SNAP #4
Amir melarikan lirikan matanya sekitar rumah banglo itu. Jelas sekali aura yang menyeramkan wujud sekitar banglo itu. Semak samun dan akar menjalar berada hampir di setiap inci luar banglo itu. Memang patut pun kebanyakan orang mengatakan banglo ini keras. Amir kemudiannya memeriksa kamera video yang dibawanya. Agar mudahlah bagi mereka merakam keadaan banglo itu dari dalam. Pasti menarik.
Oh ya, Amir berada di hadapan banglo itu bersama dua orang rakan karibnya. Afiq dan Syuhadah.
"Fiq, kau yakin ke nak masuk dalam tu? Tak bahaya ke? "tanya Syuhadah setelah dia selesai memasukkan bateri ke dalam kamera videonya. Bateri yang sudah dicas penuh pastinya.
"Alah engkau ni. Kalau takut, tak payahlah ikut. Menyemak je. "balas Afiq dengan pandangan sinisnya.
"Jangan nak takutlah Syu. Lagipun ini rumah arwah ayah aku, "Amir pula menyelit bicara.
"Tapi kenapa keluarga kau tak tinggal kat sini dah? "sekali lagi Syuhadah mengajukan soalannya.
"Terlalu banyak kenangan... "
"Dah, nak masuk ke tak ni? Kalau beranilah, "tajam kata-kata Afiq menikam ego Syuhadah.
"Orang nak masuklah ni. Entah-entah dia yang takut nanti, "Syuhadah mencebik.
Amir mengeluh melihat kelakuan rakan-rakannya. Pelik juga bila difikirkan. Afiq tak pernah berkata sebegini. Sehinggakan Syuhadah pun boleh terpukul dengan kata-katanya. Sedangkan, kebiasaannya perempuan yang rapat dengan rakan lelakinya tidak mudah terguris dengan kata-kata. Berbeza pula dengan petang ini. Afiq terlalu annoying, getus minda Amir.
"Jomlah, "seraya itu, Amir dan rakan-rakannya terus berlalu masuk ke dalam banglo itu.
Kamera telah ditetapkan dalam mod merakam.
***
"Ingat, kita datang bukan nak buat ghost hunt ke apa. Kita cuma nak ambil geran tanah banglo ni je. Lepas tu, kita blah, "Amir memberi peringatan.
Syuhadah mengangguk setuju manakala Afiq mula membuat muka menyampahnya.
"Tak fun langsung, "Afiq berkata separa berbisik-bisik.
"Apa kau cakap Fiq? "Syuhadah bertanya sambil melilaukan kamera di tangannya.
"Takde apalah, "
"Mak aku cakap dia simpan geran tu dalam peti kat bilik lama dia, "Amir bergerak di hadapan sekali. Mengetuai perjalanan mereka.
"Kenapa mak kau tak ambil je sendiri geran tu? Suruh orang lain ke? "Syuhadah bertanya lagi.
"Kau ni semua benda nak tanya, "Afiq dan Syuhadah memulakan pertarungan pandangan.
"Aku sendiri yang tawarkan diri nak ambil. Boleh juga lepas rindu balik banglo ni, "Amir mula mendaki anak tangga. Langkahnya hanya dibuntuti oleh mereka yang lain.
"Lagipun, kita boleh have fun sikit kat Melaka lepas ni. Hilangkan stres bila dah lama sangat duk UIA tu. Kan tadi dah check in hotel? "
Amir meneruskan langkah melepasi bilik tidur lamanya. Bilik tidurnya betul-betul di sebelah tangga. Dengan pintu kayu yang terlekat stiker bertulis 'Amir's Room' padanya. Mengabaikan bilik itu, mereka bergerak beberapa langkah lagi menuju ke bilik yang di hujung.
Kini, mereka semua sudah berada di dalam bilik lama emak Amir. Berbekalkan panduan yang diberi emaknya, mudah sahaja bagi Amir untuk mendapatkan geran itu.
"Betullah kata orang, muka kau sebijik macam bapak kaulah Amir, "ujar Syuhadah sambil pandangannya melekat pada sebuah gambar perkahwinan ibu bapa Amir.
Alahai, mesti hensem kalau Amir berbaju pengantin dengan aku sebagai bakal isterinya, getus hati Syuhadah. Kepalanya mula membayangkan majlis perkahwinannya dengan Amir sebagai pasangan. Mesra bersama di atas pelamin.
"Haih... "Syuhadah tersenyum.
"Pembetulan. Arwah bapak aku. Aku tak pernah kenal dia. Dia mati sebelum aku umur 5 tahun, "muncul Amir di sisi Syuhadah. Berkata dengan nada yang agak sedih.
"Sorry, aku terlupa, "Syuhadah berasa serba-salah dengan kata-katanya tadi.
"Takpe... "Amir memandang ke dalam mata Syuhadah. Pandangan mereka saling bertautan.
Rambut Syuhadah yang ikal itu beralun ditiup bayu petang. Ditambah lagi dengan remang cahaya jingga di persekitaran membuatkan Syuhadah kelihatan cantik sekali.
"Cantik... "tanpa sedar, Amir mengucapkan perkataan itu.
Wajah Syuhadah mula merona merah. Menambah lagi keayuan dalam wajahnya. Masa terasa seolah-olah terhenti putarannya antara Amir dan Syuhadah. Bibit-bibit perasaan cinta mula hadir.
"Wei Amir! Kau tak pernah cakap pun banglo ni ada pentas orkestra! "suara Afiq memecahkan suasana.
Ceit, spoil betullah Afiq ni, hati Amir berkata.
"Kau kat mana Afiq? "kata Amir separa menjerit.
Sebelum Amir dan Syuhadah keluar dari bilik untuk mencari Afiq, sempat lagi Amir menyimpan gambar perkahwinan ibu bapanya di dalam porch bagnya. Syuhadah hanya membuntuti langkah Amir menuruni tangga. Amir melilaukan pandangannya cuba mencari di mana Afiq sebelum pandangannya menangkap tubuh Afiq berdiri di sebelah tangga. Lebih tepat lagi, di hadapan pintu bilik bawah tangga.
"Jomlah, "ujar Afiq lalu terus masuk melalui pintu itu.
Apa lagi, terus sahaja Amir dan Syuhadah mengekori langkah Afiq. Mereka berdua berjalan dengan agak perlahan. Seiring dengan debar di dada, Syuhadah mula membayangkan ruangan dalam bilik bawah tangga itu. Fikirannya telah bersetuju untuk mewujudkan ruangan bilik yang dipenuhi sesawang labah-labah di tubir minda. Perlahan, Syuhadah menelan air liurnya yang terasa kesat di rongkongan. Namun begitu, tetap sahaja dia mengekori langkah Amir sedari tadi.
Amir menolak perlahan daun pintu bilik itu. Keriutan terhasil apabila engsel berkarat itu dikenakan daya untuk bergerak. Sedikit ngilu di pendengaran.
"Tengok, "wajah Afiq yang lebar senyumannya menjadi titik tumpu pandangan Amir dan Syuhadah. Sebelum mereka melihat ke arah yang ditunjukkan oleh Afiq.
"Woah, aku tak pernah tahu ada benda ni. Waktu aku kecik, aku tak dibenarkan masuk bilik bawah ni, "Amir bersuara seraya memusingkan kameranya. Merakam setiap sudut dalaman bilik bawah tangga itu.
"Banyaknya sawang labah-labah... "Syuhadah mula menggigil keseluruhan tubuhnya.
Sebenarnya, Syuhadah fobia akan labah-labah. Makhluk genit berbahaya yang dilitupi bulu, berkaki lapan, mempunyai berpasang-pasang mata serta pandangan matanya yang menyeramkan di setiap kerdipan tidak pernah gagal menghadirkan rasa takut ke dalam hati Syuhadah.
"Tengok ni, aku try main, "serta-merta Afiq duduk dan memulakan rentak irama menggunakan kemahuan akalnya. Jari-jarinya hanya menari di atas kekunci piano tanpa langsung tahu akan setiap bunyi yang dihasilkan.
"Sumbanglah bro, "celah Amir tiba-tiba.
"Guys, apa tu? "suara Syuhadah kedengaran seolah-olah dia terlihat hantu.
"Apa kau nampak han- "suara Amir terhenti setelah lensa kameranya menangkap kemaraan makhluk itu.
Makhluk itu hadir dari sudut gelap tidak bercahaya bilik itu. Dengan gaun biru yang dipakainya. Apabila diamati wajah makhluk itu, tiada apa yang terlihat. Seolah-olah makhluk itu tiada wajah. Di tempat yang sepatutnya terletak bebola mata, hanya lompong ke dalam. Di tempat yang sepatutnya ada hidung buat manusia normal namun tidak buat makhluk itu. Tempat itu hanya rata tanpa ada lubang pernafasan. Namun sudah cukup menyentap rasa terkejut ke dalam diri Amir. Afiq belum menyedari kehadiran makhluk itu lagi. Tangannya masih khusyuk menari di atas papan kekunci piano itu. Bunyi terhasil sungguh sumbang namun menghadirkan getar dalam nadanya. Syuhadah mula diselubungi rasa takut. Wajahnya kelihatan sedikit pucat. Pandangannya bertumpu pada makhluk berjari runcing itu.
"Apahal kau nampak pucat ni? Nampak han- "suara Afiq yang bernada sinis itu terhenti setelah melihat makhluk tidak berwajah di sebelahnya.
"Afiq, lari. "perlahan sahaja suara Amir memberi amaran.
Afiq mula melangkah perlahan-lahan ke arah Amir dan Syuhadah di muka pintu. Debaran di dadanya terasa seolah-olah ada orang yang mengetuk-ngetuk dram di hadapannya. Ketiga-tiga mereka tersentak mendengar melodi yang hadir daripada piano itu. Hairan, Afiq tiada pada piano untuk memainkannya. Jadi, siapa yang main?
Makhluk tiada wajah itu mengukirkan senyuman. Muncul satu garisan panjang yang terbelah menjadi mulut. Melakarkan senyuman yang menampakkan taring makhluk itu. Cuma taring itu bersih tiada darah atau cebisan daging padanya.
Gulp!
***
"Lepas tu, apa jadi Abah? "tanya Ayu yang molek sahaja rupanya kerana baru berumur 6 tahun.
"Apa lagi, makhluk tu cuba nak makan mak kamu tapi nasib baik Abah ada tau. Abah lawan makhluk tu. Bawak mak kamu keluar dari banglo. Sekali dengan kawan Abah, Afiq Abah angkut keluar tau. "tersenyum Amir bercerita kepada anaknya sebelum menyambung lagi, "Nak tahu apa mak kamu cakap kat Abah lepas tu? "
Anak kecil itu hanya mengangguk pantas. Keterujaan jelas terpamer di tampang wajah chubbynya itu. Wajah yang comel menurut wajah ibunya, Syuhadah.
Semakin lebar senyuman Amir melihat telatah puteri tunggalnya itu.
"Mak kamu cakap... "bicara Amir sambil membuat gaya seolah-olah cuba untuk mengingat kembali.
"Mak cakap... "Ayu turut serta memanjangkan kata-kata dengan nada teruja.
"Mak cakap dahlah tu. Jom makan. Nasi dah siap masak, "Syuhadah mencelah tiba-tiba. Menghentikan aktiviti bercerita anak beranak itu.
Amir berjalan terus ke arah isterinya yang berada di samping meja makan. Periuk nasi di tangan isterinya, Syuhadah itu terus sahaja diambil lalu ditempatkan di atas meja.
"Kenapa buat kerja lagi ni sayang. Sayang ni dah berbadan dua, mana boleh banyak bekerja. "kata Amir sambil dahinya bersentuhan lembut dengan dahi isterinya. Tangan kanannya pula melekap pada perut isterinya yang bulat itu.
"Alah, abang dah masak lauk apa semua. Kasilah chance sayang tolong abang. Alah, tanak nasi je. "
"Tepilah Abah. Harini Ayu pulak nak makan dengan baby. "celah Ayu tiba-tiba lalu menolak tangan Amir untuk membelai perut boyot Syuhadah.
Amir dan Syuhadah hanya tertawa riang. Bahagia bertandang di hati pasangan suami isteri ini. Melihat ulah anak sulung mereka, membuatkan hati mereka senang.
"Abah betul ke cerita cinta Abah tu? "tanya Ayu setelah didukung oleh tangan sasa Amir. Sebelum Ayu didudukkan di atas kerusi bersebelahan dengan ibunya.
Amir dan Syuhadah saling berpandangan. "Hhmmm, entahlah. "
"Tapi yang penting, mak cakap... "Amir sekali lagi menggantung kata-katanya.
"Mak cakap? "Ayu sudah malas dengan tingkah ayahnya.
"Abang ni, kesian budak tu, "Syuhadah tertawa kecil melihat kerenah anak beranak itu.
"Mak cakap... I love you. "
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro