Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Special Edition ( Part 18 )

Kelihatan jasad Nia sedang terbaring kaku di atas katil yang ditempatkan di hospital itu. Wayer - wayer mesin denyutan nadi banyak melekat di tubuh Nia.

Nadine hanya terpaku melihat keadaan Nia.

" Hmmm tu aku... masih koma.. " jelas Nia alias roh Nia.

" Macam mana kau boleh ingat dah jumpa jasad kau ni Nia? " tanya Nadine.

" Ermmm tak macam ni... suatu hari tu, tetiba aku rasa macam aku ditarik ke suatu tempat. Tengok - tengok aku sampai sini. Masa tu aku nampak jasad aku yang tengah terbaring tu... tengah bertarung nyawa... tak stabil.... aku ingatkan memang nyawa aku dah habis dah... tapi alhamdulillah still selamat... cuma tu lah aku tak sedar - sedar lagi sampai sekarang.. " jelas roh Nia.

Nadine mengangguk kecil.

" Jadi kau ingat tak mana kau simpan rakaman tu? " soal Nadine.

" Hah tu lah masalahnya sekarang ni...aku tak ingat pasal rakaman tu... hmm sorry Nad... aku rasa if kalau aku boleh masuk balik dalam tubuh aku maybe aku boleh ingat dekat mana rakaman tu... " kata Nia.

Nadine menghembus nafas berat. Hmm Ya Allah macam mana ni?

" Hmm tak apa lah...Nia...kita tunggu aje lah sampai kau sedar ea ? In shaa Allah kau mesti akan sedar juga tak lama lagi..."kata Nadine cuba memberi semangat kepada Nia.

Nia hanya tersenyum manis. Sungguh Nia memang memiliki wajah dan senyuman yang comel. Ya Allah beri kesempatan untuk gadis ini hidup semula.

Seketika Nadine keluar dari wad Nia. Kelihatannya tiada sesiapa ahli keluarga Nia yang datang melawatnya. Hmm teringin juga Nadine nak bersua muka dengan ibu atau sesiapa sahaja ahli keluarga Nia.

Dalam diam ada yang memerhati tingkah laku Nadine yang hanya terpacak di hadapan pintu wad Nia itu. Dia menggenggam erat penumbuknya.

" Perempuan tu buat apa dekat sini ?"

**************

Adwa hanya duduk memeluk tubuh sejak dari tadi di ruang tamu rumah. Sekejap -sekejap jam di dinding di kerlingnya tajam. Haish ! Mana Nadine ni ? Keluar tak bagitahu aku langsung ! Dia pergi mana ? Tahu tak aku ni risau bagai nak gila dah ni. Apa call , whatsapp aku pun tak balasnya.

Tetiba kedengaran bunyi pintu rumah ditutup. Adwa menoleh memandang ke arah bunyi itu. Ya Nadine baru balik..

" Assalamualaikum..."

" Waalaikumusalam..."balas Adwa di dalam hati. Tidak mahu dia bercakap dengan Nadine. Nak merajuk !

" Habib....sorry Nad balik lambat....." kata Nadine lalu mendekati Adwa.

Adwa memeluk tubuh semula lalu memandang ke arah lain. Tanda dia merajuk. Seketika Nadine mengambil tempat di sebelah Adwa.

" Habib...marah Nad ea ?"tanya Nadine lembut lalu meraih tangan Adwa.

Adwa hanya membiarkan hal itu.

" Habib...jangan lah marah..please ? Sorry lah...Nad keluar tak bagitahu habib...Nad tadi...."

Zappp !

Nadine tersentak. Adwa tiba-tiba menarik dirinya ke dalam pelukan.

" Habib risau.....bukan habib marah....tolong lah lepas ni kalau nak pergi mana sekali pun..please bagitahu or contact habib dulu...Kalau jadi apa-apa dekat sayang macam mana ? Kalau habib tak sempat nak selamatkan sayang macam mana ?"luah Adwa. Itu yang dia rasakan sejak tadi.

Nadine tersenyum kecil di dalam pelukan Adwa. Alahaiii sweet aje suami aku ni.

" Okay, Nad minta maaf...lain kali Nad tak buat lagi....Nad akan contact habib dulu...." kata Nadine.

Seketika Adwa meleraikan pelukan. Wajah Nadine ditatapnya.

" Nad pergi mana tadi ?"

" Nad...pergi hospital..."

" Hah ?! Hospital ? Kenapa ? Nad sakit ke ? " tanya Adwa mulai cemas lalu membelek-belek tubuh Nadine.

" Eh tak lah...bukan Nad yang sakit...Nad cuma melawat orang sakit aje..."

" Melawat orang sakit ? Siapa ? Habib tak tahu pun ada yang sakit ? " kata Adwa pelik.

" Ermmm habib...Nad dah jumpa orang yang rakam semua kejadian tu....orang tu tak mati lagi...tapi dia koma...dah hampir 3 tahun dia koma...."jelas Nadine akhirnya.

Adwa sedikit terkejut.

" Habistu macam mana sekarang ? Macam mana Nad nak buktikan semuanya ?" soal Adwa.

Nadine menggeleng.

" Tak ada cara lain selain Nad tunggu dia sedar dulu lah..." kata Nadine.

Adwa mengangguk kecil.

" Tak apa...kita tunggu sama-sama okay ?" kata Adwa sambil tersenyum kepada Nadine.

Nadine mengangguk lalu membalas senyuman Adwa itu.

***********************

Dia merenung tajam ke arah gambar Nadine yang terlekat di dinding itu. Beberapa keping gambar Nadine di lekat di dinding. Semuanya diconteng-conteng merah.

" Aku takkan biarkan kau hidup tenang....kau kena dapat balasan yang setimpal dengan apa yang dah berlaku....."

Dia memikir sejenak.

" Hmm kalau dengan cara hantar benda-benda halus tu pun kau tak boleh jalan.....aku sendiri yang akan hancurkan kau dengan tangan aku..." kata seseorang itu sinis lalu tepat melempar sebilah pisau terpacak di atas sekeping gambar Nadine itu.




Hampir beberapa minggu Nadine menunggu akan kesedaran Nia. Ada juga lah Nadine pergi melawat Nia. Hmmm namun pelik, setiap kali Nadine pergi melawat Nia pasti saja tiada sesiapa di situ. Hmm Nadine tak pernah terserempak langsung dengan ahli keluarga Nia. Cuma selalu bila Nadine datang melawat mesti kebetulan kelihatan ada seorang perempuan dalam lingkungan 40-an macam tu baru aje berlalu keluar dari wad Nia. Ibu Nia kot ? Nadine sendiri pun tak pasti.

Tiba lah suatu hari tu, akhirnya Nadine bersua muka juga dengan ibu Nia sendiri.

" Cik ni siapa ? " soal Faridah alias ibu kepada Nia.

" Err saya kawan Nia....." kata Nadine.

Jelas sekali Faridah menunjukkan riak agak terkejut. Kawan Nia ? Sejak bila Nia ada kawan yang kat depan aku ni ? Dah 3 tahun Nia koma. Tak pernah pulak kawan Nia yang ni datang melawat dia.

" Kawan ? Kawan yang mana pulak ? Aunty tak pernah pun tengok kamu ni datang melawat Nia ? "soal Faridah masih was-was.

" Dah lama juga lah saya datang melawat Nia tapi saya tak berkesempatan untuk jumpa dengan aunty..."jelas Nadine.

" Ibu...." panggil Nia perlahan di sisi Nadine.

Nadine menoleh memandang Nia. Nia tetiba muncul di sebelahnya pulak. Kelihatan Nia sedih.

" Nia rindu ibu..." kata Nia seakan-akan Faridah dapat mendengarkan setiap butir kata-katanya itu.

Hati Nadine turut terasa pilu. Dia simpati akan nasib malang yang menimpa Nia itu.

" Aunty...saya cuma nak sampaikan...yang anak aunty Nia..rindukan aunty..."kata Nadine langsung.

Nia memandang Nadine, terkejut dengan kata-kata Nadine. Tak sangka Nadine akan menyampaikan kata-katanya itu.

Faridah kelihatannya mulai sebak.

" Aunty pun rindukan anak aunty, Nia.." kata Faridah lalu menangis.

Nadine terus memeluk Faridah bagi pihak Nia. Akhirnya Faridah menangis di dalam pelukan Nadine.

" Aunty sabar ya...saya yakin tak lama lagi, Nia akan sedar...Nia akan kembali pada aunty.."kata Nadine memberi semangat kepada Faridah. Dia mengusap lembut belakang Faridah.

Nia hanya tersenyum dalam tangisan melihat Nadine memeluk ibunya itu.

*****************

Kotak baldu berwarna merah digenggam erat oleh Adwa. Heee tak sabar nak surprise kan Nadine malam ni. Mesti dia suka. First time ni aku nak buat surprise untuk dia. Lagipun hari ni birthday dia. Aku nak jadi orang pertama yang sambut birthday dia malam ni.

Seketika Adwa menghantar whatsapp kepada Nadine. Dia mengatakan kepada Nadine yang malam ni dia nak ajak Nadine keluar makan malam. Nadine hanya bersetuju. Actually Nadine sendiri tak ingat yang hari ni birthday dia. Sejak mamanya meninggal , tiada sesiapa yang akan mengingatkan dirinya tentang hari lahir nya sendiri. Lagipun untuk beberapa hari ni , Nadine agak sibuk dengan assignment dan juga keadaan Nia. Sampaikan masa dengan Adwa juga agak terbatas.

Malam akhirnya tiba. Adwa hanya menunggu Nadine di ruang tamu. Lama sungguh Nadine bersiap ya. Hahaha tak apa demi isteri tercinta , Adwa sanggup tunggu.

" Habib...jom ?" kata Nadine yang baru selesai bersiap.

Adwa menoleh. Dia agak terpana melihat kecantikan Nadine malam itu. Nadine yang memakai dress berwarna merah itu kelihatan sungguh anggun pada ketika itu. Sampaikan ternganga Adwa dibuatnya.

" Habib ? Ternganga apa lagi tu ?"soal Nadine pelik ketika itu.

" Hah ? Ehh tak lah...sayang kenapa cantik sangat malam ni ?" soal Adwa sambil tersenyum nakal.

" Ehh mana ada..biasa aje..lah...dah jom lah...Nad dah lapar sangat ni..." kata Nadine seraya mula melangkah. Malu pulak rasanya bila kena puji dengan Adwa ni. Elehhh mengada lebih.

Adwa memilih restoran yang terletak berhampiran dengan pantai malam itu. Meja makan telah ditempahnya. Bahkan satu restoran juga telah ditempah Adwa. Dia tidak mahu sesiapa pun ada di situ selain dirinya dan Nadine. Dia juga ada memesan kek hari lahir buat Nadine. Alahaii sweetkan Adwa ? Siapa yang ajar ni ? Hahahaha dia mintak tolong dengan abang Adam. Abang Adam lah yang tolong ajarkan semuanya. Seketika mereka duduk di meja yang telah siap dihias dengan suasana romantik. Nadine agak terasa pelik melihat sekeliling yang sunyi dan hanya ada mereka sahaja.

" Restoran ni memang tak ada orang ke apa ? Asal kita aje pelanggan dekat sini ?"soal Nadine.

Adwa menggaru belakang kepalanya yang tidak gatal. Errr macam mana ea aku nak explain dekat Nadine ni ? Errr abang Adam ajar macam mana hah ? Aduhh lupa pulak.

" Habib ?" soal Nadine.

" Errr...saya tempah satu restoran ni khas untuk awak...."kata Adwa main hentam aje hahaha.

" Hah ? Untuk apa ?" soal Nadine terkejut.

Seketika Adwa meraih tangan Nadine yang terletak di atas meja.

" Sayang lupa ea ?"

" Lupa ? Lupa apa ?"

" Happy Birthday sayang...."ucap Adwa sambil tersenyum lebar.

Nadine tersentak.

" Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki selalu..."kata Adwa lagi romantis.

Mata Nadine mula berkaca. Ya Allah macam mana aku boleh lupa ni? Haah lah hari birthday aku.

" Thanks papa..sebab bagitahu Adwa tentang tarikh birthday Nadine...." desis hati Adwa.

Ya waktu sebelum balik dari rumah papa mentuanya tempoh hari, Nazhan ada bagitahu sesuatu. Dia bagitahu jangan lupa tahun ni sambut birthday Nadine. Nadine dah lama tak sambut birthday dia sendiri.

Seketika Adwa menepuk tangannya sebanyak 2 kali. Tiba lah beberapa pelayan yang membawa keluar kek birthday Nadine dan ada yang menyanyikan lagu birthday bersama gitar. Sumpah air mata Nadine menitis juga waktu tu. Dia terharu. Dia terkesima dengan surprise dari Adwa itu. Benar-benar tak sangka yang Adwa akan buat surprise macam ni.

Seketika kek ditinggalkan di atas meja. Pelayan-pelayan tersebut memberi ruang privasi kepada Adwa dan Nadine.

" Tiup lah lilin kek tu..."kata Adwa lagi.

Seketika Nadine meniup lilin tersebut.

" Thanks habib buat surprise semua ni...Nad terharu sangat-sangat..." kata Nadine sebak.

Adwa tersenyum.

" Jangan la nangis sayang..apa lah birthday girl nangis-nangis pulak ni kan ? " kata Adwa.

Nadine ketawa kecil akhirnya.

" Tak sangka awak ni sweet juga ehh..." kata Nadine.

" Well...err hah ada something yang...."

Kedengaran bunyi caller ringtone Nadine berbunyi menandakan ada panggilan yang masuk. Terus terbantut Adwa untuk memberikan hadiah birthdaynya kepada Nadine.

" Sorry.." kata Nadine seraya menjawab panggilan tersebut.

Adwa mengangguk. Memberi ruang untuk Nadine menjawab panggilan tersebut. Kelihatannya wajah Nadine agak tegang ketika itu apabila menjawab panggilan tersebut. Ada apa sebenarnya ? Siapa yang call Nadine ? Seketika panggilan ditamatkan.

" Kenapa sayang? "

" Sorry habib...boleh tolong hantarkan Nad ke hospital Nia tak ? "





Mereka akhirnya tiba di hospital yang menempatkan Nia. Ya panggilan tadi daripada Faridah , ibu Nia. Faridah memberitahu Nadine bahawa keadaan Nia tiba-tiba drop. So Faridah betul-betul tak tahu nak buat apa dan dia perlukan Nadine di sisinya saat ini. Ya sejak pertemuan hari tu , Faridah juga semakin rapat dengan Nadine. Dia menganggap Nadine seperti anaknya sendiri sekarang. Apa-apa perkembangan Nia pasti saja dia inform kepada Nadine.

" Ibu ..." panggil Nadine.

Panggilan juga sudah bertukar dari aunty kepada ibu. Ya itu permintaan Faridah. Nadine hanya ikutkan saja.

" Nad...." sahut Faridah lemah lalu memeluk Nadine.

" Ibu tenang ibu..Nad ada..." kata Nadine cuba menenangkan Faridah.

Adwa hanya menjadi pemerhati saat itu. Adwa juga dah tahu siapa Faridah dan siapa Nia saat ini dengan Nadine.

Beberapa minit kemudian, doktor yang merawat Nia pun keluar. Dia memberitahu beberapa perkara tentang keadaan Nia. Alhamdulillah , Nia dah melepasi waktu kritikalnya. Keadaan drop tadi hanya untuk seketika. Selepas itu, Nadine dan Faridah masuk ke dalam untuk melihat keadaan Nia. Maka tinggallah Adwa sendirian di luar bilik rawatan Nia. Adwa terduduk sendirian di kerusi yang disediakan di situ. Selepas itu dia mengeluarkan kotak baldu berwarna merah dari poket seluarnya. Dibuka kotak itu. Buka-buka sahaja kotak itu, terpampang sebentuk cincin yang bertahtakan belian.

" Happy birthday sayang..." ucap Adwa yang agak terkilan sebab dia tak sempat nak sarungkan cincin ni dekat jari manis Nadine.

Ini baru betul-betul cincin perkahwinan yang ikhlas Adwa beli semata-mata untuk sarungkan lagi sekali di jari manis Nadine.

#Alahaiiii guys kesian pulak rasa dekat Adwa ni. Siapa rasa dia diabaikan guys? Nak buat mcm mna dh Nadine busy kan? 😪 Adakah Adwa sempat nak sarungkan cincin tu dekat jari Nadine or akan ada lagi ujian yang akan memisahkan terus Nadine dan Adwa? Stay tuned guys! For information crita Adwa dah nak smpai penghujungnya dah. Maybe tinggal 2 chapter aje lagi. So keep vote and comment 🤗❤ see u hujung minggu ni plk 😜💕💕

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro