Bab 54
Damia tersentak ! Dia pantas menoleh.
" Firdaus ? "
" Ya ni saya lah...kenapa ? " kata Firdaus seraya melepaskan pegang bahu Damia.
Damia menghembus nafas lega. Fuhhh ingatkan siapa tadi. Fobia betul Damia bila ada orang datang secara diam - diam dari belakangnya.
" Awak buat apa kat sini ? Tak balik lagi ke ? " tanya Firdaus prihatin.
" Err..tak..driver saya tak datang lagi...pastu saya nak call Adam tapi tiba - tiba bateri telefon saya habis..."
" Oh macam tu...tak apa lah..nah guna phone saya...try call Adam tengok.." kata Firdaus lalu menghulurkan telefon bimbit miliknya.
Damia menyambut huluran Firdaus tanpa ragu - ragu. Selepas itu dia cuba menelefon Adam. Namun hampa Adam tak angkat. Hmm mana Adam ni ? Busy sangat ke ?
" Macam mana ? Dapat tak ? " tanya Firdaus.
Damia menggeleng lemah.
" Ermm tak apa lah..jom saya hantarkan awak balik...lagipun ni saya ada bawa payung hari ni...boleh lah kita kongsi...lagipun hujan makin lebat ni....kalau awak nak cari teksi pun takkan dapat...." kata Firdaus.
Damia berbelah bagi jadinya. Nak balik dengan Firdaus takut nanti Adam fikir bukan - bukan pulak. Hmmm tapi kalau tak terima pelawaan Firdaus ...aku pun tak tahu nak balik macam mana...dan aku tak nak stay sini sorang - sorang.
" Damia ? Jom lah.." kata Firdaus yang sudah mula duduk di bawah payung di tengah - tengah hujan.
Akhirnya Damia melangkah dan berdiri di sebelah Firdaus dalam kehujanan itu. Seketika mereka berjalan berdua menuju ke tempat parking kereta Firdaus.
Berjalan punya berjalan tiba - tiba Damia melihat sesuatu yang mampu melukakan hatinya. Damia tengok apa ?
Damia melihat Adam di dalam satu payung bersama seorang perempuan yang pernah Damia nampak tempoh hari. Perempuan tu adalah orang yang sama menegur Adam semasa Adam dan dirinya bergaduh tempoh hari.
Dilihat Damia Adam dan perempuan itu sedang bertatapan antara satu lain di bawah satu payung yang sama....Tebit rasa kecewa dalam hati Damia.
" Ohhh sebab ni la dia tak angkat call aku ? Dia bukan datang sini sebab nak jemput aku ? Tapi sebab perempuan lain ? Ada yang lebih penting yang dia kena jemput berbanding aku isteri dia sendiri ? " desis hati Damia sedih.
" Damia ? Kenapa ni ? Cepat masuk dalam kereta...hujan makin lebat ni...." kata Firdaus sedang memayungkan Damia dan menunggu Damia masuk ke dalam seat duduk di hadapan sebelah seat driver.
Terlepas pandangan Damia dari Adam terus dia masuk ke dalam kereta milik Firdaus. Firdaus tak perasan pun akan Adam bersama perempuan lain juga di situ. Seketika dia pun masuk ke dalam kereta.
************
Damia sampai di rumah terlebih dahulu daripada Adam. Damia hanya duduk di ruang tamu membisu. Hmm kenapa dia balik lambat ? Sibuk hantarkan budak perempuan tu kot ?
Tetiba kedengaran bunyi kereta Adam. Beberapa minit kemudian, Adam pun masuk dengan perlahan. Adam sedikit pun tidak menegur Damia..Dia hanya ingin melangkah untuk naik ke biliknya. Sikit pun dia tak endahkan Damia yang duduk membisu di ruang tamu. Sehinggalah tiba - tiba Damia mula bersuara kerana tidak berpuas hati dengan sikap Adam yang mengendahkan dirinya.
" Seronok hantar perempuan tu balik ? " tanya Damia sinis.
Langkah Adam terhenti. Namun dia tidak menoleh.
" Tak ada hati dan perasaan langsung ! Bukan nak datang jemput isteri tapi datang jemput perempuan lain ! " teriak Damia. Dia tidak dapat menahan amarahnya lagi.
Adam hanya diam membisu. Damia bertambah geram dengan respon yang diberikan oleh Adam.
" Siapa perempuan tu hah ?! Girlfriend baru awak ke Adam ? Atau tu bakal isteri awak yang nombor dua ? " hambur Damia. Dia betul marahkan Adam kali ni.
" Hmmm bukan lah...apa yang awak merepek ni Damia ? " kata Adam perlahan.
" Bukan ? Habistu ? Siapa ? Isteri baru awak ke ? " kata Damia makin sinis.
" Hmm sudah lah Damia...dia bukan siapa - siapa pun...Awak dah balik dah kan ? Okay la...saya nak naik atas dulu..." kata Adam masih membelakangi Damia seketika dia cepat - cepat melangkah naik ke atas.
Damia bertambah sakit hati ! What ? Itu reaksi dia ? Dia tak kesah langsung aku balik dengan siapa ? Adam jahat ! Aku benci Adam !
Part Of Adam.
Adam melangkah masuk ke dalam bilik lalu ditutup pintu bilik. Seketika dia tersandar pada pintu bilik. Lama kelamaan dia terduduk.
" Firdaus...selalu lebih pantas dari aku..." desis hati Adam.
Adam meraup kasar wajahnya.
" Dia yang selamatkan Damia hari tu...pastu hari ni dia juga yang datang dulu pada Damia..." monolog hati Adam kecewa.
Apa ? Adam tahu yang Damia balik dengan Firdaus ? Ya sebenarnya semasa Damia call Adam menggunakan phone Firdaus tadi , Adam memang ada dekat situ. Dia berdiri tidak jauh dari mereka. Dia dah sampai untuk menjemput Damia namun Firdaus terlebih dahulu yang menjemput Damia. Adam hanya membiarkan panggilan tersebut berlalu. Tetiba Adam rasa down. Kenapa ? Firdaus yang selalu ada untuk Damia terlebih dahulu berbanding dirinya.
Sebab tu Adam hanya membiarkan Damia balik dengan Firdaus. Dia tak nak kacau usaha Firdaus untuk jaga Damia. Selepas itu Adam terus berlalu. Semasa dalam perjalanan ke keretanya semula , tiba - tiba Sofee berlari masuk ke dalam payung Adam. Adam tersentak lalu memandang Sofee dan ketika itu pun Sofee memang pandang Adam juga. Disebabkan itu lah bila dilihat Damia mereka seperti berpandangan lama jugak.
Sofee hanya ingin meminta tumpang Adam untuk balik ke rumah sewanya kerana dia juga tiada transport waktu hujan - hujan macam ni. Adam pula kesian dengan Sofee. Takkan dia nak kata tak boleh pulak. So Adam pun tumpangkan lah Sofee.
" Maafkan saya Mia...kalau saya bukan yang terbaik untuk awak..." desis hati Adam lalu dia menunduk lemah memandang lantai.
****************
" Ermmm Mia...boleh tak lepas kelas ni awak temankan saya beli buku rujukan kejap ? " tanya Firdaus.
" Errr teman awak ea ? "
Firdaus mengangguk laju. Damia berfikir sejenak..Hmm perlu tak ea di minta izin dengan Adam ? Hmmm arghhh tak payah lah..Buat apa aku nak bagitau dia. Entah dia keluar dengan perempuan tu banyak kali pun aku tak tahu.
" Damia ? Boleh tak ni ? " tanya Firdaus lagi.
" Hah boleh - boleh.." putus Damia.
" Awak tak nak call Adam tanya dia bagi ke tak ke ? " cadang Firdaus. Kali ni Firdaus tak nak lah buat Adam salah faham dengan dirinya. Kalau Adam tak bagi Damia teman , dia pun tak kesah.
" Hmm tak payah lah...Dia mesti tak kesah punya lagi pun...dia cakap..dia dah berbaik dengan awak kan ? So mesti dia bagi.." kata Damia.
Firdaus mengangguk kecil.
" Hah okay lah kalau macam tu."
Damia berjalan beriringan dengan Firdaus menuju ke kedai buku. Selepas Damia dan Firdaus selesai membeli buku, mereka ada singgah di restauran untuk makan pulak.
Setelah selesai makan mereka mula berjalan menuju ke kereta lalu bergerak pulang ke rumah Damia untuk Firdaus hantar balik.
Beberapa jam kemudian selepas Damia sampai , baru Adam balik ke rumah. Adam melangkah masuk ke dalam rumah. Dia melihat Damia sedang kusyuk menonton televisyen.
Adam melangkah lemah menuju ke arah tangga.
" Mia keluar dengan Firdaus tadi....lupa nak bagitahu dekat Adam.." kata Damia tiba - tiba.
Langkah Adam terhenti.
" Lain kali jangan keluar lagi tanpa kebenaran Adam ..." kata Adam perlahan.
Damia terus bangun lalu menoleh ke arah Adam. Dia memandang tajam Adam dari jauh.
" Kenapa pulak ? Adam nak keluar dengan perempuan tu ada ke Adam bagitahu Damia ? Tak ada kan ?! So Adam jangan nak halang Damia untuk keluar dengan Firdaus ea ! " teriak Damia.
Adam tersentak ! Ya Allah kuatkan aku untuk hadap semua ni.
" Tengku Zalikha Damia ! " kata Adam tegas akhirnya.
Adam terus menoleh ke arah Damia. Pandangan mata mereka bertembung dan menikam antara satu sama lain.
" Listen to me ! I'm your husband...Kalau nak keluar tu bagitahu Adam dulu ! Jangan keluar ikut suka hati .... Tahu tak dekat luar sana tu bahaya ? Semua benda boleh jadi ! So please jangan keluar tanpa Adam..." kata Adam tegas.
Damia terdiam jadinya..Adam terus menoleh dan meneruskan langkahnya untuk ke atas. Di tangga dia sempat berselisih dengan Humaiera.
Apabila Humaiera turun dia terus mendapatkan Damia.
" Kenapa ni Mia ? Dari atas lagi Maiera dengar bising - bising ? "
Adam masuk ke dalam bilik tetamu lalu dikunci pintu tersebut. Perut Adam terasa perit. Sakitnya...Hmmm pisau yang terkena kecil tadi pada perut Adam amatlah sakit. Adam menyelak bawah bajunya. Kelihatan balutan di perut Adam berwarna merah.
Hmm tu lah tadi doktor suruh stay dekat hospital sehari , tapi Adam tak nak ! Tak aku tak boleh bagitahu sesiapa pun pasal ni.
" Ya Allah...nasib baik tadi aku...ikut Damia dalam diam...nasib baik aku yang terkena pisau tu...kalau tak , aku tak tahu la apa yang jadi dekat Damia..."
#Apa ke guys ? Adam kena tikam ? Apa kaitanya dengan Damia ? Nak tahu cerita sebenar ? Tunggu next chapter nanti ya 😉 keep vote and comment pls ❤
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro