Special Edition ( Part 8 )
Tangan berjabat tangan akhirnya. Perjanjian telah dibuat. Seketika tanda tangan diturunkan walaupun ada sedikit perasaan tidak puas hati di hati Nadine.
Apa syarat yang dibuat Adwa sebenarnya ni ? .
Okay ni list syarat - syarat yang Adwa kasi.
1) First jangan panggil dia Adwa tapi gelar dia sebagai HABIB. Panggilan hormat untuk sang isteri.
2) Second boleh sentuh Adwa tapi hanya dikawasan tangan saja. Jangan suka - suka peluk. Mintak izin dulu.
3) Third jangan tunjuk sangat dekat depan family kedua - dua pihak yang kita ni bukan sepasang suami isteri yang tak bahagia.
4) Jangan tinggikan suara or kasar dengan Adwa. Tak baik nanti di cop derhaka dkt suami.
5) Last boleh belajar sayang dan cintakan Adwa tak ? Hahahaha.
" Ermmm Nad boleh terima semua syarat - syarat tu tapi Nad tak yakin dengan syarat yang kelima..." kata Nadine mula menggelarkan dirinya sebagai Nad..
" Kenapa pulak tak boleh ? " tanya Adwa.
" Kenapa awak suruh saya sayang dan cintakan awak ? Memangnya awak dah sayang dan cintakan saya ke ? " soalan dibalas soalan.
Adwa terbatuk - batuk kecil jadinya. Tertelan air liur sendiri.
" Errrr saya tengah cu..cuba jugak lah ni...Lagipun kita suami isteri kan ? Memang kena ada perasaan tu semua....Sebab kita bukan nak hidup bersama untuk beberapa bulan aje tapi untuk selama - lamanya.." jelas Adwa.
Nadine mencebik sedikit. Hmmm betul jugak kata Adwa.
" Ermmm yelah - yelah..Tengok lah nanti macam mana..." kata Nadine akhirnya.
Adwa tersenyum kecil dalam diam. That's my girl.
******************
Hari ni , tiba masanya untuk balik ke rumah mentua Adwa pulak. Huhu tak sabar nak rasa duduk dengan keadaan baru pulak. Means Adwa akan balik ke rumah uncle Nazhan. Eh papa lah...bukan uncle lagi.
Kelihatannya sepanjang perjalanan di dalam kereta Nadine hanya membisukan dirinya. Jelas sekali riak wajahnya tidak berapa suka dengan keputusan untuk balik ke rumahnya sendiri. Dah kenapa ? Tak suka ke balik rumah sendiri ? Tak rindu family ke ?
" Nad.." panggil Adwa.
" Hmmm.." sahut Nadine.
" Kenapa dengan awak ni ? Macam tak suka aje kita balik rumah papa ? " kata Adwa.
Nadine memandang ke arah Adwa. Seakan - akan dia ingin menyampaikan sesuatu namun tak jadi.
" Awak drive aje...jangan hiraukan Nad..." kata Nadine.
" Ehhh bila nak panggil saya Habib ? Asyik awak ...awak aje.." protes Adwa.
" Errrr..nanti lah..Nad tak selesa lah..." kata Nadine.
Adwa mengecilkan matanya. Nadine memandang ke arah lain. Malas nak tatap wajah Adwa. Nanti takut cair hahahaha. Sumpah Nadine tak dapat nafikan yang Adwa memang seorang jejaka yang amat tampan. Pasti saja mana - mana perempuan akan cair dengannya. Tengok saja lah abang ipar dan ayahndanya juga memiliki wajah yang tampan. Kalau adik iparnya pulak ikut bonda Aliya wajahnya comel dan cantik.
Beberapa minit , sampai lah di hadapan rumah banglo milik papa Nadine a.k.a Nazhan. Rumah Nadine pun besar tau sebab Nazhan juga merupakan keluarga yang agak berada. Namun sayang , selepas kematian mama , Nadine dah jarang balik rumah ni. Hmmm dia lebih prefer duduk rumah sewa daripada balik sini. Bukan apa , rumah ni dah tak ada serinya lagi bila papa kahwin lagi. 😪😪😪
Ya Nadine ada ibu tiri dan jugak kakak tiri. Papa kahwin dengan janda anak satu. Hmmm yang paling malang nasib Nadine , bila papa kahwin dengan ibu tirinya itu a.k.a makcik Arini yang amat bermuka - muka. Kakak tirinya pun sama iaitu Trisya atau namanya Batrisya. 2 x 5 saja kakak tirinya itu.
Apa maksud Nadine dengan bermuka - muka ?
Hmm yelah , ibu tiri Nadine tu suka tunjuk baik depan papa. Dia layan Nadine dengan baik bila depan papa tapi bila belakang papa ? Hmmm dibuli dideranya Nadine. Hmm tak ada siapa pun yang tahu. Nadine hanya memendam perasaan aje. Disebabkan semua tu lah Nadine prefer sambung belajar dan duduk rumah sewa.
Okay kalau kakak tirinya pun sama aje. Tak boleh tengok Nadine ni lebih sikit dari dia. Mesti nak mengamuk nak jelous bagai. Semua benda yang Nadine ada semuanya dia nak rampas.
Hmmm apa yang papa suka sangat dengan makcik Rini tu tak tahu lah. Sampai hati papa sanggup kahwin lain even mama baru aje meninggal beberapa tahun lalu.
" Ehh dah sampai pengantin baru kita ni...meh masuk lah..." jemput Nazhan.
Seketika Adwa dan Nadine menapak masuk ke dalam rumah. Susun atur dalam rumah Nadine kelihatannya agak mewah jugak.
" Wahhh ni lah Adwa ya ? " tegur Arini.
Adwa kelihatan sedikit terpinga. Hmmm ? Siapa dia ni ? Hari tu tak nampak pun masa majlis?
" Errr ya..." sahut Adwa takut - takut.
" Maaf ya Adwa...mama tak dapat hadir masa kenduri hari tu..." kata Rini ramah.
" Mama ? Oh mama Nadine lah kot ni kan ? Ehhh tapi hari tu tak silap aku dengar mama cakap aunty wafa dah meninggal ? Oh means mak tiri Nadine lah ni ? " monolog hati Adwa.
Nadine hanya mendiamkan diri sejak dari tadi.
" Dah - dah mesti kamu berdua penat kan ? Pergi lah masuk dalam bilik dulu..." kata Nazhan.
Seketika Nadine dan Adwa pun naik ketingkat atas. Sebelum Nadine memulas tombol pintu bilik yang pernah didiaminya bila balik sini , tiba - tiba dia terpandangkan bilik arwah mamanya, Wafa.
" Mama...Nad balik ni..." desis hati Nadine.
" Eh ? Awak tak nak masuk ke ? " tegur Adwa yang pelik bila tiba - tiba Nadine hanya terpacak di hadapan pintu bilik saja.
Setelah ditegur , Nadine terus memulas tombol pintu.
************
Melangkah masuk ke dalam bilik tidur, membuatkan Nadine teringatkan satu persatu kenangan pahitnya. Bilik cantik dan kemas seperti tak pernah diusik..
Nampak selesa aje kan bilik Nadine ni ? Tapi tiada siapa yang tahu apa yang pernah berlaku dalam bilik ni suatu ketika dahulu.
Hmmm Nadine sering kali diugut agar jangan pernah sesekali tidur di atas katil yang empuk itu. Tempat tidur Nadine hanya lah di atas lantai. Itu lah yang selalu diingatkan oleh ibu tiri dan kakak tiri Nadine.
So apa function katil empuk ni semua ? Hmm semua ni hanya nak kaburi pandangan papa aje , supaya papa ingat yang Nadine hidup dengan selesanya. Namun semua tu sebaliknya.
Adwa dah sedap telentang dekat atas katil Nadine yang Nadine sendiri tak pernah pun merasa baring dekat situ.
Nadine hanya memandang ke arah Adwa.
" Best lah katil awak ni...Macam katil baru. Awak tukar baru ke ? " tanya Adwa.
" Hmm tukar baru apa ? Dah aku sendiri pun tak pernah tidur situ...memang lah rasa best macam baru.." desis hati Nadine.
Nadine memilih untuk tidak menjawab soalan Adwa itu , seketika dia ingin beredar untuk membersihkan diri. Namun tiba - tiba tangan Nadine ditarik kuat oleh Adwa sehingga dirinya jugak terbaring di atas katil bersebelahan dengan Adwa.
Nadine agak tersentak !
" Baring lah sini dulu..." kata Adwa.
Nadine terkelu. Ehhhh mamat ni suka - suka aje ajak aku baring dekat sini. Hmmm mula - mula tu rasa kekok jugak baring dekat atas katil yang aku sendiri dah lama tak baring.
Lama kelamaan Adwa memejamkan matanya. Tidur kot ? Nadine pulak mencuri - curi memandang Adwa dari sisi tepi.
" Ya Allah...kau jaga lah pelindung ku ini..." desi hati Nadine.
Tanpa sedar , tangan Nadine mula bergerak - gerak ingin menyentuh pipi Adwa yang sedang terlena barang kali.
Dekat , dekat dan makin dekat...
Apabila hanya tinggal seinci.
Zapppppp !
Tangan Nadine dipegang Adwa. Nadine tersentak lagi. Seketika mata Adwa terbuka perlahan. Dia memandang Nadine di sisinya.
" Nak buat apa tadi tu ? Nak sentuh bahagian lain minta izin dulu..." kata Adwa.
Blushing. Ya itu yang Nadine rasa sekarang. Ahhhh pipinya dah membahang macam udang kena panggang.
Nadine cepat - cepat bangun selepas itu.
" Dah lah saya nak mandi lah..." kata Nadine seraya bangun.
Actually dia dah malu teruk dengan Adwa dah...
Jam menunjukkan pukul 8 malam. Sekarang time untuk makan malam. Makanan yang sedap - sedap telah terhidang. Hmmm sambut menantu lah ni masak macam - macam.
" Jemput lah makan ya Adwa....maaf lah lauk biasa - biasa aje tak macam rumah besar Adwa..." kata Arini merendah diri.
" Terima kasih mama..." kata Adwa sambil menghadiahkan senyuman.
Nadine hanya menjadi pemerhati. Cehh nak tunjuk baik depan menantu lah ni. Hmmm yang sorang lagi tu tak nampak - nampak dari tadi. Kalau dia ada mesti lagi hebat mengayat Adwa ni.
" Hah..tisya tak balik lagi ke maa ? " tanya Nazhan kepada Arini.
" Errrr belum..." kata Arini kelihatan agak gugup.
" Oh dia pergi mana keluar dari pagi sampai sekarang tak balik - balik ? " kata Nazhan lagi.
" Erm katanya study group kot " bohong Arini.
" Yelah tu...entah - entah pergi club..enjoy dengan kawan - kawan..." ngomel Nadine dalam hatinya.
Selepas itu , mereka berempat pun meneruskan makan malam mereka tanpa banyak berbunyi lagi.
Tok ! Tok !
Pintu utama rumah diketuk kuat malam itu. Kebetulan Adwa tetiba haus dan turun ke bawah untuk mencari air.
" Huishh siapa yang ketuk pintu malam - malam ni ?"
Dikerling ke arah jam dinding rumah mentuannya itu. Dah pukul 1 pagi kot ? Adwa mula rasa seram pulak. Dah la isterinya boleh tengok hantu , jangan lah sampai rumah mentuanya ni banyak hantu pulak.
Tokkk ! Tokkk !
Ketukan makin kuat kedengaran. Semua orang rasanya dah tidur kot ? Tinggal Adwa sorang aje yang terjaga lagi.
Adwa memberanikan diri untuk membuka pintu utama. Dalam hati dia tak berhenti - henti beristigfar. Harap - harap orang lah bukan yang lain.
Buka - buka aje pintu , kelihatan ada seorang perempuan yang berpakaian agak seksi. Huishhhh hantu seksi pulak yang datang ?
" Errr " gugup Adwa nak berkata - kata.
" Eh ? Tuan putra dah sampai ke ? Ampun tuanku beribu - ribu ampun...sembah patik....har...." kata Batrisya dalam keadaan mabuk.
Tetiba belum sempat dia habis merepek dia terus terkulai dalam pelukan Adwa. Yelah dah Batrisya nak jatuh takkan Adwa nak biar pulakkan ? So sambut lah dia..
" Ehhh..." kata Adwa sambil menahan tubuh Batrisya dari jatuh.
Hmmm ? Siapa dia ni ? Kakak tiri Nadine ke ?
Dalam diam ada yang sedang merakam kejadian itu.
#Sorry late update ! Busy sikit minggu ni. Heee hope korang enjoy ya 😂💕
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro