Special Edition ( Part 10 )
Nadine terduduk sendirian di luar rumahnya. Menghirup udara segar petang itu. Dulu petang- petang macam ni mama selalu lepak sama - sama dengan aku. Sekarang ni ? Lepak sorang aje lah yang mampu.
Sedang leka Nadine merenung ke suatu sudut tetiba datang seseorang menganggu ketenangan Nadine ketika itu.
" Hoiii budak ! " teriak Batrisya.
Nadine tidak menoleh. Hmmm malas nak layan. Bukannya dia tak tahu tu siapa. Kakak tirinya a.k.a Batrisya atau digelar Trisya.
" Kau buat pekak ea aku panggil kau ni ! " jerkah Batrisya lalu menunjal kepala Nadine.
Nadine pantas menoleh lalu bangun dan memandang tajam ke arah Batrisya. Hish dua beranak ni sama aje ! Suka main kepala aku kenapa entah ? Kalau aku bodoh macam mana ?
" Kakak nak apa ? Jangan kacau Nad boleh tak ? " balas Nadine.
" Ewah - ewah dah pandai melawan ye kau ni ? Mentang - mentang dah kahwin dengan anak raja nak berlagak dengan aku ya ? " kata Batrisya sinis.
Nadine diam jadinya.
" Untung kau kan ? Mama kau dah mati pun still tinggalkan wasiat suruh kau kahwin dengan anak raja ? Hebat ! " kata Batrisya sambil bertepuk tangan.
" Kakak jangan libatkan mama Nad dalam hal ni.." kata Nadine tidak suka kalau arwah mama masih dilibatkan dengan hal sebegini.
" Hahahaha kenapa ? Tak suka ? Ada aku kesah ? Kau dengar sini ea Nad , kau tu tak layak dapat semua ni ! Anak raja tu tak layak kahwin dengan kau ! Dia layak kahwin orang macam aku ni . Lagipun kau ingat anak raja macam si Adwa tu berselera ke dengan kau ? " kata Batrisya sinis.
" Cukup kak ! Jangan kakak nak libatkan Adwa pulak dalam hal ni. Kakak siapa yang nak tentukan siapa yang lebih layak nak kahwin dengan anak raja ? Semua ni takdir Allah. Jodoh Nad dengan Adwa semuanya Allah yang tentukan. Lagi satu tolong lah jangan cakap yang bukan - bukan tentang Adwa..." hambur Nadine. Kalau dengan Batrisya memang dia berani sikit berbanding dengan ibu tirinya.
Batrisya tersenyum sinis setelah mendegarkan kata - kata dari Nadine.
" Aku bukan cakap kosong tapi aku ada bukti..."
" Bukti ? Bukti apa ? "
Seketika Batrisya dengan senang hati menayangkan phone miliknya di hadapan Nadine. Ada video yang dirakam dimainkan oleh Batrisya.
Nadine melihat video itu semua. Nadine tersentak !
" Puas hati kau ? Hahahaha see dia tak berselera dengan kau ! Tapi dengan aku. Kalau lah dia ni baik sangat takkan lah dia ambik kesempatan peluk aku time aku tengah mabuk kan ? " kata Batrisya sinis.
Ya Arini yang merakam semua adegan malam itu. Dia memang dah plan semua ni pun. Dia memang nak rosakkan hubungan Adwa dan Nadine. Dia bukannya setuju sangat pun dengan perkahwinan wasiat ni semua.
" So kau dah boleh fikir sekarang kot , sama ada nak teruskan dengan perkahwinan yang tak ikhlas ni atau hentikan semua perkahwinan yang sia - sia ni ? Semua pilihan ada di tangan kau..." kata Batrisya.
Nadine terdiam jadinya. Fikirannya berserabut tika ini. Terngiang - ngiang kembali kata - kata Adwa.
" Errrr saya tengah cu..cuba jugak lah ni...Lagipun kita suami isteri kan ? Memang kena ada perasaan tu semua....Sebab kita bukan nak hidup bersama untuk beberapa bulan aje tapi untuk selama - lamanya.."
Kata - kata semalam lagi.
" Jangan lah nangis ....buruk..." kata Adwa lalu tersenyum manis.
Dia tunjuk macam dia dah mula sayangkan aku. Macam tu juga apa yang aku rasa sekarang tapi bila Kak Trisya tunjuk video tu aku jadi was - was. Betul ke apa yang berlaku sekarang ni ? Adwa betul - betul ikhlas ke dengan aku ?
Batrisya sudah tersenyum sinis dalam diam. Yess ! Aku dah berjaya hasut dia supaya bencikan Adwa. Seketika dia meninggalkan Nadine sendirian termangu di situ.
**************
Beberapa saat selepas kepergian Batrisya , muncul pula Adwa datang menyapa.
" Nadine...." panggil Adwa lembut.
Dengar saja suara Adwa memanggil, Nadine bertambah geram bila teringatkan video tadi. Dah ada isteri pun still nak try kak ipar. Lelaki semua sama aje ! Tak pernah cukup dengan satu.
Adwa kehairanan dengan tingkah laku Nadine. Kenapa Nadine tak ada respon pun aku panggil dia ? Jangan - jangan dia kena rasuk apa ? 😱😱😱😱
" Nadine ! " panggil Adwa sekali lagi lalu cepat - cepat menyentuh bahu Nadine.
Yelah mana tahu lepas Adwa sentuh bahu Nadine , hantu yang rasuk Nadine tu keluar ke kan ?
Adwa juga menarik bahu Nadine sehingga Nadine tertoleh ke arahnya terus. Automatik Nadine mendongak memandang ke arah Adwa dengan pandangan yang dia sendiri tak tahu nak kategorikan sebagai apa.
" Awak okay ke ? Ada hantu kacau awak lagi ? Dia masuk dalam badan awak ke ? " kata Adwa cemas.
Jelas sekali wajah cemas Adwa itu. Namun kini Nadine menjadi sangsi.
" Jangan sentuh Nad..." ucap Nadine mendatar seraya langkahnya juga terundur ke belakang beberapa tapak menjauhi Adwa.
Adwa terpinga. Ehhhh kenapa pulak ni ?
" Awak kee...kenapa ni ? " tanya Adwa lalu masih cuba mendekati Nadine.
Selangkah tapak Adwa maju ke hadapan begitu juga selangkah tapak Nadine mengundur ke belakang.
" Jangan dekat dengan Nad ! " kata Nadine sambil menggeleng.
" Tapi kenapa ? " tanya Adwa masih tidak mahu kalah.
Nadine menggeleng kecil.
" Nad...tenang dulu...cuba bagitahu saya kenapa awak macam ni ? Ermm sebab video tu ke ? " kata Adwa akhirnya.
Adwa tahu pasal rakaman video tu ?
" Please dengar cakap saya dulu..video tu semua hanya salah faham..." jelas Adwa perlahan.
Ya Adwa tahu pasal video tu. Adwa terdengar tadi sepanjang perbualan di antara Batrisya dan Nadine. Adwa juga dah selidik segalanya soal ibu tiri Nadine. Ternyata Adwa baru tahu ibu mentuanya tidak lah sebaik yang dia nampak. Dia ada terdengar tentang perbualan di mana ibu mentuanya yang menolak Nadine sehingga jatuh semalam. Dah tu sekarang nak cuba pulak rosakkan rumah tangga Adwa dengan Nadine ?
" Semua video tu tak seperti yang awak fikirkan...Saya tak ada niat pun nak ambil kesempatan pada kak Trisya...Ermm malam tu kak Trisya mabuk dan saya pula kebetulan masa tu ada dekat bawah jadi saya lah yang bukakan pintu. Entah macam mana lepas tu Kak Trisya pengsan. So dia jatuh dekat saya...Takkan saya nak tolak dia pulak kan ? Sebab tu lah awak nampak macam saya tengah berpelukan dengan dia kan dalam video tu ? " jelas Adwa jujur.
Baru Nadine rasa lega bila dengar penjelasan daripada Adwa. Lepas sedikit kekusutan di fikirannya tika itu.
" Please percayakan saya...saya takkan sesekali curang dengan awak...tu bukan prinsip hidup saya...Ya saya tahu kita masih tak bahagia macam pasangan lain...tapi saya tengah cuba sayang dan cintakan awak sepenuh hati...jadi tolong berikan peluang pada diri saya dan awak untuk rasa bahagia tu..." pinta Adwa sayu.
Nadine memandang Adwa. Dia jadi sebak serta merta. Tak pernah Nadine menyangka yang akan ada seorang putra raja melafazkan kata - kata indah seperti itu. Tiada terfikir pun Nadine yang akan ada lelaki yang sanggup cuba untuk sayang dan cintakan dirinya sepenuh hati.
Seketika Adwa menapak ke arah Nadine. Nadine hanya terpaku di tempat dia berdiri.
Apabila hanya tinggal beberapa inci saja , Nadine ditarik ke dalam pelukan Adwa.Nadine terkaku.
" Saya dah mula ikhlas terima awak dalam hidup saya. Jangan was - was lagi dengan saya...Beri saya peluang untuk jaga awak Nadine Azua..." bisik Adwa. Pelukan dikemaskan.
Air mata Nadine menitis akhirnya. Perlahan - lahan tangan Nadine membalas pelukan Adwa.
*******************
Adwa bersalaman dengan Nazhan. Kini sudah tiba masanya untuk dia dan Nadine balik ke tempat mereka semula. Lagipun cuti juga dah nak habis. Hmm lagipun tak selasa Adwa duduk rumah mentua dia lama - lama.Dah lah dapat kakak ipar yang gedik + merengek nak mateyyyy. Rimas aku.
Satu lagi dapat juga ibu mentua yang munafik pulak tu. Haish. Nasib - nasib..Hmmm kesian Nadine. Kena tanggung semua penderitaan ni sorang - sorang lepas kepergian arwah mama.
Sebelum diaorang balik , diaorang sempat singgah melawat pusara mama terlebih dahulu. Adwa pun kali pertama melawat pusara mama.
Kelihatan Nadine agak menangis teresak - esak. Adwa hanya setia mengusap belakang Nadine. Itu saja yang dapat dia lakukan.
Bila balik belah rumah mentuanya ini , baru Adwa dapat lihat sisi Nadine yang lain. Nadine yang garang , sombong dah tak ada. Hanya tinggal Nadine yang lemah , kuat nangis adalah.
Semasa mereka ingin memulakan perjalanan Adwa ada menyuruh Nadine untuk tidur dahulu.
" Awak tidur lah dulu ya .. nanti bila dah nak sampai saya kejutkan awak.." kata Adwa.
Dia tahu Nadine mesti rasa penat selepas banyak menangis tadi. Nadine hanya mengangguk. Seketika dia tersandar pada seat penumpang.
Dalam beberapa minit macam tu , Nadine sudah terlena. Adwa mencuri - curi pandang Nadine yang sedang tidur itu sambil drive.
" Comel.." gumam Adwa.
Tetiba Nadine bergerak kecil dan dia ada menyebut sesuatu dalam tidurnya.
" Habib..." panggil Nadine tidak sedar.
Adwa sedikit tersentak. Lama kelamaan dia tersenyum tipis.
" Ya...habib ada dekat sini..." balas perlahan Adwa. Takut tidur Nadine terganggu pulak kalau dia cakap kuat - kuat.
#Alalala so cuteeee couple ! Hehehe nah last chapter untuk minggu ni..Jumpa hujung minggu dpn pulak ya 😉 keep vote and comment guys 🥰💕
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro