Special Edition ( Part 4 )
Adwa mengelamun seorang diri di hadapan kolam ikan taman rekreasi USM. Tak sangka dengan sekelip mata Adwa dah jadi tunangan orang. Namun yang peliknya dia sendiri tak pernah tengok wajah tunang dia tu pun 🤧
Yelah time majlis pertunangan dibuat dekat rumah besar ayahnda tapi aku dihalau keluar pergi jalan - jalan dulu. Hahahaha diaorang tak bagi tunang lelaki ada masa majlis.
Ya Allah betul ke apa yang aku buat ni ? Terima orang yang aku tak berapa nak kenal pun ? Ehh kenapa Adwa tak tolak aje penjodohan ni ?
Hmm memang pada awalnya dia nak tolak. Lepas aje Humaiera bagitahu yang majlis Adwa tu esok , Adwa terus pergi bersemuka dengan bonda dan ayahnda..
*Flashback*
" Bonda...ayahnda..tolong lah jangan bersikap tak adil dengan Adwa...." kata Adwa agak tegas.
" Maksud Adwa apa ni ? " tanya Aliya.
" Please lah bonda..jangan buat - buat tak tahu...Adwa tak suka dijodohkan macam ni...Adwa tak kenal pun dengan anak kawan bonda tu...macam mana Adwa nak bertunang dengan dia pulak ? One more thing...kenapa semua plan majlis Adwa tak tahu menahu langsung and tiba - tiba majlis tu dah nak dilangsungkan esok ? Adwa ada hak untuk buat keputusan jugak..." kata Adwa meluahkan segala isi hatinya.
Huzairie sejak dari tadi hanya mendiamkan diri dan memberi tumpuan kepada kata-kata Adwa.
Aliya menghembus nafas agak berat. Seperti memikul sesuatu yang berat.
" Adwa...sudah lah...terima saja penjodohan ini...ayahnda yakin kamu akan bahagia dengan pilihan kami..lagipun kami dah berjanji nak jodohkan kamu dengan anak kawan kami dari kecil lagi...Tengok saja lah ayahnda dengan bonda pun berkahwin atas penjodohan nenda dan atoknda kamu...bahagia aje kami..." kata Huzairie.
Adwa menggeleng kecil.
" No ayahnda..Ayahnda tak boleh buat macam ni...Zaman sekarang tak ada penjodohan yang bahagia...Semuanya hanya lakonan semata - mata...Lagipun anak kawan ayahnda dengan bonda yang mana ni ? Adwa tak kenal pun kan ? Entah sengaja nak kan penjodohan ni berlaku disebabkan harta saja..." kata Adwa mula kedengaran sinis.
" Cukup Adwa ! Jangan kamu berani nak berkata sinis seperti itu tentang anak kawan ayahnda...Siapa cakap kamu tak kenal ? Kamu kenal lah kawan ayahnda itu..." kata Huzairie.
" Ya kamu kenal..yang nak dijodohkan ni anak uncle Nazhan dengan aunty Wafa ..." kata Aliya pulak.
Hah ! Siapa ingat lagi dengan kawan baik Aliya dan Huzairie ni ? Wafa dan Nazhan ? 😍
" Sudah...ayahnda tak mahu dengar apa - apa lagi daripada kamu...pertunangan kamu dengan anak uncle Nazhan akan tetap dilangsungkan esok jugak...Kamu jangan buat ayahnda tanggung malu esok disebabkan perangai kamu yang macam budak - budak ni ! Tolong lah abang dengan adik kamu pun dah kahwin dah ada anak...tapi kamu ? Masih sibuk dengan study...Ayahnda tak pernah halang kamu untuk terus belajar jadi ayahnda minta kamu jangan halang ayahnda untuk teruskan penjodohan ni..." kata Huzairie mulai tegas seraya bangun lalu beredar naik ke atas.
Adwa memejam matanya menahan geram. Tetiba terasa tangan Adwa disentuh. Adwa membuka matanya semula.
" Adwa sayang...dengar sini cakap bonda..." kata Aliya lembut.
Hati Adwa mulai tenang.
" Adwa terima aje penjodohan ni ea ? Jangan ingkar kata - kata ayahnda...Bonda yakin...Adwa akan bahagia dengan pilihan ayahnda dan bonda ni....Lagipun...bonda dah janji dengan arwah aunty wafa...yang bonda nak jadikan anak aunty wafa sebagai menantu bonda..." kata Aliya bernada agak sedih.
Arwah aunty Wafa ? Wafa dah meninggal ke ?
Hati Adwa mula tersentuh dengan kata -kata Aliya jadinya. Hmmm ya memang Adwa kenal dengan uncle Nazhan dan aunty Wafa. Diaorang kawan baik ayahnda dan bonda...Tapi aku tak pernah kenal pun dengan anak diaorang. Nama dia pun aku tak tahu. Adwa berfikir sejenak.
" Hmmm yelah bonda...Adwa setuju dengan penjodohan ni...tapi boleh Adwa tahu kenapa majlis pertunangan ni buat cepat sangat ? " kata Adwa.
" Ermmm sebab majlis perkahwinan akan dilangsungkan dalam masa sebulan lagi..." kata Aliya.
Terlopong Adwa jadinya.
" What ?! Tapi kenapa macam terburu - buru sangat ? Tak boleh ke bagi masa Adwa untuk ready dulu sebelum nak jadi suami orang ? " kata Adwa.
" Tak apa lah Adwa...Bonda yakin kamu dah cukup ready untuk jadi suami orang...Cepat atau lambat semuanya sama aje.." kata Aliya sambil menepuk - nepuk bahu Adwa.
*End Flashback*
Adwa merenggangkan badanya. Tetiba rasa lenguh pulak. Adwa melirih ke arah jam tangannya. Hmm dah pukul 2 petang. Kelas Adwa dah habis dari pukul 1 tadi.
Adwa memandang ke atas. Langit kelihatan redup...Hmmm nak hujan agaknya. Adwa menoleh ke kiri dan kanan. Sunyi kelihatannya di situ. Eh ? Mana Noah dengan Syafawi ? Oh diaorang still ada kelas lain lagi.
Ada kelas yang Noah dengan Syafawi ambik tapi Adwa tak ambik pun.
**************
Adwa mula bergerak ke tapak parking kereta. Laluan untuk sampai ke tapak parking kena melalui padang basketball USM dulu. Jauh ke ? Boleh dikatakan agak jauh jugak. Well USM ni kan besar nak mateyyyy.
Eh Adwa hari ni datang U naik kereta ? Bukan selalu naik bas ke ? Hahahah sejak macam - macam masalah jadi dalam bas tempoh hari , Adwa dah malas naik bas so dia nak drive sendiri pulak datang U ni..
Semasa Adwa berjalan tiba - tiba dia terserempak dengan Nadine. Mereka berjalan ke arah yang bertentangan.
" Ehh perempuan yang seram tu lah...Errr chill Adwa...dia tak perasan kau tu..." kata Adwa dalam hati cuba berlagak biasa.
Nadine kelihatannya hanya menunduk semasa berjalan. Macam biasa kepalanya ditutup dengan hoodie. Wajahnya agak tidak kelihatan oleh Adwa. Akhirnya mereka berselisih namun benda lain pula terjadi apabila bahu Nadine terlanggar dengan Adwa...
" Ehhh.." kata Adwa.
Nadine seperti hilang imbangan dan ingin jatuh namun masih sempat di sambut oleh Adwa. Terbuka terus topi hoodie Nadine dan hal ini menampakkan semua wajah Nadine. Rambut panjang ikal mayang Nadine juga kelihatan.
Nadine dan Adwa saling bertatapan antara satu sama lain buat sesaat kerana selepas itu tiba - tiba saja mata Nadine terpejam dan tubuhnya mula lembik. Nadine mula tidak sedarkan diri.
Adwa tersentak !
Wajah terasa agak sejuk seperti ada hembusan angin. Perlahan - lahan mata Nadine terbuka. Nadine mula merasa aneh. Ehhh aku ada dalam kereta ? Kelihatannya kereta ini sedang dipandu menuju ke suatu tempat.
Nadine lantas menoleh ke sisi. Kelihatannya ada seorang lelaki yang agak handsome juga sedang panik memandu kereta. Nadine agak terkejut ! Siapa lelaki ni ? Macam mana aku boleh ada dalam kereta dia pulak ni ? Tak silap aku tadi , aku ada dekat depan toilet.
" Heyyyy ! Kau siapa ? Kau nak bawa aku pergi mana ?! " teriak Nadine tiba - tiba.
" Eh awak dah sedar ? " kata Adwa.
" Stop kereta ni ! Stop cepat ! "
" Eh tapi saya nak bawa awak pergi..."
" Cepat stop ! Kalau tak aku buka pintu ni ! Aku lompat ! " ugut Nadine.
Adwa sedikit terlopong. Gila betul minah ni ! Nak mati agaknya. Aduh aku pun terlupa nak lock pintu kereta tadi aduhaiii.
" Cepat stop aku cakap ! " jerit Nadine.
Naik gelabah jadinya Adwa bila Nadine asyik terjerit - jerit daripada tadi. Akhirnya Adwa stopkan keretanya juga di tepi jalan. Stop - stop aje , Nadine cepat - cepat membuka pintu lalu keluar dari kereta Adwa.
Adwa juga cepat - cepat keluar. Takut - takut juga kalau perempuan ni buat benda aneh - aneh ke .
" Heyyy awak...rileks dulu...awak okay ke ni ? " kata Adwa lalu ingin mendekati Nadine.
" Kau jangan acah - acah care sangat dengan aku ! Aku tak kenal pun siapa kau ! Kau nak culik aku kan ?! " tuduh Nadine.
Hah ? Aku nak culik dia ? Dah kenapa pulak aku nak culik orang ? Tak balik modal pun. Bukannya dapat apa pun. Aku just nak bawa perempuan ni pergi hospital aje tadi dah dia pengsan kan ?
" Eh awak jangan salah faham..tadi awak pengsan lah depan saya...so saya nak bawa awak pergi hospital lah...Awak betul - betul okay ke ni ? " jujur Adwa.
Nadine terdiam seketika. Aku pengsan ? Depan dia ? Eh bukan aku depan toilet ke tadi. Nadine cuba mengingat sesuatu.
" Haah kau pengsan tadi. " kata Nia tiba - tiba muncul.
Nadine memandang sisi kanannya. Lebih kepada memandang Nia. Adwa hanya menjadi pemerhati.
" Apa yang jadi tadi ? " tanya Nadine perlahan.
Adwa memandang aneh ke arah Nadine. Dia dah mula dah cakap sorang- sorang. Ni yang buat aku seram ni.
" Kan kau kat depan toilet tadi kan ? " kata Nia..
Nadine mengangguk.
" Hah masa tu aku nampak macam ada roh lain masuk dalam badan kau...pastu aku tengok kau bukan diri kau lagi..Roh tu yang control semuanya. Pastu dia bawa kau entah ke mana..aku just ikut dari belakang aje lah...Pastu masa kau lalu dekat padang basketball U tadi...kau berselisih dengan mamat ni...Tetiba aje roh tu keluar dari badan kau and then kau pengsan...nasib baik mamat handsome ni ada...dia lah yang tolong sambut kau...hehehe sweet dho.." kata Nia seronok bercerita.
Wajah Nadine mula panas. Alamak...Aku tersilap andaian. Aku tuduh dia nak culik aku pulak...Macam mana ni ?
" Errrr awak ? Awak okay ? Awak cakap dengan siapa ? " tanya Adwa gugup.
Tiba - tiba kebetulan ada teksi lalu di situ. Tanpa berkata apa - apa kepada Adwa , Nadine terus menahan teksi tersebut lalu berlalu pergi dari situ.
Adwa terkaku sendiri di situ. Eh ? Dia blahhh macam tu aje ? Habis aku ni ?
#Hahahahaha alahaii kesian Adwa lagi ditinggalkan begitu sahaja 🤣 Siapa anak Nazhan agak - agak korang ? Keep vote and comment ya 💕
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro