House Of Cards
" Saem ( Cikgu ), tau ke kisah House Of Cards ?. "
Wanita yang dipanggil ' Saem ' menggeleng tanda tidak tahu. Dia mula mengalihkan pandangannya terhadap Munji, anak murid yang sedang memadam papan hitam.
" Kenapa? Ada kisah menarik ke pasal House Of Cards tu Munji ? "
Munji mengangguk kecil. Segera dia meletakkan pemadam papan hitam itu di tempat asalnya dan mula melabuhkan punggungnya di hadapan cikgunya.
" Saya dengar, ada satu kedai. Kedai tu diberi nama House Of Cards dan menariknya, kedai itu dibuka waktu malam sahaja. Siang kedai tu tak bukak. Kalau nak cari kedai tu waktu siang, takkan pernah jumpa ."
Bersungguh-sungguh Munji bercerita di hadapan cikgunya. Kelihatan cikgunya tekun mendengar.
" Bukan tu je yang menarik Saem, kedai tu bukak waktu malam sebab pelanggannya bukan dalam kalangan kita. "
Cikgu mula mengerutkan keningnya, memandang Munji dengan pandangan hairan.
" Habis tu, siapa pelanggan dia ? "
Munji menoleh kiri dan kanan, kemudian mendekatkan diri kepada cikgunya.
" Pelanggan di-
Tok ! Tok !
Ketukan pintu kelas mengejutkan mereka berdua. Terjengul muka seseorang.
" Munji, jom balik. Omma dah sampai "
Ujar salah seorang cikgu, Kwang Soo
Munji mengeluh kecil. Tak sempat nak habiskan cerita kat Saemnya. Cikgunya sekadar tersenyum sahaja. Sempat dia melambai ke arah Munji sambil melambai tangan.
' Eh, Aku pun patut balik ' getus hatinya saat melihat cuaca yang semakin gelap.
☠️☠️☠️☠️☠️☠️☠️☠️☠️☠️☠️☠️☠️☠️☠️☠️
Dia berjalan melalui lorong gelap. Selepas seketika, dia berhenti. Di sisi kanannya, terdapat bekas surat merah. Dia lantas menekan punat pada bekas surat merah itu.
Pintu rahsia mula terbuka. Terus sahaja kakinya melangkah masuk. Dan pintu terus sahaja tertutup.
Derapan kaki membuatkan seseorang berpaling. Melihat sahaja gerangan terus sahaja dia tersenyum lebar. Sempat dia membetulkan rambut hijau merahnya.
" Medame, awal sampai hari ni ? "
Sapa dia, sambil tangannya bingkas mengambil kot sejuk milik wanita itu dan digantungkan di tempat khas.
" Cuaca hari ni macam nak hujan. Aku takut datang sini basah kuyup. "
Balas wanita itu, sambil menghirup kopi panas hasil buatan lelaki di hadapannya.
" La, kenapa tak suruh Nooj ambik Medame ? . "
" Tak pa lah Nimij Aku nak jalan kaki,lepas ni aku nak keluar sekejap dengan Nooj ".
Balas wanita itu, sambil matanya memandang lama ke arah tingkap disebelah kanannya. Melihat pemandangan luar yang semakin kelam.
Nimij, sekadar mengangguk dan mengikut perbuatan ketuanya.
" Oh ya, aku ada cerita menarik. Nak dengar ? "
Teruja wanita itu memandang Nimij, lelaki yang bertatu dan bersut itu.
" Macam menarik, apa dia Medame ? "
Nimij
☔☔☔☔☔☔☔☔☔☔☔☔☔☔☔☔
Malam semakin larut, namun tempat itu baru sahaja mahu bermula operasi.
Seorang laki tergesa-gesa menghampiri kaunter.
" Oh, shit. Aku dah lambat "
" Kau lambat Bunny. Kau tau tak Medame hari ni datang awal ? "
Tegur Nimij, sambil menggelengkan kepalanya. Pening memikirkan perangai kawannya seorang ini.
Lelaki, yang digelar Bunny sekadar menunjukkan sengihan taringnya. Mulutnya terkumat kamit mengucapkan 'sorry ' .
" Medame mana? "
Nimij menjuihkan mulutnya ke arah kanannya, dapur.
Bunny mengangguk kecil. Sambil tangannya menunjukkan thumb ups.
" Yo, Bunny ?! "
Lelaki tinggi lampai menegur Bunny dari belakang. Tangan kanannya dinaikkan ke atas, menyapa Bunny.
Bunny segera menekup mulut lelaki tinggi lampai itu, memintanya agar memperlahakan suaranya. Takut Medame dengar.
" Shuhh, Nooj. Kau ni saja nak kantoikan aku dengan Medame. "
Lelaki tinggi lampai itu, Nooj sekadar mencebik. Baru sahaja ingin kata-kata Bunny, kelihatan Medame dan seorang lelaki membuntutinya. Mereka berdua menghampiri ke arah sini.
" Anyeong guys. Rindu Nij yang handsome ini tak ? "
Tegur lelaki yang membuntuti Medame.
Yang lain sekadar membuat muka bosan, malas mahu melayan lelaki itu.
" Okey, get ready semua. Kita bakal menghadapi malam yang sibuk hari ini, seperti biasa. "
Ujar Medame, diikuti dengan anggukan yang lain.
Ting !
" Selamat datang ke House Of Cards "
Ujar masing-masing dengan senyuman manis.
Nooj
Bunny
Nij
Medame
B
eberapa jam sebelum itu
' Munji ya, pelanggan yang datang kat House Of Cards ini bukan kalangan manusia. Tapi dalam kalangan roh, kalangan hantu dan kalangan yang sememangnya bukan manusia. Dan pekerja di sini, bukan manusia juga, termasuk Saem. '
Medame memandang lama Munji, lantas dia mengambil ingatan mengenai House Of Cards dan menghapuskan. Kewujudan House Of Cards tak patut diketahui oleh manusia. Rahsia ini patut disimpan, untuk kebaikan dua-dua pihak.
Nooj, sekadar memerhati disebalik pintu bilik Munji. Medame, wanita yang penuh misteri. Tiada siapa tahu mengenai wanita ini. Banyak rahsia.
" Aku tak tahu siapa yang pecahkan rahsia pasal House Of Cards. Tapi yang pasti, aku akan cari sampai dapat. Nooj, aku nak kau rahsiakan hal ini dari orang lain. I trust you."
Ungkap Medame memandang tajam ke arah Nooj. Nooj mengangguk kecil, dan perlahan-lahan mereka mula hilang disebalik kepulan asap.
Tanpa sedar, langkah mereka diperhatikan oleh dua orang lelaki.
" Kau masih lagi naif Medame, atau Song Jihyo " bisik hati lelaki itu.
" Orpheus, apa langkah seterusnya ? "
Lelaki itu hanya melemparkan senyuman kecil ke arah pembantunya.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro