Part 3
Jisoo pov
"Hooray... Waktu pembelajaran sudah tamat, jadi sekarang adalah masa untuk pulang ke rumah. Dapat rehatkan tekanan. Siapa yang tak seronok apabila bilik sekolah... Rumah, mu tunggu aku datang." kataku didalam hati dengan gembira.
Ramai pelajar berpusu-pusu untuk pulang ke rumah, termasuk aku sekali... Tapi yang seronoknya bagi aku ialah... Bts kena tahan. Diorang kena tahan sampai pukul 3.00 petang. Yang kesiannya, diorang kena cuci tandas... Hahahha....😂 siapa suruh nak kenakan aku, itu balasan nya. Bak kata pepatah, keluar mulut buaya, masuk mulut harimau.
Lisa dan pelajar-pelajar lain semuanya dah pulang. Tinggal aku duduk menanguk tunggu Si Capang tu datang.
"Oppa!!! Cepat lah. Nak balik rumah. "
"Kau ni boleh tak sabar.. Macam mana lah Minho hyung tahan dengan perangai kau. Hmm.... "
"Biar lah.. Taulah jealous Minho oppa lebih manja kan aku daripada engkau. "
"Tak der masa aku nak jealous... Buang tabiat jerk."
End pov
+ Di Rumah +
"Annyeong!!!! Everyone in this house. " jerit Jisoo didalam
"Kau ni satu hari tak jerit, tak boleh ker. Telinga aku boleh pekak tau tak, bukan telinga aku pekak jer... Rumah ni boleh runtuh sekali.."
"Biarlah... Suka hati aku lah... Omma!!! Where are you?"
"I'm here..."kata seseorang dengan suara garau.
"Itu bukan suara Si Capang. Si capang dah naik ke biliknya dan aku kenal suara dia macam mana." kata Jisoo didalam hati dan pada waktu itu juga, dia mengeluarkan baseball daripada begnya. Buat keselamatan katanya. ( Author pun pelik, macam mana baseball tu boleh di masukkan dalam beg. Cuba korang pikir. 😂)
Apabila sudah tiba di belakang orang tersebut. Jisoo pun menghayunkan baseballnya ke arah kepala orang tersebut dengan laju.
"DUUSSSHHHH!!!!! "
"ADUHHH! Jisoo ni oppa lah. "
" OPPPPPPPAAAAAA!!!!!! "
Jisoo dengan pantas nya terus memeluk oppa nya.
"Minho oppa! Mianhae, asal tak inform kat Caca bahawa oppa balik. Kalau gini merajuk lah. ( Caca itu ialah nama panggilan manja Jisoo dengan abang sulung nya, Minho oppa )
"My beautiful saeng, jangan lah merajuk. Oppa cuma nak buat surprise untuk saeng kesayangan oppa ni... "
"Nak merajuk jugak...."
"Ala saeng kesayangan oppa ni. Okey, oppa ajak jalan-jalan nak. Suka hati saeng nak pergi mana. Oppa ikut jerk dan oppa belanja sekali."
"Ye ke oppa.. Gumawo! Kalau gitu, Caca nak pergi mall lah.
Nak beli baju. "
"Bukan baju Caca dah banyak ker? "
"Memang lah banyak, tapi kebanyakannya sudah ketat. "
"Itu nama nya... Kau tu gemuk, makan jerk tahu, macam mana baju ko tu tak ketat. " kata Chanyeol yang datang dari mana entah. Siap menyampuk sekali.
"Ishh!!! "
"Caca tak gemuk lah... Caca sebenarnya dah besar dan tinggi... Bukan nya gemuk. " kata Minho.
"Dengar tu... Aku tak gemuk, aku cuba nak membesar dan tinggi. Bukan macam engkau, Capang oppa. Harap jerk telinga besar... Tapi pendek dan kurus. Hmmmm... Kurus tu tak lah sangat. Ade gemuk lah juga. "
"Ape kau cakap... Datang sini balik.... Kau jangan nak lari Jisoo... "
Jisoo terus menuju ke biliknya dengan sepantas yang mungkin. Dan tak lupa juga kunci pintu. Kalau tak mati dia dengan Si Capang tu.
"Ishhh...ishh...ishhh... Tak pernah nak berubah. " kata Minho sambil menggelengkan kepalanya walaupun kepala nya sakit kena pukul tadi.
+ Di Mall Bapak Engkau Chia Chia +
Jisoo pov
"Peliknya nama Mall ni..." kataku didalam hati.
"Caca nak pergi beli baju kan. Jom lah... " kata Minho oppa.
"Nae oppa. "
Aku pun masuk ke kedai baju yang aku hendak tuju. Minho oppa pula pergi berjumpa dengan rakan nya di kedai yang berhampiran.
Ketika aku sedang memilih baju. Aku terpandang satu baju dress yang berwarna black peach bersama reben . ( Dress nya seperti pic di bawah ini )
Dress tersebut menarik perhatian ku. Aku pun mengambil dress tersebut untuk mencubanya.
"Boleh tahan... "
Ketika aku di kaunter untuk membayar. Ade seorang namja dengan sengaja menyelit di dalam barisanku. Yang paling aku menyampahnya... Dia menyelit dihadapanku.
Aku dengan geramnya, menolak dia ketepi dan membuatkan lelaki tersebut terjatuh... Tetapi ketika dia hampir jatuh, dia sempat menarik ku sekali untuk mengikut nya terjatuh... Ini menyebabkan aku terikut sekali dan jatuh di atas badan nya.
Aku mendongak sedikit untuk melihat siapa namja tersebut. Yang tak percaya nya... Namja tersebut ialah....
______________________
Nak tahu siapa namja tersebut... Sila tunggu untuk part yang seterusnya.
♬ Vote, Comment ♬
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro