Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

4 Minutes ( Song Jihyo x Jimin )


- It takes 2-4 minutes to fall in love- Love Facts


8.56 a.m.

Song Jihyo menunggang skuter pinknya menyusuri jalan raya yang agak sibuk. Dia terangguk anguk seketika mengikut rentak lagu yang dipasang menerusi earphonenya. Dia berhenti di lampu isyarat merah. Matanya meliar memerhatikan jalan raya yang sibuk dengan pengangkutan dan orang yang melintas.

Tiba-tiba dia menepuk dahinya sendiri. Dahinya dikerutkan buat sektika.

" Aku lupa nak beli roti bun yang Kai dan Woozi mintak. Aduhh." Keluh Jihyo sambil mengeluh keci. Dia berura-ura hendak singgah di kedai serbaneka yang berdekatan sebelum sampai di kedai bunga tempat dia bekerja.

Lampu isyarat bertukar hijau. Jihyo lantas memusingkan pemegang dan skuter mula bergerak laju meninggalkan pengangkutan lain dengan lajunya.

8.57 a.m.

Dia memakirkan skuternya bersebalahan kedai serbaneka. Helmet tidak dibuka dan dibirakan di kepala sahaja.Saat dia masuk kedalam, kedengaran bunyi juruwang mengucapkan selamat datang di kaunternya.

Jihyo menuju ke ruang roti dan segera memilih roti yang diperlukan. Dengan tergesa-gesa tangan putihnya mengambil roti-roti tersebut dan dipangkunya di lengannya. Setelah selesai memilih, dia bergegas bangun dan ingin menuju ke kaunter bayaran. Namun nasibnya malang harini, dia terlanggar rak coklat dan menyebabkan beberapa keping coklat jatuh ke atas lantai.

8.59 a.m.

" Ya Tuhan,  Bala apakah ni " rungut Jihyo sambil mencangkung dan mula menyusun coklatnya. Matanya sempat mengerling kaunter bayran pada ketika itu agak ramai.

Selepas selesai kerja menyusun, Jihyo segera beratur. Nasibnya agak baik kerana kaunter yang tadi penuh sudah lenggang.

Roti-roti yang dibawanya dihempas ke meja. Roti yang terakhir terjatuh ke atas lantai menyebabkan Jihyo menunduk dan mengambilnya tanpa memandang juruwang yang sibuk mengscan roti-roti tersebut.

Tangan kanan Jihyo yang memegang roti terakhir diletakkan di meja. Selepas tu, Jihyo mula mencari dompetnya di dalam beg untuk mengambil duit.

Sewaktu Jihyo ingin menyerahkan duit kepada  juruwang, tangannya menyentuh tangan juruwang tersebut. Mereka berdua berasa terkejut lantas mula berpandangan. Lama. Dengupan jantung berdetak laju. Seiring.

9.00 a.m.

Bunyi loceng pintu masuk kedai serbaneka mengejutkan mereka berdua. Jihyo kemudian terus membayar dan mengambil bungkusan plastik dan segera keluar dari kedai tersebut.

"Kejap Miss. Awak lupa resit "

Juruwang itu menyerahkan resit itu dengan cermat kepada Jihyo dan terus berlalu pergi.

Jihyo menerimanya dengan terpinga-pinga lalu dibeleknya resit tersebut. Namun , wajahnya yang putih mula merah padam seperti tomato. Dia lantas menunggang skuter dan meninggalkan tempat tersebut.

Di belakang resit, tertera suatu perkara

' Ini nombor saya. 01X-XXXXXX-XXXX. Park Jimin'



Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro