Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 53

" Kau ?! "

" Adam...please..awak jangan fikir buruk - buruk pasal Firdaus ya...memang dia tolong saya..awak jangan cakap yang awak nak tuduh dia buat semua ni pulak..." sampuk Damia supaya Adam tidak membuat andaian sendiri.

Seketika Humaiera juga muncul di bilik kesihatan.

" Mia ? Awak okay ? "

" Ya saya okay...cuma..Firdaus la tangan dia terluka sebab tolong saya..." kata Damia.

" Abang...Maiera minta maaf..sebab tinggalkan Damia sorang - sorang...Maiera...kena..." kata Humaiera gugup. Takut abangnya marah pulak.

" Humaiera....tolong bawa Damia ke cafe...tunggu abang dekat sana...." kata Adam mendatar.

" Hah ? Kenapa ? " tanya Damia pelik tiba - tiba bila dengar Adam memberi arahan seperti itu.

" Humaiera dengar cakap abang kali ni , tolong bawa Damia pergi cafe ...tunggu abang kat sana...Ada benda yang abang nak settlekan dengan Firdaus..." kata Adam serious.

Alahai Adam masih nak gaduh dengan Firdaus ke ? Dia masih nak tuduh Firdaus tanpa usul periksa apa - apa pun ke ?

" Adam ..." panggil Damia.

" Mia..jom...kita tunggu dekat cafe...." kata Humaiera lalu menarik tangan Damia untuk beredar dari situ. Bila dah dengar abang Adam bersuara serious seperti itu , Humaiera takut untuk melawan lagi.

Akhirnya Damia hanya mengikut langkah Humaiera walaupun langkahnya berat. Hmmm Ya Allah tolong lah...harap - harap Adam boleh berbincang baik - baik dengan Firdaus. Jangan gaduh - gaduh lagi.

Selepas Damia dan Humaiera beredar. Tinggallah hanya Adam dan Firdaus berdua sahaja.

" Apa yang kau nak settlekan dengan aku ? " tanya Firdaus tenang.

Adam terdiam dia hanya memandang kosong ke arah Firdaus. Tetiba Adam terus melutut di hadapan Firdaus. Firdaus sedikit tersentak ! Apa yang Adam tengah buat ni ?

" Tolong lah Firdaus...aku mohon dengan kau Firdaus tolong jangan ganggu Damia lagi...Jangan cederakan dia lagi...Aku merayu dengan kau ni...tolong lupakan segala niat jahat kau...Damia dah terlalu menderita dengan pemergian abang kau...Bukan senang dia nak dapat kebahagiaan macam sekarang...Hampir 2 tahun Firdaus...dia merana...dia menangis...dia dipanggil budak malang...hanya disebabkan kematian abang kau...." luah Adam akhirnya. Adam dah penat nak pendam semua ni.

Nyawa Damia sekarang dalam bahaya. Adam harus menamatkan perasaan dendam Firdaus ni. Dia tidak mahu bermusuhan dengan sesiapa lagi. Demi Damia dia sanggup melutut di hadapan Firdaus. Dia sudah tidak fikirkan statusnya sebagai putra raja lagi.

Firdaus memaut kedua - dua bahu Adam supaya Adam bangun. Adam sedikit tercengang ? Apa yang hendak dilakukan oleh Firdaus ni ?

Seketika mereka berhadapan. Mata masing - masing menikam.

" Aku ....dah lupakan niat jahat aku....Aku takkan balas dendam dekat Damia...Pada awalnya kemunculan semula aku, memang untuk balas dendam pada Damia....tapi sejak akhir - akhir ni...aku sedar yang aku....dah mula jatuh cinta dengan Damia...." luah Firdaus. Ya Firdaus sudah tersilap langkah. Kini dia pula yang telah terjatuh hati pada Damia..

Adam sedikit tersentak ! Apa ? Kenapa semuanya jadi macam ni pulak ? Firdaus cintakan Damia ?

**********

Adam hanya duduk di buaian yang terletak di halaman rumah barunya. Dia masih tak habis fikir, kenapa begitu banyak dugaan yang mendatang sejak akhir-akhir ni ? Masih terngiang – ngiang akan pengakuan yang dibuat oleh Firdaus di U tadi. Hmmmm Damia....kenapa awak terlalu jadi rebutan orang ehh ? Maybe sebab sifat awak yang baik, perwatakkan awak yang mudah ceria dan sikap sopan santun awak telah memikat semua orang.

*Flashback*

" Kau tak boleh jatuh cinta pada Damia ! " kata Adam tegas.

Firdaus tersenyum sinis.

" Kenapa ? Sebab Damia tu isteri kau ? Macam tu ? " kata Firdaus.

Hah ? Firdaus tahu yang Damia tu isteri aku ? Bukan sebelum ni aku cuma kenalkan diri aku sebagai boyfriend dia aje ke ?

" Mana ...kau tahu Damia tu isteri aku ? "

" Hahaha aku dah tau dari dulu lagi..yang kau dengan Damia suami isteri...But...aku still tak boleh halang perasaan aku ni....sebab tu tadi waktu dia hampir nak kena langgar kebetulan aku ada kat situ dan aku terus pergi selamatkan dia...Okay macam ni lah Adam....kalau kau boleh jaga Damia dengan baik untuk beberapa minggu ni..aku akan cuba lupakan perasaan aku terhadap Damia tapi kalau kau tak mampu nak jaga Damia dengan baik....Aku bersediaa untuk jaga Damia...dan aku boleh ambik Damia dari tangan kau...." Kata Firdaus panjang lebar.

Adam terdiam jadinya sebelum mula berbicara semula.

" Baik lah...aku akan buktikan pada kau yang aku boleh jaga Damia....dan aku takkan lepaskan Damia pada kau..." putus Adam.

" Okay we see.." kata Firdaus.

*EndFlashback*

Adam mendengus perlahan. Angin malam juga tidak dapat menenangkan dirinya malam itu. Mampu ke aku nak jaga Damia ? Ya allah kuatkan.

" Jauh termenung Nampak prince kita ni ? " sapa Damia tiba – tiba menyentakkan lamunan Adam.

Adam terus menoleh. Kelihatan Damia muncul dengan pakaian baju tidur pinknya hahaha comel gitu. Seketika Damia mengambil tempat di sebelah Adam.

" Hahaha mana ada mengelamun lah..." nafi Adam.

" Hmm eleh ye lah tu....kenapa ni prince ? Ada masalah ke ? Ke masih fikir pasal Firdaus ? " kata Damia.

Seketika Adam meraih tangan Damia lalu digenggamnya.

" Betul lah.. Adam okay....Tak lah..hmm Mia pasal Firdaus tu Adam dah settle...Adam takkan tuduh apa – apa lagi... Lagipun Adam saja je duduk luar ni tengok bulan dengan bintang.."

" Hmm tipu ! Tengok bintang bulan la sangat ke sibuk fikirkan perempuan lain ni ? " teka Damia tiba – tiba curiga lalu meleraikan genggaman Adam.

" Eh ada pulak fikir macam tu...Tak ada lah sayang..Adam tak pernah terfikirkan perempuan lain pun....Di fikiran Adam hanya terfikirkan Tengku Zalikha Damia ni aje..." kata Adam seraya mencuit pipi Damia.

Damia tergelak kecil. Seketika dia mengenggam semula tangan Adam lalu dilentokkan kepalanya di bahu Adam.

" Adam...I love youu..." kata Damia perlahan tapi masih boleh didengari oleh Adam.

" Hah ? Apa ? Cakap sekali lagi....I can't hear you..." kata Adam mengada. Sebenarnya dia dah dengar pun apa yang Damia cakapkan.

" I .....Love.....You..." ulang Damia sedikit kuat.

Adam tersenyum kecil.

" I love you too princess..." balas Adam cepat – cepat.

" Heeee....Adam nyanyikan satu lagu untuk Mia boleh ? Dah lama tak dengar Adam nyanyi...please ? " pinta Damia.

" Nyanyi ea ? Ermm boleh...Dengar ni......" kata Adam.

Damia menanti untuk mendengarkan nyanyian Adam.

Lagu Dinda By Masdo

Dinda jangan marahmarah

Takut nanti lekas tua

Kanda setia orangnya

Takkan pernah mendua

Dari jutaan bintang

Dinda paling gemerlapan

Dari setiap wanita

Dindalah yang paling menawan

Begitulah bait – bait lagu yang dinyanyikan Adam untuk Damia malam itu. Ya allah , tolong kekalkan hubungan ini hingga ke hembusan nafas ku yang terakhir.

***********

Beberapa hari kemudian seperti yang pernah Adam katakan yang dia inginkan sebuah kereta untuk memudahkan pergerakannya, maka ayahndanya iaitu Huzairie telah mengirimkan sebuah kereta mini copper untuk Adam. Well anak raja minta apa sahaja dapat. Adam tidak mahu berlagak kaya dia Cuma inginkan kereta biasa sahaja tapi dah ayahnda bagi yang tu terima sahaja lah hahaahah. Namun khidmat driver masih juga digunakan sebab bila dah masuk sem 2 dan akan datang ni ,kelas Adam dan Damia sudah tidak sama lagi. So driver boleh hantarkan Damia dan Humaiera ke kelas mereka jika Adam tiada kelas ke apa kan ?

" Ermm Tengku..." panggil Pak Zan.

" Ya pak Zan ? Ada apa ? "

" Ermmm saya nak minta maaf...saya kena balik sekarang ada hal...jadi saya tak boleh nak ambik Tengku Zalikha dengan Tengku Afnan....." kata Pak Zan a.k.a driver peribadi keluarga Tengku Ilham Huzairie.

" Oh tak apa ..... Pak Zan boleh balik....nanti saya boleh jemput diorang..." kata Adam.

" Terima kasih Tengku....Saya minta diri dulu.... " kata Pak Zan berlalu pergi.

Adam hanya memerhati figura Pak Zan yang mula berlalu pergi. Nasib baik Adam hari ni tak ada kelas. Seketika Adam mula mengambil kunci kereta mini coppernya. Baru sahaja dia menghidupkan enjin kereta...Adam mendapat whatsapp dari Ikhwan.

Ikhwan My Buddyz😎

Assalam bro....

Aku pinjam adik kau kejap ya....

Nak gi date....

Aku janji aku jaga adik kau elokelok hehe...

Aku tak balik lambat okay !

Adam hanya menggeleng kecil. Ikhwan ni tak habis – habis date...Haish...Seketika Adam baru teringat. Hah kalau Humaiera dah balik dengan Ikhwan..means Damia ....tinggal sorang – sorang lah...Aku kena cepat ni....Adam dirundung rasa risau. Cepat – cepat dia ingin memulakan perjalanannya.

Part of Damia.

Hujan lebat tiba – tiba turun. Hmmm Pak Zan masih belum kelihatan. Semua pelajar sudah ramai yang beransur balik. Damia melihat kiri dan kanan, kawasan yang sedang dia berdiri kini semakin sunyi... Hm rasa seram pulak duduk sorang – sorang dekat sini.

" Hmm mana driver ni ? Dah lah aku sorang – sorang...Humaiera dah balik dengan Ikhwan.. Haish untung lah...Ke aku call aje Adam ea ? " kata Damia seraya mengeluarkan Iphonenya.

Baru sahaja Damia ingin mencari nombor telefon Adam tiba – tiba Iphonenya terpadam. Bateri habis . Haishhh ! Time – time macam ni lah pun nak habis.

" Ish macam mana aku nak balik ni ? " getus Damia seorang diri.

Tubuhnya semakin kedinginan. Damia menggosok tangan seketika. Sejuknya hmmm. Dalam diam ada seseorang yang memerhati tingkah laku Damia tanpa Damia sedar . Selepas itu seseorang itu mula menghampiri Damia lalu menyentuh bahu Damia.

Damia tersentak !

#Damia dalam bahaya ke guys ?! Keep vote and comment pls 😘💞

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro