Special Edition ( Part 14 )
Jam menunjukkan pukul 2 petang ketika itu. Wafa hanya duduk bersantai di hadapan televisyen. Rumah agak sunyi ketika itu. Hmmm suami sedang bekerja. Manakala anak perempuannya ada kelas di U hari ini.
Terasa agak sunyi juga ketika itu. Setelah sekian lama dia duduk di hadapan televisyen yang hanya menyiarkan program - program tidak menarik, Wafa mula bangun seraya menutup suis televisyen.
Buat seketika dia menapak untuk naik ke tingkat atas. Ingin berehat sekejap di dalam biliknya. Makanan juga telah siap dia masak pada hari itu. Hanya menunggu kepulangan anak dan suami tercinta saja untuk makan bersama.
Wafa sampai di hadapan pintu biliknya, namun apabila dia baru saja mahu memulas tombol pintu tetiba tingkah lakunya terhenti apabila ada suara yang menegur.
" Hai wafa? "
Wafa tersentak! Pantas saja dia menoleh ke belakang. Wafa terkejut. Macam mana dia boleh masuk dalam rumah aku ni?
" Kau buat apa dekat sini? " tanya Wafa penuh debaran.
" Hmmm aku buat apa dekat sini? Hahaha salah ke aku nak melawat rumah yang bakal aku pindah nanti? "
" Apa maksud kau ni hah? " tanya Wafa mula berasa tidak selesa.
" Kau tak payah tanya apa maksud aku lah. Aku rasa kau tahu kan yang tak lama lagi aku yang akan jadi mem besar dalam rumah ni... dan aku yang akan jadi isteri kepada tuan rumah ni.. " kata orang dihadapan wafa sinis.
" Apa yang kau merepek ni? Boleh tak kau stop buat semua kerja gila ni? Jangan ganggu kebahagiaan aku! Jangan ganggu family aku.. Tolong lah... " kata Wafa hampir merayu.
Orang itu ketawa sinis jadinya.
" Kau yang rampas kebahagiaan aku wafa! Sekarang aku nak ambik balik apa yang sepatutnya jadi hak aku.. "
Wafa menggeleng.
" Sudah lah kau pergi balik lah.. " kata Wafa seraya menarik tangan orang itu lalu dibawa ke tangga rumah. Mereka sudah menuruni beberapa anak tangga.
Orang itu terikut - ikut langkah Wafa kerana Wafa menariknya agak kuat jugak.
" Kau nak halau aku? Lepaskan tangan aku lah! "
" Dah lah.. kau pergi balik lah... Jangan ganggu family aku.. " kata Wafa masih dengan kata-kata baik..
" Ahhhh aku tak nak balik! " teriak orang itu seraya menarik kuat tangannya lalu dia menolak bahu Wafa.
Wafa tidak seimbang jadinya. Seketika dia jatuh bergolek di setiap sisa anak tangga yang tinggal.
" Mama! " teriak Nadine lantas terjaga dari tidurnya.
Jantung Nadine berdegup kencang. Wajahnya juga berpeluh. Ya Allah aku mimpi apa ni? Kenapa semua tu macam petanda? Mama tengah cuba tunjuk sesuatu dekat aku ke? Selalu kalau apa yang aku mimpi tu memang betul - betul kenyataan...
Seketika Nadine memandang di sisinya. Kelihatan Adwa masih nyenyak tidur. Sikit pun tidak terkesan dengan teriakannya sebentar tadi. Letih sangat kot Adwa? Hari ni pun kelas dia padat sangat.
Tetiba terukir senyuman nipis di wajah Nadine apabila dia memerhati wajah Adwa yang sedang tidur itu. Nyaman aje muka Adwa waktu tidur ❤
***************
Adwa sedang kusyuk menyiapkan tugasan dari prof zainal di library. Haish minggu ni banyak betul benda yang dia nak kena siapkan. Hmm sampai masa dia dengan Nadine juga agak terbatas.
Dah lah Nadine tu tak boleh tinggal sorang-sorang sangat. Nanti macam-macam hal yang jadi. Susah juga ya aku ni ada keistimewaan untuk lindungi orang dari hantu haish. I'm sorry Nadine. Adwa kena rushing siapkan assignment ni.
" Pst.. pst.. "
Adwa buat tak dengar.
" Pstt.. psttt... pstt... "
Adwa menoleh memandang ke arah suara itu. Dia mengangkat keningnya sebagai tanda " What? "
" Kusyuk kau ea buat assignment prof? " kata Noah separuh bisik.
Adwa mencebik. Buat macam tak kenal aku pulak.
" Kau dah siap ke assignment yang prof kasi ni? " soal Adwa.
Noah hanya tersengeh seperti kerang busuk. Adwa buat muka menyampah. Dah tahu sangat perangai si Noah ni. Suka buat kerja last minute.
" Syafawi mana? " soal Adwa lagi setelah melihat Noah hanya bersendirian.
" Entah lah... hilang entah ke mana dia tu.. mentang - mentang dah ada girlfriend baru.. " kata Noah.
" Hah? Syafawi dah ada girlfriend baru? Aku tak tahu pun? " kata Adwa. Terus tak fokus dengan assignment nya.
" Kau nak tahu macam mana kalau kau asyik sibuk aje dengan honeymoon kau.. " kata Noah.
Adwa menjeling! Honeymoon kepala hotakk kau! Aku kena hadap hantu kau tak tahu. 😭😭😭
" Hmmm dah lah aku nak siapkan assignment ni.. Jangan kacau aku lah.. " kata Adwa.
" Yelah - yelah " akhirnya Noah mengalah.
Setelah 2 jam Adwa di library, dia mula beredar dari sana. Jam di tangan juga dilirihnya. Ohhh dah pukul 2 petang. Rasanya Nadine pun dah habis kelas rasanya. Boleh lah aku balik sekali dengan dia.
Seketika Adwa berjalan di sekitar fakulti Nadine. Mencari kelibat Nadine kot - kot terjumpa dekat mana - mana lah kan?
Part of Nadine.
Nadine berjalan tanpa arah tuju yang pasti. Dia berjalan tidak menghiraukan sesiapa pun di sekelilingnya. Bahkan dirinya seperti diluar kawalan...
" Nadine kau nak pergi mana ni? " tanya Nia pelik dengan tingkah laku Nadine.
Nadine diam sikit tidak menjawab dan langkahnya masih diteruskan.
" Hoii Nad! Aku tengah cakap dengan kau ni! " teriak Nia mula berasa geram.
Tetiba langkah Nadine terhenti. Dia memandang kiri dan kanan. Seketika kelihatannya ada sebuah kereta tengah bergerak laju di kawasan tersebut. Ya kini Nadine berhenti di hadapan jalan. Jalan tersebut untuk diseberangi ke fakulti yang lain.
Nia sedikit terpinga. Kenapa dengan Nadine? Dia nak buat apa? Nia memandang ke arah kereta yang sedang bergerak di situ. Dia sedikit tersentak!
" Nadine kau nak buat apa ni?! " kata Nia.
Nadine tersenyum sinis seraya terus melangkah ke hadapan dan berjalan ke tengah jalan.
Buat seketika kedengaran bunyi hon kereta yang amat bingit. Namun Nadine hanya berdiri tegak di tengah jalan seperti tiada apa - apa yang berlaku.
Pinnnnnnnnn!
" Nadine! " teriak Nia. Nia tak boleh nak buat apa - apa. Sebab dia bukan boleh sentuh manusia pun. Dia sendiri pun tak tahu kenapa.
Bukkkkk!
Tubuh Nadine jatuh diseberang jalan sambil dipeluk oleh seseorang. Nadine tersedar akhirnya. Dia terpinga sendiri. Eh apa yang jadi ni? Asal dia jatuh dekat seberang jalan ni?
" Awak okay ke Nadine? " kata seseorang.
Nadine agak terkejut mendengarkan suara itu. Lantas dia mengubah posisi lalu memandang ke arah orang itu.
" Adwa? "
Ya Adwa yang tolak Nadine tadi. Dia yang selamatkan Nadine. Nasib baik Adwa sempat selamatkan Nadine kalau tak mesti dah kena langgar.
" Awak okay? " tanya Nadine.
" Jangan risau.. saya okay... aduhhhhhhh! " kata Adwa tiba - tiba mengaduh kesakitan apabila dia cuba mengangkat tangan kanannya.
Nadine terkejut. Pantas menggeleng.
" Tak! Awak tak okay ni. Jom kita pergi klinik sekarang.. " kata Nadine mulai cemas.
*************
Doktor yang bertugas di klinik U sedang mengubati Adwa di bilik rawatan. Nadine hanya menunggu di luar bilik rawatan. Hati Nadine dirundung rasa risau yang menggunung. Ya Allah harap - harap tak ada yang serious berlaku pada Adwa lah.
Ya Allah dugaan apa lagi ni? Benda tu kacau aku balik ke?
" Nadine.. "
Nadine menoleh ke empunya suara.
" Asal dengan kau hah sekarang? Kenapa kau nak bunuh diri kau sendiri? Dah gila ke? Nasib baik suami kau sempat selamatkan kau tau.. " bebel Nia.
Nadine menggeleng.
" Bukan aku.. bukan aku yang nak bunuh diri sendiri... tapi benda lain.. benda lain yang dah control diri aku.. dia nak hancurkan aku.. " luah Nadine mula ada rasa takut semula dalam dirinya.
Nia terdiam seketika.
" Terima kasih doktor... " kata Adwa yang baru keluar dari bilik rawatan.
Nia dan Nadine terus memandang ke arah Adwa.
" Sama - sama.. tapi jangan lupa dapatkan rawatan yang lebih lanjut dekat hospital ya... " pesan doktor itu.
Adwa mengangguk. Seketika doktor masuk ke dalam semula manakala Adwa menoleh ke arah Nadine.
Nadine terdiam melihat Adwa. Dia melihat tangan Adwa yang berbalut. Adwa pula hanya mempamerkan senyuman manis. Menandakan yang dia okay - okay saja. Cuma ya tangan kanannya retak disebabkan terhempas ketika menyelamatkan Nadine tadi.
Mata Nadine berkaca akhirnya. Nadine berlari ke arah Adwa lantas memeluk Adwa.
Adwa tersentak.
" Saya minta maaf... " luah Nadine bersama titisan air mata.
#Alahaiii kesiann Adwa retak tangan pulak? Macam² dugaan yg melandakan? Btw siapa yang buat semua ni? Sampai bila nak berterusan macam ni? Nak tahu? Stay tuned guys! Keep vote and comment ya 😍❤
P/s : Klw sempat mlm ni sis update lagi ya 😘
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro