Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 6

Macam mana Adam boleh berpakaian kemas sedangkan kotor gila tadi ? Sebenarnya macam ni , Adam telah disiapkan baju spare oleh bondanya iaitu Aliya. So tak ada hal lah setakat baju kotor. Dia boleh ganti sebab tu tadi dia terlambat masuk kelas. Pastu Adam juga ada jumpa pengetua untuk beritahu tentang kejadian di kantin tadi. Atas kerjasama yang diberikan oleh pengetua, Amanda dan Farah akan dikenakan hukuman.

Okay sekarang waktu nilam. So semua pelajar kelas 4C1 perlu pergi ke library sekolah. Masing - masing telah mengambil tempat duduk dalam library. Seperti biasa, Damia akan duduk seorang diri.

Seketika cikgu nilam menyuruh kami membuat nilam masing - masing. Damia pergi ke rak - rak buku di belakang. Dia mencari buku kesukaannya. Malang sekali buku yang dia nak tu, ada di rak paling atas. Damia cuba untuk mengambilnya namun tidak sampai. Hmmm ni lah susah kalau pendek.

Damia tidak mengalah begitu sahaja. Dia cuba mengjengketkan kakinya untuk sampai ambil buku di rak atas tu. Namun tiba - tiba ada tangan lain yang mencapai buku yang Damia nak tu.

Damia tersentak. Siapa pulak yang ambil ni ? Spontan Damia menoleh menghadap si gerangan.

Damia agak terkejut. Apabila toleh saja, jarak dia dengan si gerangan tu punyalah dekat.

" Nah ..nak buku ni kan ? " kata Adam mendatar lalu menghulurkan buku itu kepada Damia.

Damia terus mencapai buku itu lalu berlalu pergi cepat - cepat.

Adam hanya melihat Damia yang beredar.

Setelah Adam memilih buku yang boleh dibuat nilam dia mula kembali ke tempat duduknya. Lama Adam memerhati buku yang diambilnya namun otaknya sedikit blur, entah seperti ada sesuatu yang mengacau fikirannya tika ini.

" Ikhwan.." panggil Adam tiba - tiba.

" Hmm apa ? " sahut Ikhwan yang sibuk duk menulis nilam.

" Aku nak mintak tolong kau something boleh ? " tanya Adam serious.

" Tolong apa ? " tanya Ikhwan lalu mengalihkan perhatian kepada Adam.

" Boleh kau ceritakan pasal Damia dekat aku ? " kata Adam straight to the point.

Ikhwan tersentak ! Apa ? Ceritakan pasal Damia ? 😯

**********
Hari ni Adwa dan Humaiera balik berdua aje. Kenapa Adam tak balik sekali? Katanya ada sedikit urusan di sekolah yang perlu dia selesaikan. Dia akan balik kemudian saja.

Adam berdiri terpacak di hadapan pondok pak guard sekolahnya. Dia menanti kelibat seseorang. Dalam 5 minit macam tu baru kelibat seseorang itu muncul. Namun seseorang itu tak nampak kehadiran Adam yang berdiri terpacak di pondok pak guard.

Seketika Adam mengikuti langkah Damia dari belakang dalam diam. Ya seseorang yang di tunggu tu adalah Damia. Adam hanya berjalan perlahan di belakang. Hmmm Damia sikit pun tak perasan. Kusyuk sungguh dia jalan ea?

Tetiba Damia belok ke satu lorong kanannya. Adam kelihatan sedikit tercengang. Eh bukan rumah dia staright ke? Kenapa belok kanan? Tanpa membuang masa Adam terus mengejar langkah Damia.

Dalam beberapa minit Adam mengikuti jejak Damia tetiba sampai ke suatu tempat yang amat menyentakkan hati Adam. Dia nak ke sini rupanya? 😌

Adam dan Damia ada di mana sekarang? Di tanah perkuburan Al Taqwa. Seketika Adam hanya memerhati setiap tingkah laku Damia di hadapan satu pusara. Dilihatnya Adam, Damia yang mengeluarkan senaskah yasin lalu dibacanya. Selepas selesai membaca semuanya, dia menadah tangan membaca doa barangkali. Adam masih setia memerhati di sebalik pokok.

" Sayang betul dia dengan budak Firdaus tu... " desis hati Adam.

Siapa Firdaus yang selalu disebut - sebut tu? Hmm Adam sudah tahu tentang masa silam Damia. Bagaimana title " Budak pembawa malang " itu muncul. Semua telah diceritakan oleh Ikhwan. Hmmm hati Adam amat tersentuh mendengarkan cerita Ikhwan dari A - Z. Tak sangka seorang gadis seperti Damia perlu hadap semua ni sendiri.

Begini ceritanya, Damia dan Firdaus adalah teman tapi mesra di Smk Tunku Abdul Putra. Mereka amat berkawan baik dari Form 1 lagi. Ramai juga gadis - gadis yang minat dengan Firdaus dan cemburu dengan keakraban Firdaus dan Damia. Damia juga seorang budak happy go lucky la kalau dulu kat sekolah. Dia budak yang aktif dalam sukan dan macam - macam acara. Kawan perempuan pun dia ada ramai. Namun kebahagiaan yang dicipta Dami dan Firdaus tidak kekal lama apabila berlakunya satu tragedi yang meragut nyawa Firdaus.

Tragedi apa?

Pada suatu hari, semasa waktu balik sekolah. Keluar aje pintu pagar utama sekolah, Damia berjalan secara mengundur dan melawak dengan Firdaus. Namun tiba - tiba Firdaus ternampak ada sebuah kereta meluncur laju dan hilang kawalan dan menuju ke arah Damia. Dengan pantasnya Damia ditarik oleh Firdaus maka mereka berganti posisi. Kereta itu tidak jadi melanggar Damia tetapi melanggar Firdaus. Firdaus mengalami kecederaan yang teruk dan meninggal di tempat kejadian. Semua benda yang berlaku di hadapan mata Damia sendiri amat menghantui hari - hari Damia.

Selepas itu, beberapa hari selepas kematian Firdaus, hidup Damia menjadi tidak tentu arah. Hmm entah lah sesiapa saja yang berkawan dengannya pasti akan dapat nasib malang. Orang yang berkawan dengan Damia akan tercedera lah. Pastu tak bertuah langsung asyik malang aje. Sebab tu lah sejak tu tiada sesiapa nak berkawan dengan Damia.

Begitu lah cerita yang Adam dengar dari Ikhwan. Hmmm 😌

Kelihatannya Damia sedang siap - siap nak balik rumahnya. Adam terus bersembunyi di belakang pokok. Takut - takut terkantoi pulak nanti intai anak dara orang 😂

Okay Adam mula mengikuti langkah Damia lagi sekali. Kini dengan jarak yang lebih jauh. Nasib baik sangat Damia tak perasan langsung akan kehadirannya.

Setelah Damia sampai di rumahnya, Adam terpacak di seberang jalan. Dia melihat figura Damia sehingga masuk ke dalam rumahnya.

" Damia.. In shaa Allah aku akan buat kau tersenyum semula. Aku akan buat kau jadi orang yang paling bertuah dalam dunia ni. Tidak lagi digelar budak malang " desis hati Adam lalu dia mula beredar meninggalkan rumah Damia.

Setibanya di rumah Adam.

" Hah adam!  Pergi mana?  Kenapa balik lambat sangat ni?  " bebel Aliya.

" Err Adam ada hal tadi dengan cikgu.. " bohong Adam. Maaf bonda bohong sunat 😂

" Betul ke ni? Ke Adam ada buat masalah dekat sekolah? Bonda dengar dari Maiera kata tadi dekat sekolah ada budak tumpahkan makanan dekat baju anak bonda ni. Betul ke Adam? " tanya Aliya serious.  Ceh acah aje lebih Aliya ni.

" Ermm ye bonda. Benda kecik aje tu bonda. Lagipun nasib baik bonda spare kan baju ganti.  Thanks bonda. " kata Adam.

Tetiba Aliya mendekati telinga anaknya. Adam terasa pelik.  Dah kenapa dengan bonda ni?

" Orang yang tumpahkan tu lelaki ke perempuan? " bisik bonda tiba - tiba.

Adam blur kejap.

" Err perempuan bonda.. " jujur Adam.

" Oh bagus lah.  Mana tahu tu jodoh anak bonda nanti.  Hehehe macam bonda dengan ayahnda. Start ada bibit - bibit cinta dengan tertumpahkan air dekat kasut ayahnda kamu lah.  Hahahaaha tapi masa tu ayahnda kamu tu kerek sangat. Siap tukar kasut depan bonda lagi. Belagak nak mampus " bisik Aliya panjang lebar.

Adam hanya tersenyum kecil mendengarkan cerita bondanya. Alahai macam - macam.

" Okay lah bonda Adam naik dulu ehh " kata Adam.

" Eh kejap - kejap.  Ada satu lagi bonda nak tanya.  " tahan Aliya.

" Apa bonda? "

" Kan kalau ayahnda kamu tukar kasut depan bonda terus tapi kamu tak tukar baju depan budak perempuan tu teruskan? " tanya Aliya tak masuk dek akal.

Adam tayang muka tercengang.

" Bonda.. Adam masih waras okay.  Kalau kasut memang la boleh tukar dekat umum. Ni baju bonda. Alah bonda ni jangan fikir bukan - bukan okay? Ok lah Adam naik dulu. " kata Adam seraya melangkah naik ke atas.

Aliya tersenyum sendiri. Haah betul jugak.  Takkan nak tukar baju depan umum?  Malu lah.  Jatuh martabat kerabat diraja nanti kang 😂 Seketika Aliya beredar ke dapur.

#Heeeee sweet tak dalam diam Adam ni guys? Vote and comment pls 😍❤





Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro