Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 57

Kelas hari ni amatlah membosankan. Alahaii kenapa entah Miss Tyra hari ni ajar tak berapa nak faham. Adam sekejap memangku dagunya. Sekejap dia kacau Ikhwan kat sebelah. Hahahaha Ikhwan pulak hari ni acah - acah fokus.

" Ish kau ni Adam..jangan kacau aku boleh tak ? " bebel Ikhwan perlahan.

" Hahaha yang kau hari ni fokus sangat dalam kelas kenapa ? Kau tak rasa hari ni kelas Miss Tyra ni membosankan ke ? " kata Adam.

" Tak ada lah...Best aje..Aku kena lah fokus sebab aku nak berjaya ! Nak dapat kerja bagus ... Nanti nak sara hidup adik kau lagi...Mesti lah aku kena buat yang terbaik.." jelas Ikhwan bersemangat.

" Hahaha amboi kau...hahaha yelah..buat lah yang terbaik...buat adik aku happy...jangan sakitkan hati dia ya..." kata Adam.

" Siap boss .." kata Ikhwan sambik tabik kepada Adam.

Adam percayakan Ikhwan. Dia memang calon yang terbaik untuk Humaiera. Harap impian Ikhwan untuk berkahwin dengan Humaiera nanti menjadi kenyataan.

Sejam kemudian kelas Miss Tyra akhirnya tamat. Fuhh lega. Kalau lama lagi kelas Miss Tyra ni aku boleh jadi murung seminggu hahahaa.

" Eh Adam..aku nak pergi jumpa prof jap..." kata Ikhwan.

" Nak aku temankan ke ? " tanya Adam.

" Tak payah...aku pergi sorang aje..Ok lah aku pergi dulu tau...bye.." kata Ikhwan seraya berlalu pergi.

Seketika Adam terasa haus pulak. Hmmm malas nak pergi cafe. Pergi mesin air aje lah...

Adam menuju ke mesin air yang berdekatan. Namun hampa mesin air tu tiba - tiba rosak pulak hari ni...

" Ish time - time macam ni lah nak rosak pun..." getus hati Adam.

Selepas itu , Adam tak jadi nak beli air. Dia pun ingin berlalu dari situ namun tiba - tiba dia nampak Damia sedang study seorang diri di taman rekreasi..

" Mia...ermm aku pergi tegur dia lah..." desis hati Adam.

Baru sahaja kaki Adam ingin melangkah menuju ke Sang isteri tiba - tiba muncul Firdaus bersama air tin. Rupa - rupanya Damia tengah study dengan Firdaus. Terbantut terus Adam hendak menegur. Adam melihat dari jauh sahaja keakraban yang terjalin di antara Damia dan Firdauas.

" Hmmm Mia nampak happy bila dia bersama Firdaus..." desis hati Adam sedih.

Tidak tahan Adam melihat semua itu , Adam terus bergerak hendak menuju ke keretanya. Pedih rasa hatinya melihat keakraban di antara Damia dan Firdaus. Ingin dihalangnya mereka berkawan namun dia tahu akhirnya nanti Damia akan salahkan dirinya juga lalu menuduh yang dirinya ada hubungan dengan Sofee lagi. Adam penat nak bergaduh dengan Damia lagi. Dia mahukan kebahagiaan seperti dulu bukan pertelingkahan dan sengketa.

Adam membuka pintu kereta untuk masuk namun belum sempat Adam melangkah sebelah kaki untuk masuk ke dalam kereta tiba – tiba kepalanya dipukul kuat oleh seseorang dari belakang. Adam tersentak ! Lalu dia melorot jatuh pengsan.

************

Damia hanya mundar mandir sejak dari tadi. Hmmm dia tetiba risau dengan Adam. Kenapa Adam masih tidak balik – balik lagi ke rumah sedangkan angka sudah menunjukkan pukul 8 malam. Adam pergi mana hah ? Sikit pun tak khabarkan aku....Aku tanya Ikhwan tadi, Ikhwan cakap last dia jumpa Adam sebelum dia pergi jumpa prof. Lepastu memang dia tak nampak Adam langsung.

Seketika Humaiera turun dari tingkat atas. Dia menyapa Damia.

" Mia ? Abang Adam still tak balik lagi ke ? " tanya Humaiera.

Damia menggeleng kecil.

" Belum lagi lah Maiera...Mia call pun dia tak angkat....Apa yang dia busy sangat pun tak tahu lah...Hmmm sibuk dengan perempuan lain kot..." kata Damia sempat lagi menuduh Adam.

" Ish Mia ni...ada pulak cakap macam tu... Abang Adam tu setia orangnya...Dia takkan keluar dengan perempuan lain sesuka hati lah..." kata Humaiera membela abangnya.

" Hmm yelah..sorry...."

Tiba – tiba kedengaran bunyi kereta mini copper milik Adam memasuki ke dalam perkarangan rumah. Damia dan Humaiera serta merta menerpa ke pintu rumah. Ingin menyambut kepulangan Adam serta menanyakan kepada Adam ke mana dia pergi sehingga baru sekarang balik.

" Abang Adam pergi mana ? Risau kami tau ...Damia call abang tak angkat ..." bebel Humaiera.

Adam hanya beriak kosong kepada soalan Humaiera. Dia sendiri juga masih keliru. Kenapa dia boleh ada kat tempat macam tu tadi.

" Abang Maiera tanya ni kan ? Abang pergi mana dari pagi tadi , malam baru balik ...." tanya Humaiera lagi setelah Adam tidak memberi respon.

" Err hah ? Abang....pergi jumpa kawan lama abang...Sorry sebab buat Mia dengan Maiera risau...." Kata Adam lemah. Kepalanya masih terasa sengal.

" Kawan lama ? Yeke ni ? Ke jumpa perempuan tu ? Sampai tak ingat isteri yang tengah tunggu dekat rumah ni ? " kata Damia pedas.

Adam tersentak ! Kenapa Mia ? Kenapa kena tuduh Adam sampai macam tu sekali ?

" Maaf Mia...Adam memang jumpa kawan Adam....Bukan jumpa perempuan lain....Hmm tak apa lah...Adam naik atas dulu, Adam nak rest penat sikit..." kata Adam seraya melangkah meninggalkan Damia dan Humaiera.

" Ish awak ni Damia...Tak baik lah tuduh abang Adam sampai macam tu sekali....Dah la Maiera pun nak naik  atas kejap...." Kata Humaiera seraya berlalu jugak.

Tinggallah Damia terpacak seorang diri di situ. Seketika dia berpeluk tubuh seraya memikirkan sesuatu. Entah kenapa dia jadi tak sedap hati pulak. Seolah – olah akan berlaku sesuatu yang mampu meruntuhkan rumah tangganya sekaligus !

Part of Adam.

Adam memandang dirinya di hadapan cermin solek di dalam bilik. Seketika dia menyentuh belakang kepalanya yang masih terasa sengal. Hmmm tadi waktu dekat kereta kepala aku ada orang pukul dari belakang. Lepas tu aku terus pengsan dan tak ingat apa – apa langsung.

" Tapi...bila aku sedar tadi kenapa aku boleh ada atas katil dalam hotel ? Bila masa aku pergi sana ? Macam mana aku boleh sampai sana ? " getus Adam seorang diri.

Ya Adam masih tak habis fikir ! Kepalanya kusut kini. Kenapa jadi benda yang pelik – pelik pada dirinya sejak akhir – akhir ini ? Hmmm harap sangat ni semua hanya mimpi....Harap lepas ni takkan berlaku apa – apa yang pelik lagi. Dia rasa dia macam kena pukul tadi , pastu pengsan. Lepas dah sedar pulak tengok – tengok ada dekat hotel ? Bukan hospital ke apa ? Pastu bila dia keluar dari hotel tu dan turun ke parking. Kereta mini coppernya ada terparking elok sahaja. Dia datang ke hotel ni sendiri tanpa dia sedar ke ?

" Arghhh aku tak mahu fikir semua ni lagi...Serabut...Adam kau anggap aje semua ni tak pernah berlaku. Kau tak pernah lalui apa – apa pun hari ni..." kata Adam pada dirinya sendiri yang ada di dalam cermin solek.

****************

Hujung minggu taka da sesiapa lect pun yang nak buat kelas ke apa. So Adam hanya duduk terperap dekat rumah aje lah. Entah sejak kejadian pelik yang berlaku kepada Adam tempoh hari, Adam jadi agak menyendiri. Dia lebih banyak berdiam diri daripada bercakap banyak. Pada petang itu, Adam hanya duduk sendiri di halaman rumahnya.

Angin – angina sepoi menampar lembut pipi Adam.. Hmmm tetiba dia rindukan pantai di rumahnya iaitu di Cherating. Kalau dapat pergi Cherating ni boleh lah tenangkan fikiran ke apa...

" Eh abang Adam dekat sini rupanya ? Patut lah Maiera cari kat dalam tak ada..." sapa Humaiera lalu mengambil tempat di sebelah abangnya.

" Eh Maiera..Haah abang ambik angin kat luar ni kejap..." balas Adam lalu tersenyum hambar.

Humaiera mengangguk kecil. Seketika dia memerhatikan wajah abang Adamnya.

" Abang Adam...ada masalah apa – apa ke ? Tak nak kongsidengan Maiera ? " teka Humaiera.

Seketika Adam menghembus nafas berat ! Seakan – akan dia menangung suatu beban yang amat berat sekali. Selepas itu dia menoleh memandang Humaiera di sebelahnya. Diraih kedua – dua belah tangan adiknya itu. Humaiera sedikit terpinga – pinga. Kenapa dengan abang Adamnya ini ? Kedua – dua anak mata milik adiknya itu direnung sedalam.

" Maiera .... Dengar cakap abang baik – baik ea...Andai suatu hari nanti berlaku sesuatu yang amat tak disangka – sangka...Abang harap sangat...Maiera tetap percayakan abang ya ? Walaupun satu dunia bakal membenci abang...Abang harap sangat , Maiera tetap percayakan abang...." kata Adam serious. Ada nada kerisauan di setip butir bicara Adam.

Humaiera mengangguk kecil.

" Mesti lah abang...Maiera percayakan abang...Tak kira apa pun yang terjadi...Abang jangan risau...Maiera kenal abang Maiera macam mana....so Maiera akan percayakan abang..." balas Humaiera lalu tersenyum kecil.

Seketika Adam mengusap kepala Humaiera lembut. Ya Allah , aku harapkan semuanya baik – baik sahaja.

Tetiba kedengaran bunyi telefon bimbit Humaiera berbunyi. Humaiera terus mengangkat panggilan tersebut. Ternyata panggilan itu dari ayahnda mereka iaitu Huzairie. Tanpa menunggu lama , Humaiera menjawab panggilan tersebut. Dalam beberapa minit selepas itu panggilan ditamatkan.

" Siapa call ? " tanya Adam.

" Ayah...nda..." jawab Humaiera gugup.

" Ayahnda ? Kenapa dia call Maiera ? "

" Ayahnda cakap dia dengan bonda ada dekat rumah nenda di KL....Dia minta kita balik ke rumah nenda esok.....tapi...Maiera dengar suara ayahnda lain sangat...seolah – olah dia macam tengah marah sangat –sangat....kenapa ea ? " jelas Humaiera.

Adam terdiam seketika. Ayahnda pinta kami balik ke rumah nenda ? Pastu dalam keadaan marah suaranya ? Kenapa ?    

#Apa yang berlaku sebenarnya ? Adakah Adam akan diuji lagi teruk selepas ini ? Keep vote and comment guys 😊💕

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro