Bab 60 ( Final )
Kepergian Adam merupakan satu penyesalan buat Damia. Kepergian Adam membuatkan Damia berubah menjadi Damia yang dahulu. Damia yang pendiam dan suka menyendiri. Semuanya kerana kekurangan kepercayaan , saling tuduh menuduh dan juga perasaan dengki yang ditanam dalam diri masing - masing.
Damia mengeluarkan beberapa buah novel dari dalam kotak yang baru sampai tadi. Di susun novel - novel itu di rak - rak yang disediakan. Novel - novel ini menjadi penemannya sejak setahun dulu. Kini Damia hidup sebagai orang biasa. Tiada lagi kerabat diraja. Tiada lagi pangkat dan darjat. Semuanya telah pupus dimakan tahun.
Hidup seperti ini lebih membahagiakan buat Damia. Sedikit sebanyak boleh mengurangkan rasa bersalah atas kepergiaan Adam.
" Zalikha.." panggil Deena.
" Ya kak Dee ? " sahut Damia lalu menoleh ke arah si pemanggil.
" Yang buku - buku ilmiah nanti belah sana tu tolong susunkan ya..." kata Deena merangkap manager kedai Muaz Bookstore.
Damia mengangguk kecil. Nama panggilan juga sudah ditukar. Damia sudah tidak lagi menggunakan nama Damia mahupun Mia. Dia kini lebih gemar dipanggil dengan nama Zalikha. Hmmm nama DAMIA hanya lah satu kenangan buatnya suatu masa dahulu.
Setelah selesai menyusun novel - novel baru yang sampai tadi , Damia mula bergerak menyusun buku - buku ilmiah seperti yang dikatakan oleh kak Deena tadi.
" Hmmm bestkan jadi buku ? Hmmm orang susunkan, lepastu ada yang beli...dijaga.. dan dibaca..." desis hati Damia sendiri.
Tiba - tiba datang seorang pelanggan menyapa.
" Assalamualaikum.."
" Waalaikumusalam.." jawab Damia seraya menoleh ke arah orang tersebut.
Damia sedikit tersentak. Orang itu tersenyum ke arah Damia. Seketika seseorang itu mendekati Damia lalu dipeluk Damia erat.
" Kak Mia...Maiera rindu kak Mia..." luah Humaiera.
Ya orang itu adalah Humaiera.
Damia terdiam , terkesima dan seangkatan dengannya. Seketika pelukan dilepaskan.
" Kak Mia sihat ? " tanya Humaiera senang. Lama dia mencari Damia. Kini panggilan juga telah bertukar menjadi kakak.
Damia mengangguk kecil.
" Apa Humaiera buat kat sini ? Macam mana boleh tahu saya ada dekat sini ? " tanya Damia.
" Kebetulan Maiera lalu kat sini tadi lepas tu tak sengaja ternampak kak Mia...Tu yang Maiera tegur...Akak...dah lama Maiera cari akak..Akak pergi mana aje ? Kenapa menhilangkan diri selepas kepergian abang Adam ? " tanya Humaiera..
Damia terdiam seketika.
" Kak Mia ? Kak Mia still rasa bersalah dengan apa yang terjadi ke ? " tanya Humaiera.
" Hmm maaf Maiera..saya tengah kerja ni...Lain kali lah ya kita borak pasal ni..Takut nanti boss saya marah pulak..." kata Damia ingin mengelak dari ditanya soalan sebegitu oleh Humaiera.
" Ermm yelah...Hmm esok akak free tak ? Boleh kita jumpa ? Banyak benda Maiera nak bagitahu akak..." kata Humaiera.
Damia menggeleng pantas.
" Esok saya kerja...sorry Maiera saya tak boleh jumpa awak lagi lepas ni..tolong jangan ganggu saya lagi...dan tolong jangan bagitahu sesiapa pun yang saya kerja dekat sini. Saya tak nak jumpa sesiapa pun...Saya minta diri dulu.." kata Damia seraya berlalu pergi.
Humaiera mengeluh sendiri. Hmmm macam mana ea aku nak pujuk Damia untuk kembali ke posisi yang asal ea ? Seketika Humaiera pun beredar pulang. Hmmm dia harus memikirkan cara lain untuk membuat Damia kembali semula sebagai Damia yang dahulu.
***********
Keesokan harinya Damia bekerja seperti biasa. Namun hari ni Damia lebih banyak menyusun stok buku - buku di kawasan yang sedikit terpencil. Bagi mengelakkan dia untuk berjumpa dengan sesiapa pun. Hmmm sejak kedatangan Humaiera kelmarin, telah mengugat hati dan fikirannya kembali. Memorinya bersama Adam mula terjah ke ingatan. Perit rasanya dia apabila mengenangkan itu semua.
Sedang leka Damia menyusun buku - buku di rak yang tinggi dengan menggunakan tangga, entah macam mana Damia sedikit tersilap langkah dan terjatuh.
Namun tiba - tiba seseorang datang menyambut Damia daripada terjatuh. Damia tersentak hebat tambah - tambah bila dia memandang tepat ke wajah orang yang menyambutnya itu. Mereka berposisi seperti itu untuk beberapa saat. Jantung Damia berdegup kencang. Wajah ini....Wajah yang hampir setahun dia rindukan. Wajah ini yang telah banyak berkorban untuk didirinya. Wajah ini juga yang membuatkan dia tidur tak lena hampir setahun..Dia dah kembali ? Telah kembali ke tanah air ini semula.
Seketika orang itu menurunkan Damia. Damia masih memandang wajah orang itu. Mata dia sedikit berkaca. Ya Allah ... dia dah balik...Sesungguhnya aku sangat menrindui dirinya.
" Mia....i miss you.." kata Adam.
Ya orang yang menyambut Damia itu adalah Adam. Adam kini telah sembuh sepenuhnya setelah berubat di luar negara hampir setahun. Apa yang jadi dekat Adam sebenarnya selepas sahaja Adam kemalangan setahun yang lalu ?
*Flashback*
Kendengaran satu pelanggaran yang amat kuat di situ. Damia tersentak ! Kejadian kemalangan yang pernah berlaku suatu masa dulu kini berulang lagi. Adam yang dilanggar oleh kereta tersebut. Pelanggaran tersebut amatlah kuat sehingga tubuh Adam melambung lalu tercampak di tepi jalan.
" Adam !!!! " teriak Damia bersama air mata yang bercucuran jatuh.
Orang ramai mula mendekati Adam. Begitu juga Damia pantas mendapatkan Adam terlebih dahulu. Damia menangis semahu - mahunya sambil kepala Adam dipangku.
" Adam ! Jangan tinggalkan Mia Adam ! Tolong bertahan....Tolong ! Tolong sesiapa call ambulans ! " teriak Damia sambil menangis.
Adam sudah tidak bermaya lagi. Darah juga tidak berhenti - henti keluar dari tubuh Adam. Telinga dan mulut paling banyak darah keluar. Kepala Adam juga kelihatan amat teruk.
Dalam beberapa minit kemudian , ambulans pun sampai. Dengan pantas Adam dikejarkan ke hospital. Suasana menjadi agak tegang. Damia juga menginform kepada ahli keluarga yang lain semasa menunggu Adam di hadapan bilik kecemasan.
Dalam setengah jam macam tu semua ahli keluarga Adam dan Damia tiba di hospital. Semua kelihatan amat risau dengan berita keadaan Adam semasa kemalangan berlaku. Seketika Hazwani meminta diri untuk menguruskan beberapa urusan berkaitan dengan Tengku Lydia. Dia tahu apa yang berlaku sekarang semuanya berpunca dari Tengku Lydia. Dia harus menamatkan segalanya. Dah hampir beberapa tahun , Hazwani mengumpul bukti tentang kejahatan Tengku Lydia..Kini dia boleh menangkap Tengku Lydia dengan bukti - bukti yang ada.
Hampir 2 jam juga Adam dirawat di bilik kecemasan. Damia masih menangis tidak henti - henti. Risau dan takut menjadi peneman tika itu. Ya Allah tolong selamatkan Adam. Permudahkan lah semuanya Ya Allah. Aku sayangkan Adam. Aku tidak mahu kehilangan dia. Jika nyawa aku sebagai ganti , aku sanggup Ya Allah...
Seketika doktor yang merawat Adam pun keluar.
" Ahli keluarga Tengku Adam Hanafie ? " tanya doktor tersebut.
" Ya saya ayahndanya..Macam keadaan putra saya doktor ? " tanya Huzairie turut cemas.
" Boleh kita bercakap di bilik saya sekejap ? " pinta doktor tersebut.
Seketika Huzairie dan Aliya masuk ke ruangan doktor. Humaiera , Damian , Adwa dan Tengku Aiman hanya tunggu dan teman Damia di hadapan bilik kecemasan.
Beberapa minit selepas itu , Huzairie dan Aliya keluar dari bilik doktor dengan wajah yang sedikit muram.
" Ayahnda macam mana dengan abang Adam ? Doktor cakap apa ? " tanya Humaiera.
Huzairie menggeleng lemah.
" Keadaan abang Adam betul - betul kritikal. Sekejap lagi , abang Adam akan diterbangkan ke UK...untuk berubat di sana...Doktor tak dapat nak buat apa - apa dekat sini. Hanya dengan bantuan pakar dari luar negara sahaja yang mampu menyelamatkan nyawa abang Adam." jelas Huzairie berat.
Damia tersentak mendengar setiap bicara ayahnda mentuanya. Adam ! Ya Allah...
" Ayahnda...Mia...nak ikut please...Mia nak ikut Adam..Mia tak nak tinggalkan Adam lagi.." rintih Damia bersama tangisan.
" Tak Mia...Mia tak boleh ikut...Mia tolong jangan ganggu Adam buat sementara waktu ni...Biar Adam berubat dahulu ke luar negara..Damia tunggu di sini...lagipun Damia harus habiskan pelajaran Damia di sini " sampuk Tengku Aiman.
" Tapi ayahnda..Mia..."
" Betul tu Mia...Mia tak payah ikut...Mia just tunggu aje dekat sini..." kata Huzairie pulak.
Damia menggeleng laju. Tak ! Dia tak nak jauh - jauh dari Adam lagi. Tetiba Damia jadi tidak tentu arah. Dia meraung semahu - mahunya. Seketika Damia seakan - akan tidak boleh mengawal emosinya sehingga dia ingin menerjah masuk ke dalam bilik kecemasan yang menempatkan Adam itu.
Semua orang menghalang tindakan Damia itu. Mereka tidak menyangka Damia akan jadi sebegitu rupa.
Lama - lama kelamaan Damia mula lemah lalu dia terus melorot jatuh dan pengsan.
Beberapa jam selepas itu , Damia mula sedar. Benda pertama yang dia cari adalah Adam. Namun hampa dan hatinya begitu kecewa bila dia mendapat tahu bahawa Adam sudah diterbangkan ke luar negara untuk berubat. Damia akhirnya berpisah lagi dengan Adam. Maka waktu kemalangan itu lah kali terakhir Damia melihat Adam. Damia tidak berkesempatan langsung untuk melihat Adam sebelum ke luar negara.
*EndFlashback*
" Adam? " nama itu terpancul semula di bibir mungil Damia.
Adam mengangguk.
" I'm back ..." kata Adam bersama senyuman manisnya seperti dahulu.
Air mata Damia menitis satu persatu. Dia menggeleng ! Tak ! Aku tak boleh bersama Adam lagi. Aku hanya lah gadis malang yang selalu membawa bencana kepada orang yang sayangkan aku. Aku takkan dekat lagi Adam. Jika itu yang mampu menjauhkan Adam dari malapetaka.
Damia lantas menoleh lalu melangkah pergi. Adam tercengang jadinya. Kenapa Damia tak peluk aku ? Itu expectation Adam buat kali pertama..Damia akan datang pada dirinya dan memeluk tubuhnya lalu membalas kata - kata rindunya semula.
Adam mula mengejar langkah Damia. Apabila dia hampir dengan Damia , dia terus menarik lembut tangan Damia. Langkah Damia terhenti lalu dia tertoleh ke arah Adam semula.
" Awak nak pergi mana Damia ? " tanya Adam.
Damia terdiam. Dia meleraikan pegangan tangan Adam.
" Adam...tolong...jangan dekat - dekat lagi dengan saya..." kata Damia akhirnya.
" Kenapa pulak ? Saya masih suami awak yang sah Damia..." kata Adam.
" Adam...tolong lah saya...tak nak awak terluka lagi disebabkan saya...Tak apa saya akan filekan penceraian kita nanti...Kita akan berpisah..." kata Damia sambil matanya berkaca. Sebenarnya dia tak sanggup nak berpisah dengan Adam. Alhamdulillah Adam kini dah sembuh sepenuhnya. Damia happy sangat - sangat.
Adam menggeleng laju.
" No Damia...Saya takkan lepaskan awak..Saya takkan ceraikan awak...I really love you Damia...Semua yang jadi bukan berpunca daripada awak tapi semua ni adalah perancangan Allah...Dia dah tulis semuanya. Takdir kita...perjalanan hidup kita...Awak jangan salahkan diri awak lagi...Please...semuanya telah berlalu hampir setahun yang lalu...We must move on...Kita mulakan semula please..." rayu Adam.
Damia terdiam seketika. Cuba untuk menghadam semua kata - kata Adam. Perlahan - lahan tangan Damia diraih Adam semula. Adam mendekati Damia dengan lebih rapat lagi.
" Please ? Accept me again...Saya merayu sangat Damia...Saya tahu awak masih sayang dan cintakan saya sebagaimana saya sayang dan cintakan awak Damia..." kata Adam lagi.
Alahaii nasib baik lah tak ada pelanggan lagi ketika itu. Malu kalau dilihat orang mereka sedang berdrama cinta pulak di kedai buku ni. Hm kak Deena juga tidak kelihatan.
" Jawab saya Mia...will you marry me again , again and again ? " tanya Adam lagi setelah Damia tidak memberi respon.
Air mata Damia jatuh tiada hentinya. Lantas Damia terus memeluk Adam.
" Ya Adam...I will..." balas Damia.
Adam tersenyum lebar jadinya. Dia membalas pelukan Damia. Selepas itu Adam meleraikan pelukannya. Diusap perlahan air mata Damia..
" Smile again please ? " ucap Adam.
Damia mempamerkan senyuman kecil.
***************
Beberapa tahun kemudian. Damia kini sedang mengandung 7 bulan. Hee kejap aje masa berlalu kan ? Mereka kini telah bahagia dan tidak sabar menunggu kelahiran anak sulung mereka itu.
Damia berjalan menuju ke arah ruang tamu utama. Dilihat kanda tersayang sedang sibuk membaca buku ilmiah. Damia mendekati sang suami.
" Prince... " panggil Damia.
Adam menoleh. Lantas dia mendapatkan Damia.
" Eh sayang...kenapa jalan merata ni ? " kata Adam risau.
" Hahaha saja...Bosan lah asyik duduk dalam bilik aje.." kata Damia.
Seketika Adam memimpin tangan Damia untuk duduk di sofa.
" My princess ni tak boleh jalan merata...nanti jatuh kang macam mana ? " kata Adam.
" Iyelah...Mia tak jalan merata - rata lagi.." kata Damia seraya muncung sedepa.
" Hah merajuk lah tu..." kata Adam.
" Mana ada.." nafi Damia.
" Saya risaukan awak Damia..Jadi apa - apa dekat anak saya macam mana ? " kata Adam jujur.
" Yelah sayang.." balas Damia lalu mencuit pipi mulus milik Adam.
" Amboi - amboi sweetnya pengantin lama ni..." sergah Humaiera yang tiba - tiba muncul.
" Humaiera ? Bila sampai ? Tak bagitahu pun nak datang ? " tanya Damia.
" Hahaha dah lama dah sampai. Nasib baik lah pembantu rumah panggil kami masuk...Kalau tak berjanggut lah kami tunggu dekat luar tu...Hahaha saja tak bagitahu ni hah Maiera nak buat surprise katanya..." kata Ikhwan.
" Heee...yelah...saja nak buat surprise..." kata Humaiera.
" Hahahah hello bro ? Macam mana lepas kahwin dengan adik aku ? Best ? Ke menyesal ? Hahahaha " tanya Adam.
Ya Ikhwan dan Humaiera baru sahaja melangsungkan perkahwinan mereka setahun yang lalu. Hahaha tercapai juga dhoo hajat Ikhwan nak memperisterikan Humaiera. Punya kerja keraslah Ikhwan nak halalkan Humaiera. Nasib baik ...Huzairie a.k.a ayahnda mentua Ikhwan tidak memandang harta dan darjat. Kalau tak kempunan lah Ikhwan nak kahwin dengan Humaiera ni.
" Alhamdulillah lah...bro tapi kan....lepas kahwin ni .... Adik kau makin garang ahh ... Tak sangka aku dia segarang tu..." kata Ikhwan berbisik. Takut - takut Humaiera dengar.
Namun siapa sangka telinga Humaiera telinga lintah..Dia dengar setiapa apa yang dikatakan oleh Ikhwan..suaminya itu.
" Hah ! Mengumpat angel lah tu kan ? Malam ni tidur luar ! " kata Humaiera.
" See ? Aku baru cakap kan ? "
Ketawa mereka berempat di situ jadinya. Hahahaha 😂
Akhirnya mereka semua mengecapi kebahagiaan masing - masing. Adam telah bahagia bersama Damia. Hanya tinggal menunggu kelahiran anak mereka yang pertama sahaja..Masih tak tahu lelaki atau perempuan. Hahaha saja nak buat surprise..
Ikhwan juga telah sah menjadi menantu raja dan juga suami kepada Tengku Afanan Humaiera. Moga kebahagiaan mengiringi mereka selalu sehingga ke anak cucu. Adawa pulak ? Adwa masih bujang hahahaha dia masih fokus dengan studynya. Entah lah sibuk sungguh bercinta dengan studynya sehinggakan tiada masa nak bercinta dengan manusia..Nampak gayanya Huzairie dengan Aliya kena cari jodoh juga untuk Adwa ni 😂siapa nak angkat tangan ! Hahahah.
Apa jadi dengan Firdaus Hakim ? Firdaus Hakim juga telah berkahwin beberapa tahun yang lepas. Alhamdulillah dia telah berjumpa dengan jodoh yang sesuai. Moga dia juga mendapat kebahagiaan yang dia inginkan.
Hah berbalik kepada Sofee , siapa Sofee sebenarnya ? Sebenarnya Sofee adalah sepupu kepada Anisa. Sofee dekat dengan Adam selama ini pun untuk selidik macam mana life Adam sekarang , adakah Adam sudah move on ? Itu sahaja yang ingin Sofee tahu kerana dia telah diamanatkan oleh Anisa untuk menyuruh Adam mencari pengganti dirinya.
Last sekali , Tengku Lydia Qaisara dan juga konco - konconya telah selamat ditangkap oleh polis. Semua kesalahan - kesalahan yang dibuat oleh Tengku Lydia telah dikemukakan di muka pengadilan. Akhirnya Tengku Safira Hazwani melepaskan segala urusan berkenaan Tengku Lydia Qaisara kepada pihak yang lebih berkuasa.
Beginilah kisah hidup keturunan Tengku Ilham Huzairie. Ujian dan rintangan bukan sahaja menjadi teman baik kepada Huzairie malah turut menjadi teman baik juga kepada Adam. Namun siapa sangka kedua - dua makhluk Allah ini amat kuat menghadapi segala ujian dan rintangan yang diberikan. Ini juga mematangkan diri mereka dan mengajar mereka erti sebenarnya pengorbanan , kasih sayang dan cinta terhadapa manusia.
- TAMAT -
#Yesssss ! Finally tamat sudah karya author yg ke 6 😊 Mcm biasa author nak ucapkan bebanyak - banyak terima kaseh kepada semua para pembaca yang slalu support , comment dan vote crita2 author termasuk crita ni 😭 author hargai sangat - sangat. Korang semualah sumber kekuatan author untuk menulis semua cerita2 ni smpai ke penghujungnya 💕 Hee okay for information , you guys kena stay tuned ya untuk cerita baru lagi hehe ! Idea author datang terus menerus alahamdulillah 😂 In shaa allah kalau tak ada apa2 dlm msa terdekat ni author akan publish cerita baru lagi ! 💕 nak tahu cerita apa ? Keep wait ya guys ! Kbye see you soon 💜 much love from me Ieqahkazumi 😉💝
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro