Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Special Edition ( Part 5 )

Adwa keluar dari bilik mandinya sambil mengelap dan menggosok - gosok rambutnya dengan tuala kecil. Dia telah siap berpakaian dari dalam bilik air tadi.

Selepas itu dia bergerak ke arah katilnya. Dia membaringkan tubuhnya di situ.

Dia memandang ke arah syiling , namun buat seketika terlayar detik - detik pertemuannya dengan Nadine.

Tidak terlepas juga kejadian petang tadi. Lama kelamaan Adwa tersenyum sendiri.

" Dia pelik tapi comel..." gumam Adwa sendiri.

Tiba - tiba Adwa mengubah posisi dari baring ke duduk. Dia sedar akan sesuatu.

" No ! Aku tak boleh fikirkan dia. Aku dah ada tunang...Sepatutnya aku kena fikir macam mana aku nak kenal dengan tunang aku..." kata Adwa sendiri.

Kedengaran suara Syafawi terjerit - jerit di ruang tamu. Alahaii dah kenapa dengan mamat  ni pulak ? Adwa keluar dari biliknya untuk melihat apa yang berlaku di luar.

Ternyata Syafawi dengan Noah layan cerita hantu lagi. Aduhaiiii kawan - kawan aku ni tak habis - habis dengan cerita hantu aje...

" Oii Syafawi..yang kau duk terjerit - jerit tu dah kenapa ?" bebel Adwa.

" Entah Syafawi ni...acah aje lebih..Hantu tak keluar lagi pun dia dah jerit dulu..." kata Noah.

Syafawi menekup wajahnya dengan bantal sofa.

" Seram lah bunyi dia..." gumam Syafawi di sebalik bantal.

Seketika Adwa mengambil tempat di antara Syafawi dan Noah.

" Hahahaha yang kau duduk tengah - tengah ni dah kenapa ? Takut juga ke siottt ? " kata Noah.

" Errr mana ada..." nafi Adwa.

" Elehhhh takut cakap takut..ape lah takut...dah nak jadi suami orang dah pun..." kata Noah lagi.

" Hah tu lagi aku takut ! Aku takut nak jadi suami orang ni.." luah Adwa.

Seketika cerita di tv dimatikan. Syafawi dan Noah mula memberi tumpuan dengan Adwa.

" Alahhh apa yang kau nak takutkan sangat ? Kahwin aje lah..senang.." kata Syafawi.

" Tahu lah senang tapi aku tak suka lah dengan tunang aku tu..Aku tak kenal pun dia siapa..Lagipun jumpa pun tak...nama lagi lah tak tahu.." kata Adwa.

" Serious ahh kau ni bertunang tapi nama pun tak tahu ? " kata Noah agak terkejut.

" Haah tak tahu...aku terlupa nak tanya bonda aku nama tunang aku tu apa..." kata Adwa.

" Apa lah kau ni Adwa..." kata Syafawi.

" Tapi kan guys yang aku takutkan lagi...Hmmm sekarang aku dah start kenal dengan someone ni...and i think...." kata Adwa tetiba terhenti.

" You think...you falling in love with that someone ?! " sambung Noah dan Syafawi serentak.

Adwa mengangkat bahu sebagai tanda masih tidak pasti dengan perasaannya sendiri.

" Siapa someone tu ? " tanya Noah akhirnya.

" Hahaha itu lah...someone tu pun aku tak tahu nama dia apa..." kata Adwa sambil tersengeh kecil.

Noah menampar dahi sendiri.

" Aduhaiii...itu lah kalau dah tak pernah bercinta..memang slow macam ni ahhh.." kata Noah.

Hahahahaha aduhaiii Adwa di cop " SLOW " pulak 😂😂😂

" Hmmm so macam mana ? Kau pilih siapa ? Tunang yang kau tak tahu nama tu  or someone yang kau tak tahu nama tu ? " kata Syafawi.

Adwa mendiamkan diri lalu berfikir sejenak.

" Hmmmm...aku tak tahu lah..Dah lah aku nak masuk tidur lagi bagus...hahaha semak kepala otak fikir pasal cinta ni kan ? " kata Adwa seraya bangun dan beredar dari situ.

" Kau tengok lah kawan kau tu...Macam - macam perangai..." kata Noah.

" Hahahaha biar lah dekat dia...Dah jom sambung tengok cerita hantu..." kata Syafawi excited lebih tapi dia yang paling penakut.

**********************
Pejam celik pejam celik tibalah masa untuk Adwa menjadi suami orang. Alahaiiii semuanya sudah ditentukan. Adwa memang ditakdirkan untuk hidup bersama tunangnya. Maka terpaksa lah dia lupakan someone yang pelik tapi comel tu.

Adwa memerhati dirinya yang telah siap berpakaian lengkap adat istiadat diraja itu.

Handsome juga aku ehh ? Hahahaha. Well keturunan Tengku Ilham Huzairie dan Aliya Sofrina memang semuanya segak  dan cantik. Memang tidak dinafikan lagi.

" Ya Allah aku harap aku dapat jadi seorang suami yang terbaik untuk bakal isteri aku nanti.." desis hati Adwa.

" Abang Adwa....wahhh handsomenyaa..." puji Humaiera yang baru muncul.

Adwa tersenyum penuh bangga..

" Abang tahu abang handsome..." kata Adwa lagi.

" Tapi aku handsome lagi..." kata Adam pulak yang tiba - tiba muncul.

" Ehhh kau ni abang Adam...bagi lah can aku nak handsome hari ni pulak..." kata Adwa.

" Hahahaha apa lah kau ni..Hah amik lah dekat kau..." kata Adam.

" Okay..abang Adwa dah ready ? " tanya Humaiera.

" Dah..." kata Adwa tenang.

Tetiba Humaiera terdiam seketika. Matanya mula berkaca.

" Ehh Maiera kenapa ni ? " tanya Adwa.

" Hmmm Maiera tak sangka akhirnya abang Adwa nak kahwin jugak...Hmm abang kesayangan Maiera nak jadi hak milik orang lain dah...nanti mesti abang Adwa lupakan Maiera ...." kata Humaiera seraya air matanya menitis satu persatu. Cengeng betul Maiera hari ni.

" Alalala...mana ada sayang...mehhh sini..." kata Adwa seraya menarik Humaiera ke dalam pelukannya.

Ditepuk - tepuk belakang Humaiera seperti anak kecil.

" Abang Adwa takkan lupakan adik kesayangan abang Adwa ni...Abang Adwa akan sayang adik abang ni sampai bila - bila...Even abang Adwa akan jadi hak milik orang lain...tapi abang Adwa tetap hak milik Tengku Afanan Humaiera..." ucap Adwa tulus.

Adam hanya tersenyum kecil sendiri melihat telatah adik - adiknya. Jujur memang mereka mempunyai hubungan persaudaraan yang amat kuat. Memang akan terasa kesedihan itu bila salah satu nak berumah tangga. Habis Adam tak nangis ke ? Hahahaha well Adam still nak control machonya itu.

" Dah - dah...jom turun...majlis dah nak mula..." kata Adam meleraikan kesedihan yang berlaku di antara adik - adiknya itu.

*****************
Majlis dilangsungkan di rumah besar nenda. Ya apa saja majlis besar akan dilangsung di situ. Kelihatan semuanya telah dihias dengan begitu indah sekali. Tema majlis diraja semestinya warna kuning.

Ramai juga tetamu yang datang. Kebanyakkan adalah tetamu dari kerabat - kerabat diraja Tengku Ilham Huzairie sendiri. Sesi akad nikah akan dijalankan di tengah - tengah ruang rumah yang telah dihiaskan dengan pentas kecil.

Seketika Adwa mengambil tempat di situ. Majlis akan dimulakan sebentar lagi memandangkan pengantin perempuan masih belum tiba. Adwa masih menanti penuh debaran..

" Siapa lah agaknya bakal isteri aku tu ea ? " desis hati Adwa.

Dia menarik nafas berulang kali. Adam di sisi juga menjadi peneman Adwa.

" Rileks tau Adwa...jangan gelabah sangat nanti
masa nak lafaz akad kang kau tergagap pulak...malu semua kerabat tengok..." kata Adam masih sempat mengusik.

" Ish kau ni abang Adam..jangan lah cakap macam tu..." bisik Adwa.

Beberapa minit kemudian, suasana menjadi agak riuh bila diumumkan akan ketibaan pengantin perempuan.

Adwa tidak melirih sedikit pun kepada pengantin perempuannya itu. Entah kenapa dia rasa takut nak terima kenyataan. Kalau isteri dia tak cantik ke macam mana ? Huwaaaaaa 😭 dalam banyak - banyak itu yang ada difikiran Adwa ? Hahahaa.

" Wahh lawanya isteri kau Adwa...sama padan dengan kau..." kata Adam tetiba.

Adwa memandang ke arah Adam.

" Kau biar betul ni ? Ke kau perli aje ni ? " kata Adwa.

" Ehhh serious - serious...sumpah cantik tapi takleh lawan Damia aku lagi lah heee..." kata Adam.

Adwa mencebik. Arghhhhh lantak lah. Aku tak nak tengok lagi bakal isteri aku tu. Lepas dah akad nikah baru aku pandang dia.

Lafaz akad nikah telah selesai akhirnya. Kini sesi pembatalan air sembahyang akan dijalankan. Pengantin lelaki diminta untuk mendekati pengantin perempuan untuk menyarungkan cincin.

Adwa menarik nafas dalam sebelum dia melirih memandang ke arah isterinya. Wajah isterinya tidak kelihatan kerana dia asyik memandang ke bawah sahaja. Malu barangkali.

Tetiba muncul difikiran Adwa tentang Nadine. Hmmm gadis itu juga berkelakuan yang sama setiap kali bertembung dengan Adwa. Mesti dia akan menunduk ke bawah menyembunyikan wajahnya. Alahaiii Adwa time - time ni lah kau nak teringatkan perempuan lain. Tak baik lah. Start hari ni kau kena fikir dan ingat tentang isteri kau aje.

Sesampainya Adwa di hadapan isterinya. Adwa melutut di hadapan isterinya itu.

" Assalamualaikum..." kata Adwa lembut.

Automatik isteri Adwa mengangkat wajahnya. Dia memandang tepat ke wajah Adwa. Adwa tersentak hebat ! Ya Allah....Dia jodoh aku ? Dia anak uncle Nazhan dengan aunty Wafa ?

Lama mereka berdua terkaku di situ. Masing - masing kelu.

" Adwa...sarungkan cincin cepat..." kata Aliya yang juga duduk disebelah pengantin perempuan.

Adwa tersedar akhirnya. Lantas dia meraih perlahan tangan yang kini sah untuk disentuhnya.

Sejuknya tangan dia. Mesti dia pun takut.

Sekelip mata jari manis Nadine Azwa tersarung cincin yang sangat cantik. Selepas itu Nadine diminta untuk menyalam tangan Adwa. Nadine gugup sebenarnya. Tangannya juga semakin sejuk. Seketika dia menyalam tangan Adwa.

Selepas itu turn Adwa pulak untuk mencium ubun - ubun Nadine. Lama Adwa mencium ubun - ubun Nadine itu. Dalam hatinya dia tidak berhenti - henti berdoa.

" Ya Allah...mulai hari ini aku akan menjaga amanat mu ini " doa Adwa di dalam hati.

****************
Setelah selesai semua majlis , Adwa dan Nadine mula naik ke tingkat atas. Nenda dah menyiapkan segala bilik pengantin buat Adwa dan Nadine.

Mereka berdua naik ke atas sambil berpegangan tangan antara satu sama lain. Menunjukkan yang mereka pasangan yang amat bahagia ketika itu.

" Ni bilik Tengku dengan Puan muda..." kata ketua pembantu.

" Terima kasih...." ucap Adwa.

Seketika Adwa dan Nadine masuk ke dalam bilik tersebut. Masuk - masuk saja dalam bilik , Nadine terus merentap tanganya dari pegangan Adwa.

Adwa agak tersentak sedikit. Kenapa Nadine tiba - tiba berkelakuan seperti ini pulak ? Tadi masa dekat bawah okay aje ?

" Okay straight to the point...aku tak suka dijodohkan dengan kau ! " kata Nadine agak kasar.

" Maksud awak ? "

" Ish kau ni....tak faham atau buat - buat tak faham ? Ya aku tak suka pun dijodohkan dengan kau ! Aku bagi tempoh sebulan aje dekat kau...lepas tu ceraikan aku..." kata Nadine.

Amboii minah ni ! Baru kahwin hari ni tak sampai 24 jam , dah minta cerai lepas sebulan ?

" No ! Saya takkan ceraikan awak..." balas Adwa tidak mahu mengalah.

" Kenapa ? Kenapa kau tak nak ceraikan aku ? Kau bukannya suka aku pun ? Kau pun terpaksa kahwin dengan aku kan ? Lagipun aku yakin lepas kau tahu tentang aku mesti kau akan ceraikan aku ! " kata Nadine.

Adwa menggeleng kecil.

" Ya memang saya terpaksa kahwin dengan awak...tapi tak bermakna sesenang tu saya nak lepaskan awak...perkahwinan bukan sesuatu benda yang boleh dibuat main...so please...sebelum awak nak cakap tu fikir dulu betul - betul... " kata Adwa serious.

Seketika Adwa hendak melangkah untuk membersihkan diri..

" Jadi kau  tak kesah lah kalau kau ada isteri yang ada deria keenam ? " kata Nadine sinis.

Langkah Adwa terhenti. Bila DERIA KEENAM disebut.

#Baru first day hidup sbgai suami isteri isu CERAI dah dibangkitkan ? Nak tahu apa jadi dekat diaorang ? Stay tuned ya ! Kbyeeee keep vote and comment ❤🙈










Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro