Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 8

Pada malam itu Damia tidak dapat melelapkan matanya. Sekejap dia pusing ke kiri, sekejap pusing ke kanan. Hatinya tidak tenteram. Entah apa yang difikirkan olehnya pun tidak tahu.

Kata - kata Adam dan Amanda silih berganti. Sekejap dia terasa dia terlalu kejam tidak menerima Adam sebagai kawannya. Namun dia juga terasa dirinya hanya akan membawa malang kepada Adam.

" Kenapa? Kenapa kau nak kawan dengan aku Adam? " desis hati Damia.

Seketika dia menutup matanya, lama kelamaan dia terlena.

Tak sampai beberapa jam Damia tidur tiba - tiba tidurnya diganggu oleh mimpi yang hampir setiap malam menjelma dalam tidurnya.

Tragedi 2 tahun yang lalu muncul semula. Di mana kejadian kemalangan yang berlaku berdekatan sekolah. Di mana nyawa orang yang Damia sayang diragut. Semuanya berlaku dalam sekelip mata sahaja. Andai hari itu, Damia tidak berganjak dari posisi tu mesti semuanya takkan berlaku ! Mesti dia yang akan pergi dulu. Mesti dia yang takkan rasa peritnya menderita kehilangan orang yang disayangi.

" Firdaus ! " teriak Damia lalu terjaga dari tidurnya.

Damia terus terduduk dari pembaringannya. Dahinya juga berpeluh - peluh. Beberapa minit kemudian baru Damia sedar yang dia hanya mimpi.

" Fir..Mia takkan lupakan Fir.." desis hati Damia.

Akhirnya seperti kebiasaannya. Kalau Damia termimpikan kejadian tu mesti dia akan menangis. Menangis seorang diri pada tengah malam yang pada masa tu hampir semua manusia sedang tidur lena bersama mimpi indah mereka. Tak seperti Damia yang dihantui dengan kejadian 2 tahun lalu dalam mimpinya.

*******

Adam juga tidak dapat melelapkan matanya. Dia asyik terfikirkan Damia tidak henti - henti. Dia juga asyik teringatkan kata - kata Damia sewaktu di pantai.

" Awak takkan faham apa yang saya lalui Adam. Orang macam awak senang untuk berkata - kata tapi yang perit nak tanggung semua ni hanya saya! Sudah lah Adam. Awak tak payah nak cuba berkawan dengan budak malang macam saya. Tak dapat faedah apa pun! "

Awak salah Damia. Saya pun pernah ada rasa kehilangan seseorang tu. Saya tahu betapa perit dan sakitnya.

Kenangan semasa tingkatan 3 datang menerpa ke ingatan.

" Awak kena kuat Nisa.." kata Adam sebak.

Nisa hanya tersenyum lemah ke arah Adam.

" Saya kuat macam mana pun Adam..saya tetap akan pergi kalau itu yang Allah takdirkan.." kata Anisa atau panggilan yang gemar dipanggil Adam iaitu Nisa.

Mereka berdua duduk di taman mini hospital Sultan Shah Iskandar. Seorang gadis yang baru berusia 15 tahun terduduk lemah di kerusi roda berdekatan dengan tempat duduk yang diduduki oleh Adam.

" Tak ! Awak takkan ke mana - mana. Tolong kuat demi saya. Saya sayangkan awak Nisa. Please ? Awak akan okay. Percaya lah. Allah akan makbulkan doa saya. " kata Adam lagi cuba meyakinkan Anisa.

Adam ? Seorang anak raja yang selalu serious dan bersifat cool dan bersahaja boleh menjadi seorang yang yang berbeza apabila dia bersama Anisa. Seorang gadis yang berjaya mencuit hati lelakinya.

" Adam..awak kena redho andai saya pergi tinggalkan awak nanti. Saya pun sayangkan awak tapi kita memang tak ditakdirkan bersama dekat dunia ni. Awak kena move on. Hidup awak masih panjang. Ramai lagi orang yang lebih baik dari saya yang sesuai mungkin juga jodoh awak Adam.."

Adam menggeleng lemah.

Dalam tidak sedar, air mata Adam jatuh pada malam itu. Ya Allah, aku rindukan Nisa. Terlalu rindu. Seketika Adam mensedekahkan al - fatihah untuk kekasih hati yang telah lama meninggalkan dia sejak setahun yang lalu.

********
Adam ke sekolah seperti biasa hari ini. Hmmmm dia tetap memikirkan cara macam mana untuk dia berkawan dengan Damia. Untuk Damia menerima dia.

Adam berjalan smart seperti biasa menuju ke tempat duduknya. Seketika dia menoleh ke meja Damia di sebelahnya. Masih kosong. Oh Damia ke tandas agaknya lepas balik dari perhimpunan tadi.

Memandangkan cikgu belum masuk, Adam ingin mengeluarkan buku teksnya yang disimpan di dalam laci mejanya. Namun apabila Adam mula mencari - cari buku teks tersebut tiba - tiba dia tersentuh bahagian atas dalam laci meja. Adam dapat merasakan ada sesuatu yang melekat di situ. Dia pun mencabutnya.

Surat ?

" Hey bro ! " tegur Ikhwan tiba - tiba yang masuk ke kelas.

Adam sedikit terkejut lalu spontan menyimpan surat tersebut ke dalam laci mejanya semula.

" Kau ni hey bro , hey bro .. salam tak ada ke ? " kata Adam.

Ikhwan hanya tersengeh macam selalu.

Tiba - tiba juga Damia masuk ke dalam kelas lalu menuju ke tempatnya. Adam yang memerhati Damia sehingga dia duduk. Sedikit pun Damia tak menoleh memandangnya. Seperti biasa tingkap di sebelah menjadi pilihan Damia.

" Dia memang tak nak kawan dengan aku ke ? " desis hati Adam.

Waktu rehat. Semua pelajar keluar rehat, kecuali Adam. Adam mengeluarkan surat yang dijumpanya tadi. Dia mula meneruskan semula niat untuk membaca surat itu setelah terbantut tadi.

Adam membuka surat itu dengan berhati - hati. Dia  juga merasakan debaran di dadanya.

Seketika Adam membaca setiap isi kandungan yang tertulis dalam surat tersebut. Dia cuba hadam semuanya betul - betul.

Beberapa minit selepas Adam membaca isi surat tersebut. Adam terdiam , terkedu dan seangkatan dengannya. Dia berasa kini dia seperti menyambung amanah dari seseorang.

In shaa Allah selagi aku mampu. Aku akan jaga dia.

******

Damia berjalan seperti biasa balik ke rumahnya. Berjalan seorang diri tanpa ditemani oleh sahabat mahupun sesiapa sahaja. Sepanjang perjalanan dia menikmati keindahan tempat tinggalnya. Tenang namun tak setenang hati Damia.

Dulu, ada Firdaus yang menemaninya pulang. Hampir setiap hari, Firdaus akan menjemputnya dan menghantarnya pulang waktu sekolah even hanya dengan jalan kaki sahaja.Tak pernah tertinggal pun even dia  tak sihat sekali pun dan tak dapat datang ke sekolah , dia  tetap akan selalu menemani Damia. Itu lah Firdaus, sahabat merangkap cinta pertamanya.

Sedar tak sedar , Damia telah sampai di hadapan rumah neneknya. Ya Damia tinggal dengan neneknya hanya berdua. Eh ? Mana ibu dan ayah Damia ? Kenapa tak tinggal sekali? Ahhh malas nak bercerita tentang ibu dan ayahnya. Tak ada faedah pun.

Kelihatan Nenek Jannah sedang berdiri elok di muka pintu rumah. Menunggu kepulangan cucu kesayangannya pulang dari sekolah.

" Assalamualaikum nenek " sapa Damia bersama sedikit senyuman.

" Waalaikumusalam..ehh Damia kamu tak cakap pun yang hari ni kamu bawak balik kawan ? " kata nenek.

Damia sedikit tercengang. Hah ? Bawak balik kawan ?

" Mana ada lah nenek.." nafi Damia.

" Habis yang tercegat dekat belakang kamu tu siapa ? Saka kamu ke apa ? Tapi...kenapa lelaki ? " kata nenek Jannah cuba berseloroh.

Damia sedikit tersentak. Kawan ? Lelaki ? Spontan Damia menoleh ke belakang. Dia terkaku. Hah ? Apa dia buat kat sini ? Kenapa dia ikut aku balik? Kenapa aku tak perasan pun dia.

Adam hanya tersenyum nipis.

" Assalamualaikum nenek , saya Adam kawan Damia.." kata Adam bersahaja.

Damia diam seribu bahasa. Bila masa pulak aku terima dia  sebagai kawan aku ? 😌

" Waalaikumusalam. Oh kawan Damia. Meh lah masuk. Mehh nenek bancuh air . Mesti dahagakan balik sekolah ni.." ajak nenek Jannah sporting.

Adam hanya tersenyum kecil. Yes ! Permulaan misinya hampir berjaya. Cantik lah , nenek Damia ni sporting habis. Kasi green light aje 🖒

Damia hanya mencebik lalu cepat - cepat masuk ke rumahnya. Seketika Adam membuntuti langkah Damia.

#Heee nah for late chapter. Sorry guys author tak sempat nk taip. Ni bru aje ada kelapangan sikit. So enjoy it ya 😉 okay la maybe lepas ni author akan update setiap jumaat or hujung minggu aje ok? Sbb author dh nk start class sem 3 😭 ok bye keep vote and comment 🙈❤

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro