Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Special Edition ( Part 6 )

Langkah Adwa terhenti. Bila DERIA KEENAM disebut.

" Macam mana lepas kau tahu yang aku ada deria keenam ? Masih nak memperisterikan aku ke ? " kata Nadine lagi sinis setelah Adwa tidak memberi respon.

Adwa terdiam seketika. Hatinya berdebar - debar. Ya Allah semua kata - kata Noah telah dimakbulkan. Aku dapat isteri yang ada deria keenam. Patut lah selama ni , Nadine asyik bercakap sorang-sorang..tapi rupa - rupanya dia bercakap dengan benda halus tu ?

Kata - kata Noah tempoh hari menerjah ke ingatan Adwa.

" Serious ehh kau tak takut ni ? Okay aku doakan jodoh kau yang kau tunggu-tunggu nanti tu...seorang yang ada deria rasa keenam. " kata Noah.

" Heh...okay fine..aku tak kesah lah kalau jodoh aku tu ada deria keenam..aku akan pastikan yang aku akan jadi pelindung dia..." balas Adwa seperti biasa tidak mahu kalah.

" Kenapa kau diam ? Kau takut ? Kau terkejut ? Kalau macam tu kau ceraikan aku sekarang pun aku tak kesah lah ! " teriak Nadine. Sikit pun tak ada rasa hormat terhadap Adwa yang kini sah bergelar sebagai suami.

Adwa menarik nafasnya dalam - dalam apabila isu Cerai semakin hangat diperkatakan ! Arghhhh patut lah hak lafaz cerai ni tak ada di tangan perempuan kalau tak ? Sesenang tu aje diaorang lafaz kan !

Adwa menoleh memandang tepat ke wajah Nadine. Even kedudukan mereka agak jauh jugak sekarang.

" Apa kau pandang - pandang ?  " tanya Nadine dengan pandangan sinis.

Haishhh kasar juga isteri aku ni. Macam mana lah aku nak lembut kan dia ?

" Kalau kau nak cerai kan aku...ceraikan lah sekarang ! "

Apabila Nadine berkata seperti itu , Adwa automatik menapak ke arah Nadine. Dia mendekati Nadine. Nadine masih berdiri statik di situ.

Langkah Adwa terhenti di hadapan Nadine apabila jarak mereka terlalu dekat. Adwa mendekatkan wajahnya dengan Nadine. Lagaknya seperti orang yang mahu bercium sahaja.

Nadine sedikit terdiam. Jarak wajahnya dengan Adwa teramatlah dekat sehinggakan boleh terasa hembusan nafas Adwa.

" Awak dengar sini ea Nadine Azwa...sekali lagi awak sebut pasal cerai...saya...errr saya..."

Nadine masih menantikan kata-kata Adwa..

" Saya..errr saya kiss  awak ! " kata Adwa.

Automatik Nadine menekup mulutnya dengan tangan. Takut Adwa bertindak sebegitu.

Wajah Adwa mulai blushing. Aduhaiii aku tak tahu nak cakap apa tadi sebab tu aku cakap nak kiss dia ! Ya Allah malunya aku !

" Saya takkan ceraikan awak Nadine..so jangan minta saya ceraikan awak...Awak tak kesian ke dekat family kita ? Awak nak malukan diaorang ke ? Boleh tak awak fikirkan semua orang dulu sebelum awak nak buat sesuatu tu ? " kata Adwa serious cuba buat Nadine faham.

Nadine terdiam jadinya.

" Okay kalau awak ada deria keenam sekali pun..saya tak kesah...sebab apa ? Sebab tu kelebihan yang Allah kasi dekat awak..Kita tak boleh nak menidakkan segala ketentuanNya." jelas Adwa tenang.

Nadine terkelu. Tiba - tiba dia rasa kata - kata Adwa tu ikhlas. Buat pertama kali Nadine agak terharu. Orang pertama yang menerima dirinya even tahu yang dia ada deria keenam tu.

" Dah la Nadine..awak mesti penat kan ...awak bersihkan diri lah dulu dan rest...saya nak pergi luar jap...take your time.." kata Adwa seraya mengundur menjauhi Nadine lalu beredar.

" Mama..." gumam Nadine.

Tiba - tiba dia teringatkan arwah mamanya iaitu Wafa.

" Mama macam mana kalau tak ada sesiapa pun yang sudi nak terima Nad dalam hidup diaorang bila dapat tahu yang Nad ni ada deria keenam ? "

Wafa mengusap lembut kepala anaknya.

" Tak ada lah sayang...tak semua orang macam tu...Mama yakin akan ada orang yang  terima anak mama ni seadanya. Mama akan cari seseorang yang terbaik untuk anak mama ni...kamu jangan risau..." kata Wafa.

Hmmm patut lah..mama buat penjodohan ni dengan bonda Aliya.

***************
Adam memerhati aje Adwa yang sedap landing atas katilnya sambil bermain phone.

" Oii pengantin baru...kau memang tak tahu nak balik bilik kau ke ? " kata Adam sambil memeluk tubuh di suatu sudut.

" Alaaa kejap lah..." kata Adwa.

" Ehh kau ni...malam ni malam pertama kau tahu tak ? " kata Adam.

Adwa terus memandang Adam dengan pandangan yang seram. Well bagi hidup Adwa sekarang malam pertama tu ada 2 maksud tau. First malam pertama sebagai suami isteri dan second malam pertama untuk Adwa nampak or rasa meremang dengan benda - benda halus. That's mean H.A.N.T.U.

" Huwaaaa aku tak nak abang ! Aku tidur dengan kau ea malam ni ! " kata Adwa tiba-tiba.

Adam terpinga ! Dah kenapa Adwa ni ? Gila ke nak tidur dengan aku ? Please lah. Better aku tidur dengan Damia dengan Raissa...

" Dah kau tak payah nak merepek Adwa...Kau balik bilik kau sekarang...kejap lagi isteri aku dengan anak aku nak masuk tidur.." kata Adam seraya menarik  tangan Adwa untuk dia bangun dari katilnya.

Akhirnya Adwa akur. Dia pun melangkah dengan berat hatinya menuju ke bilik pengantinya.

Tombol pintu bilik dipulas perlahan oleh Adwa. Dia masuk ke dalam biliknya perlahan - lahan.

Dipandang ada sekujur tubuh sudah berbaring di atas katil empuk miliknya. Hmm dia dah tidur kot ?

Adwa menguap tiba - tiba.Ngantuknya ! Penat gila sebenarnya hari ni. Hmmm nak tidur lah.

Seketika Adwa mendekati katilnya lalu mengambil tempat namun baru sahaja dia naik ke katil tiba - tiba Nadine memusing memandang ke arah Adwa.

Terkejut Adwa dibuatnya. Ehhh ingatkan minah ni dah tidur. Rupa - rupanya belum ?

" Errrr awak tak tidur lagi ? " tanya Adwa.

" Hmmm kenapa ? Kalau aku dah tidur kau nak buat yang bukan - bukan dekat aku ke ? " kata Nadine mendatar.

" Eh mana ada..tak terfikir pun..." nafi Adwa.

Selepas itu Nadine terus meletakkan satu bantal di antara dia dan Adwa.

" Jangan berani - berani kau lepas dari penghadang ni .. kalau tak siap kau ! " kata Nadine memberi amaran.

Amboiii ! Cehhh pigidahhhh. Tak hingin pun aku nak lepas penghadang ni !

" Ikut suka awak lah nak buat penghadang ke apa...jangan diri sendiri tu yang terlepas penghadang sudah lah..." kata Adwa seraya baring lalu membelakangi Nadine.

Malas nak layan si Nadine ni. Lebih baik aku tidur. Ngantuk dah ni.

Sekelip mata Adwa sudah lena dibuai mimpi. Hahahahaha Adwa memang mudah tidur...Letak aje kepala dekat atas bantal confirm lena lah...

***********

Pagi sudah mula menjelang. Mata hari juga mula muncul mencerahkan dan menceriakan pagi itu.Namun kedua - dua pengantin itu masih belum bangun. Haish syokk betul tidur ye ?

Mata Adwa dibuka perlahan - lahan apabila dia menerima sedikit silauan dari tingkap biliknya. Huishhh dah pagi ke?

Tetiba Adwa terasa tangannya sedikit lenguh dan berat.Eh dah kenapa pulak ni ?

Adwa menoleh ke sisinya. Dia sedikit terlopong ! What ?! Patut lah aku rasa lenguh tangan aku ni rupa - rupanya perempuan ni buat bantal dia tidur ?

Dah tu siap peluk aku lagi ? Ehhh siapa yang lepas penghadang ni ?

Ni confirm kejap lagi kalau dia sedar, ada lah tu yang nak tuduh aku yang ambik kesempatan dekat dia kan ?

Lama Adwa memerhati seketika wajah Nadine yang memeluk tubuhnya itu. Ada lingkaran hitam di bawah mata Nadine. Hmm ? Dia tidur lewat ke semalam ? Tak boleh tidur ke ? Lama - lama pandang wajah Nadine dari arah dekat ni nampak comel pulak.

Alahaiiii nasib dah jadi isteri aku dah tau ! Hahahaha Adwa memang dah jatuh cinta dengan Nadine ke ni ? Hmmm dia sendiri pun masih tidak pasti dengan perasaannya sendiri.

Tetiba Nadine bergerak kecil. Lama kelamaan matanya terbuka perlahan - lahan. Apabila matanya terbuka keseluruhan dia agak terkejut memandang posisinya dengan Adwa saat itu. Dah tu Adwa pulak duk pandang - pandang dia kan ?

" Arghhhh..." teriak Nadine seraya menolak kuat tubuh Adwa dari dirinya.

Bukkkkkkkk !

Adwa jatuh katil seperti nangka busuk dibuatnya.

" Aduhhhh " mengaduh Adwa sambil mengusap punggungnya yang terasa sengal.

Apa lah nasib aku pagi - pagi dah kena tolak sampai jatuh katil. Sadis betul lah...

" Apa awak buat ni ? " ngomel Adwa seraya bangun.

" Errr kau lah ! Siapa suruh peluk aku time tidur ? Kan aku  dah buat penghadang ? Berani - berani lagi kau kan ? " tuduh Nadine.

See ? Baru aje aku cakap kan ? Sah memang aku yang kena tuduh. Adwa menggaru belakang kepalanya yang tidak terasa gatal.

" Saya pulak yang kena ? Awak yang peluk saya okay ? Ni hah ! Tangan saya sampai lenguh tau...Dah lah saya nak siap - siap nak solat dulu...Dah terlepas subuh dah ni.." kata Adwa seraya beredar menggapai tuala mandi lalu masuk ke dalam bilik air.

Tinggallah Nadine termangu - mangu dia sendiri di situ. Masuk aje Adwa dalam bilik air, Nadine sedikit berdecit. Dia mengetuk kepalanya sendiri.

" Ish kau ni buat malu aje ! " desis hatinya geram.

Hmmm ni semua punca hantu semalam lah. Ye semalam sebenarnya Nadine kena ganggu. Sampaikan dia tak boleh tidur sampai 4 pagi ! Gila kan ? Dah tu si Adwa ni tidur mati pulak ! Bukannya nak tolong aku !

Dan memang Nadine sendiri yang melepasi penghadang yang dia sendiri buat. Hmmm hantu semalam amat mengerikan baginya dan menakutkan Nadine. Sebab tu lah Nadine terus mendekatkan dirinya dengan Adwa sampai terpeluk bagai.

Namun baru Nadine perasan akan satu hal. Lepas aje Nadine peluk Adwa semalam , hantu tu pun lesap hilang macam tu aje. Kenapa ehhh ?

Sebab aku peluk Adwa ke ? Hahahah tak logik lah ! Arghhhh tak kesah lah, apa - apa pun Nadine malu ya amat sekarang ni. Mana nak letak muka ni alahaiiiii 😭😭😭😭

#Hahahaha cute couple tak diaorang ni ? Siapa suka watak Adwa dengan Nadine ni cer comment tgk ? Or ada yang geram dengan watak sombong + kasar si Nadine Azwa ni ? Keep vote and comment pls ! 🥰💕💕





Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro