Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Love ( Song Jihyo X Jeon Somin X RM )

" Dah 2 tahun dia tinggalkan kita. Esok ulangtahun dia kan? Kau pergi kan? "

Mata lelaki itu memandang perempuan dihadapannya. Suara garau memenuhi ruang makan. Sementara isteri lelaki itu sedang menghidangkan lauk pauk untuk makan tengahari. Sempat perempuan itu mengucapkan terima kasih kepada isteri lelaki itu.

Baru sahaja wanita itu mahu membalas, terdengar suara budak kecil.

" Mommy, tolong ikatkan rambut Astra. Rimas la. "

Kanak-kanak kecil dalam lingkungan 2 tahun menghampiri perempuan itu, sambil menghulurkan getah rambut.

Kemudian datang pulak seorang kanak-kanak lelaki, dalam lingkungan umur 4 tahun menghampiri Astra.

" Dream Hyung boleh buatkan. " Ujar kanak-kanak lelaki itu.

" Tak nak. Nak mommy buat. Dream Hyung duduk situ dulu, nanti Astra datang. "

Dream mengangguk kecil dan berlalu pergi, patuh dengan arahan Astra yang muda dua tahun darinya.

" Dah siap. Comelnya anak mommy. "
Ujar wanita itu sambil mencubit pipi Astra yang agak tembam. Astra ketawa mengekek dan kemudian pergi menuju ke arah Dream.

" Haha oppa, mestilah saya pergi. Astra pun tak sabar nak jumpa dia. Oppa tengok muka Astra, saling tak tumpah macam dia. Kalau la dia masih hidup lagi, mesti dia akan selalu banggakan anak dia dekat kita kan Oppa? " Balas wanita itu sambil tersenyum sayu.

Haha sekadar tersenyum kecil. Matanya melirik melihat Astra yang tersenyum bermain bersama-sama dengan anak-anaknya.

" Jihyo, makanlah dulu. Tenung Astra bukannya kenyang pun. " Tegur Byul melabuhkan punggungnya sebelah Haha.

Jihyo tersenyum kecil. Dia mengambil chopstick dan mula menikmati juadah tengahari buatan Byul.

Selesai menikmati juadah tengahari dan berborak, Jihyo meminta diri untuk pulang. Dipimpin tangan Astra.

" Haha oppa, Byul. Terima kasih ya. Untuk segalanya. "

Ujar Jihyo ikhlas. Dia memeluk mereka berdua dengan erat. Mereka inilah antara orang yang selalu mengambil berat tentang Jihyo.

" Uncle, Auntie. Terima kasih sebab kasi Astra main dengan Dream. " Ujar Astra dengan sopan.

Haha menyapu lembut kepala Astra sambil tersenyum kecil.

" Sama-sama. Esok Uncle datang , nak teman Astra jumpa mama."

Astra sekadar mengangguk kecil sambil tersenyum.

" Bye Haha oppa, Byul. Esok jumpa tempat biasa ya. "

Mereka berdua meninggalkan rumah Haha.

Musim luruh, 2019
Rumah Jihyo

Astra sudah bersiap sedia untuk tidur awal, memandangkan esok dia akan berjumpa dengan mamanya.

Jihyo yang sedang bersiap barangan untuk esok, terhenti seketika apabila Astra mula melentokkan kepalanya dia pahanya.

" Astra nak tidur dengan mommy boleh ke?"

" Eh, bukan dua hari lepas Astra dah tidur dengan mommy ke? "

" Tu dua hari lepas."

Jihyo memerhati anak kecil itu. Rambutnya diusap lembut.

" Boleh, dengan satu syarat. "

Astra memandang Jihyo dengan matanya yang bundar.

" Apa syarat dia mommy ? "

" Astra kena dengar mommy cerita, boleh?"

" Bolehh. Pasal mama kan. Astra nak dengar pasal mama. "

Jihyo tersenyum kecil.

" Okeh pada suatu hari... "

White Flower House
Musim Luruh 1973

Makcik Kim, pemilik White Flower House memimpin tangan salah seorang kanak-kanak perempuan dalam lingkungan 4 tahun. Mereka berdua memasuki salah satu bilik yang besar dikenali sebagai bilik utama.

Kanak-kanak perempuan itu yang pada mulanya kelihatan seperti berminat mula menundukkan kepalanya, menyorok dari perhatian ramai orang yang mula memandang mereka berdua.

" Eh siapa ni Omma? " Ujar salah seorang kanak-kanak yang agak tinggi lampai berbanding yang lain. Suaranya yang agak besar mula menarik perhatian kanak-kanak yang lain.

Mereka mula berkerumun di hadapan Makcik Kim. Kelihatan 7 orang dihadapan mereka berdua.

" Anyeong semua. Perkenalkan ni penghuni baru kita. Somin, perkenalkan diri kamu."

Somin mengangkat kepalanya perlahan-lahan. Dengan suara perlahan, dia memperkenalkan dirinya.

" Nama saya Jeon Somin. Umur saya 4 tahun. "

" Hai Somin, nama saya Suk Jin. Yang paling tua dalam kalangan 7 orang. "
Kelihatan seorang yang seperti remaja memperkenalkan dirinya sambil membetulkan speknya.

" Anyeong. Nama saya Jae Suk. Muda sikit dari SukJin. "

" Hai, saya Kim Jong Kook. Makcik Kim tu mak saya. Kalau nak bersenam, roger je. "

" Anyeong, nama saya Kwangsoo. Saya leader maknae Line. Ini Yang Sechan. Korang sebaya. "

Satu ketukan hinggap di kepala Kwangsoo.

" Yah, siapa suruh skip aku. Patutnya lepas Jong Kook aku punya turn tau. Hello, Nama saya Haha a.k.a MJ. "

Padangan mula tertumpu pada orang yang terakhir yang berambut pendek tetapi sedikit pendek berbanding yang lain.

" Chung Sum Im, perkenalkan diri kau. "

Kanak-kanan yang digelar Chung Sum Im memberikan pandangan tajam kepada Kwangsoo.

" Yah, kau nak mati ke panggil aku nama tu. "

Kwangsoo dan kanak-kanak itu mula bergaduh dihadapan Somin. Somin terpinga-pinga dengan perkara yang berlaku di hadapannya.

Yang lain seperti sudah biasa dengan perkara sebegitu. Jae Suk terpaksa menjadi orang tengah meleraikan pergaduhan itu. Tangan Somin terus dipegang oleh Sechan. Dibawa untuk melawat bangun sekitarnya.

" Jom Somin. Aku bawak kau lawat kawasan."

Seminggu berlalu, namun Somin masih lagi tidak ditegur oleh Jihyo. Jihyo seolah-olah tidak suka akan kehadiran dia.

" Eh taklah. Jihyo noona memang camtu. Nanti lama-lama okay je. " Ujar Sechan, nak redakan hati Somin yang gusar.

" Oh ya, Somin boleh balik sorang tak hari ini. Sechan ada kelas koko lepas ni. Ataupun Sechan suruh Hyung ambik Somin. "

Somin menggeleng kepalanya. " Takpa Sechan. Somin okay balik sorang. "

Sechan mengerutkan mukanya. " Takpa ke Somin. Sechan risau la sebab jalan situ agak sunyi waktu petang ni. "

Somin mengangguk kecil. Sampai bila dia nak berharap dengan Sechan. Sudah tiba waktunya untuk berdikari.

Somin mula berjalan melalui lorong-lorong kecil itu. Entah kenapa hatinya mula berdebar-debar tanpa sebab. Somin cuba kuatkan hatinya. Dia dah besar, patutnya dia dah boleh berdikari. Saat dia terus berjalan, tiba-tiba kedengaran derapan kaki yang lain. Somin teruskan berjalan, tetapi dengan langkah lebih laju. Dan derapan kaki itu mula kedengaran lebih laju.

Somin jadi lebih cemas, dia mula berlari dan terus berlari. Dan dia terjatuh. Lututnya mula terluka. Dia cuba bangun namun bayang-bayang mula menghampiri dia. Kelihatan lelaki yang bertubuh besar cuba untuk mengambil dia. Somin menjerit memintak tolong sekuat hati.

Thub !

Merengus kesakitan kedengaran dari suara lelaki itu. Kelihatan lelaki itu mula berpaling dan dapat dilihat Jihyo sedang membaling batu kearah lelaki itu.

" Somin, lari. Cepat ! " Jerit Jihyo. Lelaki itu mula mendekati Jihyo. Jihyo berterusan menyerang lelaki itu dengan kayu dan batu yang berhampiran.

Somin terkaku. " Yah, pabo. Lari cepat ! " Ujar Jihyo marah sambil tangannya sibuk membaling batu batu yang berdekatan kearah lelaki itu.

Simon segera bangun dalam keadaan sakit, dia mula mencari sesiapa sahaja untuk memintak tolong. Kebetulan ada seorang anggota polis sedang bersiar.

" Pakcik, tolong ! Penculik ! " Jerit Somin sambil menangis ketakutan. Dia terus membawa polis itu ke tempat tadi.

Nasib Jihyo agak baik. Polis tiba saat dia berasa penat hendak bergelut dengan lelaki itu. Jihyo segera memeluk Somin, yang masih menangis.

" Takpa, lelaki jahat tu dah kena tangkap. Meh unnie letak bandage aid kat lutut. " Ujar Jihyo sambil tangannya erat memeluk Somin yang bertambah kuat menangis melihat badan Jihyo yang sudah luka.

Situasi itu mengejutkan seluruh penghuni White Flower. Sechan mula menangis melihat badan Somin dan Jihyo yang luka. Merasa bersalah kerana membiarkan Somin pulang seorang diri dan menyebabkan Jihyo dan Somin luka. Yang lain menggesa Makcik Kim untuk bawa Jihyo dan Somin ke hospital. Somin masih lagi memeluk erat Jihyo.

Sejak dari itu, Somin tidak pernah beregang dengan Jihyo. Mereka sering bersama-sama. Mungkin trauma sekiranya berlaku kejadian tidak diingini kepada Jihyo.

Mereka berlapan banyak menghabiskan masa bersama-sama. Tiap petang, mereka akan bermain bola beracun.

" Noona bangun !. Kita nak main bola tampar. Bangun ! " Jerit Kwang Soo di telinga. Tangannya menggoncang Jihyo sedang lena dibuai mimpi. Berulang kali Kwangsoo cuba mengejutkan Jihyo tetapi tidak berjaya. Akhirnya dia mengalah dan terus menuju ke tanah lapang.

" Eh Jihyo unnie mana ? " Ujar Somin pelik. " Tidur lagi. Puas aku kejut. " Balas Kwangsoo sambil bermain dengan bola tampar. Somin segera masuk ke dalam rumah untuk mengejutkan Jihyo. Dia berbisik di telinga Jihyo kerana dia tahu Jihyo geli apabila orang berbisik di telinganya. "Unnie, bangun. Kita nak main bola tampar " perlahan saja suara Somin berbisik. Jihyo segera bangun, dalam keadaan mamai sambil dipimpin oleh Somin mereka segera pergi ke tanah lapang.

" Jihyo noona, bukak mata luas-luas. Kita nak main boleh beracun ni. " Ujar Sechan . Jihyo sekadar mengangguk sahaja. " Yah Jihyo, cuba aktif sikit. Waktu petang ni la waktu.." Jihyo memutarkan matanya sambil menutup telinga Somin, mengelakkan daripada berdarah mendengar bebelan kesihatan dari Jongkook.

" Yah, cepatlah Jong Kook. Start la main. Tak habis-habis membebel. Aku tak tahu la macam mana Eun Hye melekat dekat kau. " Ujar Jae Suk. Kata-kata Jae Suk mendapat jelingan dari Jong Kook.

Mereka berlapan meningkat dewasa. Zaman semakin berubah. Yang kecik mula meningkat remaja. Yang muda mula menua, termasuklah Makcik Kim.

Musim luruh 1993

Musim ini bermula dengan penuh hiba. Makcik Kim yang berumur 79 tahun meninggal dunia di rumah White Flower, meninggalkan keluarga dan insan yang disayanginya termasuk 8 orang permata White Flower. 8 insan ini yang menguruskan segala hal pengebumian Makcik Kim. Namun, mereka tahu, apa yang mereka buat ni tak mampu membalas jasa Makcik Kim yang menjaga mereka selama ini.

Selesai sahaja majlis pengebumian Makcik Kim, mereka berkumpul ramai-ramai di tanah lapang, dibentangkan karpet. Mereka berlapan baring sambil memandang langit.

" Langit hari ni lawa. Banyak bintang. " Ujar Haha. "Langit nak sambut Makcik Kim. Tu yang lawa. " Balas Suk Jin.

Mereka mengangguk setuju. Insan sebaik Makcik Kim sentiasa menyerikan hidup mereka. Termasuklah sang Langit.

" Apa yang patut kita buat Oppa lepas ni ? " Ujar Somin sayu.

" Oppa tak tahu. " Jujur Suk Jin. Lelaki yang serba tahu ini pertama kali tidak ada jawapan mengenai soalan Somin. Kerana orang yang selalu dia jadikan rujukan sudah tiada.

Kwangsoo mula menangis teresak-esak. Disambut dengan esakan Sechan dan Somin. Jihyo cuba untuk tabah tetapi air matanya tetap mengalir laju. Suk Jin dan Jae Suk yang merupakan ahli tertua cuba menahan air mata. Haha yang selalu ceria, tetapi hari ni hanya sedih menghiasi mukanya. Jong Kook yang gagah turut kalah apabila matanya mengeluarkan air mata, membahasahi pakaian hitamnya. Buat pertama kalinya mereka menangis beramai-ramai. Meluahkan kesedihan pada langit.

Musim luruh 2021

" Mommy, kenapa orang baik selalu pergi dulu?" Ujar Astra pelik.
" Bila pergi taman bunga, Astra akan petik bunga yang lawa ke bunga yang tak lawa? " Soal Jihyo.

" Mestilah bunga yang lawa. " Jawab Astra pantas. Tetapi selepas itu Astra mula menggeleng kepalanya laju. " Lepas ni, Astra dah tanak petik bunga lawa. " Ujar Astra lagi.

" Kadang kadang Astra kita tak boleh nak elak daripada petik bunga yang lawa. Mungkin untuk hari ni, kita boleh elak. Tetapi untuk hari esok, mungkin ada orang lain yang petik. Jadi apa yang patut kita buat, kita kena hargai dan cuba luangkan masa yang ada untuk melihat bunga bunga yang lawa tu" jelas Jihyo walaupun dia tahu Astra mungkin menghadapi kesukaran untuk memahaminya.

Astra sekadar mengangguk kecil, walaupun dia tidak faham. " Mommy, sebab itu Omma pergi dulu kan. Sebab Omma baik." Jihyo mengangguk kecil, mengiyakan kata-kata anak kecil itu.

Musim luruh 2009

Mereka berlapan berkumpul di restaura kepunyaan Haha. Sudah menjadi rutin untuk berkumpul beramai-ramai. Masing-masing berkerjaya dan ada juga yang sudah berkeluarga seperti Suk Jin dan Jae Suk. Haha pula sibuk menguruskan restorannya yang terletak berdekatan dengan White Flower.

White Flower kini menjadi tempat mereka melepak dan dijadikan tempat untuk bercuti bersama-sama. Yang Sechan pula bekerja sebagai pelawak manakala Kwangsoo sebagai model terkenal. Jongkook menjadi pemilik gym. Jihyo pula sibuk sebagai seorang pelukis grafik manakala Somin sibuk menjadi seorang guru.

" Hello guys. Maaf lambat baru lepas habis shooting tadi. " Ujar Kwangsoo tergesa-gesa sambil membuka Spek hitamnya.

Haha dan Jongkook memandang Kwangsoo dengan pandangan menyampah. Sechan pula sibuk membelek telefon bimbitnya.

" Jae Suk Hyung dengan Suk Jin Hyung mana? " Soal Kwangsoo lagi.

Haha menunjukkan sign tandas. " Jihyo noona tanya parking kena bayar tak ? " Ujar Sechan, menyampaikan kata-kata Jihyo. Haha menggeleng kepala. " Suruh dia park kat lorong 5. Situ banyak parking kosong. " Ujar Haha lagi. Sechan segera menekan punat menghantar pesanan kepada Jihyo.

" Dengar citer Somin nak bawak pakwe dia?" Ujar Jongkook. Kerusi sebelah Jongkook mula ditarik oleh Jae Suk lalu dilabuhkan punggungnya. Suk Jin pula menarik kerusi disebelah Kwangsoo untuk duduk di sebelahnya.

" A.ah. Harap yang ni kekal lama. Nak bet tak?" Cadang Kwangsoo serius. Yang lain berpandangan sesama sendiri sebelum Jae Suk menghulurkan 1000 won atas meja.

" Tak. " Ujar Jar Suk serius. Diikuti dengan Haha sambil menggeleng-gelengkan kepala. Sechan turut meletakkan duitnya dan menggelengkan kepalanya. Jong Kook menunjukkan thumbs down sambil meletakkan duitnya. " Somin ni jenis cepat jatuh cinta so aku bet dia tak kekal lama " ujar Suk Jin. Tinggal Kwangsoo sahaja. Kwangsoo akhirnya membuat keputusan, sambil dia meletakkan duitnya dia menggelengkan kepalanya. Kebetulan Jihyo baru sampai di meja makan, turut meletakkan duitnya.

" Aku bet ya. Dia akan kekal dengan mamat tu sampai kawin dapat anak. Lagipun aku dah jumpa mamat tu awal-awal. Nampak dia serius dengan Somin. " Ujar Jihyo serius.

" Aduh selalunya Jihyo sangat lucky bab ni. Patutnya aku bet lepas dengar jawapan Jihyo. " Ujar Kwangsoo kecewa.

" Jawapan apa oppa?" Ujar suara Somin yang tiba-tiba muncul. Dapat dilihat belakang Somin seorang lelaki yang tidak dikenalinya. Mereka mula bangun dan menegur lelaki itu.

Makan malam meriah dengan suara mereka berbual-bual. Dapat dilihat muka Somin yang sangat ceria.

" Dongjun, Hyung nak tanya. Apa yang buatkan kau suka kat Somin?" Soal Haha dengan rasa ingin tahu.

Dongjun kemudian tersenyum kecil. Dengan tenang dia menjawab. " Sebab Somin adalah Somin. Walaupun dia ada kelebihan dan kekurangan tapi itu yang menjadikan dia tu dia. Takda sebab untuk saya tak suka dia kan? "

Somin dan Dongjun berpegangan tangan sambil tersenyum sesama sendiri. Mereka yang lain sekadar berpandangan sesama sendiri sebelum ketawa kecil. Mungkin betul kata Jihyo, lelaki ini lelaki yang terakhir Somin akan bersama.

" Jihyo, kau takda boyfriend ke? " Soal Jae Suk secara spontan. Menyebabkan pandangan mereka mula beralih memandang Jihyo yang terpinga-pinga.

Jihyo sekadar menggeleng sambil tersenyum. " Malas. Nak jadi makcik kaya. Somin, kau cakap kau nanti nak kahwin kan? " Jihyo cuba mengalihkan perhatian dari dia kepada Somin. Entah kenapa, dia tidak gemar ditanyakan soalan mengenai jodoh.

Somin dan Dongjun tersenyum tersipu malu. " A.ah, 3 bulan akan datang. Kami akan kahwin. Somin nak korang semua wajib datang. Jadi bridemaids Somin okay? " Terang Somin. Matanya berharap bahawa pertolongannya disambut baik oleh mereka bertujuh.

" Aku memang takda hal. Tapi 3 bulan tu, kau tak rasa cepat ke?" Soal Sechan pelik. Yang lain mengangguk kecil, mengiakan kata-kata Sechan.

" Tak. Somin dengan Dongjun dah bincang masak-masak. Dengan keluarga Dongjun pun diorang dah terima. " Terang Somin lagi. Yakin dengan keputusan mereka berdua.

" Somin memang nak korang semua datang. Jadi wakil untuk keluarga Somin. Boleh ke?" Pinta Dongjun pula.

" Siapa kata kita ni wakil keluarga dia. Kita ni memang keluarga Somin. Walau apa pun, kami mesti datang tolong Somin. " Ujar Jihyo.

Mereka yang lain mengangguk berulang kali. Somin sudah mula berasa sebak. Yang lain sudah gelabah hendak memujuk. Tisu yang banyak diberikan kepada Somin yang mula menangis kerana terharu. Makan malam itu dihiasi dengan penuh emosi.

Malam sebelum hari perkahwinan

Jihyo dan Somin mengemaskan katil bersama. Mereka berdua bercadang untuk tidur bersama memandangkan esoknya Somin akan bergelar isteri kepada Dongjun.

" Mesti Jihyo Unnie sunyi bila Somin takda. " Ujar Somin.

" Buatlah anak banyak-banyak. Boleh aku ajak main. " Gurau Jihyo. Somin memukul perlahan lengan Jihyo, berasa malu dengan pernyataan Jihyo.

" Unnie, terima kasih sebab selama ni selalu ada dengan Somin. Tahan dengan perangai Somin. Somin harap Unnie dapat jumpa orang yang baik. Sebab Somin percaya unnie dikelilingi oleh orang yang baik-baik. " Harap Somin.

Jihyo tersenyum manis. " Dan salah seorangnya adalah Somin. Sebab tu dapat Dongjon yang baik. Kan?" Balas Jihyo. " Lagipun, Somin dengan dia kena kekal sebab Unnie dah bet dengan yang lain yang Somin akan kekal dengan dia. " Sambung Jihyo, gurau.

" Unnie ! Apa ni?. Tapi kalau unnie bet Somin dengan dia kekal, Somin okay je. Sebab Unnie sangat lucky. " Balas Somin ceria sambil memeluk tangan Jihyo erat. Jihyo memejamkan matanya, berharap lucknya berkekalan dan tidak putus.

Musim luruh, 2019

Astra mula menguap tapi dia sedaya upaya menahan diri kerana mahu mendengar cerita mengenai mamanya. Jihyo melihat anak kecil itu kemudian dia ketawa.

" Astra dah mengantuk ni. Mommy bawak masuk tidur ya. " Pujuk Jihyo. Dia mahu Astra tidur awal memandangkan esok kena bangun awal untuk bersiap.

" Nanti mommy sambung lagi ya cerita pasal Omma. " Ujar anak kecil itu lagi sebelum menutup mata. Dengkuran halus kedengaran.

Jihyo memerhati Astra yang lena tidur. Raut wajahnya tidak tumpah seperti Somin. Kadang dia bersyukur kerana kebanyakkan raut mukanya seperti Somin. Boleh dijadikan sebagai pengubat rindu. Dan sedikit raut muka Astra jugak kelihatan seperti Kim Dongjun.

Kim Dongjun, nama itu jijik bagi Jihyo. Jihyo tidak tahu apa yang terjadi selepas pengebumian Somin dan dia takkan ambil tahu lansung. Apa yang dia tahu, dia akan jadi ibu angkat Astra. Jihyo masih ingat lagi ketika musim luruh tahun 2015. Peristiwa sentiasa terpahat di hati Jihyo dan juga yang lain. Mindanya mula teringat peristiwa itu .

Musim luruh,2015

Jihyo membuka matanya perlahan-lahan. Kedengaran bunyi mesin ventilator menghuni bilik ward VIP itu. Dapat dilihat insan yang disayanginya terbaring kaku dihadapan Jihyo.

"Puan Jeon Somin menghadapi kanser payudara tahap keempat. Kita terpaksa deliver baby untuk elakkan komplikasi yang lebih teruk. Walau apa pun, saya dengan team akan explain lebih details. Kami akan cuba sedaya upaya untuk selamatkan Puan Jeon serta anaknya."

Kata-kata Doktor Lee masih terngiang-ngiang di telinga Jihyo. Jihyo kemudian bangun dan keluar dari bilik itu sebelum menuju ke bahagian bayi yang terletak di tingkat bawah.

Jihyo melihat melalui tingkap yang memisahkan dia dengan anak Somin.

" Somin, kau nak namakan anak kau apa?"

"Somin dengan Dongjun cadang nak namakan anak pertama ni Astra. Kim Astra. By the way, Somin benarkan Unnie jadi mommy anak Somin. Godmother. "

" Pelik-pelik la nama anak korang ni. Haha oppa namakan anak dia Dream Ngan Soul. Kau namakan anak kau Astra?"

" Astra. Maksudnya of the star. Kita selalu tengok bintang waktu malam kan. Bintang yang selalu bersinar-sinar menghiasi kegelapan. Somin nak anak Somin macam tu. Sentiasa tolong orang lain. "

Jihyo menangis teresak-esak. Bayi yang berada dalam inkubator dan dilabel tag ' Jeon Astra ' direnung lama.

" Astra, apa yang patut mummy buat untuk mama Astra?" Ujarnya perlahan dalam esakan.

Sudah seminggu lebih Somin bergantung pada mesin ventilator itu. Tiada tanda-tanda Somin akan bangun dari tidur lena itu. Somin, disebalik mukanya yang ceria itu, rupanya dia menyimpan seribu duka.

" Jihyo. Kami ada benda nak cakap dengan kau. " Ujar Jae Suk. Dapat lihat sudut muka Jae Suk yang selalu ceria kini suram. Jihyo sudah tidak sedap hati.

Mereka berkumpul di ruang belakang hospital. Suasana situ agak sunyi kerana kebanyakkan pelawat dengan pesakit lebih gemar melawati laman depan hospital.

Kwangsoo mengagihkan hot latte kepada setiap orang yang ada. Suk Jin mengeluarkan satu dokumen coklat yang bersaiz agak besar. Diserahkan kepada Jihyo.

Sampai itu dibuka perlahan. Dia mengeluarkan sehelai kertas putih.

Permohonan penceraian

Saya peguam kepada Kim Dongjun ingin memaklumkan bahawa anak guam saya ingin memfailkan penceraian kepada Jeon Somin.

Mata Jihyo membulat. Apa yang dia baca ni. Betul ke. Kertas putih itu hampir ronyok disebabkan bertapa geramnya Jihyo terhadap Dongjun ketika membaca kertas itu.

" Hyung. Apa semua ni? Somin.... Somin terlantar atas tu, si bedebah hantar ni. Sepatutnya dia lawat Somin. " Ujar Jihyo. Matanya sudah mula berair. Cuba menahan rasa marah dan kecewa.

Jong Kook mengeluh kecil. " Memang dah lama rumah tangga diorang bergolak. Tapi diorang tak failkan penceraian sebab nak bagi Somin lahirkan anak dulu. Si bedebah tu. Takda rasa empati lansung. " Kata Jongkook dengan rasa geram.

Jihyo teringat bertapa kerapnya Somin tidur di rumahnya.

" Somin, Dongjun tak kisah ke Somin asyik tidur rumah Unnie?. Unnie tak kisah pun sebab Somin boleh teman Unnie kat rumah ni. Bosan jugak duduk sorang-sorang."

Kelihatan Somin termenung seketika. Sebelum dia memandang Jihyo yang setia menunggu jawapannya. " Takpa. Dongjun tak kisah. Tulah unnie, Somin pelawa nak cari jodoh Unnie, unnie tolak." Gurau Somin. Dia kelihatan tidak mahu berbicara mengenai dia dengan Dongjun.

Haha menyambung. " Aku minggu lepas nampak dia dengan perempuan lain. Bahagia semacam je. Aku kalau ikutkan nak je tumbuk mamat tu tapi nasib baik Byul tahan. "

" Nampaknya, luck Jihyo tak berkesan. Luck Jihyo untuk Somin kekal dengan lelaki tu tak berkesan. Ini semua salah Jihyo , Oppa. " Teriak Jihyo. Jihyo dipeluk erat oleh Haha. Mereka yang lain sekadar menundukkan kepala sahaja. Tidak mampu untuk berbuat apa-apa.

2 minggu kemudian

"Puan Jeon Somin makin tenat. Saya minta maaf semua tetapi untuk menamatkan derita Puan Somin, saya nasihatkan untuk matikan mesin ventilator. " Ujar Dr Lee.

Mereka hanya mampu mengangguk sahaja. Di hadapan mata mereka, dapat disaksikan wayar ventilator dicabut oleh jururawat. Dada Somin yang tenang berombak, semakin lama semakin perlahan dan akhirnya terhenti. Untuk selamanya. Mereka berjanji tidak mahu menangis depan Somin. Mereka nak menghantar Somin dengan rela, tidak mahu berduka. Mereka menatap wajah Somin buat kali terakhir sebelum selimut putih menutupi tubuh kaku Somin.

Jihyo memandang mereka yang lain, cuba menahan tangis. Keluar kata-kata dari mulutnya. " Mulai sekarang, Astra hanya akan dikenali sebagai Jeon Astra bukan Kim Astra. Jihyo tak nak ada nama keturunan si bedebah tu. Jihyo akan lantik peguam. Jihyo akan pastikan Astra tu tidak jatuh dalam tangan bedebah tu. Jihyo janji, bersaksikan Hyung semua dan Somin, Jihyo akan jaga Astra. " Jihyo nekad. Mereka yang lain menyokong Jihyo. Dapat dilihat dari pandangan mata Jihyo yang sudah nekad. Dan mereka tahu tiada siapa boleh halang Jihyo.

Urusan pengebumian Somin dilakukan dengan penuh tertib. Dipastikan setiap acara berjalan dengan lancar. Dr Lee yang setia merawat Somin turut hadir memberikan penghormatan. Dia kemudian memberikan surat beserta barang keperluan Somin semasa di hospital kepada mereka.

Terdapat juga surat buat Astra, anaknya yang tercinta dan juga Kim Dongjun. Melihat nama itu sudah cukup membuatkan Jihyo membencinya. Soal untuk memaafkan Dongjun, dia tidak akan sesekali buat walaupun dia tahu Somin akan memaafkan perbuatan dia tetapi Jihyo adalah Jihyo. Jikalau Astra mahu berjumpa dengan ayahnya, dia akan izinkan, jika Astra mahu memaafkan ayahnya, itu hak dia. Yang pasti jika Astra bertanya mengenai ayahnya, dia akan bercerita yang sebenarnya-benarnya. Itu tekad Jihyo

Setiap dari mereka membaca surat yang diberi oleh Somin. Setiap dari mereka cuba menahan tangis namun tidak berjaya. Mereka teresak-esak membaca surat terakhir dari ahli keluarga mereka. Bilik pengebumian itu hanya dipenuhi dengan tangisan ahli keluarga si mati.

Jihyo melihat lebih kurang 11 surat untuk Astra. Dimana Somin berpesan untuk memberi kepada Astra setiap kali hari lahir. Supaya Astra akan selalu ingat akan mamanya. Dan semestinya janji itu ditepati setiap tahun.

Musim luruh, 2019

Akhirnya mereka berdua sampai di tanah perkuburan yang menempatkan Somin. Kelihatan yang lain juga sudah sampai. Mereka bersama-sama membersihkan sekeliling kubur sebelum melakukan upacara penghormatan.

" Astra, tengok ni. Ada surat untuk Astra. Ni mesti mama bagi kan. Cepat ambik nanti hilang. " Ujar Kwangsoo sambil memimpin tangan Astra untuk mengambil surat yang senyap-senyap diletakkan oleh Jihyo.

Astra tersenyum riang sambil menunjukkan surat itu kepada yang lain dengan perasaan bangga. Dia memegang erat surat itu.

" Mama, walaupun kita tak pernah jumpa dan Astra tak tahu macam mana muka mama tapi Astra nak ucapkan terima kasih dekat mama sebab sambut hari jadi Astra. Astra sayang mama. " Kata Astra sambil memandang kubur Somin. Sechan menepuk lembut badannya, memberikan pujian.

" Oppa, dah bagi surat dekat dia ke?" Soal Jihyo kepada Jae Suk. Faham mengenai soalan itu, Jae suk mengangguk kecil. " Oppa post terus kat rumah dia. Oppa pun macam Jihyo, tak nak tengok muka dia."

Jihyo hanya tersenyum kecil. ' Sorry Somin. Unnie tak boleh nak maafkan dia sama macam awak maafkan Dongjun'.

Suara halus kedengaran di bisikan telinga Jihyo.

Terima kasih Unnie.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro