Caterpillar ( Song Jihyo X Suga)
" Alel resesif hanya akan tunjukkan traitnya bila dia dengan alel res..... "
Jam dinding dihadapannya ditenung lama. Terasa lambat masa berlalu. Apa yang dia pelajari kat kelas ini lansung tak masuk dalam otak. Maklumat yang diberikan oleh Sir Yoo tak dapat diproses disebabkan ngantuk melampau.
Sementara Sir Yoo sibuk menulis di papan hitam, mata dia meliar melihat sekeliling. Dia lihat, ramai rakan-rakannya kecundang dalam peperangan Biologi. Terdapat jugak, ada yang terus berjihad mendengar Sir Yoo mengajar.
Sedang sibuk matanya meng'ushar' classmatenya yang gigih berjihad, matanya menangkap sesuatu yang menarik. Kelihatan seorang lelaki yang sedang enak tidur bagaikan tiada apa apa yang berlaku. Kebetulan meja sebelah lelaki itu kosong, jadi dia segera bangun dengan perlahan-lahan menuju ke meja sebelah lelaki tersebut.
Ditariknya kerusi perlahan lalu melabuhkan punggungnya di atas kerusi. Dia melihat lelaki itu dengan agak lama.
" Aku tak paham lelaki yang tidur tapi nampak hensem. Ya Tuhan. " nguman dia perlahan.
Tiba-tiba muncul satu idea yang agak bernas. Dia mula tersenyum jahat. Tangan kananya mula mencucuk cucuk pipi kanan lelaki tersebut.
Agak lama juga lelaki itu hendak bagi respon. Akhirnya matanya mula terbuka luas. Dia merungut seketika dengan perlahan.
" Hmm kau nak apa Jihyo ? . " ujar suara garau serak serak basah. Yela, suara baru bangun memang camtu.
Jihyo membuat muka comel sambil tangannya membuat peace. " Good Morning " ujar Jihyo dengan muka comelnya.
Lelaki perlahan-lahan memproses. Dia cuba mengingati perkara yang berlaku sewaktu dia sedang tidur.
" Eh aphal kau kat sini ?. Tak kena tangkap ke dengan Sir Yoo ? " soal lelaki itu bertubi-tubi setelah selesai memproses. Tangan kananya menggosok mata yang masih lagi kabur kabur.
Jihyo meletakkan jari telunjuk di mulutnya sambil membuat bunyi 'shhh' .
" Aku ada teka teki ni. Kalau kau pandai kau boleh jawab . Kalau kau bodoh kau tak boleh jawab teka teki ni. Ada bran wahai Min Yoongi ? ." Kening Jihyo diangkat berulang kali, mencabar keegoan lelaki bernama Min Yoongi.
Pantang Min Yoongi dicabar. Lebih-lebih dicabar oleh Song Jihyo.
" Okeh, bagi soalan kau. Eh jap sebelum tu, kalau aku dapat jawab apa hadiahnya?" tanya Yoongi.
" Kau la decide hadiah kau apa. " balas Jihyo sambil tersengih.
Lama Yoongi berfikir. Riak mukanya mula berubah. Menjadi dingin.
" Aku nak kau jadi hamba abdi aku. Selama seminggu. Okay ? " ujar Yoongi serius. Nada suaranya sedikit sebanyak menggusarkan Song Jihyo.
' Bayangkan kalau dia dapat jawab teka teki ini. My life will be over . Omma ' getus hati kecil Jihyo.
Jihyo berdehem seketika. " O-Okay. Kalau kau tak dapat jawab, kau kena belanja aku makan selama semingu. Anytime, anywhere and everday. 24/7. Nonstop. " ujar Jihyo .
Yoongi hanya mengangguk kecil. " Ok, bagi teka teki kau tu. " arah Yoongi.
" Okey, kalau ulat beluncas nak lalu, dia cakap apa ? " soal Jihyo serius. Dia melihat muka Yoongi yang fokus sewaktu mendengar soalan daripadanya.
" Aku bagi masa sampai waktu Sir Yoo habis " ujar Jihyo lagi saat melihat Yoongi berkerut memikirkan jawapan bag teka teki itu.
Tik Tok Tik Tok Tik Tok
" Hah, aku tahu jawapan teka teki tu. "
Jihyo mengigit bibir bawah, nervous untuk mendengar jawapan Yoongi.
" Dia cakap tumpang lalu " jawab Yoongi dengan yakin.
Jihyo merenung lama. Selepas itu menggeleng kepala.
" That's not the right answer Mr Min. Please try again " balas Jihyo ala-ala nada operator syarikat telekomunikasi.
" Dia cakap geti geti nak lalu "
Jihyo menepuk dahinya sendiri. " Apa yang kau nak cuba cakap ni sia ?"
Yoongi hanya tersengih sengih sahaja sambil menggaru kepalanya yang terlebih gatal.
" Cepatin Yoongi, masa Sir dah nak dekat habis " gesa Jihyo sambil membuat muka bosan.
Bermacam-macam jawapan dikeluarkan oleh Yoongi namun salah. Nampaknya,kemenangan berpihak kepada Jihyo.
Mungking ?
" Cepatlah gila. Aduh. Lembaplah kau. " rungut Jihyo sambil menyumpah nyumpah Yoongi yang masih sibuk berfikir.
" Sabarlah perempuan. Aku tengah fikir la ni. "
" Ala kalau dah ngaku kalah , cakaplah. Aduhmakkk "
" Ah, aku tak kira. Aku nak jugak jawab teka teki tu. "
" Hah, jawablah teka teki tu. Mohla kita bermalam kat sini tunggu kau jawab teka teki tu,lembap. "
" Apa kau cakap ? Aku lembap. Heh, kalau aku lembap kau apa pulak . Bodoh ek ? "
" Whatttt. Yah, Min Yoongi. Kau memang nak kena kan . Meh sini kau "
Jihyo mula menggempal penumbuk. Mereka saling bercakaran antara satu sama.
" Song Jihyo ! Min Yoongi ! " jerit suara Sir Yoo. Mata para pelajar mula tertumpu pada mereka berdua. Mereka berdua terhenti seketika.
" You two, go out from my class. Now !. "
" But Sir, dia yang start dulu " adu Jihyo.
" Now !. Make sure you two stand outside the class and raise both of your hands until my class over. I dont want hear any excuses from both of you. " ujar Sir Yoo dengan loghat englishnya ala-ala british.
" Yes Sir Yu " perlahan-lahan mereka berdua menjawab lantas segera bangun dan melakukan denda yang diberikan oleh Sir Yoo.
Sir Ikan Yu ni, eh Sir Yoo ni kalau marah keluar bahasa penjajah. Pelik bukan.
Di luar kelas
Mereka berdua menunjukkan muka tidak puas hati. Namun, dah nama pun member kan. Hok lama mana pun bermasam muka, tetap ada secebis kasih dalam hati tu.
" Ji, a--aku mintak maaflah tadi. Haih, bila emosi menguasai diri ni. Kau takda cedera mana mana kan ? " ujar Yoongi setelah sekian lama.
Lama Jihyo memandang lantai. Aish, ni bila orang dah start minta maaf ni, takkan tak nak maafkan. Lagipun salah diri jugak.
" A-Aku pun nak mintak maaf jugak lah. Mungkin guarauan aku melebih. Jangan risau, kau lah yang paling pandai sekali at dunia. Kau tak lembap macam aku cakap tadi. "
Yoongi hanya tersengih. Sempat dia menggosok rambut Jihyo agar serabai.
Tidak lama selepas itu, mereka berdua mula diam. Janggal mula menguasai,
" Urm Yoongi, kau tak nak tahu ke apa jawapan teka teki itu tadi ? "
" Hmm apa ? "
" Jawapan dia Caterpillar "
" ..............."
" Eheh " sengih Jihyo.
" Babi kau Jihyo "
" Aku tahu, aku pun sayang kau "
p/s : Pada yang tak paham, meh sis buat tutorial bagi pahamkan. Okey, soalan dia tanya kalau ulat beluncas nak lalu, ulat tu cakap apa ? So jawapan dia Caterpillar. Sebab apa ? Sebab Ca( Ke ) Ter ( Te ) Pi ( Pi ) Lar ( La ). Sis tahu lawak ni hambar, tapi sis mudah terhibur Heh.
Sorry jugak for the late update. Sis busy bagai nak rak, rak pun takdalah busy mana kan ? ( Ni sumpah hambar guys, jangan gelak ). And sis munking akan hiatus buat sementara waktu. Nak buat camna awak, kita exam besaq baq hang tahun ni. :')
Harap korang enjoy this short one sebab terlalu comel and fluff Uiii
Salam sayang Hue hue hue
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro