Crush - Song Jihyo X Suga
Di sebuah rumah banglo kepunyaan En Kim, tinggal sekumpulan manusia. Seperti mini asrama, 8 manusia yang masih menuntut di kolej berkumpul di ruang tamu, menjalani aktiviti mereka pada malam Jumaat.
Setelah berhempas pulas di kolej, mereka akan berkumpul bersama-sama di ruang tamu dan bermain sesuatu permainan bagi menghilangkan rasa penat mereka.
" Guys, jom kita main oh som. Yang menang akan jadi dapat pegang title ' Raja '. Raja ni, peranan dia boleh arahkan sesiapa je yang dia nak untuk lakukan apa yang dia suruh selama 30 minit. "
Jimin yang mencadangkan permainan itu tersengih saat masing-masing mula memandangnya dengan penuh perhatian. Dapat diperhatikan Suga yang sedari tadi tutup mata kini mula membuka mata, Namjoon yang sedang menonton television bersama Jong Kook mula menutup televisyen, Taehyung pula yang sedang bermain dengan anak kucing, Picasso terus menghampiri Jimin sambil memapah anak kucing tersebut. Seokjin dan JHope pula yang baru pulang membeli ramyeon bersama Jihyo terus menuju ke ruang tamu apabila melihat semua sudah berkumpul dan membentuk bulatan di tengah ruang tamu.
" Eh,korang buat apa ni ? "
Soal Jihyo terpinga-pinga.
Jimin terus memulakan permainan oh siannya. Jihyo, Seokjin dan JHope yang terpinga-pinga terus sahaja menghayunkan tangannya menjadi gunting. Manakala, Jimin, Namjoon, Taehyung ,Jong Kook dan Suga menghayunkan batu.
Sudah semestinya Jihyo, JHope dan Seokjin kalah. Tinggal Jimin, Namjoon, Taehyung, Jong Kook dan Suga.
Beberapa kali pusingan, kemenangan berpihak kepada Jimin.
" Dia yang suggest, dia yang menang. "
Rungut Namjoon,memandang Jimin dengan tidak puas hati. Dia juga merasa pelik sebenarnya, kerana Jimin terkenal dengan 'badluck' jadi entah bagaimana dia boleh menang permainan yang memerlukan tuah ini.
Jimin tidak menghiraukan kata-kata Namjoon. Dengan penuh bangga, dia memulakan arahannya.
" Beta mengarahkan Suga yang kalah banyak, untuk menelefon crushya. Sekiranya, Suga ingkar akan beta bocorkan rahsia kamu kepada fangirls kamu. "
Sempat Jimin mengenyit kan mata kepada Suga, sebagai tanda kemenangan.
" Suga, ada crush. Maaf Suga, aku ingat kau.... "
Sempat Suga mengetuk kepala Jihyo. Kurang asam punya perempuan.
" Eh, Aku normal la. Kau ingat aku apa hah ! "
Jihyo sekadar tersengih. Tiba-tiba dia mengeluh kecil.
" Aduh, aku gerak tandas dulu. Perut meragam makan fishcake tadi dengan diorang. "
Terbuntang mata JHope dan Seokjin saat mendengar kata-kata Jihyo. Mereka menepuk dahi. Perempuan ni tak boleh simpan rahsia. Kantoi dah.
" Yah, korang makan tanpa kitaorang. Jahatnya korang. Camni kan member. "
Ujar Taehyung dengan nada tak puas hati.
" Ye doh, Dahla makan bertiga. Perut aku lapar tau tunggu korang. "
Sambut Namjoon sambil membuat muka kesian. Tangannya asyik usap perutnya yang asyik berbunyi.
" Yelah yelah, nanti aku masak ramyeon untuk korang. Sekarang ni, aku nak tengok Suga call crush dia. Suga, cepatlah. Perut aku lapar la, nak kena masak lagi untuk korang ni. "
Gesa Seokjin. Dia asyik menggoyangkan tangan Suga. Suga terketar-ketar memegang telefonnya. Dia sempat menutup nama crushnya dengan menggunakan ibu jarinya
Dia terus menekan button contact, mula mencari nama crushnya. Lalu ditekan.
Tit
Tit
Tit
Tit
Tit
Tit
Lama mereka menunggu crush Suga menjawab panggilan, lantas Jimin bersuara.
" Dahla, jomlah makan. Nak tunggu crush Suga jawab memang tak jawablah dia. Entah-entah no mana-mana Suga pi tekan. Jom jom makan. "
Seorang demi seorang bangun. Tinggalan Suga yang termangu sendirian. Keningnya berkerut buat seketika. Dia berfikir seketika namun memikirkan perutnya berbunyi, segera ditinggalkan telefonnya dan menuju ke dapur.
Kebetulan, Jihyo keluar dari bilik air. Melihatkan semua berkumpul di dapur, segera dia menuju ke sana.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro