Special Edition ( Part 13 )
Ke hulur ke hilir jadinya Adwa. Dia dirundung rasa risau. Ya Allah selamatkan lah Nadine. Harap dia tak ada apa-apa yang serious. Hmm andai saja aku tak terlambat buka pintu tadi mesti tak seteruk ni jadinya.
Haish.. Benda apa yang kacau dia tadi pun tak tahu lah. Hmm alahai nanti kang aku pulak yang dicop suami dayus. Yelah kalau orang tuduh aku yang aku pukul isteri dera isteri ke macam mana? Tak ke naya namanya tu.
" Ermm Tengku Adwa? " panggil doktor yang bertugas.
Ya disebabkan tak mahu orang lain tahu, Adwa membawa Nadine ke hospital kerajaan biasa sahaja. Hmm nak pakai doktor peribadi diraja ? Oh no ! Boleh masalah besar jadinya. Nanti ayahnda soal banyak macam mana? Aku nak jawab apa ? Takkan nak bagitahu yang menantunya ni boleh nampak hantu pulak kan ? Impossible !
“ Macam mana dengan keadaan dia ?” tanya Adwa langsung.
“ Alhamdulillah, Puan Nadine dah stabil sekarang ni. Cuma dia hilang banyak darah juga lah. Tapi...saya pelik pada kesan di pergelangan tangannya yang berdarah tu. Tu bukan kesan kelar menggunakan pisau tapi macam kesan cengkaman yang kuat....Ermmmm apa yang berlaku sebenarnya ni Tengku ? Err maaf kalau saya terlalu berlebihan...Tengku dengan Puan Nadine bergaduh ke ?” kata doktor tersebut.
Glurp ! Adwa tertelan liur sendiri. Ehhh doktor ni ! Nak cop aku dera Nadine pulak ke ?
“ Errr mana ada saya gaduh dengan dia. Ermm tak apa lah doktor...terima kasih sebab tolong selamatkan dia...”kata Adwa malas nak memperpanjangkan lagi cerita dengan si doktor ni.
“ Maaf kalau saya berlebihan...Ehh Tengku tak perlu berterima kasih sepatutnya kami pihak hospital yang patut berterima kasih dekat Tengku sebab sudi menggunakan khidmat kami...”kata doktor.
Adwa mengangguk kecil.
“ So sekarang saya dah boleh melawat dia?”
“ Boleh Tengku..sila kan...”kata doktor.
Seketika Adwa menapak masuk ke dalam bilik rawatan khusus untuk Nadine itu. Dapat dilihat Adwa akan Nadine yang terbaring dengan penuh balutan di setiap anggota badannya. Adwa terasa agak sedih melihat keadaan Nadine yang sebegitu. Teruk juga dia kena gangguan kali ni. Hmm macam mana life dia yang sebelum ni ? Mesti peritkan nak kena tanggung sorang-sorang?
Mama pun tak ada. Mesti dia kesunyiaan kan? Ya Allah aku bersyukur sebab aku diberikan untuk menjadi pelindung dia.
Adwa akhirnya mengambil tempat di bangku yang disediakan di sebelah Nadine itu. Adwa memerhati wajah Nadine yang masih tidak sedarkan diri itu. Seketika pandangannya jatuh pada tangan Nadine. Selepas itu, Adwa perlahan-lahan meraih tangan milik Nadine. Digenggam erat tangan Nadine seperti menyalurkan sedikit kekuatan buat Nadine.
“ Sayang Nadine....kuat ya....habib akan selalu ada dengan Nadine...” tutur perlahan Adwa lalu tangan Nadine diciumnya.
Sumpah. Aku dah mula sayang dan cintakan Nadine. Aku janji pada diri aku yang aku akan jaga dia sampai hujung nyawa aku.
*****************
Adwa tersandar seketika di bangku yang terletak berhadapan dengan pintu bilik rawatan Nadine. Dia menghembus nafas kasar. Adwa terasa lelah. Nadine masih belum sedarkan diri. Apa yang aku nak buat sekarang ? Aku sendiri tak tahu pasal benda-benda halus ni. Andai saja apa yang berlaku ni disebabkan manusia betul , pasti saja aku dah buat laporan polis. Ni masalahnya benda lain. Haish nasib baik kelas Adwa dan Nadine start minggu depan...so masih ada waktu lagi untuk Nadine berehat dahulu.
“ Adwa ... “ panggil seseorang yang baru hadir.
Adwa menoleh.
“ Abang Adam...” sahut Adwa.
Ya akhirnya baru Adam sampai di hospital. Seketika Adam menapak mendekati Adwa lalu mengambil tempat duduk di sebelah Adwa.
“ Apa dah jadi ni ? “ tanya Adam juga risau. Yelah risau kalau adiknya ini buat macam-macam hal pulak.
Adam datang sendiri, Damia dan anaknya hanya tinggal di rumah. Ya Adwa mengkhabarkan hal ini kepada Adam. Adwa tak boleh simpan semuanya ni sendiri. Pada Humaiera dia masih rahsiakan.
“ Hmmmm kalau aku ceritakan ni pada kau kan abang Adam , kau sendiri mesti takkan percaya..”
“ Maksud kau ? “
“ Hmm okay lah..semua apa yang terjadi dekat Nadine sekarang ni bukan disebabkan manusia....”jelas Adwa sedikit.
Adam tayang wajah terpinga.
“ Kalau aku cakap semua ni sebab benda ha...lus ? Kau percaya ?”
“ Hah?!”
Akhirnya Adwa menceritakan segala – galanya kepada Adam. Dia juga menceritakan segalanya dari first meet dirinya dengan Nadine sehinggallah penjodohan mereka dan juga kes masa hari pertama lagi Nadine dah minta cerai apa semuanya lah. Jelas sekali Adam juga kelihatan agak terkejut dari riak wajahnya akan semua penjelasan yang keluar dari mulut Adwa itu.
Dia sendiri tak sangka kisah hidup adiknya dengan adik iparnya si Nadine ini lebih dasyat dari kisah hidupnya bersama Damia dahulu.
“ Kau rasa kan abang Adam, apa patut aku buat ?” tanya Adwa kusut.
“ Hmm...” Adam mendengus sedikit jadinya. Seketika dia juga tersandar di situ dan cuba memikirkan sesuatu untuk menolong adiknya. Haish complicated juga ni masalah adik aku.
“ Arghhhhh ! “
Kedengaran teriakan Nadine dari dalam bilik rawatan. Adwa dan Adam masing terkejut dan tersentak. Dengan serta merta , Adwa terus berlari masuk ke dalam bilik rawatan tersebut.
Masuk saja dalam bilik rawatan , katil Nadine kosong ! Eh mana pulak Nadine ni ? Tetiba Adwa terpandang akan satu figura yang memeluk lutut di suatu sudut. Jelas sekali dia kelihatan agak ketakutan. Siapa ? Siapa lagi kalau bukan Nadine.
“ Tu..Nadine..kau pergi lah tengok dia...” bisik Adam disebelah Adwa setelah Adwa masih berdiri statik di situ.
Penuh debaran Adwa jadinya. Yalah dia pun bukannya berani sangat even nampak aje dia macho kan ? Hahaahaha kalau tu bukan Nadine yang asli macam mana ? Nanti dengan dia sekali kena cekik !
“ Ishh..kau termehng apa lagi Adwa...Tak gentleman betul lah..Pergi lah tengok isteri kau tu...Takkan aku pulak yang nak pergi tengok...”ngomel kecil Adam. Hish budak ni kalau slow-slow jugak.
Adwa tersedar dari lamunannya. Seketika dia memberanikan dirinya juga untuk mendekati Nadine. Adwa melutut di hadapan Nadine.
" Nadine... " panggil Adwa gugup.
" Pergi ! Jangan kacau aku lah ! " teriak Nadine sambil wajahnya disembamkan ke lutut. Dia tidak perasan yang di hadapannya sekarang ni Adwa.
" Heyy... Nadine... Ni saya lah Adwa... " kata Adwa lalu menyentuh lembut kepala Nadine.
Dengarkan saja nama Adwa, Nadine terus mengangkat wajahnya. Lantas dia terus memeluk Adwa dengan pantasnya.
" Adwa.... " panggil Nadine perlahan ketakutan.
Adwa sedikit tersentak. Begitu erat pelukan Nadine pada dirinya kali ini. Terasa getaran ketakutan Nadine saat ini. Dia benar-benar trauma barangkali dengan kejadian semalam agaknya.
" Ya.. saya ada dekat sini... awak jangan risau ea... benda tu takkan kacau awak.. " bisik Adwa sambil mengusap lembut rambut Nadine. Cuba menenangkan Nadine.
Adam hanya tersenyum kecil melihat pasangan itu. Alahaiii sweet juga ya si Adwa ni. Aduhhh teringat pulak isteri aku si Damia yang kat rumah tu. Tengah buat apa ea sekarang?
***********************
" Awak nak makan apa lagi? Nak saya beli kan makanan dekat luar pulak ke? " tanya Adwa.
Nadine menggeleng. Dia tidak mahu makan lagi. Makanan hospital pun payah dia nak habiskan.
" Oh okay baiklah. Nak minum air lagi ke? " tanya Adwa lagi.
Nadine tetap menggeleng.
" Ermm okay lah tak apa lah.. Awak rest lah ea saya keluar sekejap... " kata Adwa seraya ingin bangun.
Tetiba Nadine terus menarik tangan Adwa.
" Jangan tinggalkan saya... temankan saya dekat sini... " kata Nadine seakan merayu.
Adwa memandang ke arah Nadine. Seketika dia terduduk semula.
" Yelah saya teman awak... Saya takkan tinggalkan awak.. " kata Adwa.
Nadine mengangguk kecil. Untuk beberapa minit, suasana menjadi agak sunyi. Tak tahu apa nak dibicarakan.
" Ermm... Nad.. saya nak tanya boleh? " kata Adwa tetiba.
" Tanya apa? "
" Ermm apa sebenarnya yang terjadi dekat awak masa tu? "
Nadine kelihatan agak resah dengan soalan Adwa itu.
" Errr... saya... kena.. kacau dengan benda halus tu... " kata Nadine takut - takut apabila dia teringatkan kejadian yang berlaku ketika itu.
Adwa menghembus nafas berat. Dah agak memang dia kena kacau dengan benda tu lah...
" Dia nak apa dekat awak? " tanya Adwa lagi.
Nadine terdiam seketika sebelum berbicara semula.
" Ermm dia cakap... dia... nak hancurkan saya... Dia cakap... tuan dia hantar untuk hancurkan saya.. " kata Nadine perit apabila dia teringatkan kata - kata benda halus tu pada waktu itu.
Adwa tersentak hebat apabila mengetahui tentang hal itu. Huish ni bukan benda yang boleh dibuat main ni. Ada orang guna benda - benda macam ni untuk hancurkan Nadine nampaknya. Orang tu mesti nak tengok Nadine menderita ni... tapi siapa?
" Saya takut... saya tak dapat lawan benda tu masa tu... sebab dia terlalu kuat bukan macam benda halus yang saya jumpa sebelum ni... " jelas Nadine lagi.
Adwa mengangguk kecil.
" Hmmm saya minta maaf.. " kata Adwa akhirnya.
" Hah? Kenapa pulak awak minta maaf? " tanya Nadine tidak mengerti.
" Yelah sebab saya terlambat nak buka pintu masa tu.. Kalau tak awak mesti takkan jadi seteruk ni... " kata Adwa.
Nadine pantas menggeleng.
" Tak bukan salah awak... salah saya juga sebab kunci pintu masa tu... " kata Nadine.
" Hmmm yelah.. tapi awak dah maafkan saya kan pasal masa lalu kita dulu? Pasal parut dekat dahi awak tu? " kata Adwa membuka topik.
Nadine terdiam jadinya. Haah hampir terlupa tentang hal itu. Hmm nak maafkan ke tak ea?
" Please? Forgive me.. " kata Adwa lagi merayu lalu menyentuh tangan Nadine.
" Ermmmm.. yelah saya maafkan awak... " putus Nadine akhirnya. Malas nak panjangkan masalah yang dah lama.
Adwa tersenyum puas.
" Terima kasih sayang... " kata Adwa spontan.
Nadine blushing! Oh my god aku tak salah dengar ni kan? Dia panggil aku SAYANG kan?
#Heeee chapter baru for you guys! Sorry late 😂 Apa korang rasa? Makin sweet tak diaorang ni? Keep vote and comment guys 🤗❤
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro