Dream ( Song Jihyo x Kai )
Author POV
Lelaki tinggi lampai mula berjalan ke hadapan dengan perlahan-lahan. Kaki kanannya diangkat untuk mendaki tembok jambatan tersebut. Mukanya tiada perasaan. Matanya yang sembap makin sembap disebabkan tidak berhenti menangis dari semalam. Matanya mula perlahan-lahan dipejam. Lalu, badannya mula jatuh dari jambatan itu.
Dia tenggelam dalam sungai yang kelihatan tiada penhujung. Tiba-tiba, ada tangan yang merentapnya naik ke atas. Matanya yang perlahan dibuka sedikit namun kabur. Tidak mampu melawan.
" Arghhh !! "
Jeritan seorang lelaki mengejutkan penghuni seisi rumah. Pintu bilik lelaki tersebut dibuka. Muka yang amat dikenalinya menyapanya dengan nada risau.
" Yah Kai. Okay tak ? " Suho mendekati Kai yang berpeluh dan masih lagi terkejut. Tangannya menyentuh dahi Kai. Munking demam yang menyebabkan dia meracau. Namun, suhunya tidak menunjukkan tanda-tanda demam.
Kai mengurut dadanya, terkejut dengan mimpinya sendiri. Tangannya terketar ketar. Dia menenangkan diri seketika.
" Pukul berapa dah ? " tanya Kai setelah seketika. Suho membelek jam tangannya dan menunjukkan kepada Kai. Sudah pukul 10 pagi, patutlah Suho dalam pakaian kerjanya.
"Kau okay tak ? " tanya Suho sekali lagi. Kai mengangguk kecil. " Kau mimpi apa sampai berpeluh ni ? Kau ada masalah ke ? ".
Pertanyaan Suho dibalas dengan senyuman kecil. Menandakan dia okay sahaja. " Kalau ada apa-apa call Hyung. " Pesan Suho sebelum beredar meninggalkan Kai setelah memastikan keadaannya okay.
Kai termenung sendirian di katilnya sendiri. ' Kenapa aku camtu ek ' . Tiba-tiba dia teringat sesuatu lantas dia menepuk dahinya. ' Aku lupa aku ada date dengan Yoon '. Dia lantas bangun dan segera bersiap.
Light Cafe
Kai menunggu Yoon dengan penuh sabar. Latte panas yang dibelinya sudah berbaki 1/4 sahaja manakala Latte Panas untuk Yoon sudah semakin sejuk. Jam sudah menginjak 12.00 pagi.
Matanya leka memandang luar cafe. ' Yoon ada meeting kot. Sebab tu lambat'. Kai cuba sedapkan hatinya sambil matanya leka memandang orang yang lalu lalang disebalik tingkap kaca.
Tiba-tiba matanya menangkap seseorang. Entah kenapa dia begitu tertarik melihat perempuan itu.
Perempuan itu leka menikmati pau panas dihadapan kedai serbaneka. Dia menikmati sorang-sorang dengan muka gembira.
Tiba-tiba dia terhenti seketika dengan mulut yang penuh dengan makanan. Perempaun itu memandang sekeliling. Seolah-olah dapat merasakan ada orang sedang memerhatikannya. Namun hanya seketika. Dia kemudian menyambung makan.
" Minah tu buat mukbang ke apa ?. Aku pulak rasa lapar " cakap Kai sorang-sorang. Dia menelan air liur. Dia kemudian menepuk nepuk pipinya. ' Tak boleh. Aku kena tunggu Yoon dulu baru boleh makan. Jadi gentleman bro' .
Dia berterusan menunggu. Tiba-tiba dia tersenyum. Akhirnya orang yang ditunggu sampai. Namun senyuman mati. Kelihatan seorang lelaki yang tidak dikenalinya bersama dengan Yoon. Mereka memasuki cafe sambil gelak ketawa. Kai pada mulanya ingin memanggil namun tidak jadi. Mereka berdua duduk agak jauh sedikit daripada Kai. Kedudukan Kai yang agak terlindung menyebabkan mereka tidak perasan Kai.
Bibit perbualan masih dapat didengari.
" Ayang nak makan apa? Meh oppa belanja. " ujar lelaki yang dalam usia 30-an sambil mencuit hidung Yoon.
" Tak kisah. Saya makan apa je yang awak makan " balas Yoon sambil melentikkan matanya. Lelaki itu hanya ketawa kecil.
" Eh kejap, bukan awak ada date ke dengan Kai ? " ujar lelaki itu sambil mengangkat kening memandang Yoon. Yoon mengerutkan dahinya. " Ah biarlah. Lagipun sekarang Yoon mana suka dia lagi dah. Dia je yang terhegeh dekat Yoon. Malaslah "
Kai mengenggam tangannya dengan erat. Sungguh, dia tidak sangka perangai teman wanitanya begitu. Dia kemudian bangun dan membawa Latte milik Yoon yang sudah sejuk. Dia berpura-pura menuju ke arah Yoon dan terlanggar lalu Latte itu tumpah ke atas baju Yoon.
" Hey!, apa ka..
Yoon terkedu. Dia tidak sempat menghabiskan ayat saat melihat muka Kai yang memandangnya.
" Maafkan saya. Nampaknya macam tak lawa je corak latte tu kat baju cik Yoon yang putih itu. Meh saya tuangkan lagi sikit "
" K..kaii " ujar Yoon tersekat sambil memandang bajunya yang sudah kotor. " Jangan panggil nama aku perempuan tak guna. Lepas ni, aku dah takda kena mengena dengan kau dan kau pun dah takda kena mengena dengan aku ".
Kai meninggalkan Light Cafe dengan perasaan marah. Rambutnya semakin kusut. Dia pantas menuju ke rumahnya dan pintu bilik dihempas dengan kuat.
Di bilik, dia menangis semahu mahunya. Tiba-tiba pintu diketuk dengan bertalu talu. Terjengul muka Suho, abangnya yang cemas.
" Kai, appa.." ujar Suho perlahan.
Kai merenung lama batu nisan yang terukir dengan nama ayahnya. Hujan yang menbasahinya tidak dihiraukan.
' Appa dah takda '
Kata-kata Suho masih tergiang-ngiang di telinganya. Umpama radio rosak. Hanya tinggal Kai seorang sahaja. Suho menemani ibunya di rumah. Sudah 2 hari Kai tidak pulang ke rumah ibu bapanya walaupun puas dipujuk oleh ahli keluarganya. Dia menangis dan berterusan menangis.
Segera kaki Kai melangkah tanpa arah tuju. Dia berjalan melintasi orang yang lalu di sebelah kanan dan kirinya. Dia terus berjalan walaupun sudah beberapa kali jatuh dan melanggar orang.
Dia akhirnya berhenti di sebuah jambatan. Dia dah bertekad. Satu-persatu orang dah meninggalkannya. Mentalnya mula menyerah kalah.
' Selamat Tinggal Suho, Omma. Kai nak jumpa Appa. Jaga diri'. Butang hijau ditekan dan dihantar kepada Suho mesej itu.
Lelaki tinggi lampai ini mula berjalan ke hadapan dengan perlahan-lahan. Kaki kanannya diangkat untuk mendaki tembok jambatan tersebut. Mukanya tiada perasaan. Matanya yang sembap makin sembap disebabkan tidak berhenti menangis dari semalam. Matanya mula perlahan-lahan dipejam. Lalu, badannya mula jatuh dari jambatan itu.
Bush !
Dia tenggelam dalam sungai yang kelihatan tiada penhujung. Tiba-tiba, ada tangan yang merentapnya naik ke atas. Matanya yang perlahan dibuka sedikit namun kabur. Tidak mampu melawan.Dia ditarik hingga ke permukaan sungai dan dibawa ke tebing sungai.
Kai bermimpi. Dia termimpi jumpa bidadari yang cantik yang sedang menunggunya. Dia mendekati biddari tersebut. Namun, dia ditampar oleh bidadari itu. Dia telah ditumbuk oleh bidadari itu. Bidadari itu juga telah menenkingnya dengan kuat.
" Yah !. Bangunlah gila. Kau menyusahkan hidup aku tau tak. Aku dahla lambat nak masuk kelas ni."
Namun realitinya,pipi cenkungnya ditepuk dengan kuat. Dadanya ditekan berulang kali oleh seseorang. Telinganya didekatkan ke muka Kai. Dia berterusan menekan dadanya berulang kali.
" Aish. Tolonglah bangun. Cepat bangun please. " rayu dia.
Mimpi Kai menjadi gelap. Dia terbayang-bayang Suho dan Ommanya yang menangis. Dia mula menyesal.Dia mengejar Suho dan Ommanya yang sudah jauh. Dia menuju ke arah cahaya yang dituju oleh abang dan ommanya.
Perlahan-lahan, mata Kai terbuka. Dia terbatuk-batuk mengeluarkan air. Dia bernafas dengan laju dan tercungap-cungap. Badannya dipeluk seseorang.
" Kau okay tak ?. Aku dah call embulans. Nanti diorang sampai. Nasib baik aku ada masa kau terjun. Kalau tak kau dah mati ." ujar dia bersungguh-sungguh. " And aku ingat mimpi aku tipu. Tapi rupanya betul. Nasib kau baik Encik. " sambung dia sambil meraup mukanya.
Kai memandang pelik. " Mimp..mimpi apa ? ".
" Aku mimpi aku selamatkan orang bunuh diri kat jambatan ni. "
Kai terkedu. " A...aku m...mimpi aku bunuh diri dan ada orang selamatkan aku. "
Mereka berdua terkejut. " Apa yang sebenarnya berlaku ? " . Dengan serentak mereka berdua bertanyakan soalan kepada masing-masing.
Namun persoalan dibiarkan tergantung. Kerana mereka pun tidak tahu jawapannya.
Beberapa bulan kemudian.
Bahu Kai terlanggar seseorang. Dia segera mengalihkan pandangannya ke arah orang yang dilanggar.
" Maafkan saya. "
Gadis yang sedang mengutip barang yang terjatuh memandang lelaki itu.
" Ah, takpa . Salah saya Kai. "
Kai tersenyum. " Jomlah, saya teman awak hantar barang."
Gadis itu hanya tersenyum manis.
" Ah Jihyo, petang ni kita pergi date jom ?. "
" Kat mana ?"
Perbualan mereka berterusan sambil kaki mereka melangkah bersama.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro