Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Special Edition ( Part 15 )

Tubuh Wafa diheret semula sampai ke biliknya. Selepas itu orang yang mengheretnya melakukan sesuatu. Dia menyiapkan tali gantung berdekatan dengan tingkap bilik Wafa. Wafa dibiarkan tersandar di tepi dahulu. Setelah tali gantung buatannya siap, dia mengangkat Wafa lalu disarungkan tali tersebut ke kepala Wafa.

" Selamat tinggal Wafa..lepas ni tak ada sesiapa lagi yang boleh menghalang aku.." bisik orang itu ditelinga Wafa.

Selepas itu dia membiarkan Wafa tergantung sendirian di situ. Akhirnya wafa terjerut di pergantungan tersebut sehingga mati.

Arini hanya tersenyum puas melihat kematian Wafa di hadapan matanya sekarang. Ya manusia jahat dan kejam itu adalah Arini, ibu tiri kepada Nadine. Dia buat semua ni , sebab dia nakkan Nazhan. Dia manusia paling benci melihat kebahagiaan Nazhan dengan perempuan lain. Kalau dia tak dapat bersama Nazhan , maka orang lain pun tak boleh bersama Nazhan. Kini dendamnya telah tercapai. Memang dah lama dia nak hapuskan Wafa. Hanya sekarang saja waktu yang ada.

Air mata Nadine mengalir laju jadinya. Seketika matanya dibuka perlahan. Dia menangis teresak-esak perlahan.

" Ya Allah jadi betul lah apa tekaan aku....Mama tak bunuh diri...tapi mama dibunuh...ibu yang bunuh mama....tak...dia bukan ibu aku tapi...perempuan yang berhati binatang ! " monolog hati Nadine.

Prangggggggg !

Nadine terkejut sedikit mendengar bunyi barang jatuh pecah. Dia menyeka sisa air matanya. Seketika ditoleh ke sisi. Ehhhhh ? Adwa tak ada lah. Selepas itu, Nadine turun ke bawah untuk melihat dan mencari dari mana datangnya bunyi tersebut.

Nadine mencari bunyi itu sehingga ke dapur. Kelihatan Adwa sedang mengutip serpihan kaca gelas yang pecah berderai di atas lantai. Terkial-kial jugak lah nampaknya Adwa dengan tangan retak sebelah tu.

" Adwa ? Awak buat apa tu ?" soal Nadine seraya mendekati Adwa.

"Ehhh Nadine ? Awak dah terbangun ke ? Ermm sorry kalau saya buat bising sampai awak terbangun...."

Nadine menggeleng.

" Awak nak buat apa ni sebenarnya ?"soal Nadine lagi.

" Tak tadi saya haus jadi saya turun lah ke dapur...pastu pegang gelas tangan belah kiri rasa macam kekok last-last terjatuh lah..." jelas Adwa.

" Oh macam tu, kenapa awak tak kejutkan saya aje ? Saya boleh tolong amikkan..Dah-dah..awak duduk dekat kerusi ni dulu, biar saya yang kemas semua ni..." kata Nadine seraya menarik tangan Adwa lalu dibawa duduk di atas kerusi berdekatan.

" Eh tak apa lah..saya tak nak susahkan awak...."

Nadine memandang tajam ke arah Adwa. Terdiam jadinya Adwa. Takut juga pandang jelingan dari Nadine tu , nanti bertambah jatuh cinta macam mana ? Auchhhh ! Mengada lah kau ni Adwa.

**********************

Seketika Nadine membersihkan semua sisa-sisa kaca yang tinggal. Adwa hanya menjadi pemerhati di situ. Sungguh asyik dia memerhati Nadine. Alahaiii comel aje isteri aku mengemas. Punya leka duk tengok Nadine sampai tak sedar yang Nadine dah habis kemas dan dah letak secawan air milo di hadapan Adwa.

Adwa masih berkeadaan sebegitu. Berangan tak habis-habis !

" Adwa ?" panggil Nadine sambil mengawang-awangkan tangannya di hadapan wajah Adwa.

Adwa tersengeh sendiri. Masih dalam lamunannya. Nadine pulak yang rasa pelik. Suami aku ni dah kenapa ? Dia pulak yang kena sampuk ke ?

" Adwa ! " teriak Nadine mengejutkan Adwa.

Tersentak Adwa dari lamunannya.

" Ye sayang ?! " melatah Adwa.

Nadine pulak yang blushingnya bila Adwa cakap " sayang ".

" Errrr...awak mengelamun apa ? Sampai saya panggil pun tak dengar ?"

Adwa tersengeh kecil.

" Hehe nothing...errr wahh air milo...awak buatkan ehh ?" kata Adwa lalu menghirup air milo tersebut tanpa memeriksa keadaan suhu air tersebut.

Masuk aje milo panas itu ke dalam mulut Adwa, Adwa mengetap bibirnya. Aduhh panas gila !

" Ish awak ni tiup lah dulu...main serbu minum aje..." bebel kecil Nadine.

Adwa menggaru belakang kepalanya yang tidak gatal jadinya. Seketika dia meniup kecil-kecil air milo itu supaya panasnya berkurangan. Selepas itu dia mengirup air itu perlahan. Wahhhh sedapnya air milo buatan isteri aku ni.

" Adwa...."panggil Nadine.

" Hmm ya ?"

" Saya minta maaf...atas apa yang berlaku dekat awak disebabkan saya...."

" Ehh tak apa lah...."

" Hmm sebab saya tangan awak retak..."kata Nadine bersalah.

" Alaaa retak aje pun bukannya patah..." nafi Adwa.

Nadine menggeleng.

" Tak....benda ni tak boleh dibuat main..Saya minta maaf sangat-sangat....mesti awak rasa malangkan dapat isteri macam saya ni..Asyik bagi awak masalah aje...saya memang bukan isteri yang terbaik untuk awak...saya minta maaf Adwa..." kata Nadine bersama mata yang mula berkaca. Seketika dia menunduk memandang bawah. Tak kuat nak pandang Adwa.

Adwa menghembus nafas berat seketika. Selepas itu dia menyentuh tangan Nadine yang terletak di atas meja itu dengan tangan kirinya. Nadine sedikit tersentak. Lantas pandangan dihala kan kea rah Adwa.

" Jujur saya cakap....saya dah mula sayang dan cintakan awak sepenuh hati saya Nadine Azwa..." luah Adwa akhirnya.

Nadine terdiam dan terkesima. Jantungnya mula berdegup kencang.

" Memang pada awalnya saya agak takut bila saya dapat tahu yang awak ada deria keenam. Saya tak expect pun jodoh saya dengan orang macam awak...tapi lama-lama tu saya perlahan-lahan dah boleh terima awak...Saya rasa awak bukan orang yang untuk ditakutkan tapi awak anugerah Allah untuk saya...awak unik..." jujur Adwa.

Menitis air mata Nadine mendengar kata-kata Adwa yang amat ikhlas dipendengarannya.

" Satu lagi....saya tak pernah rasa malang dapat awak sebagai isteri saya tapi sebaliknya saya bersyukur sebab saya aje yang boleh jadi pelindung awak..bukan orang lain...itu istimewanya saya pada awak..."

Makin laju air mata Nadine turun dibuatnya.

" Saya harap awak pun boleh buka pintu hati awak untuk saya lah ? "pinta Adwa. Yelah setakat ni hanya Adwa saja yang banyak confess dekat Nadine tapi Nadine sekali pun tak pernah mengaku sayangkan Adwa. Adwa tak tahu langsung apa isi hati Nadine.

Nadine masih diam, dia tidak bersuara sekali pun.Seketika dia menyeka air matanya. Namun tiba-tiba dia bangun dan mendekati Adwa dengan lebih dekat . Adwa sedikit terpinga dengan tindakan Nadine. Nadine nak apa datang dekat aku ni ?

Seketika jarak Nadine dan Adwa teramatlah dekat, Nadine menunduk sedikit sehinga dia sama taraf dengan Adwa.

" Ke..kenapa ?" tanya Adwa gugup. Makk aihhh dekatnya muka dia dengan aku. Ni Nadine ke hantu ?

" Saya nak awak ingat benda ni sampai bila-bila..." ucap Nadine serious.

Adwa tayang muka blur. Hah ? Ingat apa pulak ?

Chuppp !

Satu saat....dua saat....tiga saat....

Mata Adwa terbuntang ! Dia tersentak hebat jadinya. Bondaaaaaa ! Adwa nak pengsan ni !

Seketika ciuman dilepaskan. Pipi Nadine blushing. Adwa pulak masih terkaku.

" Saya harap awak faham lah macam mana perasaan saya dekat awak sekarang..Jangan tanya apa-apa lagi dari saya....."kata Nadine seraya menjarakkan dirinya dari Adwa lalu berlari beredar dari situ. Malu wehhhhh !

" Ya Allah...aku mimpi ke ni ? " soal Adwa sendiri seperti tidak percaya dengan apa yang berlaku sebentar tadi.

*********************

Adwa tersengeh sendiri sejak dari tadi. Dah macam orang gila dah lagaknya. Alahai macam ni lah kot kan kalau orang tengah hangat bercinta. Hahahaah asyik berangan aje. Kalau aku tahu bercinta tu best dah lama aku bercinta haish ! Tapii tak boleh jugak kalau aku bercinta awal sebab kalau tak mesti aku tak dapat jumpa Nadine kan ?

" Oiii..." teriak perlahan Noah ditepi Adwa.

Adwa tersedar dari lamunan dan sengehannya.

" Apa kau ni ? " bisik Adwa perlahan.

Kenapa diaorang duk berbisik – bisik ni ? Yelah sekarang tengah dalam kelas prof. Mana boleh bising.

" Apa yang kau sengehkan dari tadi tu hah ? Ada yang lawak ke dengan kelas prof hari ni ? Asyik tersengeh –sengeh macam orang gila aje aku tengok...." Bebel Noah perlahan.

" Alaa kau ni kacau lah..biarlah kat aku nak tersengeh ke apa..." balas Adwa.

" Aku nak tahu juga apa yang sengehkan ? Menang loteri ke ?" teka Noah.

" Ish kau ni...menang loteri apanya? Haram lah semua tu...lagipun aku anak raja , nak main loteri apa pulak ?"kata Adwa.

Noah tersengeh seperti kerang busuk.

" Dah tu ? "

Adwa tersenyum tipis.

" Aku sengeh sebab....aku .... Jatuh...cinta...."

" Hah ? Jatuh cinta ? Wah- wah maju dah kawan aku sorang ni..."

" Tak pelik kan aku jatuh cinta dengan isteri sendiri ?"soal Adwa pulak.

" Tak lah...okay aje...tak salah pun benda dah halal kan ?" kata Noah.

Adwa senyum sampai ke telinga jadinya.

Setengah jam kemudian, kelas prof pun tamat. Adwa dan Noah jalan beriringan keluar dari dewan kuliah. Baru beberapa langkah keluar dari dewan kuliah tetiba diaorang disapa seseorang.

" Guys!  "

Adwa dan Noah menoleh.

" Syafawi? "

Syafawi mendekati Adwa dan Noah lalu mencelah di tengah - tengah diaorang.

" Kau pergi mana? Asal tak masuk kelas prof? " tanya Noah.

" Err aku baru sampai aje ni.. hehe ada hal sikit... " kata Syafawi sambil tersengeh kecil.

" Sibuk sunggu kau kan beberapa minggu ni aku tengok.. " kata Adwa.

" Haah boleh lah.. "

" Noah cakap kau ada girlfriend baru? Betul ke? Sibuk uruskan girlfriend baru ke?  "

" Hahahaha ada lah.... rahsia.... " kata Syafawi.

" Elehhh dengan kawan sendiri pun nak berahsia ke? " kata Noah.

" Hahaha dah lah jom pergi cafe? Aku lapar lah... " kata Syafawi seraya memaut ke dua - dua bahu Noah dan Adwa.

Seketika mereka bertiga pun beredar untuk ke cafe.

Setelah puas melihat kematian Wafa tetiba Arini terpandang sesuatu di tingkap bilik tersebut. Baru dia tersedar bahwa apa yang berlaku sepanjang tadi sudah dirakam oleh seseorang. 

Arini menjenguk untuk melihat orang itu, serta merta orang itu terus menunduk menyembunyikan diri.

Nadine tersedar dari tidurnya. Petanda lagi dia dapat. Tak sia - sia dia terlelap dekat pondok rekreasi ni. 

" Orang yang rakam tu... mesti dia ada semua bukti - bukti kematian mama.. " ngomel Nadine sendiri.

" Hoiiiii !  Kat sini rupanya kau ea? " sergah Nia.

Nadine terus memandang Nia.

" Nia aku dah dapat petunjuk tentang kematian mama aku... " kata Nadine terus.

" Oh ya? "

Nadine mengangguk laju.


#Wahhhhh makin best ke story ni? Hehehehe finally Adwa dan Nadine sama - sama saling suka.  So just nak settle kan kes mama dan Nia aje lah ni. Nak tahu apa akan jadi? Stay tuned ya guys!  Keep vote and comment please 🤗❤ comment gempak² ya 😂🌸

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro