Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Final Special Edition ( Part 20 )

Bagaikan suatu mimpi ngeri buat Nadine , apabila keadaan Adwa sekelip mata jadi sebegini. Seluruh tubuh milik Nadine menggigil ketakutan. Ya Allah. Sungguh berat ujian yang engkau berikan kepadaku kali ini. Kenapa bukan aku yang kena pasu tu ? Kenapa Adwa juga yang kena ?

Nadine masih terduduk lemah di kerusi yang disediakan di hadapan wad kecemasan itu. Ahli keluarga yang lain masih belum sampai. Noah kawan baik Adwa yang tolong call dan khabarkan semuanya kepada ahli keluarga Adwa. Nadine sendiri tidak kuat untuk memberitahu semua itu.

" Nad...harap awak bersabar banyak-banyak ya..." pujuk Noah cuba menenangkan Nadine.

Nadine kaku. Dia tidak menjawab akan kata-kata dari mulut Noah itu.

Seorang kawan baik yang entah masih layak dapat title tu ke tak pun sekarang , hanya duduk menunduk memandang lantai. Dia menyesali akan apa yang telah berlaku.

" Kenapa ? " Nadine mula bersuara.

Suasana menjadi sunyi.

" Kenapa awak kena buat semua ni Syafawi ?" kata Nadine sebak.

Syafawi hanya mendiamkan diri.

" Kenapa Syafawi ? Apa salah saya sampaikan awak nak cederakan saya ? " kata Nadine bersama titisan air mata.

Syafawi menghembus nafas kasar.

" Aku minta maaf...aku bodoh....aku terlalu ikutkan perasaan aku....aku bodoh..."luah Syafawi akhirnya.

Nadine memandang Syafawi setelah mendengarkan kata-katanya itu. Kenapa dengan Syafawi ? Apa yang dia ikutkan sangat perasaan tu ? Nadine tidak mengerti.

" Ya aku mengaku . Memang aku nak cederakan kau. Aku nak bunuh kau kalau boleh. Aku nak balas dendam..."kata Syafawi serak-serak suaranya menahan sebak.

" Balas dendam ? Balas dendam untuk apa ?"soal Nadine agak terkejut.

" Aku nak balas dendam untuk...."

Noah hanya menjadi pemerhati dan pendengar setia perbualan antara Nadine dan Syafawi itu. Meskipun dia sendiri juga dah tahu hal yang sebenar.

" Nia...."kata Syafawi.

Nadine tersentak hebat ! Nia ? Balas dendam untuk Nia ? Syafawi kenal Nia ?

" Awak kenal Nia ? "soal Nadine.

Syafawi mengangguk lemah.

" Nia....tu...adik aku...." Luah Syafawi akhirnya.

Jantung Nadine berdegup kencang saat itu. Ya Allah ! Nia adik Syafawi ? Apa semua ni ? Kenapa semuanya jadi berkait macam ni ?

" Aku nak balas dendam untuk Nia sebab kan keluarga kau...Mama kau....yang dah langgar adik aku....3 tahun yang lalu...."kata Syafawi mula bercerita.

Nadine menggeleng kecil. Tak ! Tu bukan mama aku. Tu hanya lah ibu tiri aku yang kejam.

" Aku tak puas hati bila mana orang yang dah langgar adik aku , masih boleh hidup bahagia sedangkan family aku...ibu aku..menderita tengok adik aku yang dah hampir 3 tahun koma...."

Begitu perit pendengaran Nadine untuk mendengarkan kata-kata Syafawi itu. Syafawi salah. Aku tak pernah bahagia lepas kematian mama. Aku juga menderita akan kehilangan mama.

" Aku dah cuba cari bukti untuk kes langgar lari adik aku tapi....semua tu sia-sia....bila mama kau yang licik tu...boleh hapuskan semua bukti. Pihak polis tak boleh buat apa-apa sebab diaorang dah cari kereta yang mama kau guna tapi tak jumpa...Aku dah tak tahu nak buat apa lagi untuk balas dendam....." kata Syafawi.

Air mata Nadine menitis semakin laju.

" Bila aku siasat pasal latar belakang mama kau....aku tak faham bila aku dapat tahu yang memang mama kau...tengah aim adik aku untuk bunuh dia. Kenapa ? Apa yang adik aku buat sampai mama kau sanggup langgar dia ?" soal Syafawi lalu dia memandang Nadine akhirnya.

Nadine menggeleng.

" Maaf Syafawi....untuk pengetahuan awak....perempuan yang awak fikirkan mama saya tu...bukan mama kandung saya...tapi dia cuma ibu tiri saya.."kata Nadine pulak untuk memulakan cerita.

Syafawi pulak yang tersentak !

" Saya minta maaf Syafawi....disebabkan ibu tiri saya dah buat Nia koma....saya minta maaf...Saya tahu kenapa ibu tiri saya buat macam tu dekat Nia...Semua tu sebab Nia ada simpan rakaman bukti kematian mama kandung saya...Bukti tu aje yang boleh buat ibu tiri saya dipenjarakan...." Jelas Nadine.

Syafawi terkesima mendengarkan cerita Nadine pulak.

" Ibu tiri saya yang dah bunuh mama saya...."kata Nadine sebak.

Syafawi dan Noah masing-masing terdiam jadinya.

**************

Butang mesin air hospital ditekan Noah. Seketika satu tin air milo jatuh dari corongnya. Noah mengambil tin air tersebut. Selepas itu ditekan satu lagi tin air nescafe pulak. Setelah kedua-dua tin air tersebut berada dalam genggamannya, dia bergerak mendekati Syafawi yang terduduk sendirian di suatu sudut hospital.

" Nah..."kata Noah lalu menghulurkan tin minuman milo itu kepada Syafawi.

Syafawi menyambut huluran tersebut.

" Noah..."panggil Syafawi lemah.

" Hmm ?"

" Aku ni jahat kan ? Sanggup cederakan kawan baik sendiri..." kata Syafawi menyalahkan diri sendiri.

" Hmm no man....kau tak jahat cuma keadaan sekeliling kau yang mendesak kau buat semua ni..."kata Noah.

" Hmmmm....kenapa kau tak hantar aku pergi balai aje ? Aku memang patut terima hukuman sebab dah hampir nak bunuh orang...."kata Syafawi.

Noah memaut bahu Syafawi.

" Ya memang sepatutnya aku dah nak hantar kau pergi balai....tapi semua ni permintaan Adwa..."

Syafawi memandang pelik ke arah Noah.

" Dia yang minta suruh aku tolong kau....jangan sampai kau dihantar ke balai...Dia tahu yang kau sebenarnya tak berniat pun nak buat semua ni...and untuk pengetahuan kau...Dah lama dia intip kau...dan dia siasat semuanya pasal kau...."jelas Noah.

*Flashback*

" Ermm...Noah...aku nak pesan kau something ni...."kata Adwa tiba-tiba.

" Pesan apa ? "

Adwa terdiam dan berfikir sejenak.

" Andai kata dalam waktu terdekat ni jadi apa-apa dekat aku...and semua tu berkaitan dengan Syafawi....aku nak kau tolong back up dia....jangan sampai dia masuk balai or diberi hukuman apa-apa....aku tak salahkan dia...."kata Adwa serious. Jarang Adwa nak serious macam ni.

Noah terpinga.

" Hah ? Apa maksud kau ni ? Aku tak faham lah...Kenapa pulak dengan Syafawi ?"

" Tak macam ni...Syafawi tu....."kata Adwa lalu menceritakan daripada A-Z.

Jelas sekali Noah kelihatan agak terkejut dengan setiap cerita yang keluar dari mulut Adwa itu. Dia hampir saja tak percaya dengan semua tu !

By the way, macam mana Adwa boleh tahu semuanya tentang apa yang dirancang Syafawi ? Macam mana Adwa boleh terfikir dan berniat untuk siasat tentang Syafawi? Act macam ni, ingat tak masa Adwa bawa Nadine terburu-buru ke hospital untuk melawat Nia ? Ya time Nadine sibuk dengan Faridah masuk melawat Nia , Adwa terasa nak pergi toilet. So dia pun pergi la toilet, tapi dia tiba-tiba ternampak kelibat Syafawi.

Start situ, Adwa mula syak sesuatu tapi dia hanya mendiamkan diri. Sehinggalah tiba suatu hari apabila sekali lagi Adwa datang melawat Nia dengan Nadine tetiba Adwa ternampak Syafawi keluar dari wad Nia. Namun waktu tu Nadine tak ada, dia ke toilet dulu.

Sejak tu Adwa mula rasa tak sedap hati. Maka , dia pun upah orang untuk siasat siapa Syafawi dengan Nia.

Hmmm even Adwa dah kawan lama dengan Syafawi, tapi tak semua pasal latar belakang Syafawi dia tahu. Semua ni disebabkan Syafawi agak merahsiakan beberapa perkara daripadanya dan Noah.

*End Flashback*

Tak tahu apa lagi yang mampu Syafawi katakan saat ini. Hanya wajah gelak ketawanya dengan Adwa selama ini sahaja yang terlayar di depan mata. Ya Allah, tolong selamatkan Adwa. Dia insan yang baik.

Kedengaran bunyi telefon Syafawi berdering tiba-tiba menandakan ada panggilan yang masuk.

" Hello ? Apa? Nia dah sedar? "

*************

Nadine hanya terduduk di hadapan pintu bilik rawatan Adwa saat ini. Dia termenung jauh. Matanya kelihatan agak sebam. Yalah mana taknya , kalau asyik nangis pastu stop sekejap pastu nangis balik. Nadine terasa lemah sangat ketika ini. Dia perlukan Adwa saat ini.

Mendengarkan setiap butir kata-kata doctor sebentar tadi juga amat meruntunkan hatinya. Perit, pedih itu yang dirasakan ketika itu.

" Macam mana dengan keadaan putra saya ?" soal ayahnda a.k.a Huzairie.

Ya Huzairie sekeluarga dah sampai ketika doktor ingin menyampaikan tentang keadaan Adwa itu.

" Hmm....keadaan Tengku Adwa tidak stabil buat masa sekarang.. Berlaku beberapa masalah di bahagian kepalanya. Saya dah buat pemeriksaan lebih terperinci. Tengku Adwa mengalami hentakkan kuat dan pendarahan dalam kepalanya. Buat masa sekarang dia masih dalam keadaan koma. Tempoh untuk dia sedar juga mungkin makan masa. Kami tak dapat nak ramal bila dia akan sembuh dan sedar daripada komanya...."jelas doktor yang bertugas ketika itu.

Kata-kata doktor itu mampu menyentapkan semua hati ahli keluarga kerabat diraja Huzairie. Masing-masing rungsing dan sedih dengan berita keadaan Adwa itu.

Air mata Nadine mula mengalir. Hmm dah lama dia tak menangis macam ni. Last dia menangis teruk pun masa arwah mama meninggal. Kini dia menangis pulak untuk keadaan Adwa.

" Habib...tolong jangan tinggalkan Nadine...."gumam Nadine perlahan.

" Kak Nadine..." sapa Humaiera yang mengambil tempat di sebelah Nadine.

Nadine menoleh. Dia memandang ke arah Humaiera sayu. Disapu seketika air matanya yang mengalir itu.

" Kak Nadine okay ?" soal Humaiera sedih melihat keadaan kakak iparnya seperti itu.

Nadine menggeleng kecil. Tak , dia tak okay sekarang ni..

" Sabar ea kak....Kakak kena kuat demi abang Adwa...."kata Humaiera cuba memberi semangat.

Nadine mengangguk lemah. Ya dia cuba untuk kuat demi Adwa.

" Jom kita tengok abang Adwa nak ? Dari tadi akak tak masuk lagi tengok abang Adwa..."kata Humaiera lalu meraih tangan Nadine.

Nadine mengangguk lalu bangun sambil di pimpin Humaiera. Yalah nak jalan sendiri pun Nadine dah tak bermaya jadinya.

Di dalam wad yang menempatkan Adwa. Kelihatan tubuh Adwa terbaring kaku di atas katil. Mulutnya ditutupi dengan alat bantuan pernafasan. Kepalanya pula sudah berbalut rapi. Berat langkah Nadine untuk mendekati Adwa itu. Sungguh tak percaya , yang Adwa akan jadi sampai macam ni. Ya Allah, sungguh aku tak kuat bila kena tengok keadaan Adwa yang tak bermaya tu.

" Ermm kak Nad temankan abang Adwa kejap ya....Humaiera tunggu dekat luar..."kata Humaiera ingin memberikan sedikit privasi kepada Nadine. Selepas itu dia pun beredar dari situ.

Tinggallah Nadine berdua dengan Adwa. Seketika Nadine mengambil tempat duduk di sebelah Adwa. Diraih tangan Adwa perlahan –lahan.

" Habib...maafkan Nad.....sebab selalu susahkan Habib....Habib kuat ya...tolong jangan tinggalkan Nad..tolong sedar cepat....Nad tak boleh hidup tanpa habib...."ucap Nadine sedih.

Adwa hanya diam. Sedikit pun tidak menjawab. Seketika Nadine memerhati sekeliling untuk melihat kalau-kalau ada roh Adwa di situ. Namun hampa sejak Adwa disahkan koma , tak sekali pun Nadine melihat roh Adwa. Nadine sendiri juga tidak pasti kenapa.

" Nad....akan selalu tunggu habib...."kata Nadine.

Tetiba Nadine melorot jatuh ke lantai dari tempat duduknya. Pegangan tangan Adwa juga terlepas akhirnya. Nadine pengsan tidak sedarkan diri.

***************

9 bulan kemudian.

Tubuh Adwa yang kaku itu dilap dengan tuala basah. Seketika rambut Adwa juga dirapikan. Diusap perlahan pipi Adwa. Nadine tersenyum sendiri.

" Habib...hari ni...Nad happy sangat.."kata Nadine mula ingin bercerita.

Even Adwa tak dapat nak jawab tapi Nadine tahu yang Adwa dengar segala-galanya. Ya sejak Adwa koma 9 bulan yang lalu , Nadine hanya mampu bercerita sendiri apabila dia datang menemani Adwa di hospital private kerabat diraja ini.

" Kes arwah mama dah selesai...alhamdulillah akhirnya makcik Arini dengan kak Trisya...dah terima hukuman yang setimpal...."kata Nadine bahagia.

Dia tersenyum sendiri.

" Nasib baik Nia sedar cepat dan temukan semula semua rakaman tu..."kata Nadine lagi.

Seketika tangan Adwa diraih. Dia meletakkan tangan Adwa pada perutnya yang sedang membesar itu.

" Baby...dah pandai tendang tau habib..."kata Nadine.

Baby ? Nadine mengandung ? Anak Adwa ?

Ya. 9 bulan yang lalu waktu Nadine pengsan tu kan , Nadine terus diperiksa oleh doktor. Tanpa disangka-sangka , ternyata Nadine pengsan sebab terlalu penat. Lepas tu baru dapat tahu yang Nadine dah mengandung 4 minggu. Nadine sendiri juga tak sedar yang dia mengandung. Itu lah sebab terlalu sibuk dengan urusan orang lain sampaikan diri sendiri juga dah tak terjaga.

" Habib....cepat lah bangun....habib tak teringin nak tengok anak kita ke nanti ?" kata Nadine sedikit sebak.

Tarikh untuk bersalin juga makin dekat rasanya. Berkemungkinan minggu ni juga kot Nadine bersalin. Teringin juga untuk kelahiran anak pertama ni , nak ada Adwa disisi waktu dia melahirkan nanti.

" Bondawaaaa ! " teriak Raissa berlari terkedek-kedek kea rah Nadine.

" Ehhh Achaaa..." sahut Nadine.

Seketika Raissa diangkat Nadine lalu diletakkan di ruang kosong sebelah Adwa.

" Achaa datang dengan siapa ni ?" tanya Nadine.

" Achaa datang dengan bonda ngan ayahanda lah..."kata Raissa petah bercakap.

Nadine mengangguk kecil.

" Heee bondawaa dengan ayahwaa sihat ? Baby sihat ?"soal Raissa dengan wajah comelnya.

" Bondawaa sihat...ayahwaa pun sihat...baby pun sihat..."jawab Nadine sambil mengusap kecil pipi Raissa.

" Bagus lah...hmm tapi....bila ayahwaa nak bangun ni bondawaa ? Tak penat ke asyik tidur aje ? Ayahwaa tak nak tengok baby ke ? "soal Raissa yang tidak memahami apa-apa tentang keadaan Adwa untuk beberapa bulan ini.

Nadine tersenyum kecil.

" Ayahwaa dia kena rehat sikit sebab tu dia banyak tidur...Suatu hari nanti ayahwaa mesti bangun....dia mesti nak tengok baby jugak..." jelas Nadine baik-baik.

" Oh macam tu..okay ! Ermm bondawaa , achaa nak turun kejap boleh ?" kata Raissa.

Seketika Nadine menurunkan si kecil Raissa ke bawah.

" Achaa keluar kejap tau....."kata Raissa.

Namun baru beberapa langkah , tiba-tiba nama Raissa diseru Nadine.

" Ach...aaa...Achaa..."panggil Nadine gugup.

Raissa menoleh pelik.

" Ye bondawaa ? Kenapa ? "

" To..long..bondawaa..panggilkan....bonda...ayahnda.."kata Nadine gelisah.

Kenapa dengan Nadine ? Kenapa dia kelihatan gugup ?

" Kenapa bondawaa ? " soal Raissa masih tidak faham.

" Panggil cepat ! Bondawaa rasa dah nak bersalin ! "

*****************

Keliling Nadine sekarang hanya ditemani oleh nurse – nurse. Doktor perempuan iaitu doktor Izzati a.k.a doktor peribadi kerabat diraja sedang berusaha menolong Nadine untuk melahirkan. Nadine juga sudah berpeluh-peluh jadinya.

" Tarik nafas puan....dan hembus...."

Nadine kini bertarung nyawa untuk melahirkan anak pertamanya dengan Adwa. Sumpah sakitnya tak tertanggung rasanya. Rasa macam nak mati ! Ya Allah kuatkan aku !

" Push puan....sikit aje lagi...push...."kata doktor Izzati memberi arahan.

Nadine menarik nafas dalam selepas itu dia menghembus sekuat hatinya.

" Arghhhhh ! " teriak Nadine kuat.

Seketika kedengaran bunyi tangisan bayi....Alhamdulillah Nadine selamat melahirkan anaknya. Nadine sendiri juga sudah terkulai lemah. Sungguh melahirkan anak memang susah.

" Puan....buka mata puan...."kata doktor Izzati.

Nadine lemah sangat sekarang ni. Matanya juga dibuka sekejap ditutup sekejap.

" Doktor..saya rasa Puan Nadine...dapat anak kembar lah..."kata salah satu nurse di situ.

Hah ? Aku dapat anak kembar ? Nadine juga hanya mendengar samar-samar saja kata-kata nurse itu. Eh takkan Nadine tak tahu yang dia dapat anak kembar ? Tak , Nadine sendiri pun tak sangka dia akan diberikan anak kembar. Lagipun sebelum ni bila buat medical check up....Dia cuma diberitahu anak satu..Lagipun jantinanya juga masih tidak kelihatan.

" Puan...Puan kena push sekali lagi...masih ada baby dekat dalam.."bisik doktor Izzati.

Namun mata Nadine makin memberat. Dia lemah. Terlalu lemah saat ini. Dia tak rasa yang dia boleh push lagi. Nyawanya juga dirasakan nipis senipis nipisnya. Ya Allah, andai hari ni ada lah hari terakhir buat ku..aku redho. Kalau boleh tolong...gantikan nyawaku dengan Adwa.

" Puan ! Puan kuat kan ? Please push..puan...Tolong jangan pejam mata..sedar puan..."kata doktor Izzati itu lagi.

Nadine mula terdiam. Matanya tertutup rapat. Beberapa saat kemudian, terasa tangannya digenggam erat.

" Sayang....bangun...tolong bangun...kuat untuk anak kita....sayang...."ucap Adwa ditelinga Nadine.

Adwa ? Nadine mendengarkan suara Adwa. Lama kelamaan , mata Nadine terbuka perlahan semula. Kelihatan wajah Adwa saat ini. Ya Allah aku mimpi ke ? Adwa dekat sebelah aku sekarang kan ?

Adwa kelihatannya sedang duduk di atas kerusi roda. Ya dia dah sedar akhirnya. Alhamdulillah.Memang satu keajaiban yang telah diberikan oleh Allah S.w.t.

" Adwa..."panggil Nadine lemah.

" Ya sayang....Adwa dekat sini....sayang kuat...kan ? Please demi anak kita..." kata Adwa sambil tersenyum kepada Nadine.

Nadine mengangguk perlahan. Buat seketika Nadine cuba untuk push lagi. Kali ni sambil push sambil dia mengenggam erat tangan Adwa. Ya Allah, Alhamdulillah Adwa dah sedar. Nadine rasa lega sangat. Beberapa kali push akhirnya, baby kedua pun selamat dilahirkan.

" Tahniah Tengku , tahniah puan...dapat sepasang anak kembar..."kata doktor Izzati tumpang bahagia.

" Terima kasih doktor..."kata Adwa.

Lantas Adwa mencium dahi Nadine.

" Terima kasih sayang....iloveyouu...."bisik Adwa ditelinga Nadine.

Mengalir air mata Nadine akhirnya. Alhamdulillah ya Allah 💕😭

*****************
Beberapa tahun kemudian....

Beberapa orang kanak - kanak  kecil  sedang berlari - lari anak di kawasan pinggir pantai. Kelihatannya gemar sungguh mereka bermain di tepi pantai itu. 

Para ibu dan ayah sedang rancak berborak di bawah pokok rendang di suatu kawasan sambil menjamu selera. 

" Tak sangka kan? Cepat sungguh waktu berlalu.. kita masing-masing dah ada anak dah pun...ayahnda dengan bonda pulak dah jadi atoknda dan nenda...  " kata Adam.

" Haah tu lah kan abang Adam.. cepat betul masa berlalu... alahaiii Maiera dah tua ahh macam ni.. " kata Humaiera.

" Alaaa angel tua kerepot sekali pun.. angel tetap nampak cantik di mata abang.. " kata Ikhwan memuji Humaiera.

" Hahaha nasib baik... jangan cari lain sudah... " kata Humaiera.

" Dah macam - macam kita lalui kan abang Adam? Masing - masing ada kisah tersendiri... " kata Adwa pulak sambil mengunyah buah epal.

Adam mengangguk tanda setuju. Seketika dia menoleh ke arah kanak - kanak yang kusyuk bermain di tepi pantai.

" Ehh panggil anak - anak kita tu makan... asyik main aje diaorang... tepi pantai tu.. tak tahu lapar ke? " ngomel Adam tetiba.

Hahahaha sejak jadi ayahnda kepada Raissa ni, Adam pulak banyak membebel berbanding Damia 😂😂😂😂

Seketika Adwa dan Nadine mendekati anak dan anak buah mereka itu untuk dipanggil makan.

" Achaaa... Kasyaf... Ainul.... Hatta.. jom makan sayang - sayang semua... " panggil Nadine.

" Jom kita makan dulu!  " teriak Raissa dan Kasyaf.

Seketika Raissa, Kasyaf, Ainul mula berjalan terkedek - kedek mendekati kawasan picnic ayahnda dan bonda mereka.

Ehh? Hatta tak ikut sekali ke? Ikut cuma dia berkelakuan sedikit aneh.

" Jom lah kita makan sekali... " kata Hatta sendirian.

Nadine dan Adwa kelihatan pelik.

" Sayang Hatta... Hatta cakap dengan siapa? " soal Adwa lalu melutut di hadapan anaknya.

" Cakap dengan kawan lah... ni kawan hatta.. " kata si kecil Hatta sambil menunjuk ke arah pantai yang kosong itu.

Adwa sedikit tersentak. Dia menoleh memandang ke arah Nadine. Diangkat keningnya kepada Nadine sebagai tanda " Apa maksud anak kita? "

Nadine terdiam sejenak. Ermmm takkan lah.... Hatta ada kelebihan tu? 

" Errr tak ada apa - apa kot... habib dukung lah Hatta... cepat jom pergi makan.. " kata Nadine menghapus segala keadaan pelik di situ.

Akhirnya Adwa hanya akur lalu dia mendukung Hatta dan berlalu pergi bersama Nadine meninggalkan pinggir pantai itu.

Begitu lah pengakhiran si anak raja a.k.a Tengku Adwa Hayyan.  Bertemu juga dia dengan pasangan hidupnya.Ingatkan sampai ke tua hidup dengan buku aje tapi tak rupanya.  Bertemu pulak dengan si gadis yang memiliki kelebihan pancainderanya. Adwa juga dah berjaya sarungkan cincin yang dia beli untuk birthday Nadine tempoh hari.

Berbalik kepada kes ibu tiri Nadine. Akhirnya semua telah terbongkar. Tentang punca kematian Wafa. Begitu juga kes langgar lari Nia. Selama ni memang Nazhan kena tipu hidup - hidup dengan Arini. Setelah Arini dan Batrisya dikenakan hukuman yang setimpal, Nazhan telah melafazkan cerai kepada Arini dengan talak 3. Arini akhirnya mengaku yang segala benda halus yang menganggu Nadine selama ini adalah perbuatan jahat dirinya. Memang dia berniat nak hapuskan Nadine. Namun tak kesampaian.

Syafawi dan Noah pulak macam mana?  Hahaha diaorang masih membujang wehhh 😂 Hahahaha tak tahu lah pasangan hidup yang macam mana diaorang tengah cari tak jumpa - jumpa lagi. So sesiapa yang tengah single tu boleh lah isi borang hahahaha.  Mana nak tahu kot-kot Syafawi dengan Noah berkenan ke? 😂😂

Then Nia, Nia sekarang tengah sambung belajar. Yelah dah lama sangat koma so dia kena menimba ilmu semula lah. Alhamdulillah hubungan Nadine dengan keluar Nia juga bertambah erat. Nadine dah anggap macam keluarga sendiri. Lagipun Faridah juga telah mengambil Nadine sebagai anak angkat di dalam keluarganya. Heee so Nadine boleh lah rasa kasih sayang seorang ibu lagi.

Perjalanan hidup setiap manusia adalah berbeza - beza. Jarang sekali nak sama. Semuanya telah ditentukan oleh Allah S.W. T.  Begitu cantik dan indah aturan daripada-Nya.

In shaa Allah, pasti kebahagiaan itu akan menjadi milik setiap insan yang bergelar manusia jika ada doa dan kesabaran yang tinggi.

- TAMAT -

#YeszahhhhhhSelesai akhirnya special edition smile again please version Adwa 🤗💕 Fuhhh penat juga tau nak kluarkan idea putar belit mcm ni 😂 hope korang enjoy ya!  Keep support smua karya author ya.  Thank you for vote, read and comment dari first chapter hingga la ke special edition niKorang memang terbaik lah!  😍💞 Last but not least tengok lah dlm waktu terdekat ni maybe sis akan bwa kluar cerita baru lagi hehehe... Keep stay tuned ya 😘 Kbye see you soon 💜 much love from me Ieqahkazumi 😉💝

#P/s : Jangan lupa vote and comment apa yg korang rasa dengan ending cerita Adwa ni 👌💓 sis nak tahu. Klw ada apa² yg tak kena sis akan perbaiki lagi dalam next story!  Tq

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro