Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Fansign ( Song Jihyo x EXO )

Song Jihyo POV

Aku berjalan ke sana sini  di ruang tamu sambil diperhatikan oleh adik lelaki ku, Cheon Seong-moon yang sibuk bermain permainan video di telefon bimbitnya, Candy Crush.

" Moonienya, tolonglah Noona. Please " rayu aku sambil membuka sepuluh sen aku. Seong-moon tidak mengedahkan  kakaknya yang sedang merayu dihadapannya.

Aku menggaru garu kepala yang tidak gatal. Rambut aku yang dah serabut, aku biarkan. Oh Tuhan, bagaimana ni.

" Sendiri buat, sendiri mau tanggung Noona ku sayang " balas adik aku dengan senyuman manis. Aku mula memberontak menghentakkan kaki seketika. Ini semua gara-gara dia minum semalam dengan rakan-rakannya.

Imbas kembali

Mereka bertiga duduk berbual  sambil menikmati Soju. Tanpa sedar, Jihyo telah melebihi had dan menjadi begitu  mabuk. Dua orang rakannya yang lain mengambil video Jihyo yang sedang sibuk menari.

Keesokan paginya, dua orang rakannya menunjukkan videotersebut kepada Jihyo.

" Yah, korang. Padam balik video tu "

Mereka berdua tersenyum sumbing. Ada makna tersirat disebalik senyuman. Salah seorang membisikkan sesuatu kepada Jihyo. Dengan pantas rambut sahabatnya ditarik.

" Weh, korang gila ke ? Aku tak sukalah kalau dengan idol idol ni melainkan hal kerja je. "

" Tak nak sudah. Video dengan sekali tekan je dah tersebar " ugut salah seorang rakannya sambil berura ura hendak menghantar video itu. Dengan pantas Jihyo menahan tangan tersebut dan meangguk perlahan.

" Okey, aku setuju "

Imbas kembali tamat

 Aku merenung lama tiket fanmeeting itu dengan lama. Tarikh fanmeeting itu ialah pada lusa. Nasibnya agak baik memandangkan penggembaraan Running Man bermula pada waktu malam hari tersebut.

' Oh, tuhan. Apalah nasib aku '

D-day

Aku membelek pakaianku. Aku membelek berulang kali agar penyamaran aku tidak terbongkar. Mask putih dipakai bersama cermin mata bulat.

Ting !

Punat telefon aku ditekan. Kelihatan mesej dari rakan-rakanku.

Chaiyokk

' Let's go Jihyo. You can do it '

Aku terus keluar dan menaiki kereta ku menuju ke sesuatu tempat.

Power Hall

Aku memakir kereta aku. Setelah itu, aku betulkan sedikit penampilan aku. Album dan poster daripada rakan-rakanku tidak aku lupa membawanya.

' Mak aih, ramai gila orang. Macam concert je '

Dilihat para peminat mula berduyun-duyun menuju ke dewan tersebut. Aku dengan pantas terus menuju ke pintu masuk utama dan memberikan tiket masuk. Staf tersebut menyuruh aku duduk di bahagian hadapan sekali di mana berhadapan dengan tempat duduk EXO iaitu dihadapan pentas.

Aku memerhati keadaan sekeliling.Kelihatan ramai orang sudah memenuhi dewan besar ini. Aku ditempatkan di sebelah seorang remaja dalam linkungan 17 tahun. Manakala di sebelah kiri aku, seorang lelaki dalam linkungan 20- an sedang membelek telefon bimbit.

Tiba-tiba, pandangan mata aku nampak sesuatu. Aku melihat lelaki di sebelah kiri aku sibuk menonton sesuatu.

' Macam familiar je suara rancangan ni '

Aku menyegetkan badan aku sedikit ke arah kiri. Dan melihat rancangan yang ditonton lelaki tersebut.

" Woi, kau kenapa ? " jerit lelaki itu sambil telefon bimbitnya ditekupkan ke badannya.

Aku dah mula kelam kabut. " Eh tak, s..saya tengok awak ni khusyuk tengok rancangan tu. Rancangan apa tu ? "

Lelaki itu  memikir sejenak. Wajarkah kalau dia bagitahu minah depan ni. Akhirnya setelah lama berfikir, dia lantas menunjukkan kepada Jihyo.

" Nah, rancangan Running Man. Best doh episode ni. "

Jihyo tersengih sendirian. ' Haih, tak sangka ada khimah disebalik kesengsaraan aku '

" Weh, episode ni best best gila. Gempak doh Jihyo. Dia pergi gigit bahu Jong Kook sebab nak menang ( Rujuk episode 209 ) . " puji Jihyo sambil tersengih.

Lelaki itu menangguk kecil. " Weh, aku sumpah minat gila Jihyo. Tapi aku tak pernah dapat jumpa dia secara live. Mesti lawa kan "

Jihyo tersenyum manis. ' Aih, kalaulah aku dapat tunjukkan diri aku kat mamat ni '

" Urm lupa nak tanya, nama sapa ? "

Jihyo berdehem seketika. Dia menelan air liur. " Nama saya Sayeon. Awak ? "

" Saya Boo Seungkwan. Selamat berkenalan. "

Mereka berdua berbual bual sehinggalah kedengaran pengumuman.

" Dipersilakan Kumpulan EXO ke atas pentas sekarang "

Satu-persatu naik ke atas pentas. Jihyo berusaha mengingati nama-nama ahli kumpulan memandang dia baru menghafalnya semalam. Mulutnya terkumat-kamit mengingati.

Pakaian yang digayakan oleh mereka sangat ringkas namun tetap menarik perhatian. Mereka memulakan ucapan mereka. Selepas itu, mereka menukar pakaian untuk membuat persembahan comeback mereka, KoKoBap.

1 jam kemudian, acara fansign bermula.  EXO-L, dimana aku baru tahu yang fandom ni dipanggil EX0-L mula beratur menuju ke atas pentas.

" Yah, Seungkwan. Good luck. " aku memberi semangat kepada Seungkwan. Dia kemudian tersengih kecil lalu membalas 'fighting' tersebut. empat aku memberikan no telefon aku kepada Seungkwan. Jangan risau, nombor ini tidak akan tersebar. I know my way.

Selang beberapa minit kemudian, tiba giliran aku. Meja pertama yang perlu jumpa ialah Suho, leader kumpulan EXO.

Dia tersenyum manis memandang aku yang terkulat kulat. Aku lantas meletakkan album EXO dihadapannya.

" Awak ni..

Aku berdoa banyak banyak agar dia tidak kenal aku.

" Awak ni peminat baharu ek ? "

Aku menhembus nafas lega. Kemudian aku tersenyum kecil lantas menangguk. Suho hanya tersenyum. Dia kemudian terus menerus mengucapkan kata-kata aluan selamat datang.

' Ya Tuhan. Sempat lagi membebel'

" Nama awak ? "

" Sayeon. "

Pen marker diambil dan dituliskan namanya dan menanda tangannya.  Aku dengan pantas segera mengambil album tersebut dan menuju ke ahli kumpulan lain.

Suho hanya menggeleng kecil. Terhibur dengan peminat baharunya.

Seterusnya, Xiumin. Tak silap aku, dia ahli paling tua. Ada orang gelar dia fake maknae sebab dia nampak macam bukan yang oldest.

Dia mula tegur aku dengan mukanya yang comel.

" Anyeong "

" Anyeonghaseyo. " aku membalas pendek.

" Nama apa ? "

" Sayeon. "

" Ah Sayeon, umur berapa ?"

" Umur 28 "

" Eh, maksudnya kena panggil Xiumin oppa la kan "

' Ah sudah, takkanlah aku nak panggil kau oppa sedangkan aku ni lagi tua dari kau '

Aku hanya tersenyum.

" Terima kasih sebab datang "

Aku hanya mengangguk kecil dan menuju ke ahli seterusnya,

Ahli ni yang paling tinggi dan ada telinga capang. Telinga capang dia tu membuatkan aku memang mudah ingat nama dia, Park Chanyeol. Tapi sayang dia tak datang masa penggembaraan episode 172.

" Hello what up ? "

Aku jadi terkelu sekejap. Okay.....

" Anyeong haseyo"

 Chanyeol pulak jadi terkelu.

" Dari mana ? "

"Ilsan. "

" Jauh tu. Hati-hati ya masa balik "

" Nae. Saya suka rap oppa masa dalam KoKoBop. "

" Agh, kamsahamida. YAH, Kyungsoo kau dengar tu dia minat rap aku "

Kyungsoo hanya menjeling  sebelum menyambung kerjanya.

' Ya Tuhan, dia memalukan betul. '

Aku memandangnya sambil tersengih janggal. Setelah siap, aku menuju ke seseorang.Ahli ni memang idaman setiap wanita. Muda pun muda lagi. Tapi yang ni bahaya sikit, sebab dia pernah jadi guest dalam rancangan Running Man, Episode 209. Dia ni terkenal dengan tarian yang bagus dan wajahnya yang agak poker.

" Anyeonghaseyo "

" Ah, anyeong "

Dia mula memerhatikan muka aku dengan lama. Peluh mula membasahi muka aku yang cun melecun.

"Urmm, nama ? "

" Ahh, nama Sayeon "

Dia mengangguk kecil lantas menulis nama dan menanda tangan pada album tersebut.

" Awak tak nak tanya saya soalan ke ? "

Aku terkelu. Nak tanya apa.

" Urm, best tak jadi guest untuk Running Man ."

Tanpa sedar, soalan itu yang terkeluar dari mulut aku. Dia memandang aku dengan lama.

" Best. Gempak gila weh. Kim Jong Kook sumpah kuat gila. Saya paling suka part masa teka bilangan guli tu. Song Jihyo strike semua betul. "dia beria ria bercerita.

Aku hanya tersengih kecil.

Sekarang ni, tinggal lagi 4 orang.  Dan zaman kesengsaraan aku tamat.Okay, orang seterusnya ialah Kim Jongin. Selain Sehun, ahli ni jugak seorang dancer yang berkemahiran. Boleh dikatakan antara dancer terbaik dalam EXO selain Sehun dan Lay. Dia pun pernah jadi guest episod 209.

" Anyeong "

Dia menyapa aku dengan suara yang comelnya. Aku hanya tersenyum. 

" Nama? "

" Saeyon "

" Okay terima kasih "

Aku terkejut. Simplenya.

" Kaii Shii, "

" Ya ? "

" Jaga kesihatan awak "

Dia terkelu namun perlahan-lahan bibirnya mengutum senyuman.  Dia memandang kakinya yang berbalut akibat cedera semasa konsert di Thailand.

Fanmeeting dengan Chen dan Baekhyun berjalan dengan normal. Simple dan sekejap.


Tapi sumpah, diorang ni memang memekak dan bising.

Aku perlahan-lahan menuju ke orang yang terakhir. Do Kyungsoo. Ahli ini jugak pernah jadi guest runningman tetapi aku tidak ingat episode ke berapa. Ahli dengan vokalnya yang smooth dan sedap. Dia terkenal dengan sikapnya yang serius dan agak bijak serta tegas.

Aku menunduk hormat kepada Kyungsoo.

" Anyeonghaseyo. "

" Nama ? "

Aku memandangnya sambil tersengih. Perlahan lahan aku mendekatkan mulut aku ke arah telinganya.

" Song Jihyo imnida "

Aku dengan senyap-senyap membuka spek dan mask aku sedikit.

Dia membuntangkan matanya, terkejut. Dia kemudian memandang kiri dan kanan.

Memandangkan dia merupakan ahli terakhir dan orang yang paling rapat dengan Kwangsoo, aku mendedahkan rahsia aku.

Dia ingin memberitahu ahlinya yang lain namun dengan pantas aku meng 'shh' .

" Noona buat apa kat sini ? " bisiknya perlahan.

Aku hanya tersengih. " Cepat sikti sain, orang lain tengah tunggu.Nanti Noona cerita " aku memberi alasan sambil tersengih kecil.

" Jumpa nanti Noona. Jangan tak angkat call saya " ujar Kyungsoo sambil menanda tangan albumnya.

Aku tersenyum kecil. Tak sabar nak balik dan tunjukkan ni dekat rakan-rakan aku.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro