Call - ( Song Jihyo x Park Jimin )
1215 PM
Bingkai gambar di meja tamu diambil dan dilihat seketika sebelum diletakkan kembali ke tempat asalnya.
Mata lelaki itu lantas menjeling ke arah seseorang saat mendengar derapan kaki menghampirinya di ruang tamu.
" Jemput minum Taehyung "
Jemput Jimin lantas melabuhkan punggungnya di sofa.
Taehyung tersenyum sambil mengangguk kecil. Tangannya lantas mengambil cawan berisi kopi panas.
Dia melihat Jimin sekadar merenung cawan kopinya sahaja.
" Dah berapa lama dah Jihyo menghilang Jimin ? "
Jimin mengeluh kecil. Kepalanya diusap berulang kali.
" Dah 12 tahun Taehyung. 12 Tahun aku merana Taehyung. Dia hilang tanpa khabar berita. "
Taehyung sekadar mendengar. Kedengaran hujan rintik di luar namun tidak dihiraukan.
" Aku, aku tak tahu nak buat apa lagi. Polis pun dah hentikan percarian. Diorang percaya, Jihyo dah mati. Tapi, aku tak percaya. Aku percaya Jihyo hidup lagi. A-aku dapat rasakan dia masih ada kat sini, dekat dengan aku. Kau percayakan yang Jihyo hidup lagi, kan ? "
Ujar Jimin lagi, air mata mula bercucuran laju. Esakan makin lama makin kuat.
" Jimin, aku pun berharap benda yang sama Jimin. Aku berharap yang, yang Jihyo masih hidup. Tapi 12 tahun tempoh yang lama. Sampai sekarang, Jihyo tak dijumpai. Mayat dia pun tak dijumpai Jimin. "
Ujar Taehyung kesal.
Kata-kata Taehyung tanpa sedar mengundang kemarahan Jimin. Leher baju digenggam kuat oleh Jimin. Berura ura mahu menumbuk namun tidak dilakukannya.
" Kau keluar dari rumah aku Taehyung, sebelum apa-apa jadi kat kau. Baik kau keluar sekarang. Kau datang sini, kalau sekadar nak sakitkan hati aku, baik takyah. "
Taehyung sekadar mengeluh kecil. Dia kemudian bangun dan melangkah keluar dari rumah Jimin. Sempat dia berpesan kepada Jimin supaya kunci pintu rumahnya.
2030 PM
Deringan telefon Jimin berbunyi, tentera nombor yang tidak dikenalinya, lantas Jimin menekan punat hijau lalu dilekatkan di telinganya.
" Hello ? "
" .............. "
" Hello, siapa ni? "
" ............. "
" Hello, jangan main-main lah. "
" Oppa.. "
Telefon Jimin terjatuh ke lantai saat mendengar suara itu.
Jimin terduduk seketika. Dia tidak percaya. Suara itu, suara itu sepatutnya tidak wujud lagi dekat dunia ni
Empunya suara tu sepatutnya dah mati sejak 12 tahun lalu. Jimin yakin.
Sebab.
Dialah punca kehilangan Jihyo. Dia yang telah bunuh Jihyo. Dia yang menyebarkan khabar angin bahawa Jihyo sudah hilang.
" Oppa, tolong Jihyo. Sejuklah bawah rumah ni. Tolong Jihyo. "
P/s : Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin. Nah hadiah.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro