" Kenapa Noona pergi situ ? Nak tuntut tanah keluarga kita ke ? " soal J-Hope lagi.
" Bukan urusan kau. " balas Jihyo ringkas.
" Hope tak tahu kenapa, semejak appa ngan omma meninggal, Noona dah tak macam dulu. Kita.. kita dah tak macam dulu. Hope tak faham lah. Ke Noona rasa Hope lah penyebab mak ayah kita meninggal dunia dulu hah ? "
Jihyo masih lagi senyap. Tidak menjawab soalan J-Hope. J-hope tersenyum sinis.
" Hope tahu, Noona mesti fikir kalaulah J-Hope tak mintak Omma ngan Appa ambilkan bekal ngan dompet sebab Hope tertinggal mesti tak jadi semua ni kan. Mesti kita dah bahagia dengan Omma ngan Appa kalau diorang masih hidup. Kita..kita akan jadi keluarga yang bahagia. Noona dapat sambung study kat luar negara. Tanah Omma ngan Appa takkan jatuh kat tangan orang lain.Noona takkan susah payah nak bangunkan syarikat Appa semula. " ujar J-hope menahan tangis.
" Noona dah banyak berubah dah. Semenjak appa ngan omma meninggal Noona dah banyak berubah. J-hope rasa... J-hope macam dah takda Noona. " J-Hope meluahkan segala yang terbuku di hatinya. Segala yang dipendam.
BAM !
Pintu bilik J-hope ditutup dengan kuat, meninggalkan Jihyo yang masih di ruang tamu. Jihyo perlahan-lahan terduduk di sofa. Matanya memandang lama pada bingkai gambar di tepi sofa yang terletak elok di atas meja.
👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓
Syarikat WG
Tuk ! Tuk !
" Masuk ! "
Kelihatan seorang lelaki dalam lingkungan 50-an masuk ke sebuah bilik besar dan diiringi oleh seorang wanita muda yang berpakaian seperti Secretary.
" Miss Jihyo, tetamu miss sudah sampai. "
Jihyo yang pada ketika itu sedang mengbelankangi mereka berdua menoleh, senyuman mula terukir saat memandang tetamu tersebut.
" Appa, dah lama tak jumpa . "
👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓
J-hope mula mengelak daripada bertemu dengan Jihyo. Jika J-hope ingin menonton television, dia akam pastikan Jihyo tiada di ruang tamu. Jika Jihyo sedang makan di dapur, J-Hope akan makan di bilik. Malah, jika mampu J-Hope sanggup berlapar.
" Yah, kau ni. Tak bole la buat camtu kat Noona kau. Apa-apa pun dia tetap Noona kau. Mesti dia ada sebab kan . " Nasihat Jimin apabila mendengar luahan J-hope ketika mereka bertemu di tempat biasa, Gelanggang Park.
J-Hope hanya senyap seketika. " Yelah, masa Noona layan aku teruk teruk dulu, Korang tak rasa dia jahat kan. Tapi bila aku buat camtu,korang rasa aku ni jahat pulak. Korang ni member aku ke member dia ? " rungut J-Hope tidak puas hati.
Jimin mengeluh kecil. Kepalanya diurut sedikit. " B-bukan macam tu. Sekurangnya masa dulu, Noona kau tetap dengan kau walaupun dia tak cakap sangat dengan kau. Dia hadap je kau. Tapi kau sampai mengelak dengan Noona kau. Tak ke rasa melampau sangat."
J-hope mengeluh kecil. ' Ada member pun macam takda member'
" Dahla. Aku balik dulu. Takda mood aku nak main baskeball hari ni " UJar J-hope lalu meninggalkan rakan-rakannya.
Taehyung, Jin dan Suga yang sibuk bermain dari tadi memandang pelik ke arah Jimin.
" Aphal tu ? " tanya Taehyung pelik.
" Korang gaduh ke ? " soal Jin pula.
Jimin menggeleng kecil. ' Aku harap kau tak menyesal macam aku '
👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓
" Doktor, ada pesakit parah perlukan rawatan doktor. Pesakit perempuan, punca akibat kemalangan melibatkan lori. Kereta mangsa bertembung dengan lori di lampu isyarat. Pesakit tak sedarkan diri bila ambulan sampai. Kecedaraan parah di bahagian kepala " ujar paramedik dengan pantas sambil memindahkan pesakit ke katil hospital.
Roda katil dibawa dengan laju menuju ke bilik pembedahan.
👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓
Kring Kring
" Hello ? " Dengan malas j-hope menjawab panggilan.
" Yah, Noona....nooana kau kemalangan. Cepat!. Datang sinii. "
👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓
Defibrillator diambil oleh doktor, digosok dan ditekapkan ke dada pesakit.
Tiada respon. Kuasa dinaikkan. Digosok sekali lagi. Dan ditekapkan ke dada pesakit.
Masih tiada respon.
Doktor masih lagi tidak berputus asa. Dicubanya lagi. Namun, siapalah yang dapat menandingi kuasa Tuhan.
Doktor menjeling masa yang terpapar di dinding bilik pembedahan.
" Time of death, 1905. COD ( Cause Of Death ), head trauma. "
Sehelai kertas jatuh di kaki doktor menyebabkan doktor itu tunduk dan menutip kertas tersebut.
👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓👓
Perlahan-lahan, orang meninggalkan kubur. Hujan yang sedari tadi rintik-rintik mula lebat. J-Hope masih lagi berada di samping kubur Noonanya.
Kini, tinggal J-hope dan rakan-rakannya bersama seorang lelaki dalam lingkungan 50-an.Bahu J-Hope ditepuk lembut namun J-Hope tidak hiraukan. Satu helai kertas dihulurkan oleh lelaki tua itu kepada J-Hope.
Tangan J-Hope terketar-terketar mengambil kertas yang ada secalit darah itu.
To: My Beloved Brother
From: Your Angel, Song Jihyo. 😜 ( JK)
Anyeong J-Hope,
Mesti Hope pelik kan, kenapa pulak lah Noona dia yang serius ni buat surat acah-acah mesra kat adik dia. Buang tebiat ke apa. Hhahahah. J-Hope, tujuan Noona sebenarnya adalah Noona nak mintak maaf banyak-banyak. Noona tahu, semenjak appa ngan omma meninggal sikap Noona 100 % or 99 % berubah. Salah Noona jugak. Disebabkan Noona, Hope rasa macam kurang perhatian. Ah, kesian kamu Hope. Maafkan Noona sekali lagi.
Noona berubah sebegitu sekali sebab Noona rasakan yang Appa dan Omma mati disebabkan oleh Noona. Noona..ah kalau la Noona tahu benda ni akan jadi, dah lama Noona yang hantar kan dompet dengan bekal kamu. Sejujurnya, Noona rasa serba salah teramat. Noona rasakan Noonalah punca Appa ngan Omma meninggal. Jujur Noona katakan, tak pernah sedetik pun di hati Noona yang kamu adalah punca Omma ngan Appa meninggal.
Selepas saja mereka meninggal, Noona seolah-olah hilang. Tiada tempat bergantung. Noona tak tahu nak bergantung dengan siapa. Saudara mara kita semua hilangkan diri. Syarikat Appa bangkrap. Terlalu banyak sangat dugaan. Noona rasa macam dah tak kuat.
Tapi, bila kamu ada di samping Noona, Noona seolah olah dapat nafas baru. Noona mula berubah, fizikal dan mental. Noona start dari bawah nak bangunkan syarikat Appa. Kawan Appa, Encik Kim Seok banyak tolong Noona. Dialah yang ajarkan noona banyak benda, perangai dan sikap dia tak tumpah macam Appa menyebabkan Noona panggil dia Appa. Noona mula jugak bersikap dingin sebab takut orang lain ambik kesempatan. Sikap dingin Noona terbawa-bawa menyebabkan hubungan Noona dengan Hope menjadi renggang. Maafkan Noona sekali lagi.
Oh ya, pasal Pejabat Tanah hari itu. Noona pergi ke sana sebab Noona dah berjaya tuntut tanah milik keluarga kita. Dan kesemua itu Noona wariskan kepada Hope untuk masa depan.Noona harap, Hope jaga dengan sebaik-baiknya. Noona tak nak orang lain curi tanah tersebut.
Akhir sekali, Noona harap Hope dapat hidup dengan gembira. Jangan risau, walaupun Noona dah takda tapi Encik Kim boleh tolong jagakan bagi pihak Noona. Sekali lagi, Maafkan Noona atas segala kesilapan Noona.
Noona sayang kamu.💞
Sincerely,
Jihyo, Hope's Sister.
p/s : Pandai kamu buat scramble egg, sedap.😉
Air mata mula menitis. Kertas itu lantas dilipat. Matanya yang sembap merenung lama.
" Air yang dicincang takkan putus. "
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro