Special Edition ( Part 12 )
" Kejap ...awak..budak kecil tu kan? " kata Adwa seperti teringatkan sesuatu.
Nadine menoleh ke arah Adwa. Apa maksud Adwa dengan budak kecik tu?
" Awak budak yang suka kejutkan saya kan? Pasal hantu? " kata Adwa.
Nadine tersentak ! Wait a minute ! Jangan cakap Adwa ni...
" Awak... Budak yang tolak saya dulu tu kan? " kata Nadine mendatar.
Adwa pulak yang tersentak. Haah aku yang tolak dia dulu. Sampai dahi dia ada parut kecil macam tu. Serious sebenarnya Adwa rasa bersalah jugak lah masa tu. Dia tak sengaja tolak budak kecil perempuan tu sampai dahi dia terhantuk dekat batu.
Adwa pun dah bertekad andai suatu hari nanti dia berjumpa semula dengan budak perempuan tu, dia akan minta maaf.
" Awak lah budak jahat tu kan?! " teriak Nadine mula berasa geram.
Tak sangka budak tak guna yang tolak dia tu ternyata suaminya sendiri! Hampeh betul lah...
" Errr... Saya minta maaf... Saya tak sengaja lah....Lagipun masa tu kita masih budak-budak. " jelas Adwa baik-baik.
Nadine mencebik. Dia betul-betul geram dengan Adwa saat ini. Bukan sahaja dia geram atas sebab parut yang masih berbekas di dahinya tapi ada satu lagi membuat rasa geram itu membuak- buak!
Benda apa?
Disebabkan kata - kata dia aku jadi macam sekarang ! Disebabkan kata - kata dia jadi kenyataan, sekarang aku boleh nampak semua benda - benda halus tu ! Tu semua disebabkan budak dekat depan mata aku lah yang dah besar sekarang and malangnya jadi suami aku pulak tu?
" I ' m sorry okay.. " kata Adwa lagi merayu kecil.
Nadine pantas menggeleng.
" Dah awak sambung masak ni.... Saya tak jadi nak masak untuk awak... " kata Nadine seraya berlalu pergi dari situ.
" Nadine ! Please! Forgive me? " teriak Adwa.
Namun Nadine sikit pun tak peduli dan dia cepat- cepat berlari naik ke bilik.
Adwa menghembus nafas berat. Marah betul kan dia dengan aku? Alahaiiii tak sangka pulak aku yang dia budak perempuan tu. Dah jadi isteri aku pulak tu 😂😂😂
*****************
Pintu bilik ditutup kuat. Pintu juga dikunci dari dalam. Nadine terus melangkah ke arah katil lalu menghempas tubuhnya di situ. Dia terlentang di atas katil.
" Ya Allah... Kenapa semuanya jadi macam ni? Kenapa dia juga yang jadi suami aku? " ngomel Nadine sendiri. Dia masih tak percaya.
" Hahahahahah tak sangka gila kan? Budak lelaki yang tolak kau tu suami kau yang sekarang ni? " menyampuk Nia yang tiba-tiba muncul.
Nadine sedikit tersentak lalu menoleh.
" Ish kau ni.. Suka muncul tiba-tiba hah? Boleh buat aku sakit jantung tau ! "
Nia tersengeh seperti kerang busuk.
" Hehe sorry lah... Lain kali aku bagi salam ea kalau aku muncul.. " kata Nia berseloroh.
Nadine menjeling.
" So kau nak buat apa sekarang? Mintak cerai ke? " kata Nia..
Dengar saja perkataan CERAI , automatik Nadine terduduk.
" Gila kau nak minta cerai ? Mana boleh ! " jawab Nadine pantas.
" Eh ? Kenapa pulak tak boleh ? "
" Ermm tak boleh sebab...sebab...aku..dah..." kata Nadine gugup.
" Kau dah...apa ?" tanya Nia pelik.
" Aku dah...ja..." kata Nadine gugup lagi
" Ja apa ?! " teriak Nia kuat sampai terkejutkan Nadine.
" Jatuh cinta ! " kata Nadine terus straight to the point.
" What ? Wahhhhhhh good news... " puji Nia.
Nadine menutup mulutnya. Aduhaiiiii terlepas cakap pulak. Jangan Adwa dengar sudah lah. Malu aku nanti kang.
" Kalau macam tu kau confess aje lah perasaan kau tu dekat suami kau... Lagipun aku rasa suami kau pun ada perasaan yang sama lah dengan kau... " kata Nia.
Nadine berfikir sejenak. Dia memandang ke hadapan.
" Tak nak lah....Tak semudah tu aku nak bagitahu... Aku ta... " kata Nadine terhenti apabila tetiba dia toleh ke arah Nia tetapi bayangan Nia sudah tidak ada lagi.
Haish hantu seekor ni memang suka muncul dan hilang tiba-tiba.
" Hmmm yaa.. Aku dah mula jatuh cinta dengan Adwa... Tapi aku takut nak confess dekat dia buat waktu sekarang.. Tak apa lah even dia lah budak yang doakan aku boleh nampak hantu tu tapi dia juga pelindung aku sekarang.. " kata Nadine sendiri.
Tetiba pintu bilik diketuk.
Tok ! Tok!
" Nadine... Buka lah pintu ni... Jom turun makan. Saya dah siap masak dah... " panggil Adwa dari luar.
Eh dia panggil lah.Seketika Nadine bangun dan turun dari katil.
Baru saja kakinya ingin melangkah untuk menuju ke arah pintu tetiba ada sepasang tangan menarik kakinya kuat.
Nadine tersungkur di atas lantai.
" Aduhhh... " Nadine mengaduh lantas melihat ke arah sepasang tangan itu.
Nadine tersentak! Ada lembaga hitam dengan wajah yang amat mengerikan sedang merangkak - rangkak ke arahnya.
" Arghhhhhhh! " teriak Nadine kuat dan cuba untuk bangun menjauh dari lembaga tersebut.
Lembaga tersebut dengan pantas menarik kaki Nadine. Nadine tersungkur lagi buat kali kedua. Kini kepalanya terhantuk sedikit di atas lantai.
Part of Adwa.
Adwa terdengar teriakan kuat Nadine dari luar. Adwa terkejut dan jadi gelisah. Dia terus mengetuk kuat pintu bilik. Nak dicuba buka pintu bilik tetapi berkunci.
Tok! Tok!
" Nadine awak okay ke?! Buka pintu ni... Please! " teriak Adwa risau namateyyy wehh.
Prangggggg !
Kedengaran bunyi barang - barang jatuh. .
Adwa tersentak ! Ya Allah apa yang jadi dekat Nadine ni ? Hati Adwa dirundung rasa gelisah yang makin mendalam. Ketukan pintu makin bertalu - talu jadinya.
Part of Nadine.
Tubuh Nadine tersandar pada dinding di suatu sudut. Pergelangan tangan kanan dan kiri dicengkam kuat oleh lembaga hitam tersebut.
Nadine ingin melawan lembaga tersebut dengan ayat-ayat Al-quran tapi agak susah mulut Nadine untuk melafazkan itu semua. Seluruh tubuh Nadine dicontrol oleh makhluk tersebut. Kelihatannya lembaga hitam ni bukan makhluk halus yang biasa pernah Nadine nampak. Betul-betul kuat.
Lembaga hitam ni datang dari mana? Apa yang dia nak sebenarnya? Nadine rasa dia bukan nak minta tolong Nadine tapi dia nak binasakan Nadine.
" Kau...na..k.. apa.. dari aku?" kata Nadine terketar- ketar dengan matanya yang dikecilkan.
Nadine jugak agak takut untuk memandang terus menerus dengan makhluk yang berwajah ngeri itu.
" Aku... Dihantar oleh tuan aku...untuk hapuskan kau... " kata benda itu bersuara serak.
Jantung Nadine berdegup kencang. Betul tekaannya. Benda ni memang nak hancurkan aku. Siapa hantar dia? Apa salah aku sampai sanggup hantar benda - benda macam ni dekat aku?
" Sia..pa..tu..an..kau ?"
Makhluk tersebut hanya berdiam diri. Hanya cengkaman di tangan Nadine dieratkan sehingga meninggalkan kesan dan ada juga titisan darah yang mengalir. Nadine terasa amat sakit dan perit.
Tenaganya juga makin berkurangan. Dia juga dapat mendengar teriakan Adwa dari luar yang memanggil - manggil dirinya. Namun dia tidak mampu menyahut atau berbuat apa - apa sekali pun. Nadine betul-betul dalam kesulitan dan tak tahu apa yang patut dia buat sekarang.
Nak minta tolong Nia pun time - time macam ni lah dia tak muncul.
" Adwa... Tolong saya.. Saya perlukan awak... " desis hati Nadine bersama titisan air mata.
Tetiba kedengaran pintu bilik ditendang kuat lalu terbuka. Serta merta tubuh Nadine tercampak di atas lantai. Lembaga hitam itu mula hilang dan lesap begitu saja.
Tersentak hebat Adwa jadinya apabila melihat keadaan Nadine yang agak parah dan keadaan bilik yang bersepah macam dilanda tsunami saja.
" Nadine ! " teriak Adwa lalu menerpa ke arah Nadine yang sudah terkulai pengsan tidak sedarkan diri lagi.
#Guys ! Makin misteri banyak kan story ni? Alahai siapa pulak yang hantar benda-benda halus ni? Kesian Nadine kan? Apa akan jadi dengan rumahtangga Adwa dan Nadine nanti? Nadine akan selamat ke dari benda - benda halus yang jahat tu? Nak tahu? Stay tuned guys ! See you next week 😘 keep vote and comment ya 💓
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro