Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 56


Dua hari telah berlalu, kini Adam sudah sihat semula. Luka diperutnya juga makin sembuh. Adam sudah keluar dari hospital dan mula kembali ke rumahnya. Alhamdulillah tiada siapa yang tahu dirinya telah menginap di hospital kecuali Humaiera dan Ikhwan. Adam balik ke rumah seperti biasa seolah – olah dia memang baru balik dari kem. Benda pertama yang Adam buat apabila sampai di rumah ialah dia mencari figura isterinya. Rindu benar pada Damia even hanya 2 hari dia berjauhan dengan Damia.

" Mia...saya dah balik..." kata Adam teruja menyapa Damia yang baru turun dari tangga.

Damia kelihatan agak pelik. Dia tidak lah seteruja Adam.

" Oh ya lah...awak baru balik dari kem kan ? " kata Damia selamba.

Glurp ! Adam tertelan liur sendiri. Hampir terlupa dia yang Damia masih menganggap dirinya yang baru balik dari kem.

Seketika Adam memerhati Damia segenap wajahnya. Dia tersenyum kecil. Alhamdulillah Ya Allah engkau jagakan Damia sementara aku tidak ada untuk beberapa hari. Damia masih terpaku memandang Adam di hadapannya. Jujur dia mengaku dalam diam walaupun reaksinya seperti biasa sahaja, namun dia merindukan suaminya ini.

Tetiba Adam melangkah mendekati Damia seraya menarik tangan Damia lalu dalam sekelip mata Damia di tarik ke dalam pelukannya. Damia tersentak lalu terdiam.

" I missyou soooo...much...my princess..." ucap Adam romantik di telinga Damia.

Mata Damia serta merta berkaca. No mia ! Kau kena ingat dia takkan rindukan kau sorang aje...masih ada perempuan lain yang dia mampu katakana rindu seperti ini.

Damia hanya membisu. Dia tidak membalas kata – kata Adam seperti selalu. Adam sedikit janggal bila tiba – tiba dia tidak mendapat balasan kata – kata rindunya itu. Dia meleraikan pelukan untuk melihat wajah Damia.

" Kenapa ni sayang ? Mia tak rindu Adam ke ? " tanya Adam.

Damia tidak menatap mata Adam malah dia hanya menunduk.

" I'm sorry Adam...Mia tak percaya yang Adam rindukan Mia...Mia tahu perasaan rindu Adam juga ada pada perempuan tu kan ? " luah Damia.

Adam tersentak ! Apa ? Mia masih tak percayakan dirinya ? Mia masih buruk sangka tentang hubungannya dengan Sofee ?

" Heyyy princess...apa yang princess cakapkan ni ? Adam rindukan mia sorang aje..Mia sorang aje yang bertahta di hati Adam...takkan ada perempuan lain...Please jangan macam ni, percayakan Adam....I miss you so much....and I really – really love you dear...." Luah Adam. Dia mengharapkan kepercayaan dari Damia.

Damia menyeka air matanya yang hampir jatuh. Dia menggeleng kecil lalu menjauhkan diri sedikit dari Adam.

" Tak apa lah Adam...Mia tak nak bincang pasal hal ni....Adam kan baru balik dari kem mesti Adam penat..Adam rest lah..." kata Damia lalu beredar meninggalkan Adam.

Adam hanya mendiamkan diri. Ya Allah , hmmm bantu aku untuk aku yakinkan Damia yang aku hanya sayang dan cintakan dia seorang aje...Tiada penggantinyaa....

********

Adam masuk kelas seperti biasa. Baru 2 hari tak masuk kelas dia rasa dah banyak dia tertinggal. Adam nak kena study balik apa yang dia tak masuk 2 hari tu. Untung sahaja dia ada Ikhwan yang sekelas dengan dirinya.

Setelah selesai kelas yang kedua, Adam mula melangkah keluar dari dewan kuliah bersama Ikhwan.

" Adam aku nak pergi toilet kejap..kau tunggu aku kat cafe ehh...." kata Ikhwan seraya berlalu meninggalkan Adam.

Adam mula meneruskan langkahnya menuju ke cafe, namun di satu kawasan dia bertembung dengan Sofee. Sofee kelihatan agak berbeza hari ni. Dia melihat Adam namun tidak menegur Adam dan hanya terus meneruskan langkah.

" Sofee ! " panggil Adam menghentikan langkah Sofee.

Sofee menoleh seketika.

" Awak okay ke ? Kenapa awak tak tegur saya pun ? " tanya Adam pelik.

" Err...saya...sorry Hanafie..saya takut ada orang marah nanti kalau saya tegur awak.." kata Sofee takut – takut.

" Hah ? Ada orang marah ? Siapa ? " tanya Adam sedikit terkejut.

Sofee terdiam jadinya. Dia hanya menunduk memandang lantai.

" Boleh kita bercakap sekejap ? " pinta Adam.

Part Of Damia.

Damia berjalan secara beriringan dengan Firdaus. Mereka masing – masing hendak menuju kea rah cafe. Sedang perjalanan tu , tiba – tiba Damia tak sengaja ternampak yang Adam sedang berdua berborak dengan Sofee. Langkah Damia terhenti. Hmm Adam dengan perempuan tu lagi ?

" Ehh Mia ? Kenapa awak berhenti jalan ni ? " tanya Firdaus setelah dia menyedari yang Damia tidak ada di sisinya. Terus dia menoleh ke belakang.

Damia masih tak lepas melihat Adam dengan Sofee yang sedang berborak tu. Lantas Firdaus juga melihat kea rah yang sama. Ingin dia tahu apa yang Damia nampak sampai langkahnya boleh terhenti.

Firdaus sedikit terkejut. Adam ? Dengan perempuan lain ? Tak guna kau Adam ! Patut lah aku nampak Damia macam moody aje beberapa hari ni. Semua berpunca dari kau rupanya ? Heyy kau lupa ke apa yang aku pernah cakapkan tempoh hari ? Aku akan ambik Damia dari kau kalau kau tak mampu nak jaga dia lagi !

" Mia ? Awak nak saya pergi marah Adam ke ? " tanya Firdaus.

" Hmm tak perlu Daus...Dah la biarkan aje lah...Jom kita pergi cafe..." kata Damia mula melangkah semula.

Firdaus memandang tajam dari jauh ! Tunggu lah kau Adam ! Aku akan buat Damia jauh lebih bahagia di samping aku berbanding kau ! Seketika Firdaus juga mengejar langkah Damia yang semakin menjauh.

**********

Adam hanya duduk termenung di luar rumahnya. Apa yang dikatakan oleh Sofee tadi agak membuatkan fikiran Adam runsing. Hmmm Mia sampai pergi serang Sofee waktu aku ada dekat hospital hari tu ? Hmmm Mia memang betul – betul dah melampau. Tapi...semua ni salah aku gak. Hmm aku tak dapat nak bagitahu perkara yang sebenar dekat Damia lagi. Semua ni masih perlu dirahsiakan lagi.

" Mia....hmm maafkan saya kalau saya banyak buat awak sakit hati....tapi satu aje yang saya nak awak tahu, saya sayangkan awak...saya terlalu sayangkan awak....." desis hati Adam sedih sambil mata tepat memandang ke arah bulan purnama.

Dalam diam , Damia mengintai Adam dari tingkap bilik mereka.

" Adam...kenapa makin lama saya rasa saya makin jauh dari awak....Saya rasakan yang awak dah berubah...Kenapa awak perlu menduakan saya ? Apa salah saya ? Saya sayangkan awak Adam...." desis hati Damia juga sedih.

Seketika dilihat Damia, Adam seperti menerima satu panggilan.

" Hmmm mesti perempuan tu call dia la tu..." ngomel Damia benci lalu menutup langsir dan berhenti mengintai Adam.

Part of Adam.

" Hello Assalamualaikum bonda...Ada apa call ni ? " tanya Adam.

" Hello Waalaikumusalam....alahai bonda nak call anak sendiri pun tak boleh ke ? " kata Aliya di hujung talian.

" Hahaha tak ada lah...Boleh aje....Bonda macam mana ? Sihat ? Ayahnda ? Sihat jugak ? " kata Adam.

" Alhamdulillah ....bonda dengan ayahnda sihat aje kat sini... Ni hah putra sulung kami ni sihat tak ? Rumah tangga tu macam mana ? Okay tak ? Ke dah tunggang terbalik semuanya ? " tanya Aliya macam tahu – tahu aje yang anakdanya ini ada masalah.

Adam terdiam seketika di hujung talian.

" Hello Adam ? " panggil Aliya di hujung talian.

" Err hah ya....Adam sihat aje... Hahahaha rumah tangga Adam setakat ni masih okay lah..." bohong Adam.

Hmmmm bonda tak boleh tahu yang aku tengah ada salah faham dengan Damia. Malu lah aku sebagai ketua keluarga tak boleh nak settle kan.

" Hah bagus lah kalau macam tu....Dengar sini ea Adam...jaga hubungan kamu dengan Damia baik – baik...Satu lagi kamu tu anak raja...so jaga nama baik keluarga kita ya...Jangan buat yang bukan- bukan dekat luar sana...Jangan sesekali cuba bagi ayahnda murka...." Pesan Aliya sebagai seorang ibu kepada anaknya.

" Hmm ya bonda...In shaa Allah...Adam akan behave dekat sini...." Balas Adam lalu tersenyum kecil. Senang sedikit hatinya apabila dia mendengarkan nasihat dari bondanya.

Beberapa minit kemudian selepas itu, panggilan pun ditamatkan. Adam juga mula bergerak untuk masuk ke rumahnya. Sejuk lama – lama diluar ni pun. Ya Allah, harap sangat hubungan aku dengan Damia ni kekal sampai bila – bila.

*********

Jari jemari diketuk – ketuk di atas meja. Fikirannya penuh dengan beribu – ribu strategi. Hmmm bagaimana dia nak jayakan rancangannya tanpa ada sebarang gangguan. Beberapa minit selepas itu, jari jemari berhenti mengetuk meja tatkala idea menerjah masuk ke dalam otak !

" Kalau aku nak mudah bunuh dia,aku kena hapuskan atau pisahkan si penyelamat tu dulu..." kata seseorang itu sinis.

Seketika dia menggapai Iphonenya yang terletak di atas meja. Nombor seseorang bernama Jack didailnya.

" Hello Jack ..."

" Hello ya boss ? " balas Jack di hujung talian.

" Aku ada kerja baru untuk kau..."

" Kerja baru ? Kerja apa boss ? " kata Jack seakan – akan tidak sabar.

" Kita kena tukar plan...aku nak kau buat apa aje yang boleh pisahkan lelaki tu dengan budak si Damia tu...." kata seseorang itu sinis.

" Baik boss ! Saya akan settlekan bahagian tu..." sahut si Jack dengan bersemangat.

Setelah itu panggilan dimatikan.

Seseorang itu tersenyum sinis sendiri.

" Lepas ni dah takkan ada sesiapa lagi yang boleh halang aku untuk bunuh si Damia tu..."


#Wah makin banyak ya konflik yang berlaku. Guys for information, cerita SAP ni dah makin hampir ke penghujungnya. Lagi beberapa chapter aje lagi ! So you guy keep vote and comment ya :) love youu guys !

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro