Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

SNAP #3

Aku memerhati barisan fidget spinner yang terletak kemas berderet di dalam bekas kaca. Ada pelbagai bentuk fidget yang boleh didapati. Setiap satu jenis bentuk itu membawa harga yang berbeza. Ada yang diberi sentuhan ukiran kayu halus berharga RM130. Sejujurnya, aku benar-benar tertarik dengan usaha pencipta fidget spinner ini-Catherine Hettinger. Fidget spinner direka khas atas tujuan menghilangkan stres dan meletakkan pesakit-pesakit ADHD dan autisme sebagai target pasaran. Entah macam mana fidget spinner ini menjadi benda paling trending kini setelah wujud berpuluh tahun sejak zaman 90-an lagi. Fidget spinner telah menjadi kegilaan ramai dan aku tidak dapat mengelakkan diri daripada turut tergilakan perkara yang sama.

Atas sebab itu, aku berada di sini. Meneliti barisan fidget spinner yang dijual selama hampir sejam.

Sungguh, bukan mudah untuk aku membuat sebarang keputusan. Aneka bentuk penciptaan fidget spinner yang dijual membuatkan aku rambang mata. Setiap harga yang diletakkan menjadi relevan di minda.

"Encik... "kata penjaga gerai yang menjual permainan kanak-kanak ini dengan penuh perasaan serba-salah.

Aku melihat di sekeliling gerai. Pelanggan semakin ramai. Budak-budak semakin ralit melihat barisan mainan yang dijual. Ada yang melutut dan menangis kerana tidak dapat memiliki fidget spinner yang dikehendakinya. Ibu bapanya hanya membelikannya fidget spinner termurah dengan harga RM10. Aku menggelengkan kepala melihatkan situasi tersebut.

"Encik... "

Lamunan aku terhenti. Spontan, aku menyauk sekotak fidget spinner di dalam kotak yang legap. Aku tidak dapat lihat isi di dalam kotak itu. Aku langsung tidak tahu akan rupa fidget spinner yang dipilih malah tangan aku ringan saja membelinya. Setelah duit mula berpindah tangan, aku membuka langkah meninggalkan gerai itu.

"Terima kasih encik, "ucap pemuda berbangsa Melayu yang menjaga gerai itu. Lantas pemuda itu bergerak melayan sebuah keluarga yang ralit melihat barisan fidget spinner.

Aku habya tersenyum kemudian mengalih tumpuan ke arah plastik kecil berisi kotak fidget spinner milikku. Aku teruja ingin mengetahui rupa fidget spinner yang aku beli sehingga harganya mencecah RM45. Tetapi tidaklah aku terlalu gelojoh sehingga aku mahu membuka kotak itu sekarang. Nanti sahaja aku buka di rumah.

***

"Woah! "

Tidak sangka cantik juga fidget spinner yang aku beli. Dengan desain yang cantik beserta bulatan bearing yang berlampu, sungguh aku teruja untuk bermain fidget spinner ini. Meski hanya klasik desainnya. Aku mengaktifkan setiap lampu di bearing.

Sekali jentik, fidget spinner itu berputar laju. Agak lama juga putaran yang terhasil. Aku mula galak mencuba pelbagai trik yang pernah aku lihat pemain-pemain fidget spinner lakukan. Aku membuat satu putaran tangan sebanyak 360° dengan jari hantu yang masih utuh mengimbangi putaran fidger spinner. Aku semakin seronok. Sekali lagi aku menjentik sehinggakan putaran terhasil pantas. Membentuk satu bulatan bercahaya di mata kasar.

Senyumanku ukir di bibir.

***

Hanya disebabkan benda ini, aku mula jadi ketagih. Setiap hari, setiap jam, setiap masa aku dipenuhi dengan bermain fidget spinner. Sungguh, fokus aku semuanya tertumpu ke arah permainan ini. Ya, stres aku semuanya berjaya diangkut pergi setelah selalu bermain. Terasa bagai semua beban yang tergalas di bahu telah dibuang. Meninggalkan bahu yang ringan. Tapi ada satu masalah yang hadir.

Aku mula hilang tumpuan semasa belajar. Setiap detik di dalam kelas aku diganggu. Jari-jari aku sibuk menjentik-jentik udara di bawah meja. Terasa seakan-akan ada sesuatu yang hilang. Ya, aku tahu. Tiada fidget spinner di tangan.

Oleh itu, aku perlu ambil satu langkah yang mampu menyelamatkan aku daripada menjadi sawan. Aku mula membawa fidget spinner ke dalam dewan kuliah. Bermain senyap-senyap di bawah meja semasa pensyarah sedang mengajar. Mengabaikan semua yang sedang diajar, aku terus leka memutar fidget spinner. Aku mula merasa seolah-olah diperhatikan. Aku mendongak lalu pandanganku bertemu dengan Cik Liyana, pensyarah mudaku.

Ah, pedulikan!

Masa terus berlalu pantas tanpa disedari. Kini, Cik Liyana mula mengemas peralatannya. Menandakan kelas telah tamat.

"Baiklah, kelas bersurai. Semua boleh balik tapi Aiman, bilik saya. Sekarang! "kata-kata Cik Liyana tepat memanah jantungku.

Alamak!

***

"Boleh bagitahu saya Aiman, kenapa awak susah sangat nak fokus masa saya mengajar? "tanya Cik Liyana.

"Err... "otak aku pantas merangka alasan yang boleh digunakan.

Tiada. Tiada satu pun alasan yang hadir di minda.

"Hhmmm... Saya lihat kebelakangan ini post awak di Instagram berkisarkan tentang fidget spinner,"Cik Liyana mengambil nafas lalu menyambung, "Jangan kata awak dah ketagih sangat sampai main masa kelas saya pulak. Betul ke, Aiman? "

Gulp!

"

Betul... "lemah sahaja aku suara aku membalas. Sambil itu aku menekur pandang ke lantai, malu.

"Haih... "Cik Liyana hanya menggeleng.

***

"Alamak... Susah ah camni. Aku dah beli mahal-mahal kot. "setelah hampir sejam dileteri Cik Liyana. Aku dibenarkan pergi namun barang kesayanganku telah dirampas.

Nasib baik Cik Liyana comel. Dahlah bujang lagi. Muda lak tu. At least, takdelah telinga ni bernanah kena ceramah.

Aku melangkah longlai. Sedih dengan pemergian fidget spinnerku. Tiba-tiba, ada sesuatu mencengkam bahu kananku. Daya daripada cengkaman itu menarik aku jatuh.

"Wei... Sorry bro. Aku tak sengaja. "satu suara menyapa pendengaranku.

"Tak sengaja kepala kau. "balas aku lalu melihat siapa yang lahanat sangat perangai ini.

"Kau rupanya Idham. Buang tabiat ke apa kau ni? Sakit tahu tak. "

"Hehe. Aku tahu kau mesti tengah bengang gila lepas kena ceramah tadi. Jadi aku ada cadangan boek untuk kau ni. Malam ni, kita jumpa kat panggung wayang jom. Aku belanja. "

"Kau biar betul nak belanja aku. "

"Yelah, aku ni roomate terbaik kau pernah ada kau tahu tak, "dengan bangganya Idham berkata.

"Dah kau sorang je roomate aku ada, "

Selepas itu, Idham meminta diri. Mahu ke kelas tengahari katanya. Tengahari ini aku pula tiada kelas. Ah, balik rumah jelah.

***

"Mana pergi fidget spinner kau Man. Aku tengok waktu kelas Cik Liyana tadi bukan main kau main benda itu. Kena rampas ke? "tanya Zarith rakan sekelasku.

Aduh! Kantoi lak ngan dia nih. Masak aku masak.

"Senyaplah SYS. Aku tengah runsing ni, "tanpa aku sedari, tanganku menjentik-jentik udara di atas meja.

Bila dah sedar baru aku tahu, aku memang dah kritikal ketagih dengan fidget spinner itu. Susahlah macam ni, spinner aku dah kena rampas.

"Kalau kau nak beli fidget spinner, aku ada jual. "sempat lagi budak persis See Yew Soon dalam cerita Oh My English ni promosikan barang jualan dia. Memang setiap masa budak ini fikir nak buat duit je. Tengoklah sampaikan pinggang mangkuk pun budak ni jual pada pensyarah.
"Kau ada jual? Nak tengok? "

"Sekarang aku cuma ada satu je. Stok baru datang minggu depanlah. "

Zarith atau juga dikenali sebagai SYS menghulurkan sekotak fidget spinner kepadaku. Pantas aku capai kotak itu daripada tangannya.

"Berapa? "

"RM35 je. Harga kawan. "

Aku meneliti kotak fidget spinner itu. Serupa dengan kotak fidget spinnerku yang sebelum ini. Kira yang SYS jual ini lebih murahlah berbanding yang aku beli haritu.

"Aku beli. "aku hulurkan not 35 ringgit. Duit bertukar tangan. Senyuman aku ukir.

"Hei Aiman Haziq. Awak nak dengar apa yang saya nak cakap ni ke tak? Kalau tak, awak boleh keluar dari bilik kuliah ini. "

Aku mula berasa malu ditegur Puan Halizah di hadapan rakan sekelasku. Kotak fidget spinnerku simpan. Aku dan Zarith hanya tersenyum. Puan Halizah sekadar menggeleng melihat ulahku. Kelas diteruskan.

***

"Wonder Woman kau ajak aku tengok? Kau ni memanglah. "

"Hehe, aku kan peminat tegar DC. "

"Kau tahu kan pelakon Wonder Woman tu bekas tentera Israel. "aku cuba menyebarkan hasutan berkisar konspirasi yahudi pada Idham.

"Lantak! Aku tahu aku dah bayar tiket untuk kita berdua. Yang penting sekarang, movie nak mula dah. Jom masuk. "tanpa menghiraukan doktrin dakwah aku Idham bergerak menyertai barisan penonton yang akan memasuki panggung 9-panggung di mana akan tertayangnya filem Wonder Woman.

"Yelah bro. "aku mengekor sahaja Idham masuk bersama orang lain.

***

"Wei, aku nak pergi tandas jap. Kau tolong pegangkan popcorn ni. "

Aku memberikan popcorn kepada Idham lalu terus bergerak ke tandas. Mengabaikan tayangan yang sudah lebih 35 minit bermula. Tandas lelaki nampaknya kosong. Aku terus melepaskan hajat dengan tenang.

Setelah selesai membasuh tangan dan apa yang patut, aku mengeluarkan kotak fidget spinner yang baru dibeli.

Kenapa macam lain je dengan yang aku beli daripada Zarith tadi? Ah, lantaklah!

Kotak itu dibuka rakus lalu ingin dicampak masuk ke dalam tong sampah. Namun niatku secara automatiknya terbatal melihat ada sekeping kertas lusuh yang jatuh daripada kotak itu. Fidget spinner berwarna putih di tangan. Kotak pula selamat masuk ke dalam tong sampah.

Aku mengcangkung lalu mengutip kertas itu. Mata mula digunakan untuk membaca barisan perkataan yang tertulis.

Cahaya kehidupan. Setiap cahaya melambangkan kehidupan kesayangan. Pertahankannya. Jika tidak, ada nyawa yang akan melayang. Selamat bermain permainan maut ini.

Susah aku nak percaya dengan apa yang baru sahaja aku baca. Macam mana nak percaya kalau apa yang tertulis tidak difahami? Aku mengaktifkan semua lampu pada fidget spinner putih itu. Aku menanti selama beberapa saat. Tiada apa-apa pun yang terjadi.

Karut je. Zarith mesti saja nak pedajal aku ni. Dia tu bukannya boleh percaya sangat pon.

Aku memerhati ke arah fidget spinner di tangan. Kemudian, aku mula bermain. Memutarkan fidget spinner dengan pantas. Takjub. Takjub aku melihat pusaran warna yang terhasil. Aku seolah-olah berasa dipukau.

Tiba-tiba, lampu tandas terpadam. Diikuti dengan saru daripada tiga lampu terpadam. Dalam kerlipan mataku, muncul satu imbasan. Aku melihat jasad Idham yang memuntahkan buih dari bibirnya.

Jantung aku mula berdegup pantas. Bukan itu sahaja.

Satu lagi lampu fidget spinner yang masih berputar terpadam. Muncul satu lagi imbasan di hadapanku. Kali ini, muncul emakku yang sudah tua kelihatan bergelut dengan beberapa orang lelaki. Aku kenal mereka semua. Mereka itu ah long kawasan perumahanku. Emakku yang ralit menggeleng kemudiannya pantas terhenti gelengannya apabila kepalanya jatuh ke lantai. Dipancung oleh seorang lelaki berambut merah yang dikenali sebagai Macai di kampungku.

Aku mula menangis. Apakah yang aku lihat sebentar tadi itu benar? Aku mengingati semula bayangan kematian Idham. Aku tahu Idham mati akibat daripada memakan racun tikus apabila terlihat sepeket racun tikus di atas meja. Nampaknya, Idham membunuh diri setelah ditinggalkan aweknya, Lidya. Buktinya, aku terlihat nesej terakhir antara Idham dan Lidya melalui telefon Idham di sebelah peket racub tikus itu.

Lampu tandas menyala semula.

Jadi sebab itu, Idham membeli racun tikus sedangkan tiada tikus di rumah kami.

Aku mengeluarkan telefon dari poketku. Fidget spinner masih berputar laju. Terlalu laju sehinggakan aku takut untuk menghentikan putarannya. Aku mula mendail nombor emakku. Panggilan bersambung.

"Aiman. Kamu ke tu?"

"Ya, ini saya mak. Mak-"

"Mak sihat je, nak. Sekarang ini mak nak kamu jaga diri ya. "

"Kenapa mak?"

Tiba-tiba aku mendengar keriuhan di atas talian. Seolah-olah ada sekumpulan orang sedang memecahkan pintu rumah.

"Mak tak boleh nak sembang lama-lama. Mak nak pesan ni, jangan lupa doakan kesejahteraan mak dengan arwah abah ya. Dah lama, mak tak jumpa kamu. Mak sebenarnya rindu. Bilalah anak mak nak balik, kan? Mak faham, anak mak ni sibuk. "

"Mak... "aku mula mengalirkan air mata.

"Selamat tinggal Man. Mak sayang kamu. "

Panggilan ditamatkan.

"Mak. Mak! Jangan letak dulu... Man... Man menyesal dah lama tak jenguk mak. Tolonglah mak, janganlah letak dulu."

Sia-sia. Panggilan telah pun ditamatkan.

Telefon disimpan kembali ke dalam poket. Tangisan masih lagi laju mengalir. Sebak. Sebak ditinggalkan emak. Sebak memikirkan emak sanggup berhutang demi aku di universiti.

Tiap-tiap bulan emak hantar duit. Tapi aku? Sekali pun tak pernah hantar duit kat dia.

Aku memandang ke arah fidget spinner yang berputar lemah. Mula perlahan memperlihatkan hanya satu lampu masih bernyala.

"Semua ini salah kau! "dengan marah aku hempaskan fidget spinner itu ke lantai.

Lampu yang bernyala itu pecah. Serentak, lampu tandas terpadam sama.

Tiba-tiba, poket seluarku bergetar. Ada mesej masuk. Daripada Zarith. Aku membuka aplikasi WhatsApp lalu membaca mesejnya.

"Sorry bro. Aku terbagi kotak kosong dekat kau. Esok aku bagi spinner kau eh."

Telefonku terlepas daripada genggaman. Jatuh pecah sehinggakan sumber cahaya terakhir turut terpadam.

Segalanya menjadi gelap.

Lama tak update SNAP. Maaflah takde idea. Tapi sekali datang idea, nah cerpen yang hampir mencecah 2k words aku bagi. Hahaha.

Thankslah buat yang sudi membaca. Jangan lupa promote SNAP dengan kawan2 tau. 😜


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro