Bab 55
*Disuggestkan baca bab ini smbil dgr lagu hajat 2.0 hahaha sis dh letak video lagu tu kt atas ni 👆*
Adam mengikuti langkah Damia dari UITM lagi. Sedikit pun Damia tak perasan akan kehadiran Adam yang mengintipnya sejak tadi. Adam buat semua ni sebab dia risau apa - apa jadi dekat Damia. Even dia rasa agak terkilan Damia tak minta izin dia langsung nak keluar dengan Firdaus. Namun Adam rendahkan egonya demi keselamatan isteri tercinta.
Tertunggu lah Adam seorang diri di keretanya ketika Damia dan Firdaus masuk membeli buku. Selepas itu dia mengikuti Damia ke restauran pulak.
Selepas keluar dari restauran tu lah Adam mula rasa tidak sedap hati , maka dia keluar dari keretanya dan mengikut langkah Damia dalam diam untuk Damia dan Firdaus ke kereta. Sebab diaorang parking agak jauh kerana parking yang dekat semua penuh.
Namun tiba - tiba Adam dapat lihat ada 2 orang yang tidak dikenali sedang mengikuti Damia juga. Adam mula menegur 2 orang itu. Namun entah macam mana tiba - tiba 2 orang itu seperti gelisah lalu dia mengeluarkan pisau dan mula hendak berlawan dengan Adam.
Sambil Adam cuba control 2 orang itu , matanya sempat melihat yang Damia dah selamat berlalu dengan Firdaus. Mereka sikit pun tidak tahu apa yang berlaku. Sedang ralit melihat Damia beredar , Adam tak sedar yang salah seorang itu mengacukan pisau ke perutnya.
Akibat terkena pisau itu walaupun hanya sipi - sipi , kedua - dua orang itu terus berlari meninggalkan Adam. Mereka kelihatan begitu gelisah kerana lain yang mereka target , lain yang terkena pisau itu.
Begitulah ceritanya bagaimana Adam boleh terkena pisau itu. Hmmm betapa baiknya Adam menjadi penyelamat Damia dalam diam. Even dirinya sendiri yang terluka pun dia tak kesah , asalkan dia dapat menjaga Damia.
Tok ! Tok !
Pintu bilik tetamu yang sedang didiami Adam dari semalam diketuk pagi itu. Adam terjaga dari tidurnya. Dia rasa lemah sangat - sangat. Mulutnya juga pucat lesi. Adam bangun seketika dan cuba gagah melangkah untuk membuka pintu.
Buka - buka sahaja pintu bilik , terpampang wajah adiknya Humaiera.
" Abang Adam ? Kenapa tidur sini ? Pastu tak keluar bilik dari semalam pulak tu ? " tanya Humaiera risau. Ya well adik kembar mesti akan rasa apa - apa yang berlaku terhadap kembarnya.
Dilihat Humaiera abang Adamnya begitu tidak bermaya. Muka abangnya pucat gila ! Kenapa dengan abang Adam ni ?
" Mia...mana ? " itu perkara pertama yang ditanya Adam. Sakit - sakit pun masih tak habis fikirkan Damia.
" Mia ? Oh Mia dia pergi kelas...hari ni dia ada kelas..." jawab Humaiera.
" Maiera tak pergi kelas ? "
" Oh tak Maiera...tak ambil kelas yang Mia ambik tu..." kata Humaiera.
Adam mengangguk lemah. Tetiba Adam seakan - akan hendak terjatuh pada Humaiera. Humaiera terkejut lantas menyambut tubuh abangnya. Seketika Adam melorot jatuh di atas lantai dengan Humaiera.
" Abang ! Kenapa ni ? " tanya Humaiera cemas.
Adam tidak bermaya lagi hendak menjawab. Seketika kelihatan cecair berwarna merah mula meresap pada baju Adam. Membuntang mata Humaiera melihat itu , lantas dia menyelak baju abangnya di bahagian perut. Humaiera tersentak hebat dibuatnya.
" Ya Allah abang Adam ?! Apa dah jadi ni ?! " teriak Humaiera.
" Jan..gan...ba..bagitahu...Mi..a..." itu lah kata - kata terakhir Adam sebelum dia pengsan..
***************
Mata Adam tiba - tiba terbuka perlahan - lahan. Buka sahaja mata , dia melihat tempat yang agak asing. Hmm aku kat mana ni ?
" Abang dah sedar ? " sapa Humaiera yang tiba - tiba muncul.
" Kau dah sedar bro ? " sapa Ikhwan juga.
Ya Ikhwan yang tolong Humaiera bawa Adam ke hospital waktu pengsan tadi. Hahaha berguna juga tinggal sebelah rumah si Ikhwan ni.
Adam mengangguk kecil. Hmm nampaknya dia tak boleh lagi nak berahsia dengan Humaiera dan Ikhwan. Mesti diaorang akan tanya juga apa yang jadi sebenarnya.
" Tak apa...kau rest la dulu..." kata Ikhwan.
Nasib baik mereka cepat - cepat bawa Adam ke hospital. Kata doktor, luka di perut Adam sudah terkena kuman. Sebab tu Adam perlu dirawat terlebih dahulu dan harus stay dekat hospital selama sehari atau 2 hari..
" Aku tak boleh rest kat sini...nanti Mia.." kata Adam.
" Mia tak tahu pun pasal ni...Maiera tak bagitahu dia...sebab sebelum abang pengsan tadi abang cakap jangan bagitahu Mia...Hmmm kenapa ni abang ? Apa yang dah jadi sebenarnya ? Sampai abang Adam terluka macam ni ? Please nanti explain semuanya dekat Maiera..." kata Humaiera risau.
" Hmm ya...nanti abang explain..."
" Hmm kau kena stay dekat hospital untuk 2 hari..." kata Ikhwan.
" Hah ? Stay 2 hari ? Habis...kelas macam mana ? Nanti Mia tanya macam mana..." kata Adam risau.
" Ala kelas 2 hari aje pun kau ponteng...pastu pasal Mia...tu kau jangan risau lah...pandai - pandai kami cover kau...kami cakap lah kau pergi kem ke apa ke...okay ? " kata Ikhwan.
Akhirnya Adam mengalah. Dia juga tidak terdaya lagi nak kata apa - apa. Seketika Adam pun berehat.
Pada petang itu , Adam menceritakan segalanya dari A - Z kepada Humaiera dan Ikhwan. Mereka kelihatan agak terkejut mendengarkan setiap cerita yang keluar dari mulut Adam. Tak sangka Adam dapat hadap semua ni sendiri.
" Maiera... abang minta tolong sangat....selama abang kat hospital ni...tolong jagakan Mia untuk abang....Jangan bagi dia keluar ke mana - mana pun tanpa Maiera...dia dalam bahaya sekarang.." pinta Adam.
Humaiera mengangguk.
" In shaa Allah...Maiera akan jaga Mia.."
" Kau Ikhwan....aku harap kau pun boleh tolong tengok dan jaga kan Maiera dan Mia ya...selama aku kat sini..." kata Adam.
" Orite bro..anything for you..." jawab Ikhwan.
Adam tersenyum kecil. Ya Allah terima kasih kerana engkau telah memudahkan urusanku.
*************
Damia hanya tak habis fikir. Adam pergi kem ? Sikit pun tak bagitahu aku dulu ? Hmmm dia ingat aku apa ? Patung ? Robot ? Heyy aku isteri dia lah...Adam kenapa awak buat saya macam ni ? Entah - entah perempuan tu tahu dulu kot yang Adam pergi kem apa semua tu.
" Aku kena jumpa perempuan tu..Bagi dia amaran jangan dekat - dekat dengan Adam lagi..." desis hati Damia.
Damia terus melangkah untuk mencari Sofee. Hmmm dalam beberapa minit macam tu , Damia terserempak dengan Sofee yang sedang duduk membaca buku di taman rekreasi. Damia berhenti di hadapan Sofee lalu berdehem.
" Ehem - ehem ! "
Sofee mendongak memandang Damia.
" Ya ? Ada apa cik ? " tanya Sofee sopan.
" Kau tak payah lah nak tunjuk baik sangat depan aku...Straight to the point okay ! Kau ni perempuan simpanan Adam ke ? " hambur Damia.
Sofee tersentak ! Apa ni tiba - tiba dia dituduh sebagai perempuan simpanan pulak ?
" Maaf cik..apa yang cik cakap ni ? Saya tak faham..."
" Ehh kau dengar sini ea...aku isteri Adam...Kau jangan pernah terfikir nak rampas Adam dari aku lah perempuan..." kata Damia sinis sambil menunding jarinya di hadapan muka Sofee.
" Hah ? Ohh awak lah isteri Adam ? Maaf saya tak pernah terfikir pun nak rampas Adam dari sesiapa...lagipun saya..." kata Sofee.
" Arghhhh sudah ! Kau tak payah nak berdalih dalih lagi...aku tahu kau ni perempuan yang suka rampas kebahagiaan orang...." kata Damia seraya menolak Sofee sehingga terduduk semula.
Sofee tersentak ! Apa kena dengan isteri Adam ni ?
" Cik awak dah salah faham ni...Saya takkan pernah terfikir nak rampas Adam...Lagipun Adam..."
Belum sempat Sofee nak habiskan kata - katanya. Damia terus mencelah.
" Stop it ! Aku tak nak dengar apa - apa pun dari kau lah...Kau dengar sini ea aku bagi warning dekat kau ! Jangan pernah dekat - dekat lagi dengan Adam ! You better watch out ! " kata Damia seraya berlalu meninggalkan Sofee.
Sofee menggeleng kecil.
" Perempuan macam ni ke pengganti Anisa untuk Adam ? " desis hati Sofee.
#Sofee kenal Anisa ? Siapa Sofee ? So Adam macam mana ? Para reader mesti benci gila watak Damia kan skrng ? Hahahhaa chill guys ! Keep vote and comment please 😊😘
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro