Dispatch ( SongJihyo x Kim Namjoon )
3 Tahun Lepas
Hakari Cafe
Jam sudah menginjak 0015 tengah malam, keadaan di cafe yang beroperasi 24/7 ini sedikit lenggang. Namun dapat dilihat beberapa orang masih lagi menikmati kopi panas pada musim sejuk di tengah kota Seoul yang bersuhu 10 celcius.
Di penjuru cafe, dapat dilihat seorang wanita yang memakai parka merah, kelihatan menunggu seseorang. Telefon di poket pada parkanya diambil dan jarinya pantas meneka papan kekunci pada skrin telefonnya.
Sempat dia menghirup Hot Americano yang dipesannya tadi di dalam cawan putih. Tanpa sedar, dirinya ralit diperhatikan oleh seseorang yang duduk berdekatan dengannya, di belakangnya.
Kemudian dia memandang ke luar tingkap kemudian tersenyum sinis.
' Cis, takda kerja lain ke diorang ? '
Rungut dia sambil matanya ligat memerhati luar cafe menerusi tingkap ditepinya. Kelihatan seseorang yang bersusuk tubuh tinggi lampai dan di kepalanya terdapat knit hitam. Dapat dilihat dia berhenti sebentar, membuka semula mask hitamnya dan memakainya semula dengan lebih sempurna.
Lelaki itu melemparkan senyuman manis apabila melihat wanita parka di hadapan dia, mula melangkah ingin memasuki kafe.
Ting !
Loceng cafe berbunyi apabila pintu kaca ditolak. Lelaki tinggi itu masuk dan matanya meliar melihat sekeliling. Tiba-tiba, dia mendapati tiba-tiba bajunya dalam keadaan basah.
" Maafkan saya, saya tidak sengaja "
Seorang wanita berulang kali meminta maaf sambil tangannya ligat mengambil tisu dan cuba mengelap sweater hitamnya.
" Takpa, saya boleh betulkan. Urm, mana tandas ye ? "
Pekerja menunjukkan arah tandas di sebelah kanannya.
Wanita itu sekadar memandang kelibat lelaki itu sehingga menghilang, kemudian dia beralih memandang wanita parka itu yang sudah tiada di tempat duduknya.
Di atas meja, terdapat sehelai kertas yang bertulis.
Lari, Dispatch.
Sementara itu, lelaki tinggi di tandas itu sedang leka sibuk membersihkan sisa kopi yang terdapat dibajunya. Dia hanya membiarkan sahaja air paip di singki mengalir. Sedang dia leka, kelihatan seseorang menghulurkan tisu.
Lelaki itu, mengankat muka memandang orang yang menyerahkan tisu. Rupanya wanita tadi. Dia mengambil huluran tisu itu.
" Terima kasih. "
Wanita itu, yang memakai mask hitam, bersama dengan jaket hitam tidak membalas apa apa.
" Kau tak patut berada kat sini, dengan teman wanita kau. "
Wanita itu membuka mask hitamnya, dan membuka pili air. Air digunakan untuk membasuh mukanya. Lelaki tinggi itu mengerutkan keningnya. Dia cuba untuk melihat muka wanita itu melalui pantulan cermin, namun wanita itu cepat-cepat sahaja memakai masknya semula.
" Kau hampir jadi mangsa dispatch. Sayang kalau kau tertangkap waktu kau baru nak naik. Its still a crime if idol have a relationship. "
Mata wanita itu, memandang lelaki itu dengan pandangan tajam, kemudian beredar meninggalkan lelaki tinggi itu dalam keadaan terkelu.
Getaran pada telefon bimbitnya di poket seluar mengejutkan lamunan Namjoon.
From : Jimin
Namjoon Hyung, belikan 3 Hot Americano.
Dia mengeluh kecil, telinganya masih tergiang-ngiang kata-kata wanita tersebut
🍀🍀🍀🍀🍀🍀🍀
( Reference : Running Man Epi 265 )
Ahli Running Man dan tetamu yang berjaya meloloskan diri dari pulau ditempatkan di pulau yang berdekatan. Di situ, telah disediakan makanan dan minuman serta tempat duduk berserta khemah.
Song Jihyo yang merupakan antara peserta terawal yang berjaya mendapatkan semua pelekat huruf bagi namanya sedang menikmati buah epal. Kelihatan seorang lelaki tinggi duduk disebelahnya, iaitu tetamu bagi rancangan Running Man, iaitu Rap Monster, Ahli BTS.
" Nah, buah epal ? "
Jihyo seperti biasa, akan mengambil berat terhadap tetamu yang datang ke Running Man.
Namjoon mengambil huluran tersebut dengan menunduk hormat.
" Terima kasih Noona. "
Jihyo sekadar mendiamkan diri. Matanya leka memerhati pemandangan pulau sekeliling.
" Saya dengan dia dan putus. "
Jihyo sekadar mendiamkan diri, namun Namjoon tahu dia sedang setia mendengar.
" Well, dia tak tahan sebab dia tak boleh nak selalu luangkan masa bersama dengan saya. And, kami decide, kami putus. Both of us agree nak putus. "
" Kau happy dengan apa yang kau ada sekarang ni ? "
Jihyo bertanyakan soalan , sambil matanya memandang Namjoon tajam.
Namjoon, memandang Jihyo dan perlahan-lahan menerbitkan senyumannya sehingga menampakkan lensung pipitnya.
" Well,thanks to you. Kalau Noona takda masa saya dengan dia hampir kena tangkap hari tu, mesti saya takda kat sebelah Noona sekarang ni. "
Jihyo tersenyum kecil.
" Camna kau tahu ? "
Namjoon memandang anting-anting di telingan Jihyo, anting-anting bentuk sayap.
Bagaimana dia boleh lupa akan pertolongan wanita itu yang berjaya menyelamatkan kerjayanya?
Wanita yang dia jumpa hari tu, mempunyai suara dan anting-anting sayap yang sama dengan Jihyo.
" Entah, my instict kot. "
Balas Namjoon sambil tersenyum kecil.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro